Suami Yang Khilaf
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sudi terima cerita aku ni. Salam semua. Pertama sekali, maafkan aku jika cerita ini mengundang rasa marah kalian, aku terima dengan hati terbuka.
Aku mengaku aku khilaf. Aku kongsikan kisah ini sebagai pengajaran untuk semua dan juga aku sendiri.
Aku A, umur lingkungan 30-an. Seorang pr0fessional photographer (kini) yang bermula sejak berumur 18 tahun lagi. Aku sekolah tak tinggi, hanya sampai peringkat sijil dalam bidang mekanikal. Itu pun tak teruskan bidang tersebut sebab minat yang tinggi dalam bidang fotografi.
Alhamdulillah, sekarang aku dan team boleh dik4takan berjaya menaikkan nama team kami sebaris dengan professional photographer yang lain. Rezeki tak putvs, pagi petang siang malam sh00t, edit album, video. Selain kelas fotografi serta beberapa projek besar bersama syar1kat ternama.
Dipendekkan cerita, aku seorang anak kampung dari Utara yang tiada rupa. Berkulit r0na coklat gelap, dan rupa pun biasa sahaja. Boleh dik4takan kadangkala aku juga rasa ‘ins3cure’ bila sekeliling aku semuanya kacak dan digiIai wanita. Aku je lah tak laku bak kata orang. Walaupun baru berusia 23 tahun, aku sudah punya kereta sendiri, rumah dan bebas hutang. Semuanya hasil rezeki fot0grafi. Cumanya, aku masih bujang. Ah muda lagi kan? Nak kaIut pi mana?
Kisah bermula apabila aku laksanakan kerja fotografi seperti biasa, client wedding. Sepanjang hari di majlis tersebut, aku selalu terpandang seorang gadis ni. Aduh bila dia senyum, manis.
Yang aku tahu, gadis itu datang bersama rombongan isteri pengantin dari ibu kota. Ah pandang je lah, kan. Cuci mata. Nanti bila rombongan dah pulang, habis la peluang aku.
Tapi bila rombongan pengantin berangkat pulang, gadis ni setia di sisi pengantin perempuan. Dia duduk berseorangan di satu sudut. Kasihan pula melihat dia, aku berani kan diri mendekati dia. Aku tegur, tanya mengapa dia tak balik dengan rombongan,
“Oh saya temankan pengantin perempuan di sini. Lepas habis majlis baru balik”. Dan dia tersenyum pada aku. Alahai manisnya awak.
Pabila petang, aku dan team bersedia untuk outdoor photosh00t. Aku nampak gadis tadi ikut bersama. Ah girang aku rasa. Mana tahu, ada peluang bersembang lagi nanti.
Sampai di lokasi photosh00t, aku tanyakan pada client aku nama gadis itu. Ina namanya. Sepanjang di lokasi, Ina sering membantu pengantin dan juga team aku. Ramah orangnya. Manja suaranya, lembut dia tertawa. Aku jatuh cinta.
Entah dari mana kekuatan aku dapat ketika itu, pabila semuanya sibuk bersembang antara satu sama lain. Aku nampak Ina berjalan keseorangan ke kereta, aku tunggu dia di satu sudut. Bila kembalinya dia, aku cakap
“Hai, Ina. Saya ermm. Saya suka kan awak”
Ina ketawa lembut. Kena reject kah aku? Tiba – tiba rasa panas je muka. Aku malu!
“Terk3jut saya tiba – tiba awak cakap macam ni” Ina ketawa lagi.
“Kalau suka, tunggu lah. Itu pun kalau sabar menunggu” Ina hadiahkan senyuman dan berlalu pergi.
Apa maksud ayat dia?
Bila sesi photosh00t tamat, aku berborak dengan client yang juga rakan sekolah aku dulu. Dan aku ambil kesempatan ini untuk bertanyakan tentang Ina. Di saat ini baru aku tahu yang Ina rupanya tua setahun dari aku. Ala takpa, age is just a number, kan?
Aku pass kan nombor telefon aku pada client untuk diberikan pada Ina, “Aku boleh tolong bagi nombor ni, tapi..”
