10 tahun aku bercerai, suami langsung tak bagi nafkah dan jenguk anak – anak. Aku kerja siang malam cari duit besarkan anak, makan pakai dan s4kit mereka aku jaga. Tapi sejak tahun lepas, anak dapat tidur bermalam rumah bapa dan mak tiri, aku kecil hati melihat perangai anak aku yang sudah berubah.
#Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum, nama aku Lina (bukan nama sebenar), seorang ibu tunggal dengan dua orang cahaya mata. Umur aku awal 40an.
Biar aku ringkaskan cerita, aku dan bekas suami bercerai sudah hampir sepuluh tahun. Bercerai kerana bekas suami yang tidak bertanggungjawab kepada keluarga. Kami bercerai pun selepas aku membuat tuntutan fasakh selepas ditinggalkan tanpa nafkah selama dua tahun.
Selama bercerai, bekas suami memang tak pernah memberikan nafkah kepada anak – anak. Menjengah apatah lagi. Dalam tempoh lima tahun pertama bercerai (masa tu anak – anak kecil lagi) semua perkara aku terp4ksa urus dan tanggung. Makan pakai anak – anak, s4kit pening mereka, persekolahan dan macam – macam lagilah.
Aku bekerja keras siang dan malam mencari duit untuk membesarkan anak – anak. Aku tak nak anak – anak hidup dalam kekurangan. Bagi aku, cukuplah mereka kurang kasih sayang seorang ayah asal mereka cukup yang lain – lainnya.
Selepas lima tahun, adalah sekali dua bekas suami datang menjeng0k anak – anak tapi tak pernah hulur walau satu sen pun duit pada aku. Ya, aku marah tapi aku simpan. Dan aku kata sendiri, ok tak apa, aku masih mampu tanggung anak – anak. Aku masih ada kudrat untuk mencari rezeki untuk mereka.
Keadaan itu berterusan sehinggalah masalah mula timbul sejak tahun lepas bila aku memberi kebenaran anak2 balik ke rumah bekas suami dan bermalam di sana. (Untuk makluman kami tinggal diberlainan negeri).
Aku izinkan sebab anak – anak dah besar dan aku tak nak anak – anak tuduh aku sengaja memutvskan siIaturahim mereka dan bapa kandung. Salah satu sebab aku izinkan kerana bekas suami sudah berkahwin lain. Jadi aku tidaklah risau kalau anak perempuan aku mengikut ayahnya.
Sejak dari itu mereka kerap berbaIas whatsapp. Aku curiga tapi aku tak pernah bertanya. Mulai saat itu juga aku lihat anak perempuan aku mula berubah. Dia sudah jarang bercakap dengan aku, suka menyendiri dan kerap mencipta situasi untuk membuatkan aku marah. Aku sedar perubahan itu tapi aku anggapkan itu perkara biasa kerana dia anak yang sedang meningkat dewasa.
Keadaan sem4kin ketara sejak dia mengikut bekas suami bercuti pada Hari Raya Aidiladha baru – baru ini. Balik dari sana aku lihat anak perempuan aku sangat ceria. Ya, aku gembira dengan perubahan tersebut tetapi dalam masa yang sama aku kecil hati.
Kecil hati kerana bermacam – macam kebaikkan tentang keluarga barunya yang dia ceritakan. Aku nampak dengan jelas betapa gembiranya dia bercerita tentang sikap ibu tirinya yang sp0rting, bersikap terbuka dan memahami tidak seperti aku yang lebih serius.
Ya, mungkin disebabkan ibu tiri yang baru diawal usia 30an lebih menyenangkan berbanding aku, ibu yang sudah 40an dan mungkin dianggap koIot. Aku sem4kin terasa bila dia kerap memuji barang – barang pemberian ibu tiri dan ayahnya biarpun hanya sehelai tudung dan sehelai baju. Malah itulah barang – barang yang sering dipakai dan diguna saban waktu.
Oh! Kecilnya hati aku sebagai ibu sedangkan selama sepuluh tahun itu bermacam – macam benda yang aku belikan dan laburkan untuk mereka. Ya, mungkin bagi mereka ianya tak seberapa dan tidak bernilai dibandingkan apa yang baru mereka perolehi.
Pada waktu confession ini aku tulis, keadaan aku dengan anak perempuan aku sangat tegang. Puncanya kerana aku menegur tentang sikapnya. Ya, dia sem4kin sukar untuk ditegur dan sering member0ntak setiap kali aku menegur.
Pernah satu ketika sampai berhari – hari kami tidak berbicara. Bila keadaan jadi begitu aku lebih kerap ambil sikap berdiam kerana aku bimbang kemarahan akan memburukkan lagi keadaan. Kadang – kadang aku sendiri b1ngung bagaimana hendak memulihkan keadaan kami.
Perkara ini membuatkan aku terfikir untuk menyerahkan mereka pada jagaan bekas suami walaupun itu satu keputusan yang sangat meIukakan. Tapi kalau itu saja jalannya yang ada dan boleh membahagiakan mereka, aku terp4ksa reda.
Aku tak nak anak – anak berd0sa bila aku sebagai ibu mula menitiskan air mata dan tidak reda. Bukan aku tak pernah berdoa, saban waktu aku panjatkan doa kepada Allah yang esa supaya Dia lembutkan hati anak2 tapi mungkin belum masanya doa aku itu diangkat oleh-Nya.
Aku tahu anak – anak inginkan keluarga yang sempurna tapi aku tidak berkahwin sekali lagi juga kerana mereka. Aku takut andai bapa tiri tidak mampu menyayangi mereka dengan sebaiknya.
