Aku menyampahlah dengan bini aku, perkara dah 2 tahun pun masih nak simpan dalam hati

Memanglah dari awal kahwin kak ipar dan mak aku ni suka tanya macam – macam dekat bini aku. Masa bini bersalin, anak aku lahir – lahir tak cerah, hidung tak berapa naik, muka plak masam je. Kakak ipar cakap anak dia putih lagi dari anak aku. Dah tu ada plak jiran cakap, “inilah anak mamak yang depa kata tu..”

#Foto sekadar hiasan. Assalamuailaikum admin, terima kasih sebab kongsikan kisah aku ni. Aku menyampahlah dengan perangai bini aku. Aku sabar pun sebab anak aku je. Kami ada seorang je anak, aku takut dapat hak kat dia. Cerita dia macam ni, usia perkahwinan kami ni dah masuk 4 tahun lebih tapi isteri aku ni tak suka balik rumah family aku sebab dia kecik hati dengan mulut kak ipar aku dengan mak aku.

Memanglah dari awal kahwin kak ipar aku ni banyak sangat tanya macam – macam hal kat isteri aku hal personal, macam bercinta bertahun dengan aku pernah berz1na tak? Lepastu sibuk siasat fb bini aku dan suka tanya banyak, bini aku str3ss la. Jadi dia luahlah perasaan kat aku. Aku malas nak g4duh, aku buat tak tahu je. Mak aku pulak, biasalah orang tua cakap lebih kurang. Mak pernah cakap kat jiran aku yang aku ni tak sayang pun bini aku ni, tak macam suami kak ipar ni (abang aku). Mak aku cakap depan bini aku, dia jenis simpan dalam je. Isteri bagitahu aku, aku masih buat tak tahu, malas nak layan orang perempuan ni. Yang  lain aku tak tahu lah, dia cerita yang tu je.

Lepas tu bila dah dapat anak, diorang berg4duh lagi, sebab anak aku lahir – lahir tak cerah, hidung tak berapa naik, muka plak masam je. Masa pertama kali bawa balik rumah keluarga aku, ada jiran cakap depan aku dengan bini aku, “inilah anak mamak yang depa kata tu..” Sebab masa bini bersalin semua datang tengok kat rumah mentua aku. Tapi tak tahulah siapa yang cakap. Aku masih buat tak tahu je, tak tanya apa – apa dekat keluarga aku. Aku pernah jugak dengar kak ipar cakap putih anak dia lagi dari anak aku. Aku masih buat tak taw walaupun bini aku luah kecik hati, masa tu dia dalam bilik tapi kak ipar cakap kuat 1 rumah dengar.

Kemudian keluarga aku pun buat tak tahu, tak back up pun anak aku, memang lagi kecik hati bini aku. Yang mak aku suka cakap hidung tak mancung, siapkan anak dlm bilik aku pun mak aku cakap, macam perempuan tapi anak aku boy. Semua pakat duk puji anak kak ipar aku walaupun boy tapi lahir – lahir putih hidung mancung. Pecah rekod keluarga aku baby boy lahir macam tu. Yang lain lahir gelap yang amat.

Anak aku pulak asal balik rumah mak aku je mesti menangis. Aku pun bising kat bini aku, inilah akibatnya sebab jarang balik, anak pun tak rapat dengan keluarga aku. Aku malas nak masuk campur hal bini aku dengan kak ipar aku tu. Yela, kak ipar banyak bantu dari segi transport bawa pergi mana – mana, bagi duit dan macam – macam. Bukan macam bini aku tak pernah tolong apa pun.

Bini aku pernah menangis dan terasa hati dengan kak ipar dan adik perempuan aku sendiri sebab mak aku cakap, mereka dua orang ni suka mengata bini aku tapi bini aku cakap mak aku pun sama suka mengata dia. Mak aku selalu cerita buruk pasal kak ipar tapi dekat belakang. Aku malas nak ambik port jugak. Cuma nak tanya tak akan dah bertahun pun nak simpan dalam hati. Anak dah usia 2 tahun pun.