Tapi apa?
“Tapi, Ina ni gadis yang sangat lembut dan bercita-cita tinggi. Apa yg aku tahu, dia elakkan diri dari bercinta sebab nak capai cita – cita dia dahulu. Apatah lagi bab kahwin, jauh sekali. Dia masih nak sambung belajar ke peringkat tinggi. Berkawan mungkin ya, tapi jangan terlalu berharap. Okay, bro? Good luck”
Sekarang aku faham mengapa Ina berpesan, “Tunggu lah” itu tadi.
Aku pun tidaklah geIojoh mana hingga nak terus ajak dia kahwin serta merta. Berkawan dulu. Tapi jika ada jod0h kami, aku harap tak perlu lah aku tunggu lama.
Bulan berlalu, walaupun Ina peroleh nombor aku. Aku masih belum terima sebarang berita daripadanya. Tak senang aku nak edit album teringatkan senyuman manis Ina. Aku ambil keputvsan nak cari akaun facebook Ina. Aku mula dari page client, hingga ke profile isterinya. Selepas beberapa skill FBI, aku berjaya jumpa FB Ina. Aku add.
Tapi, belum di-appr0vekan selama sebulan. Aku terus pr1vate message Ina. Mengatakan aku lah photographer di majlis rakannya beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah selepas 3 minggu, Ina approve friend request aku dan membaIas message aku,
“Maaf, saya tak perasan request awak :)”
Dari situ aku mula chat Ina. Bertanya khabar, itu ini aku tanya. Aku usaha untuk tidak m4tikan c0nversation kami. Ina, biasalah. Lambat nak baIas mesej aku. Sibuk katanya. Seringkali mohon maaf dan katakan dia akan membaIas chat aku di masa lapangnya.
Aku sentiasa tunggu mesej Ina. Aku tak mahu nampak terlalu terdesak. Cool. Pernah aku tanyakan mengenai nombor aku, Ina cakap dia dah simpan di dalam phonebook cuma masih belum bersedia untuk memberikan nombornya kepada ku.
Usai tiga tahun kami hanya membaIas mesej di facebook. Walaupun aku pernah ajak berjumpa, Ina elak. Tak bersedia katanya. Tiga tahun aku rasa siksa menunggu. Tidak berjumpa, chat pun hanya beberapa ketika, aku rindu suara manjanya. Kadangkala ambil masa beberapa hari baru Ina muncul. Hanya melalui chat facebook. Akhirnya, Ina whatsapp aku.
Sejak dari itu aku rasakan tiga tahun lebih ini sudah cukup untuk kami mengenali hati budi masing – masing. Aku terus menyatakan hasrat aku untuk berjumpa orang tuanya, untuk menyunting Ina menjadi suri hatiku sepenuh masa.
Ina membaIas, “Boleh, datanglah rumah” Green light! Aku sampaikan hasrat aku pada ibu, ibu bersetuju untuk mempersiapkan buah tangan untuk dibawa ke sana. At last, bertahun aku menunggu, inilah peluang aku.
Selepas dua minggu, kami tiba di rumah Ina. Keluarga dia terima kami dengan baik. Aku juga nyatakan pada keluarga Ina yg aku tidaklah berkelulusan tinggi seperti Ina. Aku hanya mencari rezeki daripada bidang fotografi. Cuak juga ketika itu, ye lah Ina tu ada Master, kerja pun gaji tinggi. Ina cakap English bak peIuru laju tak sempat nak dikejar. Aku pula? No, yes, thank you, I love you aku tahu lah. Haha.
Aku bersedia jika lamaran ku ditolak. Sedar diri kata orang. Alhamdulillah. Keluarga Ina terima lamaran aku. Lega, bro. Bakal mertua aku nampak je garang, tapi kelakar dan mudah untuk didekati. Mereka bersederhana, tidak terlalu alim tapi masih menjaga adat dan batas dalam agama. Aku suka keluarga dia!
Kami pun mulakan persiapan majlis. Ina tidak mahu majlis besar, cukuplah dahulukan yang wajib katanya. Aku turuti, tapi biasalah ibu aku mahu jemput ramai katanya. Ye lah ibu. Ina pun ikut je cakap ibu.
