3 kali kena cerai dengan suami dengan alasan yang memang tak munasabah. Untuk cerai kali ketiga, bekas suami marah sebab aku lebihkan anak. Kenapa anak kena tidur tengah sedangkan dia tak dapat nak tidur peIuk aku. Lepas cerai bekas suami tak mampu bagi nafkah dekat anak dan aku buat keputvsan untuk bagi anak aku dekat dia. Anak menangis tak dapat susu badan, aku pun hampir mer0yan…
#Foto sekadar hiasan.
1 Mei 2015 – Aku tinggal di Shah Alam., Aku kerja di kedai makan masa tu dari 9 pagi – 9 malam. Tapi tumpang duduk hostel la. Agak lama juga dalam 2 3 bulan gitu. Aku saja pinjam laptop kawan ni (masatu tak ada phone). Bila search dapat cari F. Aku ajak balik Melaka sebab dah lama tak jumpa mak ayah. Dia kata ok, dia pun nak hantar barang.
15 Mei 2015 – F datang ambik aku naik lori kontena, ohh driver rupanya. Dia ada awek dah tapi bawah umur. Ohh ya aku 21 tahun masatu. Dia pula 24 tahun. Aku pun macam okay, biar la dia. Sepanjang jalan Shah Alam ke Melaka dia duk bertekak dengan awek dia, pastu str3ss isap rok0k tak benti. Aku cakap, jom lah kahwin, semak lak tengok budak tu. Dia macam terk3jut tapi tetibe sampai melaka dah hantar barang, dia masuk lori dia kata ok jom jumpa mak ayah. Jumpa mak ayah kata nak kahwin dorang setuju.
20 Mei 2015 – Rombongan merisik sampai, sarung cincin. Tapi sedih la masatu mak ayah lelaki tak datang (tak restu mungkin tapi kami dah berbaik sekarang). Kami dah risik – risik sarung cincin belah rotan jela. Then mulalah aku stay rumah mak ayah belajar jadi isteri, belajar memasak dan dia kerja macam biasa.
12 Jun 2015 – Kami nikah di pejabat agama dengan mas kahwin RM40. Hantaran hutang RM2k (baik kan bapak aku). So dah nikah duk ikut suami la di Klang.
9 O ctober 2015 – Cerai kali pertama, dia lafaz sebab aku tak solat subuh, kau rasa?? Tak ada apa pun bangun lewat sikit je kul 8 pagi. Tup tup dia cakap saya pulangkan awak pada mak bapak awak. Aku pergi pejabat agama kata jatuh talak. Bapak aku suh pergi klinik dulu sebab badan aku macam naik. Tudiaa aku mengandung dua minggu, pastu kami rujuk semula.
2 Februari 2016 – Dia lafaz cerai lagi kali ke-2, pasal aku punya fizikal dah besar dan tak terlayan kehendak dia. Aku jenis rangka besar, tinggi 167cm so korang bleh bayang macam mana kan. Nak solat pun atas kerusi, merata lah aku duduk rumah sana rumah sini. Nak kerja tak larat harapkan ayah aku je hantar makanan tiap hari. Lepastu kami rujuk balik.
15 Mei 2016 – Lahirlah anak kami bernama Muhammad Fadhil Anas dan masa pant4ng tu dia jaga aku selama 10 hari. Kemudian abang and adik – adik datang ambil aku berpant4ng di kampung.
10 September 2016 – Dia ceraikan aku kali ke-3 sebab aku lebihkan anak. Kenapa anak kena tidur tengah sedangkan dia tak dapat nak tido peIuk aku, kah! Dia lafaz, kalau keluar bilik ni saya ceraikan awak, aku pun senyum je. Aku keluar bilik sebab nak tukar pampers Anas. Aku terus rasa lapang dad4, boleh imagine kan. Hidup aku dengan dia macam mana. Buat main – main pulak pasal cerai ni.
1 Februari 2017 – Aku naik mahkamah gendong Anas dan hakim jatuhkan sah cerai talak 3. Aku dengar Anas meraung kat luar. Aku minta ayah bawa Anas jalan – jalan naik moto dulu. Sepanjang jalan ayah kata Anas menangis mer4ung. Mungkin dia tahu ibu dan ayah dia dah pisah. Jadi bermulalah aku hidup dengan Anas, dengan tugas hanya susukan Anas dan aku kena duduk rumah besarkan Anas dan didik Anas sepenuhnya berbekalkan nafkah RM1,500 sebulan untuk bayar sewa, astro, api air, pampers dan keperluan barang dapur semua. Setiap minggu aku bawak Anas jumpa bapak dia kat kedai makan.
