Sedang aku baru sahaja nak makan, HP berbunyi. Nombor yang tidak dikenali. Tetapi aku jawab sahajalah walaupun terdetik sedikit perasaan marah kerana membuat panggiIan pada waktu maghrib. Hati berderau, rupanya jiran aku yang telefon bagitahu ibu jatuh..
#Foto sekadar hiasan. Sejak ayah meninggaI dunia, aku mengambil keputvsan untuk duduk bersama ibu aku di Muar. Aku amat bersyukur kerana berjaya mendapatkan pekerjaan di bandar Muar ini. Bukan mudah nak mendapatkan pekerjaan di sini.
Sesiapa yang berasal daripada Muar mesti tahu bahawa walaupun Muar ini telah digeIar bandar, namun suasananya tak ubah seperti pekan kecil sahaja. Ada orang mengatakan bahawa Muar ini merupakan bandar pencen.
Maklumlah apabila malam mulai menjelma, bandar Muar jadi sunyi sepi, di mana kedai – kedainya di kawasan ini tutup seawal jam 6 hingga 7 petang lagi. Apabila malam menjelma, cuma ada 2 – 3 tempat sahaja yang meriah dan menjadi tempat anak – anak muda melepak.
Apabila keadaan bandar yang suasananya begini, agak sukar pada awalnya bagi diri aku untuk mencari kerja di sini. Setahun setengah aku menganggur, duduk bersama ibu aku sambil berdoa agar diberikan peluang untuk mendapat pekerjaan yang dekat dengan ibu aku.
Abang aku, Mazlan merupakan satu – satunya lelaki dan seorang kakak aku, Zafirah kesemuanya bekerja di Kuala Lumpur. Aku merupakan anak bongsu dalam keluarga ini. Pekerjaan sebagai seorang akauntan di bandar ini sedikit sebanyak membolehkan aku mendapat gaji untuk menyara ibu.
Sudah 2 tahun ayah meninggaIkan kami semua. Ibu pula hanyalah seorang surirumah tangga sepenuh masa. Finance department ini kau tahu – tahulah merupakan jabatan yang agak sibuk, di mana di kalangan rakan – rakan sekerja di dalam pejabat ini, aku bersama finance manager inilah yang pulang paling lewat.
Adakalanya jam 7.00 petang, adakalanya jam 8 malam mengikut kepada tahap kesibukkan di pejabat kecil ini. Bulan puasa juga tak banyak bezanya. Aku merupakan antara 3 orang Melayu yang bekerja di syarik4t milik Cina ini.
Jadi, apabila sesebuah pejabat ini yang majoritinya bukan Islam, sudah pasti tiada perbezaan dari segi waktu bekerjanya walaupun di bulan Ramadan. Aku cukup gembira duduk bersama ibu di rumah. Ibu amat gemar memasak.
Walau sesibuk mana sekalipun, dia pasti akan memasak untuk kami semua adik beradik. Semasa ayah hidup pun, tak pernah sehari dapur rumah kami ini tidak berasap. Kami bertiga ketika di bangku persekolahan ibarat tidak pernah merasai makan di luar, sama ada makan malam mahupun makan tengahari.
Ayam masak kicap, kari daging, kailan ikan masin, telur d4dar, semuanya ibu masak untuk kami. Akan tetapi, makanan kegemaran aku sudah tentunya Asam Pedas ikan pari. Di Muar ini, ada banyak gerai – gerai asam pedas daripada yang terletak di Parit Jawa, sehinggalah yang terletak di Bandar Maharani ini namun tiada satu pun boleh menewaskan kesedapan masakan ibu.
Aku rasa amat bertuah kini. Maklumlah, aku tidak perlu membeli makanan untuk berbuka di bazar Ramadan, sebaliknya, ibu masakkan baik lauk untuk sahur mahupun lauk untuk berbuka. Aku hanya perlu singgah membeli air dan kuih muih sahaja di bazar Ramadan untuk kami berbuka bersama.
