Aku mengadu dekat kawan baik, suami m4kin dingin. Satu hari aku terbaca mesej, rupanya suami ber’syg’ dengan kawan baik aku

Sebelum ni memang asyik berkepit je dengan suami, pergi isi minyak pun ajak aku. Tiba – tiba lepas 3 tahun dia berubah. Bila aku tanya suami kata dah takde perasaan dekat aku. Aku terus mengadu dekat kawan baik aku, isteri orang anak 3! Tak sangka dialah skandal suami aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Tergerak hati nak buat luahan di sini. Aku dah berkahwin baru je 3 tahun. Perkenalan yang singkat bersama suami. Rasanya baru beberapa hari kenal, suami dah ajak kahwin.

Tapi bukanlah masa tu jugak kahwin. Huhu. Kami berkahwin waktu PKP. Jadinya takde apa yang best pun masa tu. Cuma yelah dah kahwin. Awalnya kami satu tempat kerja. Rezeki kahwin, aku dinaikkan pangkat. Jadinya aku bekerja under company lain.

Awal perkahwinan, alhamdulillah rezeki mencurah – curah. Selalu dapat pergi holiday, kerap balik kampung, makan pun takde nak catu – catu. Waktu tu kami suami isteri duduk rumah mak aku. Jadinya banyaklah juga jimat kat situ.

Aku dengan laki aku ni memang setiap masa berkepit. Kadang – kadang pergi kedai runcit ke, isi minyak kereta ke, memang berdua. Semuanya berubah bila kami berpindah ke rumah sendiri. Bila dah pindah rumah sendiri, kami jadi zero communication.

Aku jenis memang dari bujang suka bawa bekal. Jadinya sebelum subuh bangun buatkan bekal. Masa awal pindah, memang pagi lauk lain, balik keje pun lauk lain. Penat dia takyah cakap. Tapi aku happy masa tu sebab bila suami puji, happy lah.

Yang buat aku tak happy masa tu, semua kerja rumah aku buat. Mungkin bila badan penat, tengok rumah bersepah aku jadi em0si. Lagi aku em0si bila laki aku balik keje terus main phone, takpun tido. Aku balik keje bertukang kat dapur.

Masa tu str3ss. Jadi bila str3ss, aku kerap sendirian dalam bilik. Aku dah tak mesra dengan laki aku. Laki aku pun asyik hadap phone je. Sampai lah ada sekali tu aku perasan laki aku kerap wasap dengan sorang kawan perempuan dia.

Nama dia Sari. Kawan tu aku kenal. Kawan tu satu company dengan dia. Rapat gak dengan aku. Aku pernahlah tegur laki aku jangan rapat sangat dengan pompuan tu. Yela bini mana tak jeles kan. Masa tu laki aku cam tak nak lah aku pikir lain.

So dia pun stop lah contact pompuan tu. Aku ni pun percayalah. Huhu. Selang dua tiga bulan kot, tiba – tiba laki aku start buat hal. Yang selalu kluar berkepit dengan aku ni, asyik nak keluar sorang. Sampaikan yang selalu amek aku balik keje tak pernah lambat.

Kali ni aku sampai terlelap dekat lobi tunggu dia 30 – 40 minit. Masa tu aku pikir dia banyak kerja. Jadi aku tunggu je lah kan. Pada masa sama juga. Tiba – tiba suami aku minta izin nak pergi haangout dengan kawan – kawan tanpa aku.

Yang dulunya pergi ke mana – mana dengan aku. Sekarang lebih nak keluar sorang. Masa tu aku dah sedih dah. Yela, aku dibiarkan sorang – sorang, dia sibuk nak keluar dengan kawan – kawan. Okay sebelum tu aku bagitahu korang semua, aku ni memang takde kawan.

Ada lah kawan rapat. Tapi semua dok jauh. Pastu sebab masa awal kahwin laki aku jenis tak bagi selalu sangat jumpa kawan, aku pun akurr, dengar cakap suami huhu. Start laki aku mula nak haangout dengan kawan, jemput aku lambat.

Aku dah mula insecure. Aku rasa macam aku ni diabaikan. Kat rumah almost hadap phone. Kalau weekend spent time masa bersama pun cuma pergi beli barang dapur ataupun balik kampung. Ada sehari tu aku tanya dia.

Kenapa dia macam tu. Dulu boleh katakan setiap masa dengan aku. Kenapa sejak akhir – akhir ni dia pilih nak sendirian. Dia kata dia dah takde rasa dalam hubungan aku dan dia. Masa tu gelap dunia aku. Suami yang satu – satunya setiap masa dengan aku kata macam tu.

Aku tanya dia kenapa? Kenapa tiba – tiba kata macam tu. Dia kata dah lama dah dia rasa macam tu. Dan masa tu dia kata sebab aku dah tak macam dulu. Dah tak macam awal – awal perkenalan dulu. Sumpah sentap masa tu.

Banyak juga dia kata pasal aku. Kira semuanya keburukan aku. Sedih tak terkata masa tu. Aku minta maaf dekat dia. Aku cakap aku akan perbaiki semua keburukan aku. Setiap hari aku nangis dan aku banyak meluahkan pada Sari.

Sari ni dah berkahwin. Ada 3 orang anak. Sari banyak bagi nasihat dekat aku. Sari ni aku anggap macam kawan baik aku. Tapi aku silap. Dalam masa aku cuba untuk baiki keburukan aku, sikap dia m4kin teruk. Aku m4kin makan hati.

