Malam itu, aku sedang makan, secara tiba – tiba sump4h demi Allah! Aku tak tahu apa sebabnya, pinggan nasi aku diIempar. Beg aku diambil, pakaianku hanya 2 helai, dic4mpak keluar dari rumah, aku dit3ndang sehingga aku keluar dari rumah. Ketika itu aku masih ingat nasihat ikhlas dari mulut seorang emak…
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum warga FB. Hai nama aku Kim. Ya bukan nama sebenar. Aku berumur 27 tahun ini. Aku macam korang juga, silent reader. Cuma hari ini, terdetik dalam hati, teringat peristiwa 10 tahun dahulu selepas aku terbaca confession seorang sahabat tentang t0xic family.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang susah. Anak ke-4 dari 12 beradik. Dari aku kecil, sebut saja apa pun, peny3pak, ter4jang, penyapu, r0tan, tali pinggang, paip getah sehingga ke batang besi dari kerusi yang patah, semua pernah hinggap pada badan aku. Aku ibarat ‘pvnching bag’ dalam keluarga.
Abang dan kakak – kakakku, adik – adik semua dimanjakan, cuma tanpa sebab kenapa, hanya aku yang diperlakukan sebegini. Aku dibuang sekolah ketika tingkatan 3 akibat mer0kok. Iya, aku diperkenalkan dengan r0kok pada tingkatan 1 akibat kekecewaan yang dihadapi.
Boleh bayang tak betapa teruk aku kena pukuI waktu tu? Betapa h1na diri ni dim4ki, disump4h. Iya, itulah kehidupan seharian aku. Aku mula bekerja KFC ketika 16 tahun, pergi kerja dip4ksa, balik kerja dim4ki dengan ayat hanya tahu makan tidur saja. Sampai lah aku berumur 17.
Iya, detik dan saat ini, pada 10 tahun yang lalu, masih segar dalam ingatan, hari terakhir aku melihat wajah ibu, ayah, keluarga aku. Aku dihalau, dibuang oleh keluarga tanpa sebab dan munasabab yang aku ketahui, malam kejadian, aku dis3pak diter4jang hingga belakang kepala aku bertemu dinding.
Masih segar bayangan beg dan baju aku dic4mpak keluar dari rumah. Dan masih jelas jeritan yang menempik di ruangan telinga pada saat itu. “Kau keluar dari rumah ni, mulai sekarang kalau aku nampak muka kau lagi dekat sini, m4ti kau aku kerjakan anak tak guna.” Berbekalkan sebuah beg, 2 helai baju, sehelai seluar, dan baki duit yang ada hasil kerja rm70, aku membawa diri, tidak lagi toleh kebelakang.
Penat, kecewa, sedih, marah, sehinggakan aku rasa tiada lagi harapan. Aku berlari membawa diri di tengah padang di kegelapan malam, semalaman aku menangis tanpa henti, betapa siksanya sampai aku persoalkan pada tuhan, kenapa aku dilahirkan ? Aku tekad, aku pergi membawa diri ke Utara tanah air, dengan bantuan kawan yang setia, aku bawa diri jauh di sana. Setiap hari aku tunggu mesej, panggiIan, mungkinkah ada lagi harapan ?
Aku terjebak dengan d4dah pada permulaan hidup aku di sini, terukir pelbagai t4tu dibadan kerana saat itu aku hilang kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Sehingga satu hari terdetik dalam hati untuk pulang, pulang ke pangkuan jalan. Aku berubah, alhamdulillah aku masih diberi hidayah. Aku baiki hidup aku sedikit demi sedikit.
Sehingga ke hari ini, 10 tahun telah berlalu, aku hidup sendirian, tak ada seorang pun datang mencari aku. Aku yang hanya sehelai sepinggang, hari ini aku ada segalanya. Aku hidup bahagia walau tanpa keluarga di sisi, semuanya aku usahakan sendiri. Cuma aku belum bernikah.
Aku tak ada gambar ibu yang melahirkan aku, yang ada cuma kenangan walaupun pahit masih tersimpan dalam hati. Aku harap aku tak pernah lupa wajah ibu. Apa ibu sihat, cukup makan, dijaga? Entah iya entah tidak.
Mungkin ada yang tanya macam mana aku hidup tanpa redha ibu dan ayah, ya jujur aku sendiri tidak tahu. Cuma berbekalkan azam dan kekuatan, aku bert4rung untuk teruskan hidup walau jalanku penuh 0nak dan duri.
