Sebelum aku keluar rumah, suami akan pusingkan selipar aku. Aku pelik juga, ada ya seorang lelaki yang macam ni

Tengah alahan teruk ketika awal mengandung, aku terp4ksa bergenti kerja. Tiba – tiba suami dapat tawaran kerja luar negara. Dia terus tinggal aku sampailah sekarang anak kami dah masuk 3 orang. Semuanya anak lelaki..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Sarah. Kali ini aku nak ceritakan perihal suami aku, sebagai penghargaan untuknya sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-7. Kadang – kadang dia baca juga confession dekat sini, bila dia tertarik dengan tajuk kot.

Mungkin ada yang menganggap bahawa 7 tahun bukanlah waktu yang lama sangat untuk aku nilai suami aku terbaik atau tidak tetapi Alhamdulillah dengan apa yang Allah dah beri, mungkin ada beberapa point yang boleh dijadikan panduan isteri – isteri dan suami di luar sana.

Dari awal perkahwinan, begitulah sifat suami aku. Dia sangat menjaga nafkah untuk isteri dan anak – anak. Tidak pernah dibiarkan aku tanpa bertanya, adakah cukup makanku dan anak – anak pada hari ini? Susu dan diapers anak masih ada? Beras masih ada? Apa yang tidak cukup?

Lepas kahwin, aku masih bekerja selama beberapa bulan sebelum mengalami alahan yang sangat teruk sehingga terp4ksa berhenti terus. Mestilah sangat frust sebab aku suka bekerja dan bersosial, bukan jenis menghadap dinding dan dapur 24 jam.

Masa itu juga dia dapat jawapan interview untuk bekerja di luar negara. Jadi dia tinggalkan aku dalam keadaan mengandung awal trimester untuk memulakan kerjaya di negara orang. Aku macam biasa menangis dalam diam, tapi sebab memang jenis kental aku terima sahaja.

Jadi sampailah ke anak dah 3 orang ni aku dah tak kerja. Aku jadi part time translator dan buat business kecil – kecilan. Dipendekkan cerita, aku sampai sekarang PJJ dengan suami aku, dah 6 tahun rupanya. Sebagai seorang isteri, aku merasa sangat dihargai bila dia melibatkan aku dalam setiap urusan hidupnya.

Nak beli sesuatu yang berharga RM30 pun dia bertanya dulu, adakah patut dia beli, berbaloi ke tak pembelian itu, bla bla sedangkan itu kan duit dia, dia yang kerja aku tak. Of courselah kan kita rasa dihargai kan bila suami kita selalu melibatkan kita dalam urusan hidupnya.

Tambah pula PJJ, kalau dia tak cakap apa pun atau pergi mana – mana tanpa beritahu aku pun aku bukan tahu. Ada orang mungkin cakap, dia takut bini, atau entah entah dia tengah kelentong aku untuk cover kesalahan dia,

Tapi sebagai seorang isteri, insya-Allah kita boleh rasa keikhlasan suami bila bercerita tentang apa berlaku dalam hidupnya hari itu, dan bila dia meminta pendapat tentang sesuatu. Suami aku bukanlah nampak alim atau w4rak, tapi aku perasan dia sentiasa cuba untuk berubah.

Tegurlah dia tentang apa pun, aku perasan dia cuba sedaya-upaya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kenapa aku redha sangat walaupun PJJ dan aku terp4ksa uruskan ketiga – tiga anak lelaki seorang diri? Sebab kata – katanya selalu menenangkan aku.

Dia langsung tak eg0 untuk berkata terima kasih sebab aku kuat menjaga anak – anak seorang diri, dan anak – anak membesar menjadi anak – anak yang boleh dibanggakan. Dan selalu ayatnya meminta maaf buat aku sebak dan terharu.

Katanya dia minta maaf sebab tak selalu ada dengan aku, Dia doakan aku selalu dipermudahkan urusan dan dapat syurga yang paling tinggi sebab bersabar dengan semua ini, dan aku macam, apalah yang aku mahukan lagi selain suami aku redha dengan aku, dan masuk syurga tertinggi yang didoakan suami aku selalu?

