Masa arw4h mak mentua hidup, saya selalu kena hin4. Mak mentua pernah tengking ayah mentua depan anak menantu. Saya nasihat suami supaya tegur mak dia, tapi apa yang saya dapat hanyalah tamparan dari seorang suami.
#Foto sekadar hiasan
Salam min n pembaca sekalian.. hide profile..
Biadapkah seorg isteri bila sebut “bertuah la bakal adik ipar awak nak kahwin dengan adik awak hujung tahun nie tapi mak awak dah tak ade(meninggaI). Tak macam saya nie dah 8 tahun (masa arw4h masih hidup) segala hin4an dan c4cian saya terima.” terus suami naik angin cakap saya biadap sebab cakap macam tu kat arw4h.
Untuk pengetahuan semua, suami memang jenis pant4ng kalau saya sebut pasal arw4h mak dia, sedangkan arw4h masa hidup macam – macam yang dia buat kat saya tapi saya sabar bertahun – tahun. Pernah arw4h tengking ayah mertua depan anak menantu. Saya tak sampai hati tengok ayah mertua masih diam sebab tak mahu keruhkan keadaan. Saya panggil husband dalam bilik suruh tegur mak dia jangan buat macam tu kat ayah. Kena la hormat suami, jangan tunjuk contoh tak baik kat anak menantu. Tiba-tiba pangggg ditamparnya saya.
Saya terus diam menangis, dan suami kalau saya sentuh sikit ja bab mak dia, dia akan cakap nak sangat ke jumpa dekat mahkamah. Selalu sangat min dia ugvt saya macam nak cerai dan nak tuntut hak anak – anak. Selalunya kami g4duh sebab duit dan mak dia slalu hin4 saya tak kerja, dok harap duit anak dia ja. Suami pernah cakap kat saya kalau dah risau sangat tak ade duit dia sanggup bagi anak bini dia makan pasir asalkan mak dia dapat makan nasi. Sampai macam tu sekali hin4nya kami.
Ohh yaaa, saya surirumah kepada 2 orang anak lelaki, dia macam perlekehkan saya dengan ugvt saya macam tu sebab dia tau saya tak kerja tak ade income. Memang betul lah orang cakap tahap sabar manusia ada batasnya. Dan tadi bila g4duh dia sebut pasal mahkamah, tak tau dari mana datangnya kekuatan untuk saya Iawan balik. Saya cakap kalau dah bertahun – tahun cakap pasal mahkamah, ok sekarang saya dengan rela hati untuk awak lafazkan dan sahkan di mahkamah.
Betulkah tindakan saya nie?? Apa lagi yang perlu saya buat?? Terima kasih.. semoga Allah mudahkan urusan saya..
Komen Warganet :
Aminorasidah Emy
Dah tahu laki tu tak boleh nak sentuh pasal emak dia buat apa le ko pergi sebut – sebut lagi. Biarkan saja, sabar banyak – banyak je, ada hikmah dia sebalik kesabaran tu. Ingat Allah banyak – banyak. Ingat kita ni juga akan terima menantu kan. Lagi awak menantu perempuan juga kan. Kena latih diri awak tu jangan jadi macam mak dia lah. Mulut tu jangan suka cakap benda yang tak baik. Perkataan yang keluar dari mulut kita ni satu doa kan…
Diana Nabila
Awak pun tak patut mulut tak jaga, dah tau pant4ng dia maknya tak boleh diusik awak lagi menjoIok sarang tebuan, memang mendapatlah. Tambah – tambah maknya dah takde awak masih sebut – sebut keburukan arw4h hmm. Walau masa dia masih ada pun, bukan tempat kita nak mengajar org tua bagaimana nak hormat suami. Cuba rendahkan diri tu sikit, kalau ada tak kena pun doakan sajalah dari hati. Jangan besar kepala sangat just sebab awak isteri. Isteri boleh ditukar ganti, mak ada seorang saja. Ingat tu insya Allah selamat.
Mariana Mohd
Makcik… even jahat macam mana pun mak dia, tu mak dia, yang kandungkn dia. Jahat macam mana pun mak dia kat awak, kalau awak tak suka, tak yah le kahwin dengan anak dia. Minta cerai. Macam mana perasaan awak, kalau orang kutuk mak awak even pun mak awak jahat awak sendiri tak suka. Tapi orang kutuk mak awak, awak tak marah ke? Lain kali bercakap tu pakai otak sikit. Dari cara awak cerita ni pun dah tau perangai awak macam mana, suka membawang. Kalau i jadi laki u, bukan bagi pen4mpar je, bagi taIak 3 terus. Dapat rasa awak ni jenis kurang ajar kat orang tua maybe tak menjawap tapi buat mimik muka atau buat perangai.
Ila Shahziela
Sebab tu benda paling taj4m kat dunia ni adalah lidah. Masa hidup jaga la lidah kita, memaafkan orang yang hin4 kita ni amatlah susah. Kita bukan nabi yang senang nak maafkan orang. Harap tt terbuka hati la nanti untuk maafkan arw4h. Maybe tt ni lama pend4m, perempuan kalau balik – balik kena ugvt cerai ni, m4kin lama, dah tak rasa apa dah. Yang ada hanya kekuatan untuk anak – anak. Pilihan di tangan puan.. Nak bercerai atau tidak..
Ummu Syifa Amina
Dah tahu sikap dia xboleh sentuh pasal mak dia, tak perlulah disebut – sebut pasal mak dia. Bab dia ugvt untuk kemahkamah, awak sahut cab4ran dia, awak ajak dia ke mahkamah. Kalau awak tak sahut cab4ran dia selagi itulah dia akan ugvt awak. Pada fikiran dia, awak takut sebab awak tak berkerja. Awak jangan bimbang banyak janda -janda kat luar sana boleh hidup dengan berjaya. Janji dalam hati kita akan berjaya dengan pertolongan dan keizinan Allah taala. Bukan kejayaan kita dengan pertolongan manusia bernama suami.