Seminggu sebelum Raya, adik beradik aku sudahpun membuat rancangan untuk balik. Aku teringat pada hari itu, hari Isnin di mana ibu aku telah bersiap sedia menyambut kepulangan abang dan kakak aku. Mereka bertolak dari Kuala Lumpur jam 5 petang, berk0nvoi bersama – sama.
Mereka dijangka tiba jam 7.00 malam, beberapa minit sebelum masuk waktu berbuka puasa. Di pejabat aku pada hari itu amat sibuk, memandangkan syarik4t ini ingin membuat audit. Aku selalunya terp4ksa berbuka di pejabat, adakalanya makan kuih muih mahupun apa – apa makanan yang ada.
Selalunya aku makan ringan – ringan sahaja, sebelum pulang dan makan masakan ibu pula. Tanpa aku sedari pada hari tersebut, azan maghrib mula berkumandang. Aku langsung tidak perasan betapa cepatnya masa berlalu.
Aku pergi ke pantri pejabat untuk minum dan makan sedikit. Sedang aku baru sahaja nak makan, telefon bimbit aku berbunyi. Nombor yang tidak dikenali. Tetapi aku jawab sahajalah walaupun terdetik sedikit perasaan marah kerana membuat panggiIan pada waktu itu.
“Hello, ini Cik Zana ke?” “Ya saya. Siapa ni ya?” “Ni Mak Som ni” “Eh, kenapa Mak Som” “Ibu awak jatuh tadi. Mak Som hantar ke hospitaI, dia berada di wad kec3masan sekarang ni” Hatiku berderau apabila Mak Som, jiran sebeIah rumah membuat panggiIan memberitahu perkara sedemikian.
Terus aku keluar, capai kunci motorsikal untuk balik. Aku segera menghantar mesej kepada abang dan kakak aku untuk ke hospitaI Muar dengan kadar segera. Aku memberitahu manager bahawa aku terp4ksa pergi atas urusan kec3masan.
Dia mengangguk dan membenarkan aku pulang. Jam 7.45 malam, aku tiba di wad kec3masan. Adik beradik aku yang lain sudah berada di situ. “Man, mak mana?”, aku bertanya sambil membuka helmet aku.“Mak dekat zon merah tu. Doktor kata dia kena angin ahmar”, jawab abang Man.
Aku menunggu sebentar, dan terus ke surau di hospitaI berkenaan memandangkan aku belum solat maghrib lagi. Kakak aku menuruti aku dari belakang, dan Abang Man tunggu di sana takut – takut ada apa – apa yang hendak diberitahu oleh doktor ataupun petugas kesihatan di situ.
Aku segera mengambil wudhu dan solat. Saat aku sujud, tiba – tiba sahaja aku berasa teramat sebak. Tak semena – mena air mata mulai luluh. Aku berdoa sepenuh hati di dalam sujud. Aku nak ibu sembuh dan sihat walafiat.
Aku tahu aku banyak d0sa kepada ibu. Aku berjanji andaik4ta diberi peluang, aku berjanji dengan tuhan agar aku menjaga ibu sepenuh kasih sayang, lebih daripada sekarang. Dalam surau yang lengang, kami adik beradik berpeIukkan satu sama lain.
Masing – masing nak ibu selamat, nak ibu sihat dan nak ibu baik seperti sebelum ini. Aku rasakan malam itu, tidak pernah aku berdoa bersungguh – sungguh meminta kepada Allah. Aku tidak mampu kehilangan ibu kerana kesedihan dan kepiluan memikirkan ayah yang meninggaIkan kami masih belum hilang lagi.
Aku turun setelah mengelap muka yang dibasahi air mata. Aku lihat Abang Man sedang duduk di kerusi berhampiran zon merah. Dia tunduk, menekup mukanya dengan kedua beIah tangannya. Dia menangis teresak – esak.
Aku mendekatinya, dan apabila dia menoleh kearah aku dan kakak aku, terus dia berkata, “Zana, ibu dah tiada”. Kata – kata demikian membuatkan kaki aku berasa lemah gemalai. Aku terjelepok di atas lantai taktala mendengar perkhabaran berita sedemikian.
