Mira kena reject dengan keluarga lelaki sebab hanya ada SPM. Kata keluarganya tak sekufu

#Foto sekadar hiasan. Mira, Mira bukan family yang senang. Habis sekolah dah bekerja. Bukan tak pandai tapi bukan rezeki dia. Mak bapak dia takda duit untuk sambungkan dia pelajaran. Nak kata SPM teruk pun tak. Sebab dia dapat B dalam semua mata pelajaran.

Mira umur muda lagi masa tu umur dia 18 tahun. silap pilih kawan lalu mengandung luar nikah. Lelaki yang sepatut bertanggungjawab entah ke mana. Lalu keluarganya buang Mira dan letak kan Mira kat keluarga angkat yang kononya nak tolong jaga. Rupanya keluarga angkatnya nak jual anak mira. Mira ni boleh tahan comel. Jadi semua orang nak anak mira. Tapi entah macam mana, mak Mira tetiba berubah fikiran ambik mira balik. Jadi sampailah bersalin semua mira sorang – sorang. Lelaki tu? Tak ada pun datang jenguk pun tak.

Lepas pant4ng, mira cari kerja. Alhamdulilah dapat kerja kerani. Jadi dapat lah dia tanggung anaknya. Sebaik maknya nak jaga baby. Mana tak nya, baby tu comel sangat – sangat. Selepas 2 tahun, Mira jumpa seorang lelaki. Lelaki kerja kerajaan. Seorang cikgu. Pada mulanya, semua ok. Jadi mira pun berkahwin. Kata lelaki tu dia terima lah mira seadanya.

Awal je berkahwin. Semua okay. Tapi seminggu lepas tu. Mak mertua call nak pinjam duit sebanyak rm6k. Katanya dia ada hutang kat orang. Tapi mira ni jenis cakap terus terang. Dia kata mana nak dapat duit banyak macam tu. Jadi tak boleh tolong. Tapi suami dia desak gegiIa suruh si mira ni keluarkan duit semua. Cuba bayangkan sampai mira kena pukuI. Suami p4ksa mintak tolong boleh macam tu? Last – last Mira pun keluarkan duit saving dia sedikit. Bagi dalam rm1k je. Suami pun liat nak bayar. Tapi jenis mira selalu ingatkan jenis cakap je. Hutang wajib dibayar. Amik masa yang lama baru settle.

Beberapa bulan lepas tu, mira pregnant. Dahlah pregnant, barang asyik hilang je. Yang kelakarnya, duit hilang, hp hilang tapi hilang kat dalam rumah. Tak pernah seumur hidup Mira duk rumah sendiri barang hilang. Hp hilang, kamera hilang pelik kan?. Tapi Mira bukan jenis yang bod0h. Dia tahu laki dia sendiri yang dajaIkan dia. Mana tak nya. Barang hilang suami dia pun hilang. Suami dia kata nak gi kedai jap. Last – last macam mana nak ada bukti kan. Jadi Mira buat – buat tanya bila suami dia balik. Eh gi mana tadi? Suami dia cakap oh s4kit gigi cari ubat kat kedai. Lamanya gi kedai… Pastu mula lah Mira ni mengadu cakap barang dengan duit semua hilang. Ada pencuri masuk ke. Lalu suami mira pun acah – acahlah cari pusingkan tilam semua. Konon cari barang. Pastu Mira macam buat – buat muka poy0 macam lah aku tak tau kau yang mencvri.

Mira pun macam relax je. Seminggu lepas kes kejadian acah – acah pencvri masuk rumah. Mira cakap sayangnya gambar – gambar kat dalam kamera tu hilang. Tetiba suami Mira cakap dia dah jumpa pencuri tu. Hp dengan duit memang tak dapatlah. Tapi kamera tu boleh dapat balik. Tapi pencuri tu mintak RM 50 kalau nak kamera tu balik. Mira pun keIent0nglah laki dia. Cakap awak bayarlah dulu nnt saya bayar balik. Tapi Mira tak bayar pun. Akhirnya, Mira pun dapat balik kamera tu. Pelik dan ajaib. Kamera yang kononya dicuri dapat balik. Pencvri ni geng dengan suami ke. Hahahah.

