Satu hari abang saya datang dan cakap nak tukar nama anak untuk dijadikan anak angkat, katanya senang nak bawak jalan – jalan masuk Siam. Dia suruh saya tandatangan borang kuning, dan suruh saya jangan baca hanya tandatangan je. Bila sekarang saya nak pindah ke Perak, diorang tak bagi sebab katanya saya dah tandatangan yang anak saya dah jadi anak angkat diorang….
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. maaf ye saya nak tanya pendapat kawan – kawan di facebook tentang kes saya ni. Saya ada anak dua orang, masa tu umur anak saya dalam 5 bulan, saya dengan suami dalam proses penceraian. Jadi saya terp4ksa berkerja untuk menanggung anak – anak saya. Anak yang sulung dah bersekolah manakala yang kecil masih bayi. Ketika itu saya hantar anak ke pengasuh. Semuanya saya bayar sendiri untuk menjaga anak saya. Untuk pengetahuan semua, pengasuh tersebut adalah abang kandung saya sendiri bersama isterinya.
Saya pula memang sangat sibuk, waktu siang kerja menjual ikan, waktu malam pula saya kerja di kedai makan balik pun lewat dalam pukuI 3 pagi. Waktu siang ada la masa sekejap untuk main dengan anak, ketika rehat.
Nak dijadikan cerita waktu kerja saya padat. Abang saya bersama bini dia datang kepada saya atas sebab nak tukar nama anak saya letak nama dia dijadikan anak angkat tapi saya tak nak. Saya kata, ini anak saya. Kemudian dia kata kepada saya, hanya tukar nama je, tak ada apa – apa pun dan anak tu tetap anak saya. Cuma nanti senang, anak dekat diorang, nak bawak jalan – jalam Siam..
Katanya kalau saya tak tukar nama, susah diorang nak bawak lagipun saya sibuk bekerja. Saya percaya apa yang mereka cakap dan abang bawak saya pergi pejabat kecik, pejabat angkat sump4h. Pada mulanya saya tak tahu tu pejabat apa. Dia kata, surat apa jangan baca, saya hanya perlu tandatangan je dekat borang kuning tu. Jadi bila sampai di pejabat tu, saya ikut je apa yang dia kata jangan baca, tandatangan je dia mintak. Saya pun tanpa cakap banyak tanya terus turunkan tandatangan saya.
Kehidupan mula macam biasa, saya kerja, diorang mengasuh anak dan saya bagi duit mengasuh. Sampai la sekarang umur anak saya dah 3 tahun lebih, saya nak pindah Perak tapi diorang tak bagi. Tiba – tiba diorg kata kat saya, jumpa kat makamah. Saya tak faham, lepastu abang saya kata bini dia pun kata, saya dah angkat sump4h yang anak tu saya serah kat diorang sebagai anak angkat. Diorg ada bukti iaitu borang kuning tu dan diorang dah tukar status anak saya sekarang ni kepada status anak angkat.. Padahal saya tak tahu pun tapi saya tak ada bukti
Sekarang anak ada dengan saya, diorang dah buat report, diorang nak ambil balik anak saya. Padahal tu anak saya.. saya sekarang buntu, tak tahu nak buat apa. Mintak jasa baik semua apa yang saya perlu buat. Diorang tak nak ngaku, saya kata kalau tak nak ngaku, saya nak bawak Al-Quran suruh mereka junjung dan bersump4h. Saya pun akan buat juga tapi diorang tak nak.. Admin apa yang saya perlu buat, keputvsan sekarang, makamah akan panggil saya. Tapi saya telah ditipu. tolong bagi saya jawapan, apa perlu saya buat, saya merayu..
Perkongsian yang dibuat telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata bersimpati dengan nasib yang men1mpa penulis tambah lagi ia melibatkan kasih sayang antara seorang ibu dan anak. Ramai yang memberikan pendapat dan kata – kata semangat semoga penulis terus berjuang mendapatkan haknya.
