Dalam keturunan aku memang tak ada yang berstatus janda. Sebab tu aku bertahan selama 7 tahun

2 bulan lepas kahwin suami dan tunjuk per4ngai baran dan suka pukuI. Tetapi setiap kali lepas Iunyai aku kena pukuI dia akan menangis dan meminta maaf. Hinggalah beberapa bulan yang lalu aku dah tak tahan. Aku cakap aku akan maafkan kalau dia izinkan aku kunci dia dalam rumah dan dia izinkan. Selepas kunci aku terus bagitahu niat aku yang sebenar dan suami aku menangis sekuat hati dan merayu pada aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca, admin minta tolong hide FB aku ye. Aku nak bercerita sikit pengalaman yang boleh dijadikan sebagai teladan bagi aku dan semua yang dah berumah tangga.

Baru – baru ni terjadinya perkara besar dalam family aku dan tak pernah berlaku dalam sejarah keluarga aku sejak nenek moyang iaitu PENCERAIAN. Disebabkan takut status JANDA aku bertahan dengan bekas suami hampir 7 tahun.

Bekas suami aku mula pukuI aku seawal 2 bulan pernikahan tapi dia bukan orang yang selalu nak pukuI tak tentu masa. Aku perasan, dia start pukuI aku bila aku buat kesilapan dan dia mula naik angin. Waktu kebiasaannya dia sangat baik pada aku.

Bila dia marah, dia bertukar 360°, serius aku terk3jut sebab dia macam orang lain. Dia pukuI aku tanpa beIas kasihan. Cek1k, tamp4r, tend4ng dah jadi permainan bekas suami aku. Tetapi bila marah dia dah reda selalunya dia akan menangis – nangis minta ampun pada aku dan aku akan teruskan rutin ini selama hampir 7 tahun.

Korang cuba bayangkan, aku akan cakap pada diri aku, suami aku baik orangnya, aku selalu pujuk hati aku bila dia terus menerus pukuI aku. Tapi dia selalu cakap kat aku yang dia pukuI sebab nak membentuk aku jadi lebih baik sebab aku buat salah dan sebab nak mendidik.

Allahuu, bila teringat saat aku kena pukuI pernah satu masa tu sebab aku buat tumpah air, dia cek1k aku, dia tamp4r aku, aku hanya mampu menangis minta simpati. Dalam 6 bulan yang lepas, aku meIawan cakap dia buat kali yang pertama sebab aku dah tak tahan asyik kena pukuI.

Hati aku ni dah sekeras batu, badan aku dah laIi dengan pukuIan dia, telinga aku dah pekak dengan pujuk rayu dia selepas kena pukuI. Kali ni aku tak tau datang mana kekuatan diri aku, mendengar aku menjawab, suami aku jadi sangat marah dan aku dip1jak, diher3t di lantai rumah, aku ditarik rambut dan ditamp4r berulang ulang kali.

Akhirnya sampai aku lembik dan dia menangis datang pada aku minta maaf. Aku kata, dengan hati yang kosong kalau nak aku maafkan, izinkan aku kunci dia dalam rumah sekejap dan dia setuju tanpa tahu maksud aku. Dia ikutkan saja mungkin sebab rasa bersalah lepas dah pukuI aku.

Bila aku dah kunci mangga aku cakap kat dia aku akan pergi ke pejabat agama, dan balai polis. Aku akan minta fasakh, suami aku menangis dan merayu sekuat hati minta aku maafkan dia dan batalkan niat aku.

Andai dia tahu, betapa aku mencintai dia tapi aku tak mampu dah menahan. Ya, dia orang yang sangat baik tapi cukup di sini. Alhamdulillah, hidup aku sekarang makin tenang. Tapi, aku tetap tak lupa doakan dia. Semoga dia tak buat apa dia buat pada aku, dekat org lain.

Dekat sini aku nak pesan pada isteri – isteri yang mengaIami nasib yang sama macam aku. Bangkitlah, sayang diri kita dulu. Keluar dari kebiasaan yang meny4kitkan, kebahagiaan insyallah menunggu kita. Biar kita sayang suami kita sebesar mana pun, jika berlaku hal seperti saya, bertindaklah.

Tak semestinya cinta harus memiliki, cukuplah bersama yang meng3rikan. Doakan saya hidup bahagia dan semoga saya terus kuat. Terima kasih siarkan kisah aku. Aku harap jadi tauladan buat pasangan di luar sana. Jangan jadi seperti saya, entah dah berapa ratus kali akhirnya saya baru bangkit.

Komen W4rganet :

Noor Azura : Mungkin bekas suami puan ni ada peny4kit mentaI. Dia akan hilang pertimbangan. Jika tak dirawat, susah nak baik. Kesiannya. Puan cukup tabah. Alhamdulillah puan bangkit, pertahankan diri. Allah beri kekuatan mungkin doa – doa puan dimakbulkan. Kadang bukan tak nak pertahankan diri tapi kekuatan em0si, mentaI mempengaruhi.

Abbey Orchard : Saya ada kenal nenek ni, nenek ni semasa muda di pukuI dan di d3ra oleh suaminya, setelah 21 tahun did3ra anak nenek yang sulung dah berumur 18 tahun barulah nenek berani menuntut cerai. Sekarang umur nenek tu sudah 75 tahun disebabkan kisah silam nenek, nenek mengaIami anx1ety yang sangat teruk hingga terp4ksa bergantung ubat untuk ketenangan.

Nenek selalu pesan jika sekali jer lelaki mengkasari perempuan tinggalkan, sebagai perempuan sampai kiam4t tak akan boleh mengubah per4ngai lelaki. Jika lelaki dayus per4ngai tu akan dibawa hingga dia ditanam satu hari nanti.

Atiqah Aziz : Saya sendiri pernah bekas suami pukuI sejak awal perkahwinan. Almost sehingga 5 tahun kawin dia akan pukuI saya dan anak. Tumpah je air, makanan lambat hidang, anak nangis kami jadi m4ngsa bekas suami.

Alhamdulillah bila bebas dari dia saya aman. Kalau baik didikan suami dia tak akan naik tangan ke atas isteri itu dikira dayus dan ustaz pernah berkata wlaupon tidak berd0sa besar tapi api ner4ka masih menunggu sebab isteri dan anak amanah dari Allah untuk disayangi..

Eyna Nona : Bersabar selama dipukuI tu satu peng0banan demi kasihkan suami. Tapi suami pulak makin menjadi – menjadi pukuI isteri. Tu bukan mendidik. Nabi pun tak pukuI isteri untuk mendidik. Apa suami tu tak ada langsung buat kesilapan ke.

Kalau dia buat silap dia pun patut kena pukuI la untuk  tujuan mendidik. Ni suami baran namanya. Sekali dah pukuI isteri memang akan jadi kebiasaan sebab isteri tu sendiri sentiasa beri peluang berubah. Tu sume kerana sayang. tapi sayang tak dihargai. Mana ada sayang dengan cara gan4s gitu.

Sakura San : Suami start pukuI bila tt buat silap. Besar sangat ke kesalahan sampai kena pukuI isteri. Nak didik isteri bukannya dipukuI sep4k teraj4ng. Baguslah tt dah move on. Jadikan pengajaran dan jangan toleh ke belakang lagi. Boleh je bahagia tanpa suami macam tu, malah lebih bahagia dari dulu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?