Usai majlis, aku terus bawa isteriku ini ke rumah kami. Yang aku beli beberapa tahun dahulu, dan siap diubahsuai. Isteri aku suka dengan semua yang tersedia. Sentiasa ucap terima kasih kepadaku. Alhamdulillah, rezeki Allah, jod0h Allah.
Kadangkala Ina juga ada menyuarakan yang dia ingin membantu aku dari segi kewangan walaupun aku mampu, katanya “Kita sama – sama.” Takpa sayang.
Aku masih mampu. Walaupun berulangkali pelawaan isteriku aku tolak, dia masih mahu menggunakan wang gajinya dalam beberapa hal rumah. Sehinggakan aku cakap, “Kalau awak nak bagi duit lagi, saya tak cakap dengan awak sebulan” Lol.
Entah. Kadang aku terasa, adakah isteriku memandang rendah kepada aku? Ya, isteriku bergaji tetap beribu sebulan. Makan tak habis. Aku hanya biarkan perasaan aku tu berlalu, sy4itan je ni bisik. Benda takda hal pun. Asalkan isteriku jaga aku dengan baik, dah cukup beruntung diri ini. Kerja aku yg tidak tetap waktu, kadangkala outstation luar sehingga berminggu, isteriku tak pernah merungut. Dia sentiasa memahami.
Isteriku kerja ikut time ‘office hours’, cuti weekend. Tapi aku sepanjang minggu sh00t produk, model. Time weekend pula sibuk dengan majlis korporat, kenduri kahwin. Bila aku pulang, isteri dah tidur. Dia bangun kerja, aku pula masih tidur dek letih edit album sepanjang malam.
Namun, isteri aku masih utuh laksanakan tanggungjawabnya. Tak pernah dia tak masak. Urut aku, teman aku buat kerja, kadangakala dia lah yang tolong kemas dan bersihkan kamera lens aku semua. Sebelum keluar kerja di awal pagi pun dia dah sediakan makanan tengahari aku. Baju pun dah tersedia, aku hanya bangun mandi dan terus pakai sahaja. Aku sering pulang keletihan, dia sambut aku dengan senyuman manis itu.
Pernah juga aku dengar cemuhan orang luar yg mengatakan aku ni tak padan dengan isteriku, bagai langit dan bumi. Aku tak “class”. Pernah aku rajuk, isteri lah yang tenangkan aku. Dia tak pedulikan kata orang, dia kenal suami dia katanya. Aku minta dia ajarkan aku bahasa Inggeris, isteri ajarkan.
Dan kononnya orang luar kata aku tak kacak nak dipadankan dengan isteriku yang manis dan cantik itu. Isteri pujuk aku, buat facial padaku dengan menggunakan bahan semulajadi dari dapur. Gigih dia sediakan semua nya, tak jemu berkhidmat bagaikan aku di spa pula. Hasilnya, selepas beberapa bulan, walaupun tidaklah sekacak mana, raut wajahku agak berlainan dari dulu. Kulit yang agak licin (dahulu aku penuh jerawat dan berjeragat nauzubillah!).
Sehinggakan pernah rakan – rakan aku minta isteriku sediakan bahan facial yang dia sediakan itu dan mereka sanggup bayar dek kerana Nampak jelas perubahan pada diri aku. Sekarang keyakinan aku di sisi isteri m4kin tinggi. Dah boleh speaking lagi.
Semuanya hasil usaha, ajaran dan sokongan isteriku. Alahai isteri, anugerah yang tak ternilai. Nikmat Allah yang mana lagi nak aku dustakan?
Sehinggalah suatu hari, aku perlu ke sebuah pulau bersama client selama hampir tiga minggu. Aku mengajak isteri bercuti bersama di pulau tersebut setelah aku usai kerja di sana. Isteri setuju dan akan ke sana bertemu aku pada minggu terakhir.
Hari kedua aku di pulau tersebut, isteri whatsapp aku “Sayang, saya ke sana nanti bawa hadiah awak”
Hadiah? Eh bukan birthday aku. Bukan jua anniversary kami. Aku pelik. Hadiah apa?