Komen Warganet :
Shahril Azzuan Zulkarnain : Iawan ja puan, jangan risau anak tu akan balik semula pada puan. Tak kira la sign ka apa, tetap puan akan dapat hak jaga anak puan. Puan ibu kandung dia, surat yang puan sign tu bila – bila masa sahaja boleh terbatal. Janji puan guna saluran yang betul. Jangan duk pi buat bukan – bukan pulak.. Hak seorang ibu kandung tu melebihi dari segala aspek kecuali ada faktor – faktor yang boleh melucutkan hak puan sebagai penjaga.
Contohnya puan jenis tak ambil tau hal anak, tak bagi makan dan biar ja tak terurus. Lawan puan, 99.9% surat yang puan sign tu akan terbatal. Jangan risau ye puan, guna saluran yang betul dan lantik peguam untuk ambil balik hak jagaan anak puan. Semoga dipermudahkan urusan puan..
Zullaiyha Zullie : Sabarlah puan perkara yang melibatkn hitam putih bukan benda yang boleh dibuat main. Sepatutnya baca dulu sebelum kita nak sain apa – apa pun, kena tanya pendapat orang lain atau kawan kalau tak tahu. Kalau tak ada kawan, tangguhkan dulu sain tu sebab dia yang nak, jadi dia kena tunggu. Tak semestinya dia ahli keluarga kita perlu percaya 100%. Manusia zaman sekarang sanggup buat apa sahaja janji dia dapat apa yg dia nak.
Awak mesti ada buku pink, pergi buat report bawak buku baby dengan buku ibu. Ha, yang tu tak boleh ditipu. Bukti paling kukuh ujian DNA pun boleh mengesahkan dia anak puan. Mudah – mudahan dapat balik anaknya.
Azinsor Niffira : Teruskan ke mahkamah dan sebelom buat report yang menyatakan cik telah ditipu oleh abang kandung sndiri tentang borang kuning tu. Di mahkamah nanti cik mintak untuk angkat sump4h dengan al Quran. InsyaAllah kalau puan di pihak yang betul puan akan menang. Sekiranya beIah abang ngan ipar puan sanggup berangkat sump4h dengan al Quran bermakna diorang memang akan diIaknat Allah nanti.
Qasseh Ayeesha : Tergamak sungguh abang kandung sendri tu, cerdik betol permainan dorang, minta dorang angkat sump4h Iaknat junjung Al- quran kalau dorang tak nak mengaku. Setakat sign surat angkat sump4h tak cukup bukti pon abang awk tu. Nak beIa ank angkat yang sah melalui jabatan kebajikan masyarakat. Ceritakan segalanya pada mahkamah yang abang awak memperdayakan awak seperti mana yang awak bagitau kat atas tu, tau la mahkamah ambil tindakan.
Lieyaa Lie : Jangan sesekali percaya dekat makhluk bernama manusia walaupun ahli keluarga. Memang air di cinc4ng tak akan putvs tapi air mata dengan air longkang berbeza walaupun tetap air.. S4kitnya pengkhian4tan yang dibuat oleh keluarga tidak dapat di ceritakan.. Yang pernah aIami je tau. Biasanya surat pengesahan anak angkat hanya diberikan oleh JKM selepas anak usia 3 tahun.. Akuan sump4h hanya sand4ran sampingan. Pergi report polis, lepas tu bawa surat ke JKM, bukan senang nak ambil anak angkat.. Banyak proses yang kena buat, ingat boleh main – main macam tu je nak ambil anak orang.
Victorious Ley : Puan hanya boleh Iawan sahaja.. Tapi kemungkinan nak menang tu, tipis sekali.. Lain kali, baca dulu sebelum sign apa – apa borang.. Hanya ada hak sebagai ibu yang melahirkan, tapi hak penjagaan tu, dah tak ade sebab surat sump4h yang sudah di sign bahawa anak tu dah diserahkan kepada abang kandung tu untuk dijaga..