Bila masuk bulan puasa ni, yang perempuan semua sibuk dekat dapur. Tapi bapak dengan abang2 aku duduk goyang kaki tengok TV. Nanti dah nak azan, baru sibuk masuk dapur. Pastu bapak aku dengan muka bangga baca doa berbuka puasa, konon itulah tugas TERPENTING, TERPAYAH, TERSUSAH, TERAMAT MULIA di bulan puasa.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Kalau artikel ni tersiar, terima kasih kepada admin, kalau tak, takpa. Macam ni, straight to the point. Keluarga aku ni hidup berdasarkan patriarki (bahasa mudahnya lelaki mendominasi dan berkuasa dalam satu – satu organisasi, termasuklah keluarga).
Adik – beradik aku ramai, 8 orang, 4 orang laki, 4 orang perempuan. Aku merupakan anak bongsu, perempuan. Bapak aku pegang kuasa vet0, apa – apa mesti lelaki dulu. Nak bagi contoh la patriarki keluarga aku ni.
Dulu – dulu, kakak aku nak guna moto keluarga untuk pergi kerja, sementara waktu nak tunggu dia cukup gaji untuk beli moto lain, tak boleh! Bapak aku cakap abang aku lagi perlu, padahal abang aku tu duk kat umah ja tunggu habis cuti semester.
Merujuk pada tajuk aku, aku rasa semua perempuan boleh faham kot perasaan aku. Bab dapur di bulan puasa. Aku tak tahu la keluarga korang macam mana, tapi famili aku, perempuan je yang masuk dapur.
Bapak aku dengan anak – anak laki dia tu, masuk dapur bila makanan dah masak ja. Lepas makan, tinggal, tak basuh pun pinggan, Aku tak tahu la ceruk budaya lapuk b0doh mana diorang belajar ni.
Aku menyampah dengan budaya lapuk Melayu yang pompuan ja yang kena basuh pinggan. Aku sekarang ni duduk dengan ibubapa aku. Tapi kalau bulan puasa 7 lagi adik beradik aku akan bergilir – gilir la balik, dalam 4 minggu tu.
Kalau masa kakak – kakak aku balik, aku suka sangat. Ye la, sekurang – kurangnya takdela aku dengan mak aku je kan duk masak kat dapur, bapak aku memang goyang kaki la tengok tv, tak pun tido, sampai masuk waktu berbuka.
Kalau abang – abang aku balik, aku memang tak suka, rasa muka aku ni, asam gelugur lagi manis la kot. Tapi ok la, kakak – kakak ipar aku semua stok masuk dapur. Tapi aku kesian la, dah la kak ipar aku sibuk nak masak, siang sayur ikan ayam, tolong kitorang kat dapur.
Tu pun abang aku tak boleh nak tolong jaga anak – anak saud4ra aku. Kalau anak buang air ke, melaIak ke, abang aku suh dorang pergi dekat kak ipar aku yang sibuk tengah masak. Loh, apsal? Tahu buat anak je, jaga anak tak mau?
B0doh punya lelaki. Tapi abang – abang aku je macam ni, dengan bapak aku la, memang geng tak berguna. Sebabnya, abang – abang ipar aku ok ja, masuk dapur, dan kalau kakak aku cakap takpa takyah tolong, abang ipar aku pergi layan, main dengan anak – anak dia.
Beberapa minit nak dekat berbuka tu, berbondong – bondong la masuk spesies krom0som XY ni. Menyampah aku. Dah la tu siap cop tempat tengah – tengah, senang nak ceduk lauk, bukan nak bagi ruang dekat mak, aku atau kak ipar yang penat masak.
Kadang – kadang tu kalau ramai sangat dekat meja makan famili (meja makan kitorang muat 12 orang) dorang buat tak tau je, asalkan dorang dapat duduk, tak tanya kak ipar aku nak duk mana, anak – anak nak makan dengan siapa.
Kan jaga anak tu kerja eksklusif perempuan (sarc4sm). Nak tak nak yang perempuan kena duduk bawah atas lantai, makan. Aku tak kisah je, aku bukan high class ke ape, tapi kenapa perempuan yang kena duk atas lantai?
