Saya nak pernikahan saya diiktiraf oleh undang – undang, dan oleh masyarakat. Saya nak hak yang sama seperti isteri pertama. Hak dari segi kalau dia boleh bernikah dengan cara yang elok. Kami bernikah dan disandingkan di rumah kedua – dua belah pihak dalam majlis yang meriah. Ia membuatkan saya tidak terasa saya berkahwin dengan suami orang..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya confession ini disiarkan. Terfikir untuk membuat pengakuan selepas membaca pengakuan seorang wanita bergelar isteri pertama yang sangat positif seminggu dua yang lepas.
Dalam hati berkata, wanita ini sebaik madu saya. Ya… Saya adalah isteri kedua. Perkahwinan kami kini alhamdulillah menjangkau usia 11 tahun. Ketika bernikah, usia saya 31 tahun, suami 37 tahun, dan madu saya ketika itu 35 tahun.
Berkenalan dengan suami selama 6 tahun sebelum berkahwin, pelbagai rintangan kami lalui hanya untuk menghalalkan hubungan ini. Yer lah, isteri mana reIa suaminya diambil orang, kan? Kalau saya sendiri di tempat isteri pertama, saya juga akan men3ntang selagi terdaya. Dan itulah yang madu saya buat.
Ketika suami memohon kepada mahkamah untuk berkahwin kali kedua, isterinya men3ntang habis – habisan. Beberapa kali mereka naik turun mahkamah, hampir setahun juga kes dibicarakan di mahkamah. Ingat senang mahkamah nak benarkan orang berpoligami?
Tapi kenapa kami memilih untuk memohon berpoligami dengan cara yang betul? Bukan dengan cara kahwin lari ke Siam dan sebagainya sedangkan itu lebih mudah dan menjadi pilihan ramai orang. Kenapa kami memilih cara yang sukar?
Kerana saya yang minta begitu. Saya bekerja di bidang profesional dalam perkhidmatan awam. Begitu juga isterinya. Suami pula pekerja swasta yang bergaji boleh tahan. Saya ada maru4h saya sendiri. Takkan saya nak malukan keluarga dengan berkahwin lari? Takkan saya nak hitamkan muka ibu bapa saya sedangkan saya adalah anak kesayangan mereka?
Ibu bapa saya sudah cukup kecewa bila saya memilih suami orang sebagai pasangan, kerana mereka rasa saya boleh mendapat yang lebih baik. Saya terpelajar, pernah menjadi best student dan saya adalah harapan mereka.
Namun akhirnya mereka terp4ksa merestui juga pilihan saya ini. Dan itu sudah cukup membuatkan saya rasa bertanggungjawab untuk memilih berkahwin dengan cara yang betul, sama seperti orang lain berkahwin, walaupun dengan suami orang.
Saya nak pernikahan saya diiktiraf oleh undang – undang, dan oleh masyarakat. Saya nak hak yang sama seperti isteri pertama. Hak dari segi kalau dia boleh bernikah dengan cara yang elok, kenapa dengan saya perlu sembunyi? Sedangkan pernikahan itu sesuatu yang perlu diw4r – w4rkan. Hak dan pengiktirafan ini yang saya nak.
Alhamdulillah, pihak keluarga suami faham ini. Ibubapa dan pihak keluarganya datang sendiri dari selatan ke utara untuk meminang saya. Mereka buat saya rasa dihargai walaupun saya hanya menantu kedua. Walaupun ketika itu mereka sedar hati isterinya terIuka.
Berbalik kepada kes di mahkamah, selepas beberapa bulan, entah bagaimana, akhirnya isterinya bersetuju untuk membenarkan suaminya berkahwin lagi. Dengan banyak syarat pastinya, yang melibatkan kewangan. Saya faham, dia cuma mahu meIindungi haknya dan anak – anaknya.
Dan akhirnya alhamdulillah, kami bernikah dan disandingkan di rumah kedua – dua belah pihak dalam majlis yang meriah. Ia membuatkan saya tidak terasa saya berkahwin dengan suami orang. Penerimaan keluarga suami buat saya bersyukur.
Ibu bapanya melayan saya dengan baik sekali. Tidak pernah membezakan saya dengan menantu pertama mereka. Kakak – kakak ipar pula, tidaklah begitu mesra, namun mereka tetap melayan saya dengan baik walaupun mereka dalam dilema. Kakak – kakak ipar semuanya rapat dengan isteri suami.
Saya faham dilema mereka. Melayan saya, bermakna mereka akan mengecilkan hati isterinya. Tapi mereka juga tidak sanggup mengecilkan hati saya, kerana adik lelaki mereka yang memilih saya.
Ketika awal perkahwinan, berlaku juga siri mesej – mesej kemarahan dari isterinya. Sehinggalah suatu ketika, dia membuat keputusan untuk tidak lagi peduli. Number saya dibIock. Dan sejak itu tiada lagi komunikasi antara kami.
Tapi sejak itu juga saya rasa kemarahannya reda sedikit demi sedikit. Di tahun ketiga perkahwinan, saya bersalin kali kedua, ketika itu umat Islam sedang membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Dialah yang menjaga anak sulung saya yang ketika itu berusia setahun lebih. Dibelikan baju raya untuk anak saya, sedondon dengan mereka sekeluarga.
Sehingga kini, anak – anak saya (4 orang) bebas ke rumahnya. Kadang – kadang tidur di sana. Anak – anak mula rapat dengan ibu tiri mereka. Ketika saya perlu berkursus di hujung minggu contohnya, dia yang menjaga dan memberi makan anak – anak saya bila dibawa oleh suami ke rumah mereka.