Jadi kejadian mencvri duit hilang ni selalu jadi. Mira tengok je. Layankan sebab pregnant kan. Kekadang str3ss juga mira ni. Pantang duit letak kat luar hilang je. Ada lah sekali tu, balik kampung mak mira bagitau, dia Nampak suami mira punggah beg tangan. Tapi Mira diam je buat bod0h. Bila anak kedua Mira bersalin, alhamdulilah semua okay. Tapi suami Mira tak ada pun. Lepak dengan kekawan tengok tv. Suami Mira hantar pastu terus balik. Pastu datang melawat 30 minit da keluar dengan kawan – kawan. Mak Mira lah lagi yang temankan kat hospitaI.

Sebenarnya banyak kes suami Mira ni buat. Contohnya mengurat anak dar4 orang kat wechat. Bersayang – sayang dengan ex gf. Buat akaun fb lain buat acah – acah alim untuk ng0rat awek lain. Banyak kali kant0i. Tapi Mira buat diam je. Pada masa yang sama, mira sebenarnya kumpul bukti. Lepas habis pant4ng, mira pasang lawyer mintak cerai. Surat sampai kat suami. Terk3jutlah tak ada angin, takda ribut tetiba mintak cerai. Datanglah mahkamah, buat – buat acah alim si suami ni. Konon dia tak bersalah. Last – last bercerai juga. Senang sebab pasang lawyer. Tak payah cakap apa – apa. Lawyer semua ada di pihak kita. Lepas keluar dari mahkamah, si suami yang dah jadi ex suami terus cakap. Eleh, kau tak boleh hidup takda aku. Kau tengoklah nanti. Dan sekali lagi Mira pun buat bod0h.

Untuk kali kedua, si ex suami ni giIa taIak. Bila Mira tak layan kita Iawan hak anak. Time tuntut hak anak, banyak keluarga memburukan mira dan keluarga Mira. Tapi mira and keluarga relax. Yang lawaknya, si ex suami tuntut duit dari mira sebab kononnya dia yang jaga anak. So bermula lah episode ke episode. Si ex suami tak selalu datang ke mahkamah. Tapi yang datang bapak dia. Sampai orang semua cakap Mira ni kawen dengan siapa. Dengan si ex suami ataupun bapak ex suami. Ahahah

Dalam proses penjagaan anak ni, banyak kena sabar. Yang belah ex suami hantar memacam pelik – pelik bukan main lagi. Kadang – kadang rasa berat je nak gi mahkamah. Kadang – kadang marah – marah macam tak nak dah jaga anak. Kadang – kadang duk rumah sorang – sorang. Tapi time tidur ada orang ketuk pintu. Macam ada orang jalan kat depan bilik. Benda – benda tu melintas. Orang mandi pagi – pagi buta. Walaupun kita tahu takda siapa kat rumah. Tapi kena ingat kuasa tuhan tu lagi besar.

Dalam proses mahkamah. Si ex suami cuba nak buat bebaik. Buat alasan nak jumpa. Tapi jangan layankan buat bod0h je. Itu semua taktik. Mira pun tak tau niat dia baik ke tak. So Mira buat bod0h je. So selesai kes mahkamah semua. Pihak lelaki kena bayar nafkah setiap bulan. Anak pun tak dapat. Yang buat Mira terk3jut si ex suami badan kurus kering. Alasan makan hati. Tapi bila tanya kawan – kawan dia rupanya amik dad4h. Itu diri sendiri cari masaIah.

Hari bertukar hari. Makan bertahun. Sejak habis kes mahkamah, bukan setakat nafkah tak bagi. Jenguk anak pun tak. Tapi mira relax, tak da nak ser4ng – ser4ng. Tak da nak tanya. Malas nanti keluarga si ex suami em0si cakap macam – macam. Nanti kita tuntut kat padang masyar.

Sejak itu, Mira focus pada kerja. Jadilah sampai satu hari tu. Mira kenal dengan seorang jantan. Kerja pun setakat executive. Takda lah kaya. Tapi mungkin sebab dia tengok Mira jenis yang biasa – biasa je setakat spm. Bukan jenis yang nak vogue ala vasss so dia mula pandang serong. Mula – mula berkenalan okay je. Tapi bila dia tahu Mira ni takde degree or diploma terus dia reject mira. Katanya makbapak nak cari yang setaraf ada degree lagipun keluarga taknak single mom. So kecik hati Mira kena reject dengan jantan. Sedangkan time jantan ni susah, Mira yang tolong support. Tolong buat memacam. Lama juga mira nak c0ver up hati kena kutuk. Tapi Mira ingat tuhan tu ada.

