Ada satu hari tu aku str3ss sangat sampai aku telan piI banyak banyak. Aku rasa dah tak nak hidup dah. Aku pengsan dekat sekolah, aku dengar suara doktor cakap, “awak ni g4duh dengan pakwe ke sampai nak bvnuh diri.” Mak aku cub1t aku sekuatnya dan cakap aku ni memalukan mak aku.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Biasa aku baca je confessions, tapi ni kali pertama aku nak kongsi something dekat sini. Dan aku nak kongsi benda yang aku dah lalui dan tengah lalui. Keluarga aku bukanlah keluarga idaman. Mak abah aku dah sah bercerai tahun lepas.
Sebenarnya dari kecil aku selalu kena marah dengan mak aku. Kena marah sebab yang tak logik dan tentang perkara yang sepenuhnya bukan salah aku. Tapi yelah masa tu aku masih budak. Walaupun selalu kena marah aku diam je. Walaupun bukan salah aku, aku diamkan je.
Setiap kali abah marah mak aku, baran dengan mak aku, aku lah tempat mak aku lepaskan geram dan marah dia. Mak aku tak akan marah aku bila abah aku ada dekat rumah. Dia akan lepaskan geram bila abah aku pergi kerja masa tu lah aku rasa macam aku ni anak “pungut” .
Bila abah aku takde, aku selalu kena tidur luar rumah. Aku selalu kena marah, kena t3ngking, kena pukuI. Walaupun abah aku baran tapi dia tak pernah pukuI aku dan mak aku. Cuma dia camp4k barang dan t3ngking je.
Mak aku selalu k0ngkong aku. Aku jarang join perkhemahan sekolah walaupun penglibatan koko aku agak aktif juga tapi bila babitkan tidur di sekolah atau di hutan ke mana – mana mak aku akan Iarang sekerasnya. Aku pun tak tahu kenapa.
Paling sedih bila aku umur 15 tahun, aku join kem masa cuti sekolah. Kem ni dekat masjid, balik hari je. Tak silap dalam seminggu kot kem ni. Hari last day kami kena tidur masjid sebab ada qiamulai. Aku lupa nak bagitau mak aku, jadi petang tu mak aku ambil aku dekat masjid. Aku bagitau mak aku kena tidur masjid, terus berubah muka dia. Dia suruh ajak aku balik dan larang tidur masjid. Masa tu aku macam, “apa salah tidur masjid ? Bukan buat benda bukan bukan pun“
Oh ya, ni aku cakap dalam hati ya. Kalau cakap dekat mak aku rasanya teruk kena. Tapi apa yang aku buat dalam kereta masa on the way balik rumah adalah aku menangis semahu mahunya. Bila sampai rumah aku terus naik bilik dan menangis. Agaknya mak aku str3ss kot, mak aku masuk bilik dia jerit, “kau nak pergi sangat kan? Ok jom aku hantar!“ sambil tu dia tarik aku.
Nasib masa tu aku tak tukar baju lagi. Dengan tak bawa apa apa, mak aku terus tarik masuk dalam kereta dan bawa aku pergi masjid tu balik. Tempat mak aku parking betul – betul depan ustazah dan kawan – kawan aku tengah berkumpul.
Aku menangis semahunya sebab bukan dengan cara dan perasaan ni untuk aku pergi masjid. Lagipun aku nak cari pahala tapi aku rasa macam berd0sa sebab dah buat mak aku marah. Mak aku capai pintu, tolak aku dari tempat penumpang dan ya semua orang tengok. Dan aku pun terduduk atas jalan.
Dan masa ni ustazah datang dekat aku dan tanya kenapa jadi macam tu. Aku terus peIuk dan bagitau,“ saya nak tidur sini tapi saya tak bawak baju,“ ustazah senyum je. Dia cakap takpe nanti dia bagi baju. Aku masuk masjid dengan muka tebal, basuh muka dan duduk dengan kawan – kawan aku. Takde sorang pun kawan tanya kenapa. Mungkin sebab diorang tak nak aku sedih atau rasa serba salah nak tanya.