Eg0 tu tercaIar ke kalau laki – laki makan duduk atas lantai? Mak aku pun kena duk bawah, memang kurang ajar abang – abang aku. Pastu bapak aku dengan muka bangga baca doa berbuka puasa, konon itulah tugas TERPENTING, TERPAYAH, TERSUSAH, TERAMAT MULIA di bulan puasa.
Aku selalu kalau masa abang – abang aku balik, aku takde selera sangat. Aku selera masa kakak – kakak aku balik ja. Kalau kakak and abang balik pada masa yang sama, tu pun aku jadi tak selera.
Lepas berbuka, tinggal bersepah camtu ja. Alasan dorang, eh nak kejar tarawih ni. Dah kitorang pompuan ni tak nak tarawih jugak ke? Kadang – kadang tu, sebab tak sempat, kitorang tinggal dulu, lepas balik tarawih baru basuh semua.
Tu pun bila balik dorang tak tolong basuh. Dah balik tarawih tu, laki – laki sambung lagi makan, kadang – kadang abiskan lauk yang kitorang simpan untuk sahur nanti. Nasi tu selalu tanak lebih, tapi habis jugak.
Dorang tahu je tu untuk sahur tapi kalau dah b0doh piang tu, b0doh sampai m4ti la gamaknya. Bila aku suruh dorang tanak nasi tu untuk sahur, dorang cakap ye ye nanti. Tengok – tengok kak ipar aku yang pergi tanak nasi.
Apekehal? Aku pun tak faham kenapa kakak – kakak ipar aku ni b0doh sangat pi manjakan laki – laki dorang. Nak kata b0doh, semua lepasan universiti. Aku tahu ja dah kahwin, kena patuh dekat laki, tapi aku rasa tahap ni dah meIampau sebab kak ipar aku yang kena jadi ketua keluarga, buat semua.
Keluarga aku ni kira besar giIa, sed4ra – mara pun ramai. Nak dekat raya tu, semua berkumpul dekat rumah mak long aku, berbuka puasa ramai – ramai. Tapi tulah, s4kit mata aku tengok, laki – laki duk atas kerusi, gelak – gelak, perempuan duk dapur masak, ulang alik hidang susun lauk.
Lepas makan, zuppp, berdesup laki – laki start moto gi surau, tolong angkat pinggan ke sink pun tak, tinggal la yang perempuan ni kemas basuh pinggan berpuluh – puluh tu. Aku beberapa tahun ni memang aku tak pergi majlis berbuka puasa situ, aku malas.
Asyik orang sama kena basuh pinggan, kena buat kerja. Penat. Bapak aku membebeI ape per4ngai tak pi bertemu mata sed4ra – mara balik, nanti kenduri kahwin takde orang datang, aku menjawab aku tak nak kawin.
Raya pun, aku dah berapa lama tak pergi beraya rumah kawan – kawan aku. Dorang yang selalu datang umah aku. Aku tak sempat. Kena bagi duit raya dekat tetamu, pergi buat air, pergi top – up lauk, layan tetamu, masak.
Nak sembahyang pun kena laju – laju, sebabnya bapak dengan abang – abang aku dah meIaung ni rendang ayam tak cukup ni, air teh dah abis ni! Dorang tu takde tangan kaki ke?!
Baju raya memang aku tak pakai, aku pakai baju ala – ala nak pi bersenam, seluar trek dengan tshirt ja. Memang tak pakai mekap ke barang kemas ke ape, aku berjam – jam gilir dengan kakak – kakak aku, kak – kak ipar, abang – abang ipar aku tolong angkat masuk pinggan cawan kotor.
Ni sumer salah bapak aku la. Pergi ajar anak – anak laki dia pasal budaya patriarki tak berguna tu. Masalahnya kalau la abang – abang aku ni golongan berfikir, dorang tahu dorang hidup cara salah.
Tapi tak, dorang pilih status quo, sebabnya selesa, dorang tak nak sama – sama galas tanggungjawab, serah semua tanggungjawab dekat yang perempuan, diorang goyang kaki, heaven.
Aku kesian dekat kakak – kakak ipar aku, aku fikir dorang mesti berjuta – juta lagi bahagia kalau bukan dengan abang – abang aku. Aku pikir, sebab ajaran kuno bapak aku ni, abang – abang aku kahwin bukannya nak bina famili, cumalah mencari pengganti tugas mak aku untuk basuh baju dan pinggan dorang.