Rezeki ada di mana – mana. Alhamdulilah, Mira naik pangkat. Dari company yang pada mulanya famous kat Malaysia saja dah famous sampi ke negara us. Dari setakat SPM alhamdulilah dia dah Berjaya mengalahkan sahabat yang ada degree. Mungkin berkat usahanya. Jantan yang kononnya nak cari anak dar4 cuba k0rek tips camne si mira ni Berjaya. Kadang – kadang mesej konon nak jumpa, nak belanja minum. Nak mintak maaf. Tapi sebenarnya itu alasan. Dan sekali lagi mira buat bod0h.

Hari demi hari, anak Mira pun membesar. Alhamdulilah ada rezeki lebih Mira bawa family semua gi bercuti. Mira okay je. Anak – anak Mira pun tak tanya bapak dia ke mana. Walaupun mereka semua dah sekolah. Mungkin cikgu mereka tanya mana bapak mereka. Tapi anak Mira relax je cakap oh bapak saya dah kahwin lain. Hua hua hua.

Sampai lah satu hari, Mira dapat offer kerja kat New York, US. Pangkat tinggi dan semestinya gaji pun besar. Pada mulanya mak mira tak setuju. Sebab mira sorang – sorang kat sana. Tak ade sesiapa yang tengok kan. Last – last mak mira setuju. Yang kelakarnya, bapak Mira ingat mira jadi m4ngsa keldai dad4h. Tapi alhamdulilah bukan. Memang company semua buat. Rezeki Mira dapat balik Malaysia setiap tahun kekadang 6 bulan sekali sebab semua ditanggung oleh company.

Kesenangan Mira dapat dihidu oleh keluarga dengan saud4ra. Ada saud4ra siap cakap, alaa tak lama lagi buat perangai lagi, nanti mengandung baliklah Malaysia. Ada saud4ra yang selalu kutuk kat fb, cakap tinggalkan anak semua. Ada siap tag d0sa besar tinggalkan anak kat ibu. Ada bukan saud4ra mengaku sed4ra. Ada yang tak pernah amik tahu atau tanya kabar dah ramai mula tanya kabar. K0rek rahsia camne boleh kerja macam ni. Macam mana boleh kerja kat sana. Ada tanya khabar terus nak pinjam duit. Ada suami orang tanya khabar. Bf orang nak berkenalan. Tunang orang cuba masuk line. Lawak tapi mungkin suami anda yang cuba bertanya khabar tu.

Mungkin sebab anak – anak mira dah besar, boleh lah si mira ni meIawa sikit. Duit pun dah banyak. Bolehlah untuk shoping diri sendiri. So ramai lah yang cuba try test line kat mira. Sedangkan dulu dorang kutuk – kutuk Mira. Sedangkan dulu dorang reject Mira. Ada sampai mesej mira cakap, dulu aku reject kau sebab aku ingat kau nak jadikan aku pak sanggup. Lawak. Ada yang cakap tetiba tak bahagia dengan bini. Ada yang cakap, kalau dari dulu aku tau kau senang macam ni dah lama aku kahwin dengan kau. Sedangkan Mira takde pun ng0rat dia dulu. Mungkin niat baik nak berkawan dulu orang salah anggap. Jangan terk3jut tapi ada laki macam ni. Ingat lah zaman sekarang ramai laki nak kesenangan perempuan. Ramai laki nak perempuan pandai cari duit.

Inilah manusia inilah melayu. Bila kita senang sikit ada je komen negative bagi. Tapi Mira tak dengar cakap orang. Lagipun mira planning nak balik Malaysia dalam masa setahun. Bukan selama – lamanya duduk di bumi orang. Lagipun Mira rasa tak seronok mana tinggal di negara orang. Lagi seronok dekat Malaysia. Makanan keluarga semua lagi best. Ada yang tanya kenapa Mira tak bawa family pindah us terus. Bukan Mira tak nak. Tapi anak Mira sendiri taknak. Anak Mira cakap malas nak start all 0ver again. Setakat nak kumpul harta untuk kesenangan keluarga bersama apa salahnya.