Antara perkara yang aku suka sangat ketika mengandung, selalu sangat bila aku dah tertidur pada waktu malam, tiba – tiba aku rasa sentuhan di bahagian badan aku dan bau minyak tertentu yang menenangkan. Kaki aku juga sentiasa dipakaikan stoking apabila hendak tidur.

Bukan waktu mengandung sahaja, dia nampak aku mengeluh sikit pada hari itu sebab s4kit kaki atau pinggang, dapatlah aku urutan percuma pada waktu malamnya. Aku sampai menunggu – nunggu perjumpaan seterusnya kerana seronok dilayan begini.

Seronok bila dilayan seperti ini. Jadi, bila dia terlalu banyak memberi, aku menerima dan berusaha untuk memberi juga semampu aku. Aku ini malas masak, tapi bila dia balik, aku susunlah menu apa yang dia suka untuk dimasak, dan juga aku suka bersiap cantik pada waktu malam selepas anak – anak tidur, supaya dapat memberi khidmat yang terbaik untuknya.

Aku juga menjaga anak – anaknya dengan sebaik mungkin, dan dia menggantikan tugas itu pula apabila dia pulang nanti. Perkara kecil tetapi bila dilakukan menyentuh dan sangat – sangat menyenangkan hati. Sebelum aku keluar rumah, dipusingkan selipar, kasut aku menghadap ke luar siap – siap supaya mudah aku memakainya, minyak kereta dipastikan penuh sebelum meninggaIkan aku untuk pergi bekerja.

Sinki clear sebelum aku bangun tidur, air masak dan selipar di tepi katil pada waktu malam supaya tidak perlu jauh aku berjalan untuk minum air dan memakai selipar (aku selalu s4kit tumit). Disediakan selimut sebab aku tak tahan sejuk, phone dan powerbank tidak pernah dibiarkan habis bateri, dan apa saja yang aku sebut insyaAllah ditunaikan, cepat atau lambat sahaja.

Meja dilap rapi setiap malam, sampah disapu dan dibuang, pinggan yang disimpan atas rak juga disusun mengikut corak yang selari, tuala sentiasa disangkut dan jarang dibiarkan benda apa pun di atas lantai. Kadang – kadang aku pelik juga, ada ya seorang lelaki yang seteliti ini. Ya ada, dialah suami aku.

Mungkin kadang – kadang ada harinya aku rimas dengan perlakuannya yang tak pandai rehat ada saja kerja nak dibuat bila balik, tapi katanya dia nak menggantikan masa yang dia tidak ada supaya aku dapat berehat dengan lebih lama.

Okaylah, bunyinya macam perfect sangat kan? Tidaklah, tetapi setiap kekurangan menjadi topik bualan supaya sama – sama berubah. Walaupun PJJ, aku pastikan komunikasi kami berjalan seperti biasa. Apa saja yang tidak kena, aku bincang, semuanya aku sampaikan sepenuh dan seterang terangnya supaya dia faham tentang tanggungjawab seorang suami dan ayah yang sebenarnya walaupun dalam hal zahir mahupun batin.

Keperluan batin aku juga dia sangat ambil berat. Aku ini manusia yang sangat berterus terang, aku tak suka simpan dan pendam kemudian menangis di bucu katil sorang – sorang. Selalunya lepas balik kerja dan anak – anak dah tidur, waktu kami bersembang panjang tentang kehidupan, tempat kerja dan anak – anak.

Sejam lebih sembang, masa itulah macam – macam yang keluar. So dia take note dan berubah, aku pun sama. Aku sangat percaya dengan peranan seorang ayah dalam kehidupan anak – anak terutamanya anak lelaki. Walau suami aku jarang ada, tapi setiap kali dia balik, peranannya sebagai seorang ayah memang dibuatnya dengan sempurna.

Anak – anak diperiksa kerja sekolah, bacaan dalam solat, hadis, surah – surah, diajar itu ini dan dibawa ke masjid dan ke mana – mana saja supaya aku dapat berehat. Hasil didikannya juga, anak lelaki sulung dan kedua aku, setiap malam urut kaki aku walaupun tak minta, ambilkan air masak waktu aku menyusu, tolong basuh pinggan, buat susu adik dan macam – macam lagiIah waktu aku baring tu.