Wahai ibu, saat aku dipukuI, dih1na, dim4ki, engkau hanya berdiam, mungkin kerana engkau tak mampu untuk berbuat apa – apa. Aku cuba faham disetiap tindakan engkau. Sehingga ke hari ini, aku memaafkan engkau.
Jujur aku rindu ibu. Aku cuma berharap, jika masih ada j0doh, Tuhan pertemukan aku denganmu ibu, jika tiada, maafkan aku kerana lahirku begini, tak pernah aku pinta untuk jadi begini, takdir Tuhan yang menentukan.
Family kau t0xic? Renungkan semula, seteruk manakah yang kau rasa? – Kim (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Assalammualaikum sahabat – sahabat. Bagi yang tak kenal, aku ada kongsi confession sebelum ini berkaitan t0xic family. Aku perkenalkan diri aku sekali lagi, Kim (bukan nama sebenar).
Pertama sekali aku nak mohon maaf kalau penulisan aku tidak dapat memuaskan semua orang, aku bukan penulis, aku cuma seorang lelaki yang cuba untuk meluahkan apa yang terpendam.
Terima kasih pada sahabat yang sudi mendoakan, terima kasih atas komen yang positif, terharu, sebak, menangis aku baca setiap komen yang ada. Aku kenang setiap yang mendoakan.
Dan tak lepas jua yang meminta untuk aku kisahkan bahagian 2 tentang perjalanan hidup aku secara lebih terperinci. Maaf niat aku cuma untuk meluah rasa, tapi tak sangka ada yang tidak berpuas hati, tertanya – tanya, meninggaIkan seribu persoalan pada setiap pembaca. Jadi akan aku cuba untuk ceritakan lebih terperinci dan ini mungkin yang terakhir dari aku.
Maaf kalau cerita ini terlalu panjang, aku cuma akan menceritakan ‘highlight’ yang mungkin menarik secara berperingkat dari kecil hingga dewasa kerana takut kalian bosan kerana kisah hidup aku hanyalah sebagai ‘pvnching bag’ sepanjang 17 tahun aku hidup bersama keluarga.
Kalau masih tidak berpuas hati, aku mohon maaf kepada semua. Ini cerita yang sangat panjang kerana ramai yang ingin details kehidupan aku sebagai anak buangan.
Bismillah, aku mulakan cerita, kejadian sebelum 10 tahun yang lalu. Aku ingat lagi waktu sekolah rendah, segala pakaianku semuanya dari pakaian lama abangku. Pernah aku minta untuk dibelikan pakaian baru, yang aku dapat hanyalah c4cian. Setiap hari tengok kawan – kawan pergi sekolah berpakaian baru.
Pergi sekolah aku tak dapat duit belanja macam orang lain, yang aku ada cumalah bekal di atas ihsan orang lain, kadang aku meminta pada guru – guru, tengok kawan makan sedap, siapa tak teringinkan nak makan sedap jugak?
Saat kawan – kawan lain bermain, aku dikurung di dalam rumah, pernah juga berkali – kali aku cuba keluar senyap – senyap, walaupun tahu akibat dari perbuatan aku, aku cuma seorang budak yang ingin bermain di zaman kanak – kanak aku.
Iya, tiba di rumah aku dir0tan di betis berkali – kali disertakan c4cian “Anak tak guna, menyusahkan aku.” Bagi aku itu hanya perkara biasa, yang aku mahukan hanya keseronokkan bermain di luar, bebas walaupun akhirnya takut – takut untuk pulang ke rumah.
Adik beradik ? Aku punyai 12 adik beradik, seperti yang boleh kalian bayangkan, iya aku disisihkan. Kadang tu jadi m4ngsa pukuI abang, kakak. Apakan daya, aku cuma seorang budak mentah. Disaat aku meningkat remaja, aku mula diperkenalkan dengan sebatang r0kok yang akhirnya aku tump4s sehingga sekarang, aku seorang ‘heavy sm0ker’.
Sehinggalah aku ke tingkatan 3, di mana semuanya bermula. Aku dibuang sekolah akibat r0kok. Cikgu panggil ibubapa aku datang ke sekolah, ayah aku datang ke sekolah, dia minta maaf, depan guru disiplin aku dit4mpar sekuat hati, terduduk aku menangis seorang diri. Ayah pun berlalu pergi balik ke rumah.
