Ibu Pemalas
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, terima kasih kalau kisah aku disiarkan di confession ni. aku seorang wanita umur 26 tahun, seorang anak, isteri dan ibu kepada seorang bayi 8 bulan. Seorang perempuan bekerja 9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat dan hujung minggu kerja separuh hari 9 pagi hingga 12.30 tengahari.
Berdasarkan tajuk kat atas, korang pon boleh agak dah apa yang aku nak cerita kan. Sebenarnya kat sini bukan nak cakap siapa yang lebih penat, letih, semua perempuan mempunyai keadaan yang sama tapi dengan masalah yang berlainan. Meh aku cerita sikit rutin harian aku. Aku cerita kat sini bukan ape. aku penat dengan orang sekeliling yang melebel aku pemalas. yes PEMALAS.
Setiap pagi pukuI 6.15 pagi aku akan bangun solat dan mandi siapkan diri. Kadang – kadang bila tengok bakul baju, sempat lagi tekan butang on untuk basuh baju. Lepastu siapkan bekal untuk anak aku masa kat rumah pengasuh, aku selalu bekalkan bubur, aku masakkan fresh setiap pagi, dulu aku masak malam tapi aku kesian kat anak aku, makan lauk perangat jer. Serta buatkan bekal untuk suami atau suami nak makan pagi kat umah. Laki aku akan bangun dalam around 6.30 pagi selepas aku mandi.
Dalam pukuI 7.30 pagi, hero aku dah bangun. So, aku kene siapkan baju untuk dia pakai ke tempat asuhan. Laki aku akan tolong mandikan anak sementara aku akan siapkan semua baju dan keprluan anak kat tempat pengasuh (selalunya kalau cuti weekend Ahad malam aku dah siapkan semua). Selepas anak aku mandi, aku siap pakaikan baju anak aku. Laki aku akan makan breakfast. Syukur tak perlu berhidang, kekadang cedok sendiri mee atau bihun dalam kuali. Laki aku pegi kerja around 8.15 – 8.30 pagi. JADI lepas tu aku akan berper4ng mane nak pegang anak lagi dan letak bekal lagi. Kalau dah basuh baju nak jemur lagi, tapi sepanjang ni anak aku tak pernah cr4nky waktu pagi. Semuanya baik – baik. Drive hantar anak pegi rumah pengasuh then drive pegi kerja.
(Ramai kata : Ala takyah takpe mandikan anak, tukar pampers suh pengasuh mandikan. Tapi untuk aku a big NO! sebab itu je bonding time laki aku dan aku untuk anak sebab almost all the time anak dengan pengasuh. Dan lagi satu aku tak suka hantar kat pengasuh keadaan anak kusut masai berair liur lagi sebab selalunya aku suka cium bau bau tu ..HAHAHAH. sindr0me mak mak katakan, tak kan aku nak bagi kat pengasuh kan. Sebenarnya aku memang dari lepas pant4ng 60 hari aku hantar anak aku memang mandi dan wangi. Sehari pon tak pernah tak mandi walau anak aku mer4ung tak nak mandi. Aku usahakan mandi jugak, bagus untuk otak dan badan jugak kan)
Jadi dekat tempat kerja tak perlu aku cerita, tapi secara ringkasnya aku kerja di syarik4t deveIoper.
PukuI 5.30 petang lepas pvnch out aku akan rush balik untuk ambil anak. Dalam perjalanan balik mase drive tengah fikir nak masak ape ye. Lepas ambil anak kat pengasuh. Sampai je alhamdulillah selalunya laki aku dah tolong angkat kain. oh laki aku balik awal dari aku. Jadi laki aku akan tolong angkat barang semua masuk dalam rumah dan bawakan anak sekali. Aku akan rileks sekejap dalam 30 minit main dengan anak, lepastu aku terus masuk dapur untuk masak. Dalam pukuI 7.30 dah siap masak.
Aku dah siap masak, mandi, dan solat. Tapi kadang – kadang anak aku pengasuh tak sempat bagi makan kat anak aku, sebab anak aku selalu tidur petang sebelum aku ambik. Jadi sebelum pukuI 8 aku mesti bagi dia makan.
PukuI 8.30 malam, masa ni lah aku spend time masa dengan laki aku dan anak aku. Kadang – kadang lipat kain sambil luangkan masa atau sapu lantai, mop. Kadang – kadang aku pergi rumah parents untuk jenguk keadaan mereka. Kadang – kadang bersihkan dapur yang tak sempat kemas pagi tadi atau yang tadi masak untuk makan malam. PukuI 10 malam siapkan anak untuk tidur. tidurkan anak. Bangun untuk kemaskan baju anak kalau larat.
Apa yang aku boleh katakan, aku sangat sangat letih penat dengan rutin harian aku. Dengan s4kit belakang yang tak pernah hilang selepas dari aku bersalin tapi aku syukur aku dikurniakan Allah hadiah yang tak ternilai iaitu anak aku dan laki aku sangat sangat membanntu. Ada masa yang aku memang terIampau penat dan banyak sangat kerja kat tempat kerja. Laki aku akan belikan makanan untuk makan malam, uruskan anak dan bersihkan dapur. Aku bangga punya suami yang sangat membantu. tapi ape nak cakap, orang sekeliling kata laki aku takut kepada aku sebab tu die membantu? Mentallity melayu. Laki depa goyang kaki tengok dia buat kerja je kut.
Dekat sini, jauh di sudut hati aku, aku sedih sebab terp4ksa tinggalkan anak dekat pengasuh siang hari yang patutnya aku kena ade disisi dia lihat pekembangan dia, tapi disebabkan kekangan ekonomi kami sekeluarga aku gag4hkan juga. Setiap malam tenung anak dan minta maaf kerana perlu bekerja adalah satu yang amat p3rit. Bertuah kalau kalau ibu – ibu yang bersuri rumah sepenuhnya.
Disini aku luahkan sebagai seorang ibu. Aku faham semua ibu melalui frasa ini melalui penat s4kit letih dan lesu sama ada suri rumah atau bekerja tapi janganlah orang sekeliling melabel kami sesuka hati.
“Ada degree tapi duk rumah jaga anak”, sesungguhnya itu adalah yang terbaik.
“ Bekerja tapi rumah tunggang Ianggang, bersepah.” Sesungguhnya ibu itu penat dan lelah dan mulut mulut jahat yang lain.
PEMALAS. RUMAH BERSEPAH. TAK HIDANG LAKI MAKAN. TAK BUATKAN AIR UNTUK SUAMI. TAK SEDIA BAJU KERJA SUAMI. Kalaulah kami ada 1000 tangan untuk buat semua kerja tu. Duduklah di tempat kami cukup sehari nescaya kamu akan merasa juga. Jangan pernah mentafsir dari luar kalau kamu sendiri tidak pernah ingin mengetahuinya. jangan pernah menc4ci atau menceIa jika kau tidak tahu kebenarannya. Tapi kau juga wanita yang punya suami anak serta ibu bapa, bukankah kau juga seperti kami ketika dahulu?
Semoga kita lebih kuat di hari esok, untuk ibu bapa kita untuk anak anak kita untuk suami kita untuk agama kita. Dan yang terakhir sekali untuk diri kita sendiri. bangkitlah wanita bernama anak, isteri, ibu serta h4mba kepada-Nya.
– Syuhada