Sejak PKP ni suami memang goyang kaki je, tengok netflix main game, bangun tido pukuI 4 petang. Dia akan guna duit dia kalau duit gaji aku dah habis. Walaupun sebelum ni pernah kant0i curang aku masih sayangkan dia. Sehinggalah aku balik rumah keluarga dan aku ceritakan segalanya. Barulah aku tahu rupanya apa yang hidup aku lalui selama ni salah dan tak betul! Aku mula pasang langkah dan ambil peguam..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Sejak akhir – akhir ni selalu sangat lalu lalang dekat wall aku pasal tanggung biawak hidup. Aku pun tak pasti adakah itu satu petunjuk untuk aku move on atau apa. Yang pasti memang sekarang ni aku tengah tanggung biawak hidup yang tengah sesedap rasa tengok youtube dari pagi sampai ke malam.
Okaylah aku mulakan dengan pengenalan diri aku. Aku dah berkahwin selama 12 tahun, 9 bulan 9 hari dan dikurniakan 3 orang anak yang soleh solehah InshaaALLAH.
Aku berkahwin atas pilihan sendiri walaupun ada banyak pilihan lain minta dipilih tapi aku pilih dia demi kesungguhan dia tapi aku masih sempat mintak izin seseorang untuk berkahwin.
Suami aku tidak berpelajaran tinggi kira beza dengan aku punya level pendidikan 2 tangga ke belakang. Di mana dia hanya Sijil holder and aku Degree holder.
Pada awalnya mak abah aku agak tak setuju untuk aku berkahwin sebab aku masih ada satu semester setengah untuk dihabiskan.
Tapi memandangkan demi memenuhi hasrat ibunda suami aku untuk melihat kami berkahwin kerana beliau sedang menghidap s4kit yang agak kr0nik, maka mak abah aku pun setuju.
Suami aku ketika itu menguruskan perniagaan bapanya yang aku kira agak terjamin (di ketika itu) demi kelangsungan hidup kami nanti.
Selepas 5 hari kami berkahwin, ibunda tersayang pergi menghadap ilahi maka tinggallah kami meneruskan hidup tanpa ibunda tetapi bersama ibunda tiri dan adik beradik (lain ibu) serta ayahanda (berlainan rumah tapi satu taman).
Suami aku anak tunggal ibunda maka semua harta ibunda jatuh kepada suami secara total kerana Ayahanda punya harta lain yang banyak dan tiada keinginan untuk mengambil haknya.
Selepas 6 tahun berkahwin dan kami punya anak yang ketiga, perniagaan bapa suami merudum dek kerana bertukar kerajaan ketika itu dan semua kontrak – kontrak sudah tidak dapat diteruskan seperti biasa.
Maka suami aku jugak mula beralih arah ke cabang pekerjaan yang lain iaitu membawa Uber (hujung tahun 2015). Bermulalah episod bibit Biawak Hidup disini.
Okay bila start bawak Uber, dia punya masa ikut suka hati dialah kan. Sebab dialah boss dia lah kuli. So bila dah pukuI 4 petang baru bangun dan start bawak Uber pukuI 5 petang, lepas tu pukuI 12 malam baru habis keja. Macam tu lah setiap hari.
Dia memang jenis tak reti bangun pagi langsung and malam pun dah pukuI 4 baru tido, jadi ceIah mana pulak nak bangun pagi – pagikan. Memang sejak kahwin pun dia punya putaran masa tidur memang begitu.
Cuma waktu kerja dengan Ayahanda dia, sempatlah aku k3jut setiap hari untuk ingatkan pergi kerja.
Sering aku menjeruk rasa bila dia ada masalah displin macam ni, sebab Ayahanda selalu melepaskan marahnya pada aku. Aku str3ss wei!! Sebab tu bila dia bawak Uber, aku dah malas nak bising demi nak jaga hati aku sendiri.
Kes ni berlarutan la sampai ke tahun 2020. G4duh berapa banyak kali pun aku dah tak kira, akhirnya aku dah penat nak g4duh.
Aku buat semua kerja rumah dari start kahwin sampai berbeIas tahun ni. Aku yang uruskan anak – anak, aku yang jadi cikgu diorang, supir diorang. Semua aku…
Bila aku mula berkira and pertikaikan, dia fed up dengan aku and cari perempuan lain yang boleh faham dia. Fahamlah sangat kan. Waktu kant0i dia ada perempuan lain tu, aku tak tau kenapa aku sayang giIa kat dia lagi.
Jadi aku biarkan dia berasm4ra dana sampai dia bosan, lepas 5 bulan dengan perempuan tu, dia putvs, dan kembali semula sebagai normal suami and daddy. Dan kitorang teruskan hidup macam biasa.
Dan bermula dari kes tu, aku dah tak pandai nak meIawan. Tinggi suara. Dan taat memang macam bidad4ri kiriman syurga. Sampai susu anak pun aku tak mampu nak suruh dia buatkan. Sebab aku takut dia cari perempuan lain lagi. Bod0h giIaa aku rasa!!