Selepas itu, aku habiskan masa sepanjang hari hingga ke lewat malam berjalan seorang diri, mengenangkan nasib yang akan aku lalui bila tiba di rumah. Ketakutan, ketakutan menguasai diri aku. Aku ingat lagi, tepat pukuI 1 pagi, aku tiba di rumah. Sedaya upaya aku cuba untuk balik ke rumah dengan senyap sekali. Semua telah tidur.
Terbit rasa lega buat seketika. Aku mandi, tidur diruang tamu, semuanya secara senyap – senyap tanpa mengeluarkan sedikit bunyi. Sangkaanku meIeset, yang aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya ribut di tengah hari. Sedang aku cuba tidur memikirkan apa yang aku bakal lalui esok pagi, secara tiba – tiba badanku dip1jak oleh ayah.
Masih segar dalam ingatan, buat pertama kali aku rasa saat nyawa berada di hujung tanduk, paru – paru ku terhent4k, aku tidak dapat bernafas, seakan – akan nyawa ikan aku cuba mencari kekuatan. Begitu peritnya, itulah keadaan paling meny4kitkan aku pernah hadapi. Selepas aku berjaya mendapatkan ud4ra, perkara pertama yang aku cuba lakukan ialah lari.
Kelakar, tapi itu hakik4t yang terjadi, aku cuba lari keluar rumah dengan keadaan yang sangat terk3jut. Tapi cubaan aku hanyalah sia – sia. Aku dibeIasah teruk, dim4ki dih1na, malam yang meny4kitkan tu, tak ada seorang pun yang berani bersuara. Semua terjaga dari lena, hanya diam membisu melihat aku diperlakukan tak ubah seperti binatang.
Aku berniat untuk lari rumah, tapi aku tidak punya lagi kekuatan untuk meninggaIkan rumah kelahiran aku. Jadi aku hanya cuba hidup seperi biasa. Aku mula mencari kerja akibat di hari siang aku dihalau keluar tak boleh pulang selagi belum maghrib sehingga aku dapat kerja. Alhamdulillah, rezeki aku dapat bekerja di sebuah restoran, sejak itu aku mula kumpul duit walaupun tiap kali gaji duit aku dip4ksa beri pada ayah dan adik beradik lain.
10 tahun yang lalu, ketika aku berumur 17 tahun. Tahun di mana orang lain di dalam diIema tentang khabar angin hari kiam4t, aku di sini dalam ketakutan mencari jalan bagaimana untuk meneruskan hidup.
Malam itu, aku sedang makan, secara tiba – tiba sump4h demi Allah aku tak tahu apa sebabnya, pinggan nasi ku diIempar, rambutku ditarik dit4mpar sehingga belakang kepalaku bertemu dinding, sangat kuat yang membuatkan alam berpusing seketika.
Aku dipukuI, dim4ki, dih1na depan ibu dan adik – adikku oleh ayahku sendiri. Beg aku diambil pakaianku hanya 2 helai, dic4mpak keluar dari rumah, aku dit3ndang sehingga aku keluar dari rumah. Ayah menjerit, “Kau keluar dari rumah ni, mulai sekarang kalau aku nampak muka kau lagi dekat sini, m4ti kau aku kerjakan anak tak guna!”
Dengan sedu tangisan, aku gagahkan berdiri, dikutip satu persatu pakaian dan beg, aku melangkah pergi untuk selamanya tanpa aku toleh lagi ke belakang. Aku berlari dalam kepekatan malam tanpa arah tuju sehingga aku sampai di padang taman permainan, demi Allah terbaring menangis, meraung, tersedu – sedu dalam dakapan sendiri ibarat seorang bayi yang dahagakan susu ibunya sampai ke pagi.
Azan subuh berkumandang, aku masih lagi tersedu, aku bangkit cuba mencari sisa kekuatan. Langkah aku mulakan, aku cuba pergi ke rumah satu – satunya sahabat dunia akhir4t aku.
Aku minta pertolongan darinya. Disebabkan dia masih remaja seusia aku, dia cuma mampu mengadukan pada emaknya tentang aku. Emaknya suruh aku merantau, bawa diri aku jauh dari kampung halaman.
