Sebelum kahwin suami janji akan bawa mak saya yang tua tinggal sekali. Tapi lepas kahwin dia suruh saya belikan rumah sewa lain untuk mak duduk sorang. Saya ters3pit sehinggalah dia curang dengan wanita lain dan haIau kami keluar dari rumah tu walaupun saya yang bayar selama ni..
#Foto sekadar hiasan. Semua orang faham, kalau berjanji mesti ditepati, kalau tidak mer4na diri. Tetapi berapa ramai antara orang yang membuat janji boleh menepati janji mereka?
Ramai yang mungkir janji, terutama kepada pasangan kekasih. Biasanya janji mereka umpama pepatah Melayu tanam tebu di tepi bibir. Tak kurang juga yang bersikap habis madu sepah dibuang. Pendek kata jangan suka menabur janji.
Dan lebih penting jangan percaya pada janji. Nama saya NurIzzatti, semasa tengah hangat bercinta dahulu dan ketika ingin bertunang saya ada bertanya pada bakal tunang, Farid, jika benar Farid ingin mengambil saya jadi suri rumahtangga, sanggupkah dia benarkan ibu saya tinggal bersama, kerana saya dipertanggungjawabkan menjaga emak saya yang telah tua.
Kata Farid itu bukan masalah, malah dia suka dapatlah ibu Farid berkawan dengan ibu saya kerana masing – masing telah tua dan tidak ada sesiapa yang menjaganya. Malah Farid mencadangkan kami menyewa rumah di belakang rumah emaknya.
Kerana persetujuannya, maka kami terus bertunang dan berkahwin. Sebab saya ingin bawa ibu tinggal bersama kerana abang saya tak boleh jaga emak dan saya tak boleh biarkan emakya tinggal sendirian di kampung.
Bila emak duduk kampung, saya terp4ksa balik setiap hujung minggu. Itulah yang saya buat ketika belum berkahwin, sudah kahwin suami saya perlu perhatian saya. Dulu nak bawa emak tinggal dengan saya tak sesuai.
Sebab saya menyewa rumah flat tak ada lif, takkan saya nak p4ksa emak naik tingkat 4 setiap kali ke hospitaI atau buat rawatan. Emak boleh berjalan, tetapi untuk memanjat flat 4 tingkat memang susah, dan emak tak mampu.
Harapan saya bila duduk menyewa rumah emak Farid bolehlah saya bawa emak tinggal bersama, sebab rumahnya tak bertangga, jadi mudahlah emak bergerak.
Tetapi masalahnya rumah sewa emak Farid tak ada tandas duduk dan pintu untuk masuk ke tandas semp1t dan menyuIitkan untuk bergerak, sebab badan emak saya agak gempal. Pendek kata memang susah nak bergerak.
Bukan sahaja untuk menyangkong di tandas, malah untuk mandi pun agak menyusahkan. Tak sampai sebulan duduk dengan kami, emak balik ke kampung, sebab dia lebih mudah bergerak walaupun terp4ksa tinggal sendirian.
Bila duduk kampung menyuIitkan saya pula, sebab saya bukan boleh balik kampung setiap minggu, Farid pun tak suka. Saya minta Farid ubah suai bilik air dan tandasnya, tetapi Farid tak mahu buat. Katanya tak boleh ubah suai.
Emaknya tak izinkan. Saya tanya Farid macam mana tentang janjinya. Tetapi Farid diamkan diri. Kerana tak ada jalan lain saya ajak Farid cari rumah sewa yang ada kemudahan tandas. Itu pun Farid tolak.
Jadi apa pilihan yang saya ada? Janjinya hanya tinggal janji. Satu hari nak jadikan cerita, emak saya jatuh di kampung. Terp4ksalah saya bawa emak masuk hospitaI di KL. Sebab saya bekerja macam mana nak jaga emak, adik lelaki saya sudah kahwin dia pindah ke negeri lain.
Abang pulak sibuk menguruskan anak – anaknya berulang alik ke sekolah. Oleh kerana belum ada anak, saya disuruh jaga emak. Farid tidak suka. Tetapi apa pilihan saya? Takkan saya nak biarkan emak sendirian di hospitaI, sedangkan emak tak boleh bergerak apa lagi berjalan.
Dipendekkan cerita akhirnya emak dibenarkan balik ke rumah. Sudah tentu saya bawa emak tinggal di rumah sewa emak Farid. Kerana di situ kami tinggal. Tetapi keadaan tandas dan bilik air masih kecil tidak diubah suai.
Keadaan memang menyuIitkan emak yang baru keluar hospitaI dan terp4ksa berkerusi roda. Beberapa kali saya merayu Farid buat ubah suai tandas tetapi dia enggan, alasan Farid emaknya tak izinkan. kerana terp4ksa saya cari rumah sewa lain.
Atas pertolongan kawan, Farid beritahu ada projek perumahan baru sesuai untuk saya beli dan tinggal di sana. Rumah dah lama siap tetapi tak ramai pembeli. Farid suruh beli. Katanya emak selesa dan senang mandi dan ada tandas duduk.
Farid suruh beli segera kerana waktu itu gajinya kecil tak mampu, sayalah terp4ksa uruskan pembelian. Peristiwa pahit yang emak aIami sementara menunggu proses pembelian rumah, tangan emak tergeseI dan ters3pit antara pintu bilik air dengan kerusi roda.
Kejadian itu amat memiIukan hati saya, tetapi apa nak buat menumpang belakang rumah orang. Saya menangis lihat hidup emak tersiksa. Emak juga pernah terjatuh dalam bilik air ketika tinggal sementara di rumah abang.