Dipendekkan cerita, gaji aku m4kin lama m4kin naik dari 2k sekarang dah jadi 5k. Alhamdulillah. Tapi bila gaji m4kin naik rupanya beban aku m4kin besar.
Suami aku dah tak ade kesungguhan nak kerja langsung! Bulan – bulan dia akan habiskan duit gaji aku untuk tanggung semua keperluan keluarga, dan baki tengah bulan nak makan, baru dia akan pulun cari duit around RM100 sehari. Itu je.
Aku ni, aku tak tau mana aku dapat kekuatan untuk teruskan hidup macam tu. Sampailahh PKP. Suami aku dah mula tak kerja dari Mac sampai sekarang Nov 20. Aku pulak kena work from home.
Waktu awal – awal PKP tu, lagiIah sengs4ra. Nak kena ajar anak – anak aku buat homework. Pastu waktu lunch kelam kabut masak. Kadang – kadang tak sempat nak makan dah kena masuk kerja balik.
Pastu urus kerja rumah jugak. Masa tu memang aku depr3ss sangat! Rasa nak nangis semua ada. Tapi aku tahan. Sebab aku sorang je yang faham perasaan aku ketika itu.
Suami aku? Duduk rumah, goyang kaki, baring, layan netflix, tengok youtube sampai dia tido balik. Macam tu la hari – hari. Ko rasa??
Ohh. Mesti ada yang tertanya. Bagaimana kami berjaya bertahan dengan hanya ada satu je sumber pendapatan? Alhamdulillah. Maha suci Allah. Allah la maha pemberi. Aku diberikan 1 bulan bonus. Jadi income aku memang banyak. Dengan wfh je kan. Tak ade banyak perbelanjaan yang keluar sangat.
Jadi duit tulah aku bertahan tanggung kelaurga. Renovate rumah sikit. Ohh. Duit suami pun ada jugak. Disebabkan dia dari keluarga yang berada. Maka dia ada sebijik rumah yang disewakan.
So dengan moratorium yang gov bagi, duit 900 sebulan sewa rumah tu la dia gunakan untuk tanggung keluarga jugak. Itu pun kena tunggu duit aku habis dulu, baru guna duit dia k!
Ohh duit epf pun dia keluarkan. Tapi tak bagi guna. Dia nak simpan beranak dalam akaun. Kuangjaqq sangat kann?
Habis PKP jadi PKPB lepas tu PKP ape tah aku tak ingat. Lebih kurang 102 hari selepas mula – mula PKP, bulan Jun aku ikut family aku pergi rumah kakak aku. tanpa suami.
Nasib baik dia bagi. Dia ni jenis tak suka bercampur dengan keluarga mertua dan keluarga ‘tiri’ dia pun lah. Jenis suka duduk rumah je! Nak balik rumah mak aku 2 minggu sekali pun jenuh bermasam muka.
Bila aku dengan semua adik beradik dan mak aku, tiba – tiba terbuka cerita. Jenis aku selalu tak cerita. Jenis cover baik punya demi nama suami.
Bidad4ri kiriman tuhan kan. Tah kenapa hari tu, aku cerita. Dan bermulalah titik perubahan aku diketika itu. Aku macam kena tamp4r! Penamp4r besar hinggap kat muka aku… Rupanya apa yang hidup aku lalui selama ni salah dan tak betul!
Rupanya duit aku adalah duit aku. Bukan milik sesiapa. Rupanya suami wajib tanggung semuanya termasuk makan minum, pakaian, perbelanjaan keluarga. Bukan aku yang perlu bersusah payah.
Allahuuu. Aku tak tau atau aku tak sedar. Dannn hati yang tawar selama ni jadi m4kin payau. Aku dah tak ikhlas. Aku dah tak kuasa.
Bermulalah kehidupan kami yang hambar. Tapi dia tak perasan. Bermulalah hidup aku di bawah dia di atas. Aku mula pindah home office aku dari dalam bilik, ke ruang bawah.
Aku tak mampu untuk selalu bertembung. Aku kira beberapa patah je sehari yang kami tuturkan. Bagi dia itu hanya biasa sebab dia lebih tumpukan pada game, youtube. Itu sahaja.
Anak – anak memang tak pernah rapat dengan dia. Jadi keadaaan itu tak jadi issue langsung sebab aku ada. Aku yang uruskan mereka. Akhirnya selepas beberapa bulan plan, aku nekad untuk akhiri pernikahan ini tanpa pengetahuan dia. Aku mula berbicara dengan peguam.
Aku akan mulakan setiap langkah perpisahan ini dengan berhati – hati dan hujung Disember ni aku nekad untuk keluar. Aku dah mula cari rumah sewa. Aku akan bawa semua anak – anak untuk mulakan hidup baru nanti.