Dan masa ni ustazah naik basikal balik rumah sewa dia untuk ambilkan aku baju. Ustazah sampai je dia bagi aku beg kertas. Aku keluarkan baju dalam tu dan aku tersentak. Ustazah bawakan aku baju muslimah berwarna ungu dan tudung labuh. Sebab masatu aku pakai tudung pendek. Jadi masatu aku rasa macam “ya Allah….“
Dan sejak tu aku pakai tudung labuh. Masuk sekolah form 4 aku pakai tudung labuh pergi sekolah dan di luar . Dan biasalah kalau sekolah biasa gelaran ustazah tu wajib bila kau sorang je pakai tudung labuh.. Mak aku tak cakap apa pun masa aku pakai tudung labuh. Cuma ada satu perkara aku tak boleh lupa.
Mak aku ni ramai kawan jadi selalu kawan dia datang rumah. Dan masa aku hidangkan air dekat kawan mak aku, kawan mak aku tegur, “eh dah pakai tudung labuh, sejuk perut mak mengandung,“ cuba teka masa ni mak aku cakap apa? Dan masa ni sungguh aku tak tahu apa maksud yang mak aku cakapkan tu. Mak aku cakap, “ala munafik je ni“.
Jujur aku tak tahu apa itu maksud munafik dan aku tak cari tau pun maksud munafik sampai lah aku terbaca sendiri dekat facebook. Bila ada orang kongsi maksud munafik aku menangis semahunya sedih kecewa tak terkata. Masa tu aku putvs asa nak berubah tapi alhamdulillah aku berjaya. Aku berjaya ubah mindset mak aku masa tu.
Susahnya waktu tu sebab mak abah ni kerap berg4duh. Tiap hari berg4duh. Aku tak sanggup nak dengar sampailah aku diuji. Ada satu hari tu aku str3ss sangat sampai aku telan piI banyak – banyak. Aku rasa dah tak nak hidup dah. Masa tu aku masih umur 16 tahun. Dan aku pengsan dekat sekolah, aku ingat lagi cikgu cakap nadi aku dah lemah sangat. Nasib sekolah dekat dengan hospitaI. Cikgu yang hantar aku pergi hospitaI naik kereta sebab kalau tunggu ambulans mungkin aku tak dapat diseIamatkan.
Seingat aku masa aku sedar mak aku ada di sisi aku. Dalam tengah pening – pening tu, aku dengar suara doktor cakap, “awak ni g4duh dengan pakwe ke sampai nak bvnuh diri.“ Mak aku cubit aku sekuatnya dan cakap aku ni memalukan mak aku. Tanpa tanya, “kenapa kakak buat macam ni. Kakak ada masalah ke”
Selepas kejadian tu hari hari aku di sekolah sangatlah sukar. Aku dicop sebagai ustazah tak sedar diri. Ustaz ustazah aku dekat sekolah pun tuduh aku tanpa usul periksa. Semua anggap aku g4duh dengan pakwe padahal aku memang takde pakwe.
Habis sekolah aku mula kerja di kedai makan. Setiap kali dapat gaji aku akan terus bagi mak aku sebab mak aku nak bayar itu ini. Oh ya, abah aku memang selalu takde, dan jarang bagi duit nafkah. Jadi mak aku yang tanggung semuanya. Aku pun cari kerja gaji besar sikit, sebab kerja kedai makan gaji 20 ringgit sehari. Kerja baru aku gaji sebulan RM700. Memang okay sangat lah kan masa tu.
Setiap bulan RM700 aku dapat gaji, RM700 bulat bulat aku bagi dekat mak aku. Jujur aku tak ambil satu sen pun walaupun masa remajakan nafsu lain sikit tapi berjaya kawal. Aku ingat lagi aku minta mak aku 5 ringggit sebab nak beli nasi. Aku kerja dari pagi sampai malam. Mak aku jarang giIer masak selalu beli bungkus je.
Mak aku tengking aku dia cakap, “kau ni ingat aku cop duit ke. Tau nak melantak je.“ jujur haritu aku tak makan apa apa lagi. Aku pun cakap, “takpelah mak,“ adik aku pun marah aku. Dia cakap aku ni minta duit mak aku je tapi sump4h sepenuhnya gaji aku bagi dekat mak aku, satu sen tak ambil aku cuma nak duit makan je.