15 Mei 2018 – Aku serahkan Anas pada bekas suami sebab dia dah tak mampu nak bagi nafkah lagi nak simpan duit kahwin! Aku cakap aku kena kerja dan minta dia bayarkan pengasuh. Tapi dia kata kalau aku kerja dia akan ambik anak. Aku macam ok, ni jalan terbaik. Aku pun bagi Anas pada dia dengan keadaan Anas menangis tak dapat susu badan aku. Aku kuatkan hati. Lepas solat maghrib dia ambik barang – barang Anas dan Anas sekali. Aku hampir mer0yan tapi aku start keje cuci pinggan dan jaga solat balik.
31 Julai 2018 – Aku dirisik dan bertunang dengan seorang lelaki Y. Aku happy kejap la sebab ada orang nak dekat aku lagi. Aku kadang – kadang turun Shah Alam sambil jumpa mak Y ni. Untuk pengetahuan korang, Y masih bujang.
11 Novermber 2018 – S4kit aku m4kin teruk sebab susu tersumbat dan dah jadi nan4h. Aku terp4ksa buat pembedahan buang isi beIah dad4 sebelah kanan (sekarang dah tumbuh isi dah). Petang tu juga mak si Y ni datang melawat di hospitaI. Walaupun suami dia meninggaI bulan 8 tu dan masih dalam iddah. Dia ingat aku kena k4nser kot.
15 Novermber 2018 – Aku dah discharge, mak ayah jaga aku. Tapi mak Y ni call aku, cakap ibu rasa tak boleh la teruskan sampai nikah. Aku macam what?? Sebabnya nanti kalau aku s4kit siapa nak jaga. Y keje, ibu plak banyak kelas nak kena pergi. Aku macam tak boleh terima sebenarnya, hampir giIa. Anak tak ada, mak Y plak putvskan tunang. Y kat Sarawak masatu dia outstation keje oil and gas. Dia g4duh gak dgn mak dia, sampai masuk hospitaI mak dia sesak nafas. Aku cakap dalam hati, awal lagi Allah dah tunjuk korang nak aku masa sihat je.
1 Disember 2018 – Aku dah sembuh, aku pindah duduk di rumah sendiri.. 4 bilik 3 bilik air. Selama 6 bulan duduk sorang. Aku dah mula kerja kilang 7 pagi – 7 malam dan mula beli sebiji motor.
15 Januari 2019 – Aku kenal A, aku kenal kat baituljannah, laman cari jod0h. Korang jangan gelak eh. Dia kata dia bujang, aku cakap aku janda anak 1. Aku tanya dia ok ke nak kawan dengan janda? Dia kata ok, tup tup ajak vide0 call. Sekali tu jelah sebab muka macam Azizan Osman beb. Aku tahu dia memang tak duk diam banyak ke sana kesini. Aku pun macam malas la mamat ni tak serius, aku bl0ck dia.
20 Januari 2019 – Aku berhubung balik dengan A, sebab ntah laa aku nak pergi KL jalan – jalan dan aku ajak dia jumpa. Dia kata boleh, dia ambik aku nanti. Sampai KL sEntral, aku kan tudung labuh baju jubah. Dia datang, dia tanya Shaa kan? Aku macam mengaku dan rupa dia boleh tahan (rupa dia lebih kurang Azizan Osman dan Ameng Spring). Dia bawak aku pergi dataran merdeka, jalan – jalan.
17 Mei 2019 – Aku buat keputvsan nak duduk di Sungai Buloh supaya dekat sikit dengan dia sebab dia jenis mat4ng tak kongk0ng. Dia bagus la layan aku hormat aku gitu laa. Nak makan sume on je, so aku tinggal kat dalam kedai. Kerja kedai topup masatu. Mak ayah dia menyamar jadi customer aku k. Nak tengok aku punya pasal. Kemudian ada kenduri dia ajak aku datang rumah dan kenalkan aku sebagai bakal isteri. Aku macam tak percaya.
31 Julai 2019 – Aku dengan dia balik Melaka nak bawak jumpa mak ayah. Mak ayah aku terk3jut gak ingat Azizan Osman. Mak ayah aku suka dia, jadi ayah aku cakap hantaran dua bulan gaji dan buat secepat mungkin sebab aku dekat 4 tahun janda tak elok la kalo kami kuar berdua. Jadi bermulalah tiap bulan aku balik Melaka naik motor jumpa Anas sebulan sekali sorang – sorang
11 Ogos 2019 – Raya haji pertama masa tu, bertunang lah kami. Meriah juga. Hasil duit kami sama – sama simpan. Seorang RM500 sebulan. Biasalah bila dah tunang kami berg4duh hampir nak putvs sebab aku geram tak dapat nak jumpa selalu.
6 September 2019 – Jam 3 petang aku nikah di masjid, 4 petang makan – makan di kedai nasi arab dan kul 6 petang balik homestay dengan keluarga mentua. Ketika itu gugup lagi sebab jadi kaklong kot. Suami anak sulong dari 8 beradik. Tapi alhamdulillah semua hormat kat aku walaupun aku kak ipar and dorang adik ipar umur atas aku.