Aku mula menahan diri daripada menangis, tetapi tidak boleh. Dalam esakkan kami bertiga di depan zon merah, abang Man memeIuk tubuh aku. Seorang doktor perempuan menghampiri kami, menyerahkan borang kem4tian untuk diselesaikan urusan membawa pulang ibu.
Aku mulai berfikir menyalahkan takdir dan ajaI. Jika tuhan punyai perancangan, apakah ini dikira satu perancangan yang baik? Apakah tuhan tidak sayangkan h4mba – h4mbanya kerana meletakkan dalam ujian kem4tian yang amat berat ini?
Aku akui, aku tidak boleh berfikir dengan relevan. Otakku dibanting dan dihenyak – henyak bertubi – tubi oleh berita kehilangan ibu. Abang Man berjalan semula ke arah aku. Dia hulurkan aku sebotol air mineral. Dia menyuruh aku minum dan makan sedikit.
Tidak baik melewatkan berbuka katanya. Aku menuruti sahaja kehendaknya. Aku harus tabah menghadapi tekanan sebegini. Seusai semua urusan menempah van jen4zah dan borang – borang yang perlu diisi, kami semua pulang ke rumah, diiringi oleh van jen4zah.
Aku masuk ke dalam rumah, meletakkan beg dan helmet aku. Abang Man, dan kak Irah turut masuk ke dalam rumah. Aku ke dapur, niat hati nak membuang botol air mineral tadi. Aku lihat ada makanan di bawah tudung saji.
Aku buka dengan segera. Hati aku yang sudahpun r3muk menjadi berkecai bagai ditvsuk – tvsuk oleh sembilu apabila terpandang lauk Asam Pedas ikan pari yang dimasak oleh ibu memandangkan dia sudah bersedia untuk menyambut kepulangan anak – anaknya.
Lauk kegemaran kakak aku, kari daging dan abang aku, ayam goreng turut dimasak oleh ibu, yang sudah menghafal makanan – makanan kegemaran kami semua. Linangan air mata tak henti – henti mengalir, membasahi pipi aku.
Esakkan dan sedu – seduan memenuhi ruangan dapur. Abang Man mengambil periuk nasi yang terisi dengan nasi panas. Dicedoknya sedikit demi sedikit di dalam pinggan, memberi aku dan kakak aku makan. Apabila aku menyuap sahaja nasi kedalam mulutku, serta merta terasa kesedapannya.
Aku tahu, itulah masakan yang paling sedap dalam dunia. Tetapi, itulah kali terakhir aku dapat rasa masakan sesedap ini. Masakan air tangan ibu yang dimasak dengan penuh kasih sayang. Penuh rasa cinta dan kasih ibu yang tak pernah lekang oleh ibu.
Aku melihat tangan kanan aku dan tubuh aku, yang masih terasa kehangatan dakapan ibu pagi tadi sebelum aku ke tempat kerja. Terasa betapa s4kitnya hati ini ibarat dicucuk dan dimamah taktala memori dan kenangan silam mula memenuhi ruang pemikiranku.
Aku melihat sekitar ruang tamu dan bilik – bilik di situ. Ibulah yang menjadikan rumah ini rumah kami adik beradik. Tanpa ibu, rumah ini hanyalah sekadar sebuah bangunan. Tiada bezanya dengan rumah – rumah lain tanpa kehadiran ibu.
Hilanglah keceriaan dan warna – warni serta gelak tawa dan bual – bual kosong antara aku dengan ibu. Segalanya pudar dan h4mbar. Aku bersyukur kepada Allah kerana meminjamkan aku seorang ibu macam ibu.
Tahun – tahun mendatang, sudah pasti hari raya disambut dengan h4mbar. Air tangan ibu tidak lagi aku dapat rasakan. Yang ada, hanyalah memori – memori dan kisah cerita antara aku dan ibu aku. TAMAT. – Ilzanno Sharky
Komen Warganet :
Amar Hafiz : Confessor, saya pernah mengaIami. 2 tahun lepas bila ibu saya pergi secara tiba – tiba. S4kitnya Tuhan saja yang tau. R3muk h4ncur hati tak dapat dibayang. Orang yang tak rasa dia tak akan tau macam mana rasa h4ncur hati tu.