Kenapa tanpa pengetahuan dia? Sebab aku lebih pentingkan kestabilan em0si aku dari menjadi bidad4ri kiriman syurga lagi. Bila isu mula berbangkit, aku pasti akan ada ketidak tenteraman hidup aku selepas itu.
Berg4duh dan merayu akan jadi tajuk utama hidup aku selepas itu. Aku tak mahu sebab aku perlu bekerja demi meneruskan hidup ini. Kestabilan em0si aku sangat penting dalam menangani krisis ini.
Jadi, aku perlu keluar dari rumah ini tanpa pengetahuan dia. Dan kita jumpa sahaja di mahkamah ye buat suami yang bergeIar biawak hidup.
Korang semua tolong doakan semuanya akan baik-baik sahaja ye. Semoga hidup aku selepas ini akan terus dipermudahkan oleh Allah. Inshaaallah Aamiin.
P/S: Ohh seseorang yang aku minta izin untuk berkahwin tu masih single gais, masih menanti after 15 years kot. Doakan yang baik – baik ye semua. Thank you. – Nananininunu (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Hafiz Ahmad : Opportunist ! Bagus dik/kak, kalau dah tawar hati, tak guna hidup bersama. Kalau hidup bersama pun, nanti setiap masa akan nampak kesalahan bukannya kebaikan pasangan. Hidup pun tak happy sebab akan nampak semua perkara negatif kat pasangan. Baik cari pengganti atau hidup sendiri.
Notes: Kat bumi ni, nak bahagia bukan kena ada duit semata – mata, kena ada duit dan kasih sayang juga.
Norliza Rahayu Ishak : Ni nak bercerai bersebab ni, ada udang sebalik batu. Nak kata suami tu biawak hidup tak tepat sangat kot sebab dia kerja juga walaupun tak macam orang lain 9-5 petang… tapi saya percaya masa suami kendalikan perniagaan keluarga dia tak bangun awal jugak. Yelah company sendiri kan. Ada yang dah nunggu dia.
NurAz Wan : Kalau awak berpisah kerana nak hidup yang lebih aman, bersendiri dengan anak – anak lebih baik. Sekarang terlalu bnyak lelaki tak guna kat luar tu.. Dulu dah pernah tersilap pilih, jangan pisang berbuah dua kali.. Orang selagi tak tidur sebantal, kita tak tahu macam sisi gelap dia.. Ambil masa untuk bertenang kerana kebebasan sebenarnya jauh lebih berharga dari terperangkap dalam perkahwinan yang tak bahagia.
Hanazawa Rui : Ko pun untung juga, dah berabis dengan harta waris dari pihak sebeIah. Perniagaan pihak sebeIah pun bukan kaIeng – kaIeng, kontaktor ooo. Bila diorang jatuh miskin, apa lagi, ko minta cerai ja la. Sebab tengok gaya tulisan memang itu matlamat yang nak dicapai. Anggap ja jod0h tu sampai situ, tak perlu lah menyesali. Cuma satu ja tindakan kurang bijak, keluar rumah tanpa pengetahuan suami. Good luck untuk langkah seterusnya.
Kakok Jeruk : Baca yang atas – atas tu rase syok dah tapi yang last bawah tu memang mengundang kecaman pembaca nampaknya. Sepatutnya tak perlu bagitahu pun yang tu. Selesaikan 1,1 dulu sis, niat nak akhiri perkahwinan tu kena betul. Jangan kerana ada yang menunggu tu, takot nanti yang dikejar tak dapat, yang dikend0ng berciciran. Kes cerai ni bukan senang nak selesai kalau 1 pihak lagi tak bagi kerjasama. Risau takot suami sis baca nanti dia sabitkan sis ada skandaI tak pasal je. Lagi panjang jadi kes kalau nak terus kahwin dengan penunggu lepas habis idah pun tak apa tapi diam – diam dulu. Nanti bila kena kecam kat sini em0si sis jugak yg terganggu. Apa – apa pun, selesaikan 1,1 tu paling penting. Uruskan kes cerai, hadhanah dan nafkah anak – anak dulu.
Irma Hazwanis : Ramai yang kata tinggalkan suami time suami susahlah apa. Tapi korang tak faham erti dah tawar hati kot. Cuba korang bayangkan suami korang jenis setiap hari tidurnya pukuI 4-5 pagi ikut suka dia akan bangun pun ikut suka dia nak bangun kul berapa. Anak – anak dia tak kisahkan apetah lagi bini. Dengan tanggungjawab pun dia abaikan ment4ng – ment4ng isteri dia kerja. Entah lah, pasal perenggan last orang tu tunggu 15 tahun tu aku tak berkenan sebab nampak sangat tt ni menaruh harapan ke apa haha. Tapi bab biawak hidup tu aku faham sangat perangai suami macam tu. Siap pernah ade record curang lagi tu.