Suami datang jumpa saya minta ‘izin’ nak keluar dengan bekas isteri

9 tahun kahwin dengan suami panas baran tapi dia akan pujuk saya bila nak bersama. Kalau dengan saya kedekut tapi kalau dengan bekas isteri, mesej je terus pergi bank. Sekarang ni setiap hari mereka video call, nak berbaik semula..

#Foto sekadar hiasan. Saya seorang isteri yang telah berkahwin hampir 9 tahun, suami seorang yang panas baran, p4ntang silap mesti dia naik angin walau perkara kecil dan bukan salah saya. Tapi hanya 2 ke 3 hari je tak bertegur, sebab dia tak akan dapat menahan kehendak nafsu dia.

Dia akan memujuk saya kembali tapi hanya untuk memuaskan nafsunya. Bila naik angin dia akan keluar makan di luar seorang diri membiarkan saya tanpa sedikit makanan. Dia akan hemp4s pintu sekuat – kuatnya sampai jiran pun tahu yang dia nak angin, malu saya dibuatnya.

Sampai bila harus saya hadapi semua ini, tak tertanggung dah rasanya. Ingin saja saya pergi jauh tapi tak tahu ke mana harus pergi, sudahlah pun diabaikan saya cuma berniaga nasi campur tapi di waktu COVID ni perniagaan terp4ksa di tutup sebab tak ada pelanggan.

Jadi saya hanya duduk di rumah, lagi bertambahlah angin dia sebab saya tak ada pendapatan, duit dia hanya di simpan untuk dirinya sahaja. Dia akan cerita tentang keburukan saya pada kawannya, pernah satu ketika saya main kat FB.

Masa tu saya sedang kerja dengan kawan dekat ja dengan rumah saya. Adalah la seorang budak lelaki ‘Like’ saya, dia terus pergi ser4ng saya kat tempat saya kerja. Dih1nanya saya, dia kata macam – macam di depan orang ramai.

Malunya saya ketika tu, menitis air mata, sedangkan saya tak layan pun adik tu, dia pun cuma panggil saya kakak. Sebelum berkahwin dengan saya, suami dah pernah berkahwin tapi bercerai hidup dan mempunyai seorang anak.

Untuk s4kitkan hati saya, dia call bekas isteri setiap hari dan bekas isteri dia pun buat video call selalu katanya nak berbaik kembali, saya buat tak tahu, diam ja. Satu hari, dia pergi tempat kerja saya untuk s4kitkan hati saya.

Saya tanya, “nak minum air ke?” Dia boleh jawab, nak keluar pergi minum dengan bekas isterinya. Kenapa harus bagi tahu saya, kalau nak pergi, pergi je diam – diam biar saya tak tahu. Saya pun geram. Depan kawan sekerja saya, saya pada dia macam tak ada apa – apa. Kosong.

Dengan orang lain bukan main bagi duit belanja makan dengan saya ni kedekut, nak makan kena kerja cari sendiri tapi kalau dia boleh pulak, sambil menangis air mata keluar berjurai – jurai. Kalau dengan bekas isteri hantar je mesej nak duit dengan segera dia bangun terus ke bank.

Saya kata kat dia, kalau nak keluar juga pergi makan dengan bekas isteri, pergi balik rumah kemas kain baju dan pergi tinggal dengannya, saya rela sendiri. Tapi dah berkali – kali saya cakap dia tetap tak pergi – pergi.

Tapi untuk pengetahuan semua sebelum puasa baru – baru ni, dia ada kata kat saya dia cuma akan tinggal dengan saya sampai raya je, selepas raya dia akan keluar dari rumah. Tapi sampai ke hari ini masih tak keluar – keluar.

Saya tahu, bila dia duduk dengan saya, makan minum semua saya sediakan, segala – galanya saya sediakan dia tak buat apa – apa pun. Dia kerja hanya untuk dia sendiri je. Kalau saya terlewat pulang rumah, sampai je pintu belum sempat nak melangkah masuk dalam dia dah ada depan pintu siap kata, ingatkan tak jumpa jalan balik ke rumah.

Saya letih bukannya pergi jumpa jantan ke apa. Tahu dia nak marah sebab lambat kerana perut dia lapar, bukan nak tahu cari sendiri, lepas tu tuduh saya macam – macam. Saya cuba menjadi seorang isteri yang baik, jaga aur4t jaga segala – galanya, tak nak dia dia menanggung d0sa atas perbuatan saya.

Saya jaga solat tapi dia sendiri tak nak solat. Buat semua tolong doakan saya semoga di beri kekuatan dan jalan keluar buat saya. – Sha (bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.