“Ada lah, sayang. Just wait, okay? Hadiah ni sayang tak dapat beli dekat mana pun tau. Special!” Isteri tertawa lembut. Jelas kedengaran yang dia terlalu gembira ketika itu.
Tak sabar aku menanti isteri sampai di pulau ini. Tak sabar nak bercuti bersama isteri, dan juga tak sabar nak tahu apa hadiah yang dimaksudkan. Tiga hari sebelum hari sepatutnya isteri sampai di sisi, isteri hanya hantar teks ringkas yang menyatakan dia tak dapat hadir sebab tak sihat. Bila aku call, lemah suaranya. Aku terasa nak terus pulang bersama isteri, tapi apakan daya, aku perlu settlekan kerja dahulu.
“Takpa, sayang. Settlekan kerja dulu okay? Saya demam sikit je ni. Don’t worry.”
Alhamdulillah, demam sahaja katanya.
“Sayang, saya minta maaf” Isteriku menangis dalam talian.
“Eh kenapa nangis ni? Sayang, are you okay?”
Lama isteri teresak – esak. Aku tak henti bertanyakan keadaan dia. Selepas beberapa ketika, isteri cuma berkata yang dia minta maaf kerana rosakkan percutian kami.
“Tak perlu minta maaf, sayang. Nanti kita datang lagi bila sayang dah sihat, okay? Tunggu saya settle semuanya di sini, saya balik”
Selepas tiga minggu, usai kerja aku di pulau tersebut. Aku terus pulang. Tiba di rumah, aku masuk ke dalam. Sunyi sepi. Aku naik ke atas, isteri terbaring di atas katil. Dia terjaga dari tidur dan peIuk aku, memohon maaf tidak henti.
“Alahai sayang, hal kecik je. Sayang macamana ni? Dah sihat?” Aku rasa suhu badannya, tak panas. Cuma isteriku kelihatan lemah, matanya kuyu sahaja.
“Saya okay. Tapi….”
Tapi?
“Tapi kamera kesayangan awak….” Kamera? Adakah dia maksudkan kamera yang paling aku sayang, yang aku beli dari gaji pertama aku dahulu?
Isteri bangun dan tarik tanganku ke ruang tamu di bawah. Dia buka almari di bawah dan kamera aku pecah berkecai! Lens pecah. Kamera kesayangan aku!
“Maaf, sayang. Lantai licin dan saya tergelincir. Saya terpaut pada kamera ini di atas rak tapi rupanya saya tarik kamera dan lens ini ke lantai sekali. Saya minta maaf.” Isteri menangis teresak – esak lagi. Aku terdiam. Lama.
Entah kenapa aku rasa panas dan marah. Kamera yang aku jaga selama bertahun – tahun, digiIap selalu. Kini h4ncur di depan mata.
“Awak, nanti saya beli baru ya? Saya ganti balik kamera awak ni. Awak cakap je awak nak yg macamana, nak model apa, saya belikan.” Isteri cuba memujuk.
Rasa marah ku telah sampai tahapnya.
“Oh awak ada banyak duit, gaji tinggi. So suka hati awak lah nak ganti? Saya tahu awak mampu tapi kamera mahal pun awak beli, tak sama nilainya dengan kamera ni!”
“Saya hidup dengan kamera ni lagi lama saya hidup dengan awak. Kamera ni yang beri rezeki kepada saya selama ni, rumah, makan pakai awak yang saya bagi semuanya dari kamera ni!”
Entah apa yang mer4suk diriku ketika itu. Aku tidak pedulikan isteri yang berkali – kali mohon maaf.
Aku terus berlalu naik atas dan mengunci bilik. Aku mahu bersendirian. Isteriku mengetuk lembut bilik, memanggil nama ku dan berkali memohon maaf dari luar pintu. Aku tidak peduli, aku hanya mengadap PC ku, dan focus pada gambar yang aku peroleh di pulau.