Sekarang dah 2020 – Aku keje kedai jamu dah tapi sebab PKP kan covid-19 ni, aku duduk rumah, kerja dari rumah jual barang jamu tapi bos settlekan cod dan pos. Aku duduk kuarantin di rumah mentua. Adik ipar ada 2 perempuan 1 lelaki belum kahwin kat rumah ni. Aku gembira duduk sini. Mak masak, adik ipar beli barang masak, aku kemas rumah settlekan basuh baju, sidai, lipat. Aku syukur sangat, famliy ni bagus agamanya. Ohh ya suami aku Al-hafiz dulu (bapak mentua bagitau). Sekarang setiap waktu solat, dia imamkan solat kami dalam rumah ni tiap hari. Dia memang tegas dalam setiap benda tapi aku tahu dia tegas bersebab. Tapi layanan dia pada isteri dan mak dia memang 100% perfect. Syukur alhamdulillah setelah kesedihan, Allah beri kegembiraan pada aku.
Hari tu masa nikah bulan 12, bulan 1 aku ada bawa suami aku balik melaka nak jumpa Anas la. Bekas suami pun datang bawa wife dia sekali. Anas paling happy sebab aku bawakan buku lukis dan buku warna. Anas panggil suami aku ayah juga. Seronoknya rasa, cuma tu la aku tak dend4m, cuma sebak. Kalaulah bekas suami aku tu boleh jadi profesional. Sampai sekarang dia bl0ck kat call, wasap, fb. Aku rindu anak, cuma mampu nangis je. Kalau ada luck, aku call makcik dia, Anas ada kat situ. kalau tak, takdelah.
Ohh anas? bekas suami aku kahwin dah. Isteri baru dia la jaga Anas tu dan sekarang umur 4 tahun. Dah tahu mengaji, mengira, solat, membaca, dah tahu alwaqiah tak pelat langsung. Cakap pelat sikit la. Anas dorang dah sekolah kan dah. Berkat sepanjang mengandung aku kerap mengaji dan jaga solat, itulah Anas senang dengar kata. Aku akan call makcik dia, dan tetapkan bila nak datang sana. Ya bekas suami masih compIicated bab ni. Susah nak ajak berbincang bab anak. Aku malas nak f1ght, sebab mak tiri anak aku tu ustazah dia jaga anak aku baik alhamdulillah.
Aku pun tak nak ada masalah nafkah dengan dia. Aku pilih berk0rban, untuk tengok anak aku membesar dengan ayah dia. Ayah dia baik, cuma tak sabar dan tak fikir panjang. Harap kalini dia kekallah dengan isteri dia. Semoga anak ibu sentiasa diIindungi Allah dunia akhir4t. Ibu bangga lahirkan kamu Anas, sebulan sekali ibu akan call cuma nak dengar Anas cakap “ibu buat apa, i love u ibu”. Aku dengar tu je dah cukup, moga Allah pelihara anakku, moga kita sabar h4rungi hidup ni.
Cerita ni kisah benar dari aku. Cuma aku harap kisah aku jadi inspirasi pada semua. SesuIit apa pun, kena selalu jaga solat, jaga diri. Selalu berfikir, Allah bukan beri apa aku mahu, tapi Allah beri apa aku PERLU. InshaaAllah hidup kita akan tenang..sekian dari aku Shaa.
Komen Warganet :
Adeq Maisara
Alhamdulillah, kisah yang sangat membina. Bagi saya betul tindakan sis sebab ex tak boleh bagi nafkah, biar dia jaga anak. Saya tahu berat sangat sis nak buat keputvsan masa tu. Kalau ikut tak nak buat, ibu mana nak berpisah dengan anak. Tapi kalau tak ambil keputvsan macam tu, si bapa tak ade kesed4ran dalam tanggungjawab nafkah anak. Ikut suka nak bagi, kalau duit tak ada tak bagi la. Padahal nafkah anak itu keperluan untuk anak dan wajib. Semoga sis sentiasa dikurniakan kebahagiaan dunia akhir4t.
Nur Hidayah Azizan
Kuatnya lahai boleh berpisah dengan anak. Kalau orang lain akan f1ght habis habisan tak bagi anak – anak kat bekas laki sebab tahu jalah laki bukan pandai jaga anak pun. Last – kast kahwin lain alasan tak dak orang nak jaga anak. Habis tu buat apa ambik anak kalau tak pandai jaga. Dasar jantan kabaret. Syukurlah hidup awak dah okay sekarang. Semoga berbahagia ke syurga.
Ary Azry
Penulisan yang baik, mudah untuk difahami. Walaupun panjang, saya tetap habiskan baca. Sangat menarik kisah hidup awak. Dalam kesedihan, kekecewaan, ada gembira. Ibarat Allah hadirkan matahari selepas hujan. Semoga awak sekeluarga, selalu dirahm4ti Allah.