Kepala emak terh4ntuk di lantai, banyak d4rah keluar dan emak pengsan. Dua minggu emak terIantar di hospitaI. Semasa saya menjaganya di hospitaI, kata emak ketika itu dia tak makan, perutnya terlalu lapar dan dia hilang pertimbangan sebab itu jatuh dengan kerusi roda di dalam bilik air.
Kata emak dia cuma minum waktu pagi dan makan waktu malam, tengah hari emak berlapar sebab tak ada siapa nak masak dan tidak ada makanan yang boleh dimasak. Kata emak lagi isteri abang suka beIa kucing dan t4ik kucing bersepah dalam bilik mandi.
Keadaan itu memang suIitkan emak untuk ke tandas dan mandi. Peliknya apabila emak saya ambil tinggal dengan saya, isteri abang tak beIa kucing lagi. Sebenarnya dia beIa kucing supaya emak tak mahu duduk di rumahnya.
Dan emak tak boleh gunakan tandas. Entah apa punya jenis manusia seperti ini pun saya tak tahu. Abang tak berani bersuara dengan isterinya. Sedangkan tugas jaga emak tanggungjawab anak lelaki.
Setelah pindah ke rumah baru. Saya dapat bertahan setahun sahaja. Sebab perjalanan pergi balik ke pejabat terlalu jauh. Pagi keluar malam baru balik. Lebih menyuIitkan jika saya terp4ksa bekerja jam 5 pagi, bermakna 4 pagi saya terp4ksa bangun dan bersiap dan sediakan makanan emak.
Sementara Farik pulak tak mahu balik duduk di rumah, dia lebih suka duduk di rumah emaknya. Keadaan ini menyuIitkan hidup saya. Saya terper4ngkap antara emak dan suami. Sedangkan dulu dia suruh beli rumah tersebut.
Nak pindah ke rumah lain saya tak ada duit lagi, sebab semua simpanan sudah saya gunakan untuk rumah tersebut. Sedangkan Farid tak keluar duit langsung, pada hal dia gaIakkan saya beli rumah tesebut katanya lebih selesa.
MaIangnya kata – kata dan perbuatannya jauh berbeza. Kerana tak cukup duit saya terp4ksa ambil OT. Bila ambil OT Farid marah sebab pentingkan kerja daripada melayan dia. Macam mana ni?
Bila tak ada duit marah, bila cari duit pun marah. Saya sedar semuanya kerana helah Farid tak suka emak duduk dengan saya. Tujuan Farid suruh saya beli rumah jauh supaya saya letak emak jauh dari saya dan saya duduk dengan dia di KL. Apa cerita ni?
Boleh ke mak tinggal sendirian? K3jam Farid. Pelbagai usaha dia buat untuk pisahkan saya dengan emak. Dia tak mahu emak duduk dengan saya. Kalau Farid ikhlas, besarkan bilik air dan tandas dulu, bolehlah kami tinggal bertiga dengan tenang, dan saya tak perlu ambil OT cari duit.
Sebaliknya saya ada masa layan Farid. Kerana sering berbaIah kerana wang tak cukup, Farid cer4ikan saya tanpa pengetahuan saya. Tapi peliknya kami masih bersama. Setahun lamanya saya dicer4ikan dalam diam.
Ceritanya terbongkar bila saya dapat tahu Farid bercinta dengan gadis lain. Terk3jut ber0k saya. Saya minta dia berterus terang, barulah dia beritahu sudah setahun dia cer4ikan saya. Habis tu selama setahun ini kami berz1n4 ke?
K3jam sungguh k3jam! Kerana sudah ada pengganti dia cer4ikan saya di mahkamah syari4h. Dengan mudah. Oleh kerana masih sayangkan suami, saya minta supaya dirujuk semula, tetapi Farid tolak, saya mengadu pada emak dan kakaknya, mereka tak mahu campur.
Malah beritahu jika itu keputvsan Farid, mereka terima dengan hati terbuka. Saya ditinggalkan dengan hutang. Masalahnya rumah tersebut atas nama kami bersama, kata Farid kalau tak suka tinggal di rumah tersebut, saya boleh keluar dan dia sedia bayar ansurannya.
Sementelah gajinya sudah bertambah baik sekarang setelah 8 tahun kami berkahwin, dengan mudah Farid haIau saya bila saya mengadu banyak hutang. Sampai hati Farid haIau saya sedangkan duit muka rumah tersebut saya yang bayar, ansuran bulanan, saya pinjam bank buat ubah suai rumah dan buat p0rch kereta.
Setelah semua tersedia dia ingin memiliki rumah tersebut dengan bakal isteri barunya. Oleh kerana ada sedikit perabut saya tinggal di rumah sewa emaknya, Farid suruh saya keluarkan sebab dia nak buat ubah suai rumah untuk bakal isterinya.
Mengapa sekarang boleh? Mengapa dulu saya minta buat tandas duduk pun dia tak mahu? Konon emaknya tak izinkan. Jelas benar janji Farid dulu semuanya bohong, kerana dulu gajinya kecil.
Tetapi sekarang setelah gajinya bertambah, dia sanggup haIau saya. Mana janjinya dulu? Jelas Farid tak amanah kepada janjinya. Saya dicer4ikan melalui telefon, kerana tidak mahu berhadapan dengan saya.
Bila melalui semua ini saya kesal mengadakan segala kesenangan pada Farid, akhirnya diri ini dibuang. Kalau saya tahu begini jadinya, lebih baik saya senangkan dan kayakan diri sendiri.
Saya berk0rban untuk dia tetapi ini baIasannya. Jadi kepada gadis – gadis di luar sana ingatlah kasih sayang suami pada isteri ada batasnya, tetapi kasih kepada ibu sepanjang hayat.