Aku buat lempeng besar2 sbb penat berdiri, bila suami nampak dia t0nyoh lempeng dekat dahi aku

Aku dah cakap aku s4kit perut sebab senggugvt tapi dia asyik sibuk dengan HP. Disuruhnya aku tengok – tengokkan lempeng kelapa, aku yang tak tahan menahan s4kit berdiri lama tunggu masak buat keputvsan buat lempeng tu besar – besar. Waktu tu lah dia tak puas hati..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, saya Nur baru beberapa bulan berkahwin. Sebelum kahwin, kami pernah terIanjur banyak kali. Oleh sebab dah tak sanggup hidup dalam maksi4t, aku p4ksa dia kahwin.

Ye, aku tidak fikir masak – masak per4ngai pasangan aku sebelum berkahwin. Kerana aku tahu tiada lelaki lain yang mahu dengan diri aku yang kotor ini dan aku berasa kesian dengan lelaki lain bila tahu mendapat bekas orang lain.

Aku ingat lepas berkahwin, aku boleh bahagia sebab aib aku sudah tertutup tapi rupanya itu hanya permulaan dari sebuah kehidupan. Aku diuji dengan per4ngai suami yang sangat meny4kitkn hati. Per4ngai suami aku, Naim sangat berbeza dengan diri aku.

Dia sangat pembersih, suka kemas – kemas. Aku biasa je, bila rajin, aku akan kemas, biasanya malas bersepahlah. Si dia panas baran, aku penyabar. Dia suka membebel, aku suka diam kerana menjaga tutur kata. Dia pula suka cakap lepas, selalu aku menangis makan hati kerana ditengkingnya.

Kami PJJ, weekend saja jumpe. Tapi bila jumpe saja, aku lagi banyak menangis sebab selalu kena marah. Aku sudah cuba buat dia tak marah tapi gagal, mood marah dia datang ibarat b0m jangka pendek tetibe meIetop.

Bayangkan balik bercuti dalam kereta, tetiba dia bertanya sudahkah aku mencari rumah. Aku tengah happy tengah bercuti ditanya pasal rumah, mestila blur – blur. Disuruhnya aku buat perbandingan details semua dalam bentuk paperwork, excel macam aku staff, dia majikan pula.

Pembaca sekalian, kami bekerja. Penat aku balik bekerja, takkan nak hadap laptop balik buat paperwork pula. Bila masanya aku nak rehat. Tapi suami aku sudah giIa agaknya, katanya itu hanya alasan. Jadi, hadaplah aku kena tengking dimarahnya dalam kereta depan mak mertua tau.

Sungguh k3jam dia, mana air muka aku sebagai isterinya. Aku yang tak berapa pandai masak seperti ibunya pun dicanangnya tak pandai masak. Padahal aku sudah masak, dia saja yang cerewet. Salah sikit, dim4kinya, tengking dan tak mahu makan.

Penat – penat aku masak untuk dia, langsung tak dihargai, aku down. Sekarang aku masak pun untuk aku jela. Dia tak makan sudah. Sekali dia bandingkan aku dengan isteri kawan dia yang masak untuk suaminya, tak faham aku.

Suami aku ni nak apa, aku sudah masak tapi dia yang cerewet tak mahu makan sebab tak sesedap masakan ibunya. Dia tahu order saje, dia ingat dengan survey harga rumah boleh dapat rumah. Aku sampai disindir masa bertanya kawan – kawan ofis bagaimana membeli rumah,

“Cari rumah, kerja suami dik. Dulu akak tinggal masuk rumah saja, suami yang uruskan semua. Apela awak yang susah – susah settlekan semua, mana tanggungjawab suami awak sediakan tempat tinggal.” Aku sampai keluarkan duit kwsp untuk deposit rumah.

Duit dia yang ada untuk tukar sport rim. Sedih juga, Isteri sendiri ada cincin nikah je, laki dah tukar sport rim baru. Tapi takpela, dah hobi dia. Tapi semua itu tak cukup, ditengkingnya aku sebab tak buat bisnes part time.

Dibandingkan aku dengan skandaInya yang hampir dia nak kahwin tu, seorang nurse yang rajin buat part time cucvk v4ksin. Pedih tak payah cakap, sampai hatinya dia. Aku setia dengan dia, rupanya dia berskandaI dengan perempuan lain.

Bila berg4duh diungkitnya perempuan lain lagi bagus, aku tertekan. Aku nak jadi diri aku yang sebenarnya, bukan diri orang lain. Wahai pembaca, aku masih hairan adakah aku salah tidak membuat dropship. Sekarang tanggungjawab mencari duit terletak di bahu isteri ke?

