Masa awal perkahwinan kami hidup susah, kena k0rek tabung nak beli beras, dengan mertua h1na sebab tak ada seketul emas pun kat badan aku. Aku nekad untuk berniaga online, dan tahun 2020 ni memang tahun rezeki kami meIimpah ruah. Tiba – tiba suami luahkan rasa tak puas hati dengan apa yang aku up dekat sosiaI media. Aku buntu, salah aku ke???
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Harap cepat min approve kisah aku. Aku tak tahu nak buat apa, aku buntu, salah ke aku? Macam ni, aku da berumahtangga lebih kurang 10 tahun. Aku dan suami mula – mula hidup memang dari kosong, normal kan bagi yang baru berumahtangga, dari motor buruk, dari anak pertama berhujan panas, kami pernah k0rek tabung nak beli beras timbang, aku pernah kena h1na dengan mak mertua aku sebab tak ada seketul emas pon kat badan aku. Masa tu jugak aku menangis. Rasa malu sangat dah banyak susahkan family aku dan mertua.
Suami aku kerja kampung, kerja tak tetap masa tu. Aku nak kerja tapi dia pula yang tak bagi. Tapi sampai bila kami nak mintak tolong dan sampai bila orang nak tolong kami. Dipendekkan cerita aku nekad dalam hati mesti cari jalan keluar. Aku mula niaga kuih muih COD dalam kampung, masa tu tak ramai lagi yang buat COD tapi alhamdulillah aku boleh la bantu sikit ekonomi suami aku. Suami aku baik, ada masa dia caring sangat, ada masa dia Ialai juga hal anak – anak tapi aku cakap kat diri sendiri, tak ada manusia yang sempurna. Aku terima kelemahan dia dan aku sendiri pun banyak kelemahan.
Bermula aku dapat anak yang ke-2 aku dah tak sempat niaga kuih tapi sebab aku tak nak kena h1na, aku tetap cari jalan nak tolong suami. Aku memang minat niaga, Allah dengar doa aku. Aku mula berniaga online dan jadi droship, mula – mula tu aku hampir down sebab tak ada orang beli pun walaupon aku markup RM5 ke bawah je dari harga supplier aku bagi. Makan tahun jugak baru orang percaya. Suami aku masih kerja sendiri, pendapatan kami sampai sekarang masih tak tetap, ada pasang dan surut.
Anak pon dah ramai rezeki datang dari pelbagai sudut. Bila aku ingat waktu susah aku akan jadi m4kin semangat nak cari rezeki. Aku faham ekonomi suami, aku tau banyak yang dia kene tanggung, bila dia kurang atau tak ada kerja, aku akan cover ape yang patut. Rezeki tak pernah salah alamat, tahun 2020 ni rezeki kami meIimpah ruah, kami tak ada kereta mewah, belum ada rumah sendiri tapi bagi aku cukup bahagia dah. Aku dah mula beli ape yang aku teringin hasil titik peluh aku niaga sebab niaga online, hasil reward mesti aku muat naik dalam fb dan ig kan.
Bagi orang yang buat bisnes, mesti tau sebab ape buat itu ini kena update, bukan ri4k, tapi sekadar marketing, bila boleh beli itu ini, orang luar akan lebih percaya dengan apa kita jual. Ok sehari dua ni aku bertekak dengan suami, kami g4duh agak serius, lepas tu kami tak bertegur selama 2 hari. Aku dapat tahu suami berniat nak cari duit tepi dengan buat kerja yang tak halal. Aku marah, aku meIedak, bagi aku dah cukup ape yang ada sekarang.
Aku tak pernah desak dia untuk beli apa – apa untuk aku, banyak benda yang aku nak, aku usaha sendiri sampai dapat sebab aku faham, duit yang ada memang dia jalankan tanggungjawab dengan baik, kadang baju dia pon lama tak tukar baru. Tapi aku hadiahkan untuk dia, aku tak kisah berhabis pon. Sambung balik hal g4duh tadi, walaupun sama – sama dalam rumah, sebab dah tak bertegur 2 hari tak tau kot nak mula macam mana. Malam tadi suami aku whatsapp, dan aku pon belum habis angin, macam – macam la aku marah dan hamun jugak.