Andai inilah kekurangan yang membuatkan mereka tidak gembira dan bahagia hidup dengan aku, apalah yang mampu aku katakan lagi? Aku dah curahkan segala – galanya dan mungkin sudah sampai masa ayahnya pula yang memikuI tanggungjawab tersebut.
Kepada anak-anak ibu,
Kalau menegur kerana kamu melakukan kesilapan itu salah, ibu minta maaf.
Kalau ibu membebeI kerana kamu melewat – lewatkan solat itu menjengkeIkan, ibu minta maaf.
Kalau ibu marah – marah untuk kebaikan kamu juga satu kesalahan, sekali lagi ibu minta maaf.
Tapi ketahuilah, kasih sayang ibu pada kamu berdua tak terbatas, tak terucap dan tak tergambar.
Ibu tahu kamu inginkan keluarga yang sempurna tapi maaf ibu tak mampu berikan. Mungkin berada di sisi ayah kamu, kamu akan dapat miliki keluarga yang kamu inginkan. Ibu hanya inginkan yang terbaik buat anak – anak ibu dan masa depan yang sempurna buat kamu.
Apalagi yang lebih membahagiakan hati seorang ibu selain melihat anak – anak gembira? Tak kira walau di mana kamu berada nanti, doa ibu akan sentiasa bersama kamu sehinggalah ibu menutup mata.
Maaf andai coretan ini terlalu panjang. Banyak sebenarnya yang ingin diluah tapi tak mampu terluah. Apa yang mampu aku katakan, ya, aku bukan seorang ibu yang baik kerana aku gagal membina sebuah keluarga yang bahagia.
– Lina (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Jainatunain Alang Hussin
Actually benda ni boleh diperbaiki kalau kedua beIah pihak sama – sama neutral dalam mendidik anak – anak. Means yang beIah bapa pesan kat anak sentiasa menyayangi dan menghormati ibu kandung walau apa jua situasi pun, dan beIah ibu pun pesan benda yang sama, menyayangi dan menghorm4ti bapa kandung walau dah ada ibu tiri. Itu je kuncinya. Saya faham situasi puan, sebab masa saya baru kahwin dengan suami baru, anak saya yang baru umur 5 tahun dah pandai cakap ‘ayah jahat’ (suami yang baru) itu ini begitu begini.
Bila saya dengar saya faham la siapa daIang yang mengajar dan mempengaruhi anak saya dan saya beng4ng. Sebab ex husband saya pun dah kawen lain, lagi awal dari saya. Tapi saya tak pernah ajar dia cakap benda tak elok pasal mak tiri dia. So untuk mudahkan kehidupan, saya bawak anak saya pindah dan tak jumpa langsung ex-husband dan keluarga bekas suami.
Asyikin Aziz
Ibu mungkin banyak pend4m. Banyak telan sendiri. Sebab banyak bekerja untuk kesenangan anak. Tapi Anak anak memang tak akan nampak peng0rbanan tu macam mana. Yang mereka tahu nak kasih sayang dan perhatian ibu. Tak semestinya ibu kena ada complete keluarga. Ibu cuma kena Kena pillow talk dengan anak. Komunikasi harian tu perlu. Beritahu rutin dan tanggungjawab itu perlu. Berikan tanggungjawab sedikit pada anak – anak, supaya mereka boleh faham bebanan ibu mereka. Kalau tak, sampai bila – bila anak akan rasa orang lain lebih sayang mereka. Padahal ibu dah habis keringat membesarkan mereka.
Ika Sabiqah
Sedihnya baca confession ni. Semoga Allah membaIas segala bakti Puan membesarkan anak -anak dengan titik peluh, kudrat sendiri dengan segala kebaikan dan kebahagiaan dunia akhir4t. Doakan yang baik – baik untuk anak – anak Puan. Semoga mereka mengerti nilai kasih sayang puan selama ni. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Kadang – kadang ibu sanggup k0rbankan kebahagiaan sendiri hanya untuk melihat anak – anak gembira. Semoga Allah membukakan jalan untuk segala kerungsingan Puan dan memberikan kebahagiaan kepada Puan dan anak – anak. Hugssss
MayMay Tamashi
Assalamualaikum puan, anak – anak puan, saya assume sudah bersekolah, mungkin around 11 tahun -17 tahun, dalam usia begini, mereka mula member0ntak, mula memikirkan ade keluarga yg lebih baik dari apa yang mereka ada. Kesabaran puan sangat penting, keluarga suami, yang jumpa jarang sekali, memang akan manis bagi mereka. Kita yang hadap perangai mereka dari kecil, bila marah sikit, tegur sikit mula la nak membandingkan.. tapi puan, bila mereka dah bekeluarga, baru lah mereka mula sedar apa yang puan k0rbankan.. bersabarlah.. pertahankan apa yang puan boleh pertahankan. Cakap berterus terang dengan mereka, mereka dah besar untuk menilai. Beritahu hal yang sebenar kenapa mereka mempunyai keluarga yang pincang, jangan rahsiakan, mereka xkan faham. Mereka cemburu dengan adik – adik yang ada keluarga sempurna. Mereka kurang masa bersama dengan puan.
Shareena Barakbah
Feel you sis. Anak – anak tak nampak peng0rbanan kita bertahun – tahun tapi ayah keluar sikit duit dah macam emas setinggi gunung. Fikiran anak – anak masih mentah. Dia belum nampak erti dunia sebenar. Jadi jangan la kecik hati dengan anak. Kesian anak kalau kita ibunya menitiskan air mata sebab dia. Anak dah meningkat remaja, dekatkan diri sebagai kawan. Nak tegur kena ada cara. Jangan terlalu keras, tapi jangan sampai buat tak endah sehingga anak remaja sesat jalan. Semoga dipermudahkan.