Entahlah. Aku pun tak tahu selalu ada je tak kena. Mungkin Iumrah anak sulungkan? Adik beradik lain mak aku tak pernah menyumpah atau cakap bukan – bukan. Kalau dengan aku, ini yang mak aku selalu cakap,
“anak har4m“ “aku har4mkan susu“ “anak tak guna“ “menyesal aku tak bvnuh kau masa kecil“ “tak civm bau syurga“ “tak payah solat sebab Allah tak terima kalau kau derh4ka dengan aku“ “aku doa kau dapat laki macam aku“
Jujur aku cakap, aku tak pernah tinggikan suara dengan mak aku, nak meIenting lagi lah. Nak m4ki hamun jauh sekali. Tapi itu yang mak aku selalu cakap bila dia tengah marah. Dan dia p4ntang kalau aku menjawab. Menjawab tu tanda derh4ka sangat walaupun aku cakap slow – slow dan cuba nak pert4hankan diri tapi tu dianggap derh4ka kot.
Kadang aku memang rasa syurga tu tak wujud untuk aku. Ya aku cemburu tengok kawan aku dapat keluarga bahagia, mak yang sentiasa doakan yang terbaik untuk anak dia. Aku tahu mak aku sayang aku, dan mungkin dia tak pandai nak tunjukkan sayang dia atau eg0 nak tunjuk.
Maaf kalau ayat berterabur dan tak tersusun. Dah lama aku pendam dah tiba masa untuk luah. Hopefully aku rasa lega cerita dekat sini setelah bertahun tahun aku pendam. Nanti aku kongsi yang doa mak aku memang termakbul. Kata kata mak aku, semua terjadi dekat aku sekarang. Sekarang nak tidur. Terima kasih sebab sudi baca.
Semoga hidup kita sentiasa tenang dan diberkati Allah s.w.t. Sesungguhnya aku manusia biasa, banyak d0sa teramat banyak d0sa. Assalamualaikum. Yang benar, – Tiupan angin (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Fatim Azmi : Kepada ibu – ibu yang katanya bertahan dalam perkahwinan tak membahagiakan semata – mata sebab anak – anak, ambillah iktibar. Takde yang menguntungkan pun kalau terus kekal dalam perkahwinan t0ksik ni, kalau kita sendiri tak bahagia, anak – anak lagi laa tertekan. Kesian confessor, semoga mak ko sedar dik, bukan suami je yang boleh bagi bahagia, punyai anak yang baik pekerti pun sebenarnya membahagiakan juga
NK Bunga : Aku tak akan suruh kau tabah dik. Kau kena letak sempadan dalam hidup kau. Kalau tak sampai kau tua pun, bersuami pun, kau akan dilayan teruk. Kau kena tegas dik. Berkata ‘tidak’ bukan maksud kau derh4ka. Sebab aku takut kau akan jadi s44kit mentaI dalam diam. Kau jangan pend4m dik. Ni4ya jiwa kau nanti. Mak macam ni memang wujud.
Hidayah Jaafar : Dik, kalau dah habis SPM mohon masuk U mana – mana, tak pon UITM sebab kalau diploma ada elaun makan. Jangan dengar cakap mak kalau dia tak bagi smbung belajar. Awak pergi sambung belajar, mohon PTPTN dan buat kerja sampingan tu. Dekat U ada asrama boleh tinggal situ. Awak kuat dik, tahan sikit lagi sementara nak keluar rumah.
Rose Ahmad : Allahu, bertuahnya mak adik dapat anak semanis budimu. Akhlak yang bagus, hati nan murni. Doakan adik Allah berkati dan perolehi damai di hati. Mana – mana insan pun kadangkala tak tahan hadapi tekanan kehidupan. Adik tenangkan jiwa, cari kerja yang gaji ok, belajar berdikari. Tak perlu bagi semua gaji kepada mak. Kalau gaji seribu bank in RM200 sebulan kepada mak dah memadai. Adik cari bilik sewa dan belajar berdikari.
Rosjusuziana Jumaat Ali : Orang selalu cakap anak derh4ka, mak ayah tak ada d0sa pada anak – anak. Silap besar pandangan tu. Semoga diri sendiri tidak tergolong sebagai ibu yang gagal menunaikan amanah, gagal adil, gagal menunaikan hak anak – anak.
Jangan nanti kita buat d0sa yang tak berpenghujung. Hari ni kita berd0sa d3ra, pilih kasih, abaikan anak. Ke depan pula kita berd0sa kerana buat anak berd0sa dengan kita disebabkan dend4m masa mereka kecil.
Dah banyak kita lihat akibat perbuatan mak ayah terhadap anak – anak sampai anak – anak pun bertindak membuang dan mengabaikan orang tua. Maka kitaran d0sa ini pun berterusan kerana generasi depan (cucu cicit) pula melihat cara – cara anak – anak kita melayan kita..