Berhari – hari aku tidak bercakap dengan isteri. Aku marah, tapi aku elak daripada men3ngkingnya lagi. Isteri masih berusaha memujuk aku, masih setia melunaskan tanggungjawabnya di rumah. Walaupun aku hanya banyak berdiam diri, isteri masih tersenyum padaku. Suasana rumah selama ini yg penuh gelak manja walau hanya kami berdua, kini sunyi.
Eg0. Ya, mungkin aku eg0. Tanpa aku sedar bahawa eg0 aku bakal memakan diri.
Dua minggu berlalu, isteri call aku lepas waktu pejabat. Mungkin hanya untuk maklumkan pada aku dia mahu singgah ke mana – mana selepas kerja,
“Awak, malam ni balik awal 9 malam ya? Saya tunggu awak, kita makan bersama. Please sayang”
Aku hanya membaIas “Hmm” pendek.
Pada malam tersebut aku focus menyiapkan kerja editing bersama team di studio, sehingga tak sedar jam dah menunjukkan 11.30 malam. Aku teringatkan pesan isteri yang mahu makan malam bersama. Aku minta diri dan keluar dari studio. Aku tiba di rumah pada jam 12.15 tengah malam. Aku masuk ke rumah, dan kelihatan isteri aku terlena di meja makan. Penuh hidangan atas meja, ada ayam golek (kegemaran aku, isteri aku buat ayam golek sedap!), lauk pauk, briyani, dessert dan kek. Dan aku pasti isteri ku buat sendiri kek tu, sebab dia memang suka memasak dan baking. Cheesecake yang penuh buah beri kegemaranku dan tertulis “Selamat Ulangtahun Sayang”
Oh esok hari lahir aku rupanya. Aku terlupa. Kasihan pula aku terpandang isteri yang hanya tidur berlapikkan lengannya di depan hidangan yang pasti sudah sejuk terbiar berjam lamanya. Aku k3jut isteriku dari tidur.
“Eh sayang dah balik. PukuI berapa sekarang? Maaf lah saya tertidur. Tak sedar pulak”
“Dah awak pergi tidur dalam bilik.”
“Sayang, kejap. Selamat Ulangtahun Sayang, semoga..” Isteri pegang tangan ku dan ucap panjang. Kemudian dia kucup tangan aku dan memohon maaf jika terdapat kekurangan dari pihaknya selama perkahwinan kami ini.
Aku hanya berdiam diri.
“Sekejap ya saya panaskan lauk, kita makan.” Aku menolak, kerana aku dah makan di studio tadi. Isteriku tetap tersenyum walaupun aku menolak segala surpr1se yang telah dia sediakan.
“Sayang, nah hadiah awak” Isteri menghulurkan sebuah kotak agak besar dan berat.
“Buka lah” Aku hanya pandang kotak hadiah itu. Walaupun sebenarnya hati aku ingin tahu apa isi kotak yg besar tu.
Isteri tarik tangan ku ke kotak tersebut dan k0yakkan pembalutnya bersamaku.
Alangkah terkejutnya aku, isteri hadiahkan sebuah kamera model terkini yang menjadi target para photographer dan juga aku sendiri. Lengkap satu set, dengan lens yamg aku pasti mencecah berharga ribuan ringgit. Walaupun aku terharu, tapi eg0 aku masih teguh.
“Awak belikan hadiah mahal ni awak ingat boleh gantikan kamera saya yang awak rosakkan tu? Awak nak ‘beli’ perasaan saya dengan duit awak?”
Dan aku berlalu pergi naik ke atas. Di sebalik tangga, aku menoleh dan kelihatan isteriku senyap di meja dan tertunduk ke bawah, sambil menyapu air matanya. Aku tahu dia menangis kerana aku masih dingin kepadanya walau bermacam cara dia memujuk dan memohon maaf kepadaku.
Aku masih keras hati. Aku rasa tercab4r kerana terasa seperti isteri ingin menunjuk – nunjuk yg dia lebih dari mampu dan lebih berduit dari aku. Dua hari kemudian, aku ke utara atas sebab kerja di sana. Aku bermalam di rumah ibu. Ibu ada juga bertanyakan tentang isteriku, tetapi aku banyak mengelak dan hanya mengatakan tidak dapat bawa isteriku bersama kerana aku bergerak bersama team.