Masih segar lagi nasihat seseorang yang sangat ikhlas dari mulut seorang emak yang aku sangat hargai. “Kim, makcik tak mampu nak tolong banyak, makcik cuma mampu bagi kamu sedikit duit, dan makcik belikan tiket bas untuk kamu,
PergiIah bawa diri jauh dari sini, mungkin tak ada siapa yang suka kamu dekat sini, makcik percaya akan ada yang terima kamu di sana. Jaga diri baik – baik, Allah adalah sebaik – baik pertolongan.” Terima kasih makcik, berkat nasihat dan pertolongan ikhlas makcik.
Bermulalah kisah aku sebagai seorang musafir. Aku datang sehelai sepinggang, cuba mencari kerja di sebuah restoran di utara tanah air. Aku kenal dengan 3 orang sahabat, perkenalan ini lah yang menjerumuskan aku dalam t4ik d4dah. Dibutakan dengan janji manis tentang keseronokkan d4dah, aku mula menjadi seorang pen4gih.
Aku tidak pernah beli d4dah, semuanya sahabat aku yang belanja asalkan aku beri dia tumpang bilikku untuk men4gih. Bilik aku ibarat ‘dapur’ bagi pen4gih. Sehingga aku menyewa bilik sendiri setelah bertahun duduk di asrama pekerja.
Sejak aku menyewa, aku m4kin kerap dengan khayalan penangan ‘ice’. Aku mula m4buk, ar4k, d4dah, perempuan itu menjadi permainan aku. Aku m4kin lupa, khayaI, tenggeIam dalam hiburan yang sementara, aku jadi lupa, aku terpes0ng jauh dari agama.
Aku mula mengukir t4tu di badan, mula dengan t4tu kecil di jari sehingga ke t4tu yang lebih g4nas di d4da. Badanku bert4tu. Saat ini aku sudah jauh terpes0ng. Semuanya akibat penangan si kecil cilik ‘ice’ yang mer0sakkan segalanya.
Semuanya bermula dari khi4nat seorang sahabat. Kawan yang aku anggap sahabat, yang mer0sakkan aku terjerumus ke dalam n4jis d4dah, mengkhi4nati aku. Dia cuba untuk menghantar s4ntau kepadaku tapi entah macam mana tak terkena. Semua ini aku tahu dari kawan yang sama – sama men4gih.
Sejak itu, permulaan hidup aku yang sebenar, aku diberi hidayah. Aku tekad untuk ubah diri aku, aku berjaya keluar dari per4ngkap d4dah. Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Besar, hidup aku berubah total.
Aku mula dekatkan diri dengan Tuhan. Aku masuk ke masjid – masjid, walaupun dipermulaannya aku sering dipandang h1na kerana t4tu yang terukir, aku tetap teruskan perju4ngan aku sehinggalah masyarakat mula menerima aku. Ada yang menjadi kawan sehingga ke hari ini.
Aku bersyukur pada Tuhan yang maha Kuasa, atas redha dan beIas kasihan dariNya, aku masih diberi peluang untuk bertaubat dan bina kehidupan yang baru. Yang bertanya tentang keadaan aku, alhamdulillah aku ada segalanya, walaupun masih banyak kekurangan, kehidupan aku stabil. Cuma aku belum bersedia untuk mencari Ketua bid4dari Syurga aku kelak di sana.
Sahabat sekalian, kehadiran aku di sini bukanlah untuk memburukkan sesiapa. Niat dihati cuma ingin meluahkan, berkongsi cerita yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat sahabat – sahabat yang sedang berhadapan dengan ‘t0xic family’.
Hidup ini ada pasang surutnya, andai kita rasa ujian yang diberi amat susah untuk kita, ketahuilah sahabat, ada yang lebih susah di luar sana. Buat sahabat – sahabat di luar sana, berju4nglah sehabis baik untuk dirimu. Jangan berserah mencari kebahagiaan kerana ia akan datang kepadamu sendiri sehinggakan kamu tidak tahu apa itu erti Iuka.
Buat ibu, aku bukan tidak jumpa jalan pulang, aku bukan tidak rindu. Cuma hati kecil ini masih menunggu jemputan darimu. Jika ajaI yang menjemputku dahulu, izinkanlah d4rah yang tumpah dari rahim mu itu mengalir bersama redha darimu, kerana sesungguhnya aku tidak pernah layak untuk menerima kebaikanmu membesarkanku walaupun hanya sementara.
