Aku bawa tray makanan sambil menangis tunjuk dekat cikgu. Tapi reaksi cikgu dan makcik kantin buat aku sedih

Masa makan dekat kantin sekolah, aku rasa macan terkunyah benda rangup sedangkan aku makan sayur je. Aku terus keluarkan semua makanan dalam, sambil kuis – kuis, aku terk3jut tengok apa yang ada dalam tray makanan. Aku bawak tray ketuk bilik warden, aku siap mengadu dekat ustaz aku. Tapi respon dorang buat aku kecewa..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Terima kasih kepada admin kalau cerita aku ni disiarkan. Nama aku Nana, berumur 21 tahun. Aku terpanggil untuk cerita kisah aku ni sebab aku terbaca sebelum ni pernah kecoh pasal budak sekolah kat satu negeri ni ker4cunan makanan sebab makan sandwich telur tu.

Aku tak faham kenapa pihak sekolah, kantin dan sebagainya ambil ringan je pasal kebersihan makanan. Kalau tengok tajuk aku, mungkin korang akan rasa geli dan loya tekak kan? Ye, memang betul aku pernah ada pengalaman ngeri masa makan dekat kantin sekolah.

Cerita ni berlaku 6 tahun lepas, masa aku berumur 15 tahun. Dari aku tingkatan 1 sampai tingkatan 5, aku bersekolah di sekolah berasrama penuh di Pahang. Mula – mula aku tak nak masuk sekolah asrama tu sebab aku ni anak bongsu, memang agak manja sikit lah.

Tapi disebabkan abah aku ni tegas, jadi aku terp4ksa turutkan. Berbalik pada kisah aku, aku dan kawan – kawan aku ni setiap kali nak makan di dewan makan mesti kena cukup korum baru gerak pergi makan. Geng aku ni 7 orang termasuk aku.

Kejadian tu terjadi masa kitorang pergi makan malam dalam pukuI 6.45 petang. Aku dah tak berapa ingat apa menu kat dewan makan masa tu, tapi yang aku paling ingat SAYUR KANGKUNG GORENG!! Kitorang lepas ambil makanan tu, macam biasalah terus pergi ambil air minum dan duduk kat meja.

Kitorang pun lepas baca doa semua, makan lah macam biasa. Masa tengah makan tu, aku langsung takde rasa was – was kat makanan aku. Tapi masa suapan nasi dengan sayur kangkung (tak ingat dah suapan ke berapa), tiba – tiba aku terkunyah sesuatu yang rangup!!!

Aku dah macam pelik dah sebab aku cuma ambik nasi dengan kangkung je time tu takkan lah boleh ada rase crispy – crispy gitu. Hahaha. Jadi aku kunyah slow – slow sambil rasa sikit apa benda makanan yang aku kunyah tu.

Wehh tiba – tiba benda tu aku rasa macam lain macam. Rasa dia pelik sangat – sangat dan sump4h aku tak pernah rasa makanan sepelik tu. Aku pun dah tak hirau dah kawan – kawan aku tengah makan dengan penuh selera ke apa masa tu.

Aku terus keluarkan balik semua isi dalam mulut aku tu. Tak cukup dengan tu, aku ambik air pastu kumur – kumur aku Iudah je dalam tray tu (budak asrama memang makan nasi dalam tray). Masa tu kawan – kawan aku semua tak tahu cerita, dan diorang marah giIa kat aku sebab aku buat macam tu.

Yelah, siapa tak marah kan, kau tengah syok makan tapi ada orang buat aksi jijik depan kau. Aku pun cakap kat diorang, aku rasa aku terkunyah benda pelik. Sekali bila aku kuis – kuis balik makanan yang aku keluarkan tadi, memang aku terk3jut tengok sebab rupa dia macam tebuan.

Bila aku belek – belek lagi, ye memang sah tebuan sebab nampak dia punya belang – belang oren tu. Terus aku menangis giIa -giIa weh! Kawan – kawan aku yang geli pun keluarkan balik nasi dalam mulut diorang. Lepas tu, aku tak report dah kat makcik dewan makan tu.