Aku selalu dengar juga dia cakap dengan anak – anak aku, kesian ibu, ibu dah buat macam – macam untuk family kita, tolong jaga ibu waktu ayah tak ada, tolong ibu buat macam – macam, tolong jaga adik. Macam – macam yang dipesannya pada anak – anak tentang keletihan aku sebagai seorang ibu.

Bukan itu saja, dia tunjukkan pula dengan perlakuan macam mana nak uruskan rumah tangga pada anak – anak kecil, sampaikan aku kadang – kadang terkejut dengan matangnya anak – anak aku terutama anak sulung.

Kadang – kadang tersengih aku bila anak sulung juga asyik minta maaf, minta maaf ibu urut sekejap sangat, minta maaf ibu tepung gandum habis la kat Speedmart (padahal bukan salah dia pun haha). Minta maaf ibu Ayyash mandi lama sangat, minta maaf lupa basuh pinggan dan macam – macam lagi.

Rapatnya hubungan anak – anak aku dan ayahnya sampaikan kalau ayah diorang balik, aku ni tak wujud pun takpe haha, melekat saja dengan ayah 24 jam, rasa dia pun rimas tapi melayan sabar je, sebab katanya dia jarang ada so nak gantikan masa dengan anak – anak.

Terima kasih suamiku, terima kasih kerana memberi dengan terlalu banyak. Harapnya baIasan syurga yang paling baiklah untuknya Allah gantikan nanti, kerana aku sangat redha menjadi isterinya di dunia, dan hendak juga di syurga nanti.

Aku benar – benar harap dan berdoa supaya semua isteri di dunia ini akan dilayan sebaik – baik dan selayaknya sebagai isteri, dan semua suami suami juga dilayani sebaiknya oleh isteri mereka. Aku harap para suami sekalian ingat bahawa setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan dan akan ditanya tentang isteri – isteri kita di dalam kubvr nanti, tentang nafkah isteri dan anak, tentang didikan agama untuk isteri dan anak – anak.

Adakah suami atau isteri redha dengan semua yang kita buat sepanjang perkahwinan, adakah perkahwinan ini membuatkan kita lebih dekat dengan Allah atau makin jauh dengan-Nya. Bukan itu sahaja, kalau sekecil – kecil benda macam cara buang air yang betul pun akan ditanya dalam kubvr nanti, bayangkan bila Malaik4t Munkar dan Nakir tanya dan pukuI kita tentang perkara yang lebih besar macam :

Kenapa curang dengan suami atau isteri, berz1na, main jvdi, abaikan tanggungjawab, main game sampai tak solat dan anak isteri terabai, nafkah zahir dan batin tidak diberi, isteri derh4ka dengan suami, cuba bayangkan.

Aku harap kita sebagai suami dan isteri sama sama bertanggungjawab dan memberi dengan seikhlas hati dalam sesebuah perkahwinan. – Sarah (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Farahin Lee Abdullah : Saya tak mampu baca sampai habis sebab dah berjurai air mata. Selalu berjurai air mata dan tak mampu baca sampai habis sebab sedih dan kasihan. Kali ni kerana terlalu terharu dengan penulisan puan.

Betapa bertuahnya puan mendapat suami sebaik ini. Puan ini juga dapat dinilai seorang yang sentiasa berminda positive dan sentiasa memberi positive vibe kepada orang kelilingnya. Mungkin juga acuan dari suami yang mulia perilakunya. Moga Allah lindungi dan rahm4ti puan sekeluarga selalu. Moga semua wanita Islam di dunia dikurniakan suami sebaik dan semulia seperti suami puan.

Siti Salwah : Page ni ramai lelaki yang follow kan. Haaa jadikan iktibar. Kaum wanita jika bahagia memang doa yang baik – baik sahaja untuk suami. Jangan mula buat hal haishhh segala macam cacian keluar nanti. Anda ketua keluarga. So anda laa yang pilih nak isteri mendoakan kebaikan atau keburukan. Semoga Allah pelihara rumahtangga kita semua. Amin..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?