Akhir kalam dari aku buat sahabat yang senasib di luar sana, tetaplah berju4ng. Jauhilah d4dah. D4dah pembvnuh dalam diam. Ia mungkin tidak membvnuh nyawamu, tapi ia membvnuh kehidupanmu. Maaf kalau kehadiran aku bert4tu membuatkan kalian menilai aku tanpa ketahui jalan ceritaku. Sesungguhnya aku manusia yang tak lepas dari kesilapan.
Maaf kalau cerita ini masih belum mampu memuaskan hati semua orang, maaf jika cerita ini terlalu panjang. Percaya atau tidak, ini kisah benar sepanjang hidup aku. Jika kamu tak pernah merasa kehidupan seperti ini, janganlah kamu menilai kisah hidup orang yang berjuang menghadap ‘t0xic family’ kerana sebenarnya ramai lagi yang menghadap kisah yang sama di luar sana. Lain orang lain cara, lain kisah lain kes bicara.
Ini yang terakhir dariku, Kim, Assalammualaikum. T0xic Family: Ketika hidupku diIanda badai, terus berju4ng atau cabut lari ? – Kim (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Pari Pari : Sayunya hati baca kisah ni, bergenang air mata akak dik. Tapi akak suka sebab ko kuat hadapi cab4ran hidup dan kembali ke pangkal jalan. Sentiasa la cari redha Allah yaa.
Nurliza Mohd Nasir : Ramai yang sayangkan Kim walau dibuang keluarga. Kim juga disayangi Tuhan kerana menguji dan kemudian pada kembali ke pangkal jalan. Saya percaya Kim seorang yang bijak apabila melihatkan gaya penulisan, ejaan, tatabahasa serta susunan bahasa. Bukan macam seseorang yang dah berhenti sekolah lama. Terus baiki kehidupan menjadi lebih baik. Cari reda Tuhan dan mohon sentiasa ditunjuki jalan sewajarnya.
AH Ajwad : Melihat kepada keluarga sudah cuba bagi pendidikan tapi mungkin salah keluarga memilih kasih dan menyisih. Mungkin salah individu kerana senang terpengaruh kawan yang negatif dari awal. Member0ntak jangan sehingga ke arah perkara negatif sebab m4kin mer0sakkan. Sangat faham umur remaja memang begitu suka ke arah tidak baik jika dengan kawan tidak baik, jiwa remaja yang baru masih mentah. Tapi tidak boleh salahkan Kim juga sebab dia perlukan kasih sayang ibu dan bapa yang sepatutnya jadi hak Kim. Kisah ini harus jadi pengajaran untuk kita semua. Semoga Allah permudahkan urusan Kim dan tetapkan Kim dalam hidayah dan TaufikNya. Bersabarlah Kim, Allah sayang kamu dan kita semua, selagi mahu kembali bertaubat. Kami menyokong semangat kamu jadi lebih baik.
Liya Dahlia : Confessor menyalahkn orang lain untuk masalah yang berlaku dalam hidupnya. Kawan punca mer0kok, nakal, men4gih d4dah. Ini dipanggil pr0jection dan deniaI. Untuk seorang pen4gih sikap ini adalah normal sebab belum celik akal. Biasanya fasa akhir rawatan dan pemulihan barulah seseorang tu sedar mereka mempunyai pilihan untuk buat atau tak buat, dan bukan meletakkan kesalahan pada orang lain atas masalah dalam hidup mereka. Confessor teruskan rawatan dan pemulihan. Mungkin lambat laun confessor akan sedar apa punca Keluarga layan confessor begitu. Jangan p0nteng sesi kaunseIing sebab ia proses yang penting untuk pemulihan.
Ugouku Sayang : Keep strong bro. Kalau hari ini kamu telah berjaya memiliki separuh daripada dunia, pastikan kamu tak terjatuh lagi. Sematkan minda positive, kuatkanlah diri, kuatkan iman. Andai berkahwin kelak, sayangkan anak – anak dan isteri dengan tulus. Ibadat janagn dilupa. Teruslah bergaul dengan orang yang positif sampai akhir hayat. Penuhi diri dengan amal. Ketika rasa – rasa diri sudah gagah, boleh balik menjenguk keluarga di kampung. Kadang – kadang orang baran ni susah nak meminta maaf tapi bila dalam kesulitan, orang yang disisihkannya lah orang yang dicari, ini dari pengalaman sendiri. God bless you