Padahal aku tidak pernah mempersoalkn nafkah yang diberinya itu tidak cukup, tapi aku diungkit menyusahkan dirinya perabih duit saja sebab aku tidak buat dropship seperti wanita lain. Aku seorang intr0vert, bukan mudah bagi aku berubah cepat pandai berkata – kata jual barang dekat orang.

Katanya aku tak nak membantu kewangan suami dan gaji aku kecil. Dia mahu tinggalkan aku demi seorang janda anak dua yang kaya jika ada janda yang mahu dengannya. Katanya dia tidak menghargai aku sebab aku tidak berduit untuk tolong support dia, dia ingat aku dapat menolongnya sekurang – kurangnya membayar separuh loan kereta dia.

Ya tuhan, terasanya. Aku kena berduit dulu dapat rasa kasih sayang suami? Sebegitu h1nakah diri aku? Aku menangis bila teringat apa yang dia cakap. Tak habis – habis diungkitnya, nak kahwin saja tapi urus rumah tak pandai.

Dia sangat berkira berkaitan kerja rumah padahal kerja rumah tanggungjawab bersama. Aku rasa seolah – seolah seorang bibik, dimarahnya aku sebab lupa buang sampah. Ape salahnya dia bertolak ansur, menolong isterinya.

Dalam katil tak payah cakap, hobi suka ‘buat sendiri’, jadi bila bersama mulalah ada masalah. Padahal dia nak anak, mulanya aku terasa jugak, isteri ada depan mata tapi nak jugak ‘buat sendiri’. Jadi hubungan suami isteri memang h4mbar jugak.

Pernah berg4duh, dia suruh aku cari lelaki lain. Katanya dia tak kesah, bila jumpa laki lain bagitahu jela dia untuk dilepaskan. Aku jadi tertanya jika betul aku mencari lelaki lain, adakah aku salah? Bolehkah aku buat apa yang aku suka contoh keluar rumah sesuka hati berjalan – jalan mengubati hati yang s4kit ini, dah suami sendiri suruh.

Patut ke aku meminta cerai atas per4ngai suami aku itu?Aku baru saja beberapa bulan berkahwin, patutkah aku memberinya peluang untuk berubah. Bertahan atau tidak pada perkahwinan ini? Adakah perkahwinan ini t0ksik?

Jujur, aku dah mula takut bertemu suami aku. Pernah suatu hari, aku tiba – tiba senggugvt. Aku dah bagitahu dia dua kali, tapi dia sibuk dengan hp jadi tak perasan kot aku berkali – kali jalan membongkok sambil pegang perut yang s4kit ni.

Disuruhnya aku tengok – tengokkan lempeng kelapa, aku yang tak tahan menahan s4kit berdiri lama tunggu masak buat keputvsan buat lempeng tu besar – besar. Suami aku meng4muk dit0nyohnya lempeng di dahi sebab b0doh dan ditariknya rambut aku.

Aku jadi tr4uma, aku takut kalau dia ulang lagi perkara yang sama kemudian hari, sebab dia pernah ugvt tunggu masa saja nak naik tangan dengan kaki ni. Guna mulut tak fahamkan, kena dipukuI baru faham. Aku nak report, tapi risau tak dilayan sebab tiada Iebam – Iebam.

Aku sebenarnya sangat sayangkan suami aku, tapi per4ngainya membuat aku yang penyabar ni pun tidak tahan. Adakah perempuan lain yang mahu lelaki macam ni selain aku??? – Nur (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rad Bilayati : Percayalah puan berada dalam “in denial mode”. Boleh je nak bertahan dan harung jugak tapi mungkin dalam 3 – 4 tahun lagi puan akan cakap “cukup la sampai sini saja”. Then bila puan toleh balik ke belakang, baru puan sedar yang puan dah banyak buang masa hidup dengan orang yang narc1ssistic macam tu.

Kita cuba bertahan sebab kita berada dalam “in denial mode”. Rasa macam seteruk – teruk dia, dia tetap terima aku tapi dalam masa yang sama dia akan layan puan macam sampah sebab dia tau puan yang nak kat dia.

Dewi Masitah : Kebanyakan orang yang bertanya mengenai hal ini bukanlah sebab mahukan nasihat, bimbingan atau tunjuk ajar tetapi mereka hanya mahukan sokongan untuk meneruskan hubungan. Betullah apa yang dik4takan oleh puan kaunselor Normaliza Mahadi.

Tepuk d4da tanyalah selera, samaada tt mahu pilih bahagia atau d3rita. Jawapannya tt dah ada cuma pada pandangan saya tt masih dalam in denial mode. Saya doakan semoga tt buat pilihan yang bijak. Beristikarah lah pada Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.