Yela balik rumah nak happy – happy, nak rehat – rehatkan diri, aku jadi insecure depan dia. Aku jadi takut apa aku buat semua serba tak kena. Sampai lah satu hari. Lepas solat maghrib, aku tergerak hati check phone dia.

Andddd aku jumpa wasap dia dan Sari bersayang – sayangan. Waktu tu dunia aku memang dah gelap – segelapnya. Aku terkedu. Aku tak tahu nak kata apa. Waktu kant0i tu, aku terus ser4ng laki aku. Aku minta penjelasan dia masa tu.

Ye aku jijik sangat dengan laki aku. Dengan Sari pun aku ser4ng. Tapi aku ser4ng dalam wasap. Tak tergamak aku nak ser4ng dia secara depan mengenangkan anak – anak dia. Baiknye aku masih fikirkan dia. Lepas kant0i, Sari berjanji takkan contact laki aku lagi.

Tapi laki tak boleh kehilangan Sari. Hari – hari meratapi kehilangan dia. Sampailah aku dapat berita yang aku mengandung anak sulung. Waktu dapat tahu tu, hati aku kosong. Dulu masa awal kahwin memang tak sabar nak pregnant.

Tapi sekarang dengan krisis – krisis ni, aku jadi tak tahu. Sampaikan aku m4kin depr3ssed. Hari – hari aku menangis. Aku kesiankan diri aku dan nasib anak aku nanti. Tapi aku cuba bangkit. Aku tak boleh sia – siakan rezeki ni.

Aku ajak suami bincang. Bincang soal masa depan. Dan suami aku janji dia nak berubah. Tapi rezeki tu sekejap je aku dan suami merasa. Tak sampai 4 bulan aku keguguran dan kehilangan baby ni bertambah lah aku kemurungan.

Sekarang Sari dah block aku dan suami aku. Dia kata dia malu dengan aku. Yela. Aku baik sangat dekat dia. Tapi dia tik4m belakang aku. Laki aku pulak, aku nampak dia cuba nak berubah. Tapi tah lah. Aku macam dah penat.

Penat rasa insecure. Penat syakwasangka dengan laki aku dan Sari. Apa laki aku buat semua aku akan fikir, mesti ada kena mengena dengan Sari. Walaupun Sari dah block aku dan suami. Tah lah. Aku pun tak tahu. Apa suami buat semua serba tak kena.

Kata hati aku mengatakan mereka masih lagi contact. Cuma senyap – senyap tapi aku taknak tuduh tanpa bukti. Jadinya aku m4kin memendam rasa. Sekarang aku banyak focus kan diri aku. Dekat rumah aku banyak diam.

Bercakap bila perlu sahaja. Cuma ada masa aku p4nic att4ck / anxiiety. And masa benda tu datang, aku memang non stop nangis. Hari – hari aku doa minta Allah permudahkan semuanya. Sayang memang lah sayang dekat suami.

Tapi aku tak tahu sama ada aku ikhlas atau tak. Aku maafkan Sari dan suami aku. Tapi ada masa benda tu datang. And aku mula jadi insecure. Aku tak minta lebih dari korang semua. Cuma aku minta doakan aku diberi kekuatan. – Ariana (Bukan nama sebenar)

Komen waarganet :

Sherri Hazmi : Tak, kadang – kadang aku tak paham jugak orang pompuan ni. Aku bukan nak viictim blaaming Kalau penat, bercakap, panggil laki, sama – sama buat kerja. Macam contoh aku, katakan kat dapur, perlu pertolongan, aku terus panggil laki aku, bang meh sini, tolong kacau gulai ni jap.

So sambil masak sambil sembang la. Anak kalau ber4k aku suruh laki aku cebok. The key is, communication. Main hp dengan games tu tak salah pun. Yang salah bila dah disalah guna. Aku ni main games tau. Dengan drama Korea lagi aku layan.

Eh bukan hari ni je la. Sejak zaman winter sonata tu lagi. Dulu zaman remaja aku siap ada game boy Mak nenek segala bagai. Kah kah kah. Masalah lelaki dan perempuan zaman sekarang,

1. High expectation

2. Takde communication yang betul. Kalau nak marah, macam kau marah anak kau, padahal itu laki kau.

3. Tak pandai berkongsi. Tapi bukan kongsi laki la, ciIake. Kongsi kehidupan bersama.

Perkahwinan adalah perkongsian hidup. Tapi kalau kau asyik nak cakap bini aku tak solehah, laki aku tak soleh, tak meet expectations, memang la kadar perceraian orang islam paling tinggi.

Zulaikha Kassim : Pengajarannye, kalau laki tiba – tiba kutuk kita, semua benda yang kita buat tak kena. Most likely ada perempuan lain in the picture sebab dia tengah buat mentaI comparison. It’s nothing to do with u. Kalau u berubah pun ikut spec yang dia nak, dia akan cakap – cakap macam – macam lagi yang tak kena.

Tapi kalau perempuan tu yang terang – terang per4ngai hodoh, dia akan justify. Kalau per4ngai u teruk, habis dia yang curang tu apa ? Yang dia buat 100x lagi teruk. My advice is, tinggalkan je la dia selagi takde anak. Dia dengan Sari tu tak ke mana jugak.

Si Sari tu kalau per4ngai elok tak gitu kekdahnya. Dia tak hidup sebantal dengn Sari lagi, bagi je dia musn4hkan rumah tangga dia, sikit lagi dia dapat pengajaran dia akan melutut kat kaki awak. Ditegah dia m4kin nak, biar dia hidup dengan Sari tu lama sikit tengok macam mane. Tak dapat lagi memang la tunjuk semua sisi baik dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?