Saya buat segalanya untuk ibu. K0rbankan semua untuk ibu. Berhenti kerja yang semua orang mau hanya untuk ibu. Pendek kata apa saja saya buat, ibu tetap no 1. Tapi di akhir hayat ibu, saya bukan orang yang terpilih untuk ada disebeIah untuk ajar mengucap.
Untuk bantu dia hadap sakaratuI m4ut. Bahkan bila saya sampai dekat rumah (dari johor ke kedah), ibu dah siap dimandi dan dikafan. Semua hanya menunggu saya pulang untuk berjumpa ibu. Peluang saya dengan ibu waktu tu cuma 10 minit.
Bila pulang tengok ada makanan terakhir yang dia siapkan dalam kuantiti yang banyak seolah – olah dia tau orang ramai akan datang rumah. H4ncur lagi hati tu tak dapat digambarkan. Sampaikan rasa macam “mak, tunggu sekejap. Lagi 10 minit saya sampai dekat mak.”
Untuk beberapa bulan pertama, redha masih tak wujud. Ikhlas masih tak nampak. Saya mula menyalahkan takdir. Saya kata DIA kejam. Selepas semua yang saya buat tapi saya bukan orang yg terpilih. K3jam. Rasa tak adil.
Entah di mana silap lagi sehinggakan saya tak diberi peluang. Nauzubillah. Saya usaha solat. Quran dan doa tak putvs. Alhamdulillah nampak mula boleh redha. Maksimum redha dan ikhlas saya lepaskan ibu pergi, bila suatu malam waktu masih terumbang ambing saya mimpi jumpa ibu.
Itu lah yang pertama dan terakhir. Lepas itu terdetik dalam hati “tak apalah. Mak pergiIah. Kita redha. Mak tunggu dekat sana. Nanti kita sampai. Ik4tan kita biar Allah jaga.” Dan juga bila 1 hari saya ke wad kec3masan hospitaI, saya ternampak ada orang meninggaI dlm icu dan keadaan keluarga dekat situ baru saya faham.
Tuhan tak benarkan saya lihat dan ada untuk saat akhir ibu sebab Tuhan tahu saya tak akan mampu untuk hadap. Even saya tak berada dekat ibu waktu terakhir dia pun saya dah lead to terumb4ng ambing dah. Kalau saya ada apatah lagi.
Siapa tahu mungkin saya boleh jadi lebih teruk yang tak boleh terima hakik4t yang boleh membawa kepada masalah mentaI. DIA bagi dekat saya benda yg saya mampu hadap ikut kemampuan saya. So confessor, percayalah.
Tuhan beri ujian mengikut kemampuan h4mbanya. Dan waktu – waktu terumbang ambing ni 3 perkara janganlah ditinggalkan. Solat, Quran dan Doa. Jangan tinggal sebab itu akan jadi pengubat hati.
P/s : Malam – malam sebelum tidur nak hilangkan sedih ambil earphone, dengar lagu Aizat (Jangan Menangis). Ada maksud tersirat yang mampu bagi h4mba teruji untuk bangun dan berdiri balik. Alfatihah untuk bonda saya dan bonda confessor
Zie Suzie : Sedihnya. Rumah memang kosong tanpa seorang ibu. Hanya yang pernah mengaIami faham perasaan kita tapi apa pun kena kuat, move on. Kehilangan memang meny4kitkan tapi hidup perlu diteruskan.
Mia Syakira : Sedihnya. Mengalir airmata saya baca confession nie. Lagi sedih bila pikirkan saya yang tengah lalui situasi nie. Semoga arw4h mak dicucuri rahmat dan sentiasa tabah bagi yang sudah kehilangan.
Bagi yang masih ada ibu macam saya, semoga ibu kite sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan. Memang masakan mak paling sedap dan tiada tandingannya di dunia ni.
نورحزيمة عبدالرحمن : Ibu tu jantung dalam rumah, kalau ibu dah tiada. Rumah umpama tidak bernyawa. Moga TT terus kuat dan kuat. Doa banyak – banyak untuk mak. Doa anak solehah peneman ibu di aIam sana. Alfatihah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.