Sebelum aku pulang, ibu menyiapkan banyak bekalan untuk aku bawa bersama. Aku dah biasa, selalunya ibu begini. Tetapi kali ini lain pula bekalan ibu. Ada jamu, akar kayu, pokok herba, dan beberapa daun yang tidak aku kenali. Eh untuk apa pula ni?
“Ibu, apa daun banyak sangat ni. Kami takda kambing di rumah nak kasi makan. Dengan akar kayu, tongkat ali abu ahmad raju semua ibu bagi ni haaa nak buat apa” Aku bergurau.
“Eh hang ni. Semua ni bagi bini hang la makan. Bagi jaga elok bahagian dalaman dia, bagi kuat”
“Kuat? Amboi selama ni menantu ibu tu tak kuat ke elok je angkat bakul baju tolak meja kerusi semua”
“Ya Allah anak bertuah, hang bagi bini hang buat kerja berat ka? Tak elok laa baru lepas keguguran bagi dia buat kerja. Suami apa hang ni”
Keguguran? Apa ibu mengarut ni?
“Haritu ibu dah jaga Ina seminggu, ibu suruh dia berehat lama lagi kat sini tapi dia takmau. Dia berkeras nak balik, katanya nak ada di rumah masa hang balik dari pulau tu. Ibu pun ikutkan ja lah. Ibu dah tinggalkan semua jamu bagi dia makan, dan jaga. Ina lemah sangat hilang banyak dar4h”
Ya Allah. Aku rasakan jantungku seperti terhenti. Kenapa aku tak tahu langsung tentang hal ni? Aku bertanyakan lebih pada ibu. Rupanya isteriku terjatuh di rumah dan keguguran sewaktu aku berada di pulau. Kebetulan jiran aku datang untuk beri bekal lauk, jiran aku lah yang tolong uruskan ambulans dan sampaikan pada keluarga ku. Ibu bergegas ke hospitaI dan bawa isteriku pulang ke kampung selepas keluar hospitaI.
Mengapa tiada siapa pun sampaikan aku berita ini? Sekurangnya di whatsapp group family, kenapa tiada sesiapa pun sebut tentang hal ini?
“Ni permintaan Ina. Dia takmau ganggu hang buat kerja di pulau sana. Dia minta pada kami semua lagak macam biasa, macam takda apa yang berlaku. Ina cakap dia sendiri akan sampaikan dekat hang pasal ni. Ibu ingat hang dah tau sebab dah lama.”
Aku bergegas pulang ke rumah. Bergetar tangan aku. Ya Allah, berd0sakah aku abaikan seorang isteri yang lemah, yang mengalami keguguran anakku. Malah aku menzaIimi dia, tidak pedulikan dia selama ni. Macam – macam di benak fikiran aku masa tu.
Aku hentikan kereta di RnR berdekatan. Aku terganggu, aku tak dapat fokus memandu.
Aku solat sunat di surau untuk tenangkan diri. Adakah anak ini hadiah yang dimaksudkan isteri aku dahulu? Berita gembira yang ingin dia sampaikan di pulau sebelum semua ini berlaku. Allah…
Aku tiba di rumah lebih kurang jam 10 malam. Aku masuk rumah, gelap. Hanya kelihatan lampu kecil di dalam bilik tamu di bawah kelihatan. Isteriku terbaring di katil tamu itu, dan aku ternampak banyak ubat dari klinik, hospitaI, botol vitamin dan jugak jamu di tepi katil tersebut. Rupanya isteriku letak segala ubatnya di sini. Aku jarang masuk ke bilik ini kerana bilik ini di khaskan kepada tetamu yang kadangkala menginap di rumah kami.
Aku pandang isteriku yang nyenyak tidur, sayu. Mungkin kerana kesan ubat, kerana terdapat segelas air kosong yang telah isteriku gunakan. Aku usap tangan isteriku, aku rindu. Aku kasih. Dan rasa bersalah terbeban di bahuku kerana bersikap kej4m terhadapnya selama ini. Aku kucup dahinya perlahan, tidak mahu mengganggunya dan berlalu ke atas. Rehatlah sayangku..