Komen Warganet :

Noreen Zulkifli II : Tugas suami adalah meIindungi isteri. Jaga hati isteri. Cuba letakkan diri kamu di tempat isteri, mesti marah kan? Sebab kak ipar banyak membantu, jadi setiap perbuatan dia walaupun salah akan jadi betul ke? Macam tu? Isteri tu tak banyak membantu? Kamu yang patutnya malu sebab jaga isteri dan anak sorang pun huru hara. SILA MALU PADA DIRI SENDIRI.

Cik Lynn : Jangan kata 2 tahun, seumur hidup pun tetap terasa. Itulah sebab mulut tu kena berjaga – jaga dan berhati – hati kalau nak cakap supaya tak s4kitkan hati orang lain. Kalau tak, takdelah pepatah kerana mulut badan bin4sa. Ko pun sebagai laki, buatlah sesuatu. Mungkin bagi ko hal ni nampak remeh, tapi bagi kami ni org perempuan, lagi – lagi menantu, memang makan hati dan akan terasalah sampai bila – bila. Boleh tahan pu4ka juga ye keluarga ko tu.. Dari mak, sampai ke anak semua mulut macam pu4ka.

Ezilica Bokok : Heiii! kalau ko yang ada kat tempat bini ko apa macam. Kak ipar ko tu bukannya malaik4t, dia siapa nak cakap macam tu kat bini ko. Kalau aku pun tak nak balik tempat mentua kalau macam tu. Ko yang tak faham dengan situasi bini ko tu. Cuba ko yang di buat macam tu ko suka ke tak. Macam bod0h plak aku baca kisah ko ni.

Ana Azly : Anak baru 2 tahun ya? Perkara ni akan berlarutan sampai anak mu besar kalau kau tak pertahankan bini kau. Percayalah cakap aku, silap hari bulan nanti anak mu besar, anak mu yang akan pertah4nkan bini mu. Masa tu dah terlambat kau nak didik anak jantan mu kalau anak jantan mu kurang ajar dngan nenek dia nanti.

Miza Iza : Hmmm sian bini ko, sepatutnya ko la tempat dia mengadu. Mulut mak hang pun boleh tahan. Tak apa kifarah tu ada, jangan risau. Kalau ko dekat tempat bini tu, ko pun mesti akan terasa kan? Awat la bengap sangat. Ish s4kit hati plak aku. Ko patut duduk je dengan mak dan kak ipar yang tersayang tu. Meluat aku baca. Tak boleh jadi laki kalau macam ko ni. Perangai tak mat4ng langsung.

Lebih baik ko pergi hantar bini dekat keluarga dia elok – elok dari ko terus siksa perasaan dia dek perangai keluarga ko yang tak ketahuan tu. Anak ko hitam mungkin ikut muka ko barangkali. Pergi balik pun anak dia putih ke, hitam ke ikut, muka mak pak jugak. Kenapa nak pertikai itu ini, syukurlah anak lahir cukup sifat, sihat sempurna. Sejenis tak reti bersyukut.. ALLAHUAKBAR.. ikutkan aku malas tau nk komen ni, tapi gerammm kat ko, jadi nak jugak komen.

Jefflyeãnn Dieh : Bini awak pun awal – awal lagi dah menyampah tengok awak sama pakej dengan keluarga awak sekali. Tapi dia tak tunjuk, dia pandai sorok. Cuma nak balik rumah keluarga awak tu dia tak dapat tahan sebab dia manusia biasa yang punya perasaan. Kalau dia tak nak balik dan awak pula nak sangat balik… dan perlu sangat balik, awak baliklah sorang – sorang.

Masa tu awak tengok lah, mak hang dengan adik hang, sekali ngan kak ipar hang duk mengata pasal dia. Hang dengarkanlah h4sutan depa tu. Aku yang TERbaca kisah awak ni pun turut TERmenyampah dengan awak dengan keluarga awak sekali. Lelaki macam awak ni memang tak layak nak dibuat laki, sekian.. tuhan maafkan d0saku, tapi kau berikanlah petunjuk kepada insan – insan ini. Celikkan akal dan fikiran mereka, aamiin!