Anak – anak yang besar (sulung dan kedua) sering dibawa berjalan ke mana – mana bersama 5 anaknya yang lain. Mereka ke IKEA, Zoo, Giant dan lain – lain tempat. Dia seorang yang independent, maka selalunya dia ke mana – mana bersama anak – anak kami tanpa suami.
Dibelikan baju atau tudung untuk anak – anak saya. Ataupun diperturunkan baju anak – anaknya yang masih boleh dipakai kepada anak – anak saya pula.
Anak pertama saya, kini berusia 10 tahun. Seumur hidupnya, saya hanya berjaya memot0ng rambutnya beberapa kali saja. Selebihnya oleh ibu tirinya.
Pernah, ketika anak saya di tadika, terp4ksa dijemput oleh beliau, kerana saya dan suami sama – sama tak dapat menjemput pulang anak saya. Tertanya – tanya juga pihak tadika ketika itu.
Pendek kata, isteri suami akhirnya menerima anak – anak saya. Walaupun sehingga kini, saya rasa dia masih tidak dapat menerima saya sepenuhnya.
Bayangkan kami tidak pernah bersua muka dan bercakap selama 11 tahun saya berkahwin ini. Rumah kami berdekatan. Hanya dipisahkan oleh beberapa buah rumah saja. Kadang – kadang ada juga kami berselisih di jalanan. Hanya setakat itu saja. Selalunya dia buat tak pandang saya pun.
Pernah 2 tahun lepas, suami bawa saya ke rumahnya untuk bersua muka, tapi oleh kerana dia belum bersedia, dia menguncikan diri di dalam bilik sehingga saya balik.
Ya, dia mungkin masih tidak menerima saya. Tapi penerimaannya terhadap anak – anak saya sudah membuatkan saya bersyukur sangat – sangat.
Terima kasih kak. Saya tau saya bersalah menerima suami akak dalam hidup saya. Saya sendiri kadang – kadang tak dapat menerima kenyataan yang saya perlu berkahwin dengan suami orang. Tapi suami selalu mengingatkan saya bahawa ini adalah jalan hidup kita, takdir kita. Siapa kita untuk menidakkan takdir Tuhan.
Suami juga selalu mengingatkan saya agar bersyukur. Walaupun saya bermadu, saya dapat jumpa suami setiap hari. Walaupun bermadu, tapi madu menerima anak – anak saya. Tidak pernah meny3rang saya seperti yang terjadi pada orang lain.
Konsepnya, saya jaga rumahtangga saya, dia jaga rumahtangga dia. Saya tak masuk campur hal dia, dia juga tak masuk campur hal saya. No direct communication in between us. Hanya suami menjadi penghubung. Dan suami pula, berlaku adil dari segi giliran dan lain – lain.
Saya selalu berdoa, akhirnya dia betul – betul menerima saya. Teringin juga shopping sama – sama, bawa anak berjalan bersama – sama. Teringin jadi kawan baik dia. Sementelah saya pun tiada saud4ra mara atau sahabat baik di negeri suami ini.
Masih menunggu hatinya terbuka sepenuhnya untuk saya.
– Isteri kedua yang bahagia.
– Puan Lavender (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Anis Yohana Khalid : Tabahnya isteri pertama. Beliau membenarkan Kamu berkahwin mungkin sudah give up dengan des4kkan kamu dan suami yang nak sangat bernikah. Dan dari penceritaan Kamu memang nampak usaha dan kegigihan kamu nak kawin dengan laki dia. Dan dia menerima anak -anak Kamu kerana mereka tidak bersalah.
Jika saya di situasi beliau (isteri pertama) saya juga Akan melakukan itu semua. Ur business is ur business, jangan masuk campur business aiii. Apa pun saya perlu puji ketabahan Hati isteri pertama. Akak, kalau akak baca ni saya fan no satu akak.
Aslina Majid : Kalau tengok dari reaksi isteri pertama tu sejak awal. Kira bertuah sangat laa dia boleh terima anak – anak tt ni. Paling takleh bIah boleh lak dia angkut semua anak – anak sendiri jalan – jalan tanpa suami.
Memang tt ni tak rasa apa – apa ke sampai isteri pertama tu buat macam tu? Kat mana suami masa tu? Poligami yang bajet boleh jadi bff ni cuma wujud kalau isteri pertama yang carikan untuk suami dia.Tu je. Lain – lain. Susah sikit.
Hiedayah Lee : Biarlah dia cari kebahagiaan dia. Tak perlu la kot kacau hidup dia. Dia mungkin menerima dan redha. Mana tau, hati dia dah h4ncur. Semuanya dilakukan untuk tak nak lihat anak jadi m4ngsa. Teruskan hidup seperti sekarang. Doakan yang baik untuk madu awak. Semoga berbahagia.
Marini Marissa : Alhamdulillah puan bahagia. Lagi pun poligami memang dibenarkan dalam Islam kan. Cuma nak tanya puan kenal suami 6 tahun sebelum kawen, memang dah tahu la kan dia dah beristeri. Puan tetap mahu menjadi isteri keduanya kah?
Soalan no 2, puan dah berkahwin 11 tahun, apa puan rasa kalau tau diam diam suami puan ada simpan perasaan dan berhubungan dengan perempuan ke3 selama 6 tahun lalu?
Soalan ke 3, kalau suami puan nak kahwin ke 3 dan ke 4, adakah puan akan redha seperti mana isteri pertama redha kan? Tak payah jawab kat sini.. jawab di hati
Bella Alya : Saya faham perasaan isteri pertama sebab saya juga isteri pertama. Bersyukurlah dia dapat menerima anak – anak puan. Itu dah dikira peng0rbanan perasaan dia. Jangan dip4ksa dia untuk menerima puan lebih daripada itu. Saya dan madu saya umpama adik dan kakak. Boleh pergi makan – makan dan shopping bersama. Alhamdulillah… lain orang lain penerimaannya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.