Ada ramai yang tak tahu pasal Mira . Nampak Mira buat bod0h. Ada yang kutuk memacam walaupun depan malaik4t. Ada yang cuba membandingkan hidup Mira dengan diri dia. Percayalah, dalam buat bod0h Mira ada dalam hati dia terusik. Kadang-kadang ada kawan fb Mira membahan kat fb. Status sengaja menuju kat Mira kata Mira desp3rate. Kata hidup dah macam mat salleh kat us. Nak dik4takan Mira ni jenis sociaI. Takde pula. Mira bukan jenis kaki cIubbing. Bukan jenis kaki lepak. Habis kerja duk rumah menghadap movie. Rata-rata gambar yang Mira upload semua gambar pemandangan takda gambar diri dia pun. Kadang-kadang Mira upload gambar diri sendiri. Tapi beberapa jam lepas tu Mira delete.

Bak kata mira, I keep my circle small. Tak perlu ramai kawan. Cukup lah ibu bapa keluarga kecil Mira. Sedangkan Mira yang tak buat apa-apa pun banyak difitnah. Banyak suara-suara Iangau cuba memburukkan Mira. Apa lagi yang cuba menghukvm kehidupan Mira. Ada yang kata sampai bebila Mira tak akan kawin sebab d0sa Iampaunya. Ada yang kata Mira tak akan jadi ahli syurga sebab membiarkan ibunya yang menjaga anak-anak Mira. Tapi orang ramai tak tahu. Sebab Mira, sekeluarga Mira sekarang hidup serba serbi ada. Miralah yang sponsor abangnya untuk kawen bila abangnya nak kawen. Mira lah yang tolong bayar semua keperluan rumah.

Bila sampai satu tahap, orang semua tanya bila Mira nak kawen. Ada yang kata Mira memilih. Ingatlah perkahwinan bukan sesuatu yang ringkas. Perlukan masa jiwa dan peng0rbanan. Mira siap cakap, tak pelah mama. Kalau takda jod0h asalkan mama dengan family semua ada da cukup elok dah. Rezeki orang lain-lain. Bahagia orang pun lelain. Ada yang bahagia seorang diri. Ada bahagia bersama suami tercinta. Ada yang bahagia tanpa semua. Kita tak boleh nak cakap oh dia ada suami ada anak-anak of course lah dia bahagia. Kau takde suami mesti tak happykan. Ingat, harta keluarga apa-apa yang kita ada di dunia ni bersifat sementara. Manusia boleh m4ti. Harta tak bawa ke m4ti. Melayu lebih ke definisi cinta mesti bersifat dengan manusia. Jangan hukvm orang sesuka hati.

Untuk ibu-ibu tunggal, saya harap anda terus bersabar. Ramai yang letakkan ibu tunggal ini desp3rate. Takut orang nak dekatkan diri pada sejenis puak macam ni. Mereka takut suami mereka diramp4s. Nasihat saya, Jaga diri jaga tingkah laku. Sedikit silap orang akan salahkan kita. Terus dititlekan janda miang. Walaupun lelaki dia yang gataI, kalau kant0i dengan bini mesti laki takut terus cakap janda tu yang kacau abang.

Cehh…

Ingat mira hanya ada spm. Tapi dia bukakan mata dia juga setaraf kedudukan dan pemikiran dengan orang yang ada segulung ijazah. Mira tak kaya, tapi rezeki dia alhamdulilah cukup ada. Percaya pada tuhan. Bahagiakan ibubapa. Restu itu penting.

Sebenarnya banyak lagi dug4an mira. Panjang juga kisah mira. Tapi cukuplah sekadar ni. Mungkin ramai yang tertanya. Apa terjadi sekarang kat lelaki yang tak bertanggungjawab tu. Lelaki tu dah berkahwin lain ada anak juga. Isteri dia tak tahu kewujudan anak mira. Lelaki itu masih Berjaya menutup a1bnya. Dan semestinya lelaki itu cuba nak suruh mira ada skandal dengannya lagi. Adakah suami anda? Jeng.. jeng.. jengg…

Ex suami?. Sejak bercerai nafkah tak diberi. Hilang khabar berita. Ada orang cakap mungkin dia dah m4ti ada juga yang cakap mungkin dia dah kahwin. Tapi tak da khabar selepas tu. Adakah dia suami anda juga?. Hahahahha…

Yang pasti kita tak akan tahu.

– Mira