Selain akad nikah, patutnya kena ada akad lain untuk menantu perempuan. Mak mertua sambil pas baton dekat menantu perempuan, baca, “Aku paskan baton ini, sebagai simbolik kau mengambil alih tugas aku, untuk menjaga anak lelaki aku (yang sudah berumur 25 tahun tapi tidak pernah basuh pinggan) dengan mas kahwin seterika, mesin basuh dan sabun Sunlight, tunaiiiiiiii. Sah.”
Puasa tahun ni, aku tak tahu la aku boleh tahan ke tak. Tahun lepas, banyak kali jugak aku menangis. Dah la aku letih balik kerja, pastu kena masuk dapur terus masak. Masa wuduk untuk Asar tu, aku tak tahu la berapa kali aku basuh muka untuk cover air mata aku.
Bukak air deras – deras, sebab aku geram sangat, tiap – tiap tahun aku hadap benda sama, str3ss. Kalau aku mogok tak nak tolong, mak aku yang dah tua tu sorang – sorang kat dapur, kau sampai hati ke nak buat camtu?
Aku buat kesimpulan, tak kira la laki ke perempuan, kalau tak tolong masuk dapur atau tak basuh pinggan, dorang tu manusia paling lemah paling tak berguna dalam kamus hidup aku. Dan bapak aku dengan abang – abang aku memang dalam carta paling atas sekali. – Cili Kering
Komen Warganet :
Umi Lily : Maaf, pada pendapat saya per4ngai yang sudah berpuluh tahun sebati dalam hidup susah nak ubah melainkan dia sanggup berusaha untuk berubah. Jadi untuk ubah mereka mungkin ambil masa.
Awak dan kak ipar kena berusaha, slow talk, puji dan tegur sedikit demi sedikit. Mula ajar budaya ‘minta tolong’ dari mereka. Yang penting puji dulu. Sebab orang mcm ni eg0 dia tinggi.
Kemudian, untuk menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal ni, awak boleh buat jadual tarawih di masjid / surau / rumah secara bergilir untuk elakkan badan terIampau letih selepas bertungkus lumus siapkan juadah.
Mungkin boleh limitkan lauk, cuba banyakkan kuantiti sahaja. Akhir sekali, awak boleh belikan hadiah sebagai hadiah untuk mak dan kakak – kakak ipar. Biarpun raya nanti masing – masing sibuk di dapur.
Jadi ambil kesempatan ini untuk hargai usaha dan wujudkan suasana gembira di dapur. Cubalah.
Nor Fauziah AR : Adik – adik aku semua laki, dah masing – masing tua bangka pun. Tak basuh pinggan cawan, terbiar atas meja siap ko kena jerit. Malu kat abah aku jenis rajin siap basuh pinggan cawan, kemas dapur semua ni nak tunjuk malas memang kena la sindir.
Bukan tak boleh basuhkan, bukan berkira saja nak kasi pengajaran jangan bior jadi tobiat. Sekali sekala tak de hal pun nak basuh. Ni anak – anak aku semua laki termasuk dalam perut ni. Lepas minum susu, tak letak botol susu masing – masing dalam sinki pun dah kena jerit.
Terkedek – kedek la budak – budak ni letak botol susu dalam sinki. Lama – lama tak suruh pun dah jadi habit, sendiri letak kat sinki. Nak basuh tak pandai lagi..
Hilmi Haji Harun : Benda ni hasil didikan bapak juga. Aku dari keluarga besar 8 orang. Dari kecik aku tengok arw4h bapak aku basuh baju, basuh kasut sekolah anak – anak, lipat baju sambil tengok tv, pergi pasar kecuali memasak.
Jadi aku dah terbiasa ingat segala kerja rumah adalah tanggungjawab bersama suami isteri. Sama – sama penat kerja cari duit, tak kan kau sebagai suami balik kerja nak bersidai kat sofa tak nak buat apa, lembek benar.
Tak payah cakap bab pahala lah, pahala ko dah ckup ke sampai tak nak tolong isteri kat rumah. Aku yang laki pun geram baca oii.
Meckna Sha : Kesian..terlebih penat.. tahun ni raya make sure pi beli pinggan mangkuk gelas plastik pakai buang tu ha.. at least part membasuh tu dah settle.. Jangan la merajuk, kecian kat mak tu ha.. Takde sape nak tolong..