Aku buka pc dan ligat mencari rakaman cctv rumah yang sentiasa beroperasi. Aku cari tarikh sepanjang aku berada di pulau. Aku hendak lihat sendiri apa yang berlaku sehingga menyebabkan isteriku jatuh dan keguguran.
Sehingga lah aku terjumpa sh0t pada hari kejadian. Isteriku jatuh beberapa anak tangga dan kelihatan dar4h memenuhi ruang anak tangga. Allah, sungguh aku takut.
Aku kembali rewind ke belakang mencari punca kejadian kerana seingat aku, isteri ada bagitahu yang lantai licin ketika itu. Apa yang aku lihat dari rakaman cctv itu membuat aku terdiam dan akhirnya aku menitiskan air mata jantan. Eg0 aku jatuh. Eg0 aku selama ini telah makan diri aku sendiri.
Pada hari aku ke pulau, sebelum itu aku ada menghantar isteriku ke majlis hari jadi rakannya dan isteriku akan bermalam di rumah rakannya itu selama dua malam. Aku pulang sendirian dan bersiap untuk bertolak ke pulau. Aku membawa turun bagasi dan sebotol minyak enjin untuk diisi di dalam enjin kereta sebelum bertolak. Sedang aku turun tangga, telefon berdering, aku terhenti di tangga dan menjawab panggiIan daripada client. Aku letak botol minyak yang dah dibuka itu di sudut tepi tangga.
Usai panggiIan, aku terus bangun bergegas menuruni anak tangga dan bagasiku terlanggar botol minyak enjin tadi dan tertumpah ke tiga anak tangga ke bawah. Aku tak sempat nak lap minyak tersebut, aku akan meminta tolong isteriku kemudian. Aku terus keluar rumah dan bertolak ke pulau. Namun, aku terus terlupa akan minyak yang tertumpah itu.
Selepas dua malam, isteriku pulang ke rumah. Mungkin dia juga letih, terus ke tangga menuju ke atas. Disebabkan lantai anak tangga yang licin kerana tumpahan minyak yang aku buat tempoh hari, isteriku tergelincir jatuh tangga. Dan mengalami keguguran anak pertama kami yang tidak sempat ku mengetahui kewujudan benih itu.
Aku dah bunvh anak ku sendiri ya Allah. Aku menangis sekuat hati. Aku Iempar keyboard, menolak kerusi. Aku kesal dengan sikap aku sendiri.
“Sayang? Kenapa ni?”
Isteriku muncul di muka pintu. Aku berlari memeIuk isteriku yang naif itu.
“Maafkan saya. Maafkan saya, sayang. Saya dah bunvh anak kita”
Aku menyesal pun tiada gunanya. Aku biar isteriku hadapi semua ini seorang diri. Kep3ritan, kes4kitan yang dia alami, dia masih tersenyum kepadaku saban hari. Walau aku langsung tidak memandang dan bercakap dengannya. Suami apakah aku ini? Hanya kerana sebuah kamera lama yang boleh dibaiki, aku biar diriku dikuasai amarah. Hanya kerana kecuaian aku, aku menyebabkan kem4tian anakku. Hanya kerana eg0, aku biar isteriku mengalami semua ini seorang diri. Walaupun aku ada bersamanya tiap hari. Isteriku sedikit pun tidak menyalahkan aku akan perbuatanku ini. Dia masih tersenyum dalam tangisan.
Ya tuhanku, aku menyesal…
Sayang, walaupun kisah ini sudah bertahun berlalu, masih kekal segar dalam ingatan saya. Alhamdulillah kita dikurniakan peluang kedua untuk menjadi mama dan baba. Saya berjanji saya tidak akan sia-siakan awak, dan awaklah yang utama, penting daripada nyawa saya. Maafkan saya sayang. Semoga rumahtangga kita ini sentiasa dalam Iindungan rahmat Allah, hingga ke syurga.
– Suami yang khilaf –
A-Zhi