Suami aku kata apa yang aku reward dan masuk kat media sociaI tu untuk malukan dia. WHATT? Aku tak taw nak kata apa, bila aku bagitahu niat aku tak nak susahkan dia, aku cari sendiri, bila dia tak ada job, duit aku niaga boleh aku cover pampes dan susu anak dan duit makan, dia kata aku mengungkit dan dia ulang benda sama dia kata aku malukan dia. Aku sedih, aku ingat ni dah kemuncak kejayaan dan kebahagiaan buat kami, tapi bila suami whatsapp dan kata macam tu aku jadi blurrr.
Ape yang dia pernah bagi semua aku hargai, semua aku share kt socmed dengan harapan boleh jadi inspirasi buat yang baru nak mulakan kehidupan, tapi dia asyik ulang aku buat semua tu sebab nak malukan dia. Aku jadi down, aku tak sangka. Aku ingat selama ni suami aku sama – sama bahagia dengan kejayaan aku. Aku terk3jut, aku masih bingung, selama bertahun – tahun ni kami tak Iekang bersembang suka duka, komunikasi semua ok tapi apa yang dia bagi tau malam tadi aku hampa dan kecewa.
Aku masih positifkan diri, selama tak bertegur aku dekatkan diri dengan Allah. Mungkin aku banyak abaikan tangungjwab pada pencipta barangkali. Aku tak mengadu pada keluarga aku sebab aku tak nak a1bkan suami aku, aku menangis sepuas – puasnya atas sejadah. Mudahan Allah tunjukkan jalan keluar untuk masalah kami. Please doakan yang baik – baik.
Komen Warganet :
چوچو مينه لاوا : Tak yah la up reward – reward apa semua tu tayang – tayang atas alasan marketing. Guna pendekatan lain untuk tarik pelanggan atau downline. Saya pun muak tengok orang share – share gambar duit, gelang emas, kereta apa semua. Tak perlu kut. Padam balik status tu dan mintak maaf kat dia, mungkin dia rasa malu sebab dia tak mampu nak bagi, lain kali tak yah dah buat macam tu ..
Maslina Muhamad Muktar : Minta maaf je. Suami mungkin rasa tercab4r. Kadang – kadang, walaupun kita mampu berdiri atas kaki sendiri, kita tetap kena tunjuk yang kita masih perlukan suami. Duit lebih tu simpan senyap – senyap. Nak reward, tak perlu up dalam media sosiaI pun. Fitrah suami isteri, saling memerlukan. Anggaplah teguran suami tu dari Allah.
Rina Qishzam : Mungkin caption – caption yang awak post tu buat suami awak terasa diri dia tak berguna tak dapat hadiahkan apa yang awak hajatkan.
Contoh caption “Alhamdullilah hasil jualan sendiri dapatlah lekat benda ni” Dekat sini dah nampk ayat yang duit dan hasil tu dari diri awak sendiri dan suami awak jadi segan la kalau ada kawan – kawan atau keluarga yang tengok. Lepas ni nak up apa – apa, sertakan ayat penghargaan dekat suami. Tak ada kebenaran dan sokongan dia awak tak meniaga tau.
Naira Alisya Abdullah : Tak ada istilah bila niaga online wajib up kat media sosiaI.. Tu atas kehendak nak menunjuk atau tidak. Tak perlu jadikan perbuatan idola idola kaya yang menunjuk tu satu cara yakinkan pembeli. Cukup dengan awak jujur dalam berniaga, kepercayaan akan datang sendiri. Suami awak tak selesa sebab nilai privacy dah hilang.. Nilai privacy lebih tinggi dari wang ringgit.
Salwa Salehan : Saya berniaga kak, tapi tak semua yang saya beli, yang saya dapat, saya pergi jalan mana – mana, jualan saya berapa, saya up dekat media sosiaI. Sesekali boleh la. Tapi tak perlu semua. Kalau promote produk tak apa tapi bab reward diri tu berpada – pada. Tak apalah sis. Terima la teguran suami tu., inta maaf saja. Malam ni tidur, esok mulakan hari baru.