Aku terus bawak tray pergi bilik warden. Aku menangis – nangis ketuk pintu bilik warden dengan g3ng aku. Warden pun keluar, aku terus cerita hal sebenar kat diorang. Cikgu Katy dengan teacher Mas nama warden tu. Masa tu teacher Mas yang tenangkan aku, dia kata kat aku jangan nangis.

GiIa woi aku tak menangis kalau dah binatang ada sengat tu kau hampir nak telan. Jadi lepas tu kitorang pun gerak ke dewan makan, cikgu Katy cakap dengan makcik dewan makan tu. Tapi boleh pulak makcik tu buat muka tak bersalah dan cakap tak tahu menahu pasal tu.

Dia kata mungkin tebuan tu termasuk kot dalam kangkung tu, dia tak perasan. Aku tahu sangat dewan makan tu memang sambil lewa je buat kerja. Ni mesti kes lauk tak bertutup sebab tu boleh tak sedar ada tebuan hinggap ke apa.

Dewan makan tu, memang kesian aku tengok pelajar – pelajar termasuk lah kesian kat diri aku sendiri. Dia punya tray yang dah basuh untuk kitorang pakai pun bukan main kotor. Dah basuh tapi ada lagi sisa – sisa makanan lekat kat tray.

Cawan sudu pun berminyak – minyak sampai kitorang nak pakai pun kena basuh sendiri kat sinki sampai bersih. Kes jumpa telur lalat tu tak payah cakap lah. Siap pernah ada ulat sampah lagi dalam lauk. Dengan makcik dewan makan pun pilih kasih.

Tak semua lah tapi ada sorang dua yang macam tu. Dengan budak perempuan marah – marah je, semua tak kena. Dengan budak laki boleh je senyum – senyum beramah bermesra. Keesokan harinya pulak, aku pun ajak sorang g3ng aku teman pergi jumpa GPK HEM, Ustaz Husin nama dia (bukan nama sebenar).

Masa aku tingkatan 2, kitorang belajar subjek pendidikan islam dengan ustaz ni lah. Sebab tu dah biasa jugak dengan ustaz ni. Masa tu, aku pun cerita lah pasal kejadian menimpa diri aku tu. Tapi kau tau tak apa respon Ustaz Husin tu cakap kat aku????

Dia cakap macam ni, “Alah biasalah tu benda – benda macam tu. Kamu ni manja sangatlah. Tebuan je,” pastu dia gelakkan aku sinis sambil sengih – sengih lagi lepas tu. Memang aku dah b3ngang giIa sebab dia boleh cakap tu TEBUAN JE???

Aku ingatkan aku report tu nanti cikgu akan ambil tindakan kat kontraktor dewan makan ke apa, tapi sudahnya aku yang kecewa. Sump4h aku memang terkilan giIa dengan cikgu – cikgu, kes aku ni diorang buat b0doh macam tu je.

Masa tu pun aku boleh tahan lembab, aku tak cerita pun kat mak bapak aku malah adik beradik aku sekalipun. Konon – konon aku tak nak diorang risaukan aku nanti susah – susah nak datang melawat aku. Jadi lepas dari tu, memang kes aku senyap macam tu je.

Tapi masa perhimpunan hari isnin tu, adalah guru bertugas membentangkan pasal kes aku ni kat laporan dia, tapi jadi bahan gelak je satu dewan. Aku memang b3ngang dan terkilan dengan pihak sekolah, sebabnya kes terkunyah tebuan ni macam remeh je bagi diorang.

Buatnya aku time tu terkunyah dia punya sengat and tertelan, agaknya apa jadi kat aku? Tu mujur sangat je aku terkunyah bahagian badan dia. Aku rasa ni, kalaulah aku ni anak cikgu kat sekolah tu, dah lama dah dewan makan tu diambil tindakan.

Tapi sebabkan mak bapak aku bukan siapa – siapa dalam sekolah tu, diorang pun malas nak ambik port. Ni bukan sekali ye aku alami kisah kotor dengan makanan. Masa aku sekolah rendah dulu pun ada jugak jadi macam ni.

Masa aku darjah 6 tu, kawan aku nama dia Nadia, dia beli nasi lauk ayam goreng and sambal. Kau tahu tak, ada lipas dalam sambal dia memang terang – terang takde rasa sangsi bahawa itu memang lipas. Sebab rupa lipas tu masih sempurna takde c4c4t cela.

Kawan aku ni baik, dia tak nak bagitau cikgu. Tapi aku geram, aku bawak jugak pinggan dia tunjuk kat sorang ustazah ni. Masa tu ustazah tu baru keluar dari bilik makan cikgu. Tapi reaksi ustazah tu dia cakap macam ni je, “eei lipas, yekk” sambil tergeliat – geliat konon menunjukkan kegeliannya yang amat kat lipas dan blah macam tu je tinggalkan aku terkulat – kulat kat situ.

Aku memang tak faham cikgu – cikgu ni memang tak prihatin langsung bila pelajar laporkan kekotoran kantin dan dewan makan. Kalau anak cikgu yang terkena mungkin heboh masuk berita kot. Aku bukan nak memburukkan cikgu ke apa, tapi sekurang – kurangnya bila budak dah laporkan tu, ambiklah tindakan.

Ini tidak, bukannya nak tolong, tapi siap boleh gelak – gelakkan lagi. Ingat kelakar ke kunyah tebuan, ada lipas dalam sambal?? Nak tunggu budak ker4cunan masuk berita dulu baru nak tunjuk keprihatinan kat tv? Sorry aku bukan nak bash cikgu, aku tahu memang ramai cikgu yang prihatin tapi disebabkan segelintir cikgu buat per4ngai macam tu, tu yg buat aku geram, sedih, kecewa.

Nasib baik aku budak mentah lagi masa tu, kalau aku dah tahu prosedur – prosedur dia, dah lama aku call kementerian kesihatan. Biar serta merta dewan makan dan kantin tu kena sita. Aku kisah apa, kau yang tak jaga kebersihan siapa suruh.

Nak untung tapi kebersihan zero. Banyak lagi kisah – kisah kotor kantin dan dewan makan sekolah ni, tapi malas nak cerita sebab tu kisah orang lain yang diorang cerita kat aku. Cukup lah aku cerita pasal kisah aku je. Aku rasa sampai sini sahaja penulisan aku.

Aku minta maaf kalau ada pihak yang terasa dan marah kat aku. Dan sorry jugak kalau ayat aku berterabur. Sekadar nak berkongsi pengalaman dan kekecewaan je. Terima kasih. – Pengunyah Tebuan

Komen Warganet :

Azah Rosden : Aku jumpa lipas dalam lauk daging masak kicap. Seekor lipas yang sempurna. Memule ingat sehelai rambut, sekali tarik keluar seekor lipas. Aku tak report apa pun. Bagitau kawan – kawan supaya mereka alert makanan makcik tu. Tapi, sampai sekarang elok je makcik tu berniaga dan kawan – kawan aku pun still makanan lauk makcik tu. Kata mereka “selagi kitorang tak jumpa apa – apa, kitorang makan je”.. OK bai..

Hazrina Hamid : Kawan saya dekat sekolah dulu jumpa lipas dalam sambal nasi lemak. Satu bekas besar time tu nak sambal, cedok sendiri. Kawan tu terus report ke PK HEM. PK HEM time tu pulak memang  bertanggungjawab.

Tapi saya pun tak pasti apa jadi pada tender tu, tapi yang pasti tahun depannya tukar orang kantin baru. Alhamdulillah lebih bersih. Berkesan jugak cikgu – cikgu sekolah saya ni huhu alhamdulillah..

Qilla Suratman : Aku pun penah kunyah lipas dalam ketiaw goreng makcik dewan makan masak. Sedihnya. Bila cakap dia sengeh je. Jijik betul.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.