Sekarang suami tolak tepi, Iantak pi la dia, nak balik, tak nak balik, Iantak. Malas nak fikir. Suami tak balik tu disebabkan dia ada bini lain (kahwin 3) bini yang satu tu, kami tak ngam dengan dia.
#Foto sekadar hiasan
Assalamualikum admin dan semua pembaca..
Actually saya nak kongsi pasal indah dan pahitnya bermadu. Pahitnya macam korang semua tau, nak berkongsi suami memang p3rit sangat, nauzubillah. P3ritnya tu hanya Allah yang tahu, sampai boleh tahap mer0yan.
Tapi bila terima qada dan qadar, sabar, akhirnya terbuka hari terima seorang madu bahkan madu duduk serumah dengan saya. Rasa cemburu? Tak payah cakap la, tipu la kalau saya tak ada rasa cemburu tapi bila fikir sisi baik, sebenarnya banyak sngat kebaikan saya dapat.
Saya dapat kawan (madu) yang betul – betul baik, sampai anak saya yang aut1sm lebih rapat dengan dia dibandingkan dengan saya. Kawan suka dan duk4, bila ada yang tak kena dengan suami, berdua rancang dan fikir jalan keluar, ada kawan yang selalu kena pr4nk dengan saya. Tipu lah kalau kami tak pernah berg4duh tapi kami g4duh – g4duh manja je. Tak sampai sejam, baik balik.
Sekarang ni dia dah mcm adik saya dan saya lagi sayangkan dia dari adik kandung saya sendiri. Bila nak s4kit hati je, ingat yang dia adalah anugerah untuk saya dan anak – anak saya. Sekarang suami tolak tepi, Iantak pi la dia, nak balik, tak nak balik, Iantak. Malas nak fikir. Suami tak ada pun aku dah tak kesah dah. Suami pulak yang tak pernah menyenangkan hati. Baik hilang suami dari hilang madu. I love her so much.
Itu je nak kongsi, bermadu tu, tak ada la sepahit orang cakap. Awalnya memang pahit bagai nak m4ti tapi bila terima pahitnya, manis pulak yang dapat. Dulu sebelum masuk Islam, saya hin4 Islam sebab p0ligami, fikir macam tak senonoh, tak elok, semua serba tak kena. Akhirnya masuk Islam, Allah uji saya dengan berp0ligami, haha. Padan muka aku. Itu je nak cakap, jangan dik3cam ye.
Sambungan..
Saya nak perbetulkan comment pada luahan saya yang sebelum ini ya. Actually saya sayangkan madu saya dari suami sendiri bukan sebab kami Iesbian. Haha, Mengarut betul la, saya tau lagi halal dan h4ram.
Madu saya ni la peneman saya susah dan senang. Ada masalah settIe sama – sama. Pergi ke mana pun bersama. Dia sayangkan anak – anak saya. Senang cerita, dia lagi menyenangkan hati la berbanding suami. Itu sebab suami balik ataupun tak balik, saya tak kesah sangat, sebab saya ada madu. Dan madu ada saya dan anak – anak kami. Suami tak balik tu disebabkan dia ada bini lain (kahwin 3) bini yang satu tu, kami tak ngam dengan dia. Dia yang tak boleh nak terima kami. Bukan kami yang tak terima dia. Tak mau cerita panjang – panjang, tak nak 4ibkan orang, biarlah dia menguasai suami, ambiklah suami tu, bukan boleh bawak m4ti pun suami tu.
Saya tak nak cerita pasal suami ni. Nak cerita, takut jadi lain. Berd0sa kalau nak dicerita 4ib si suami. Saya pun bukan isteri yang sempurna yang tak ada 4ib. Biarkan la suami dengan dunia dia sendiri. Ada yqng kata “cemburu tanda sayang” itu dulu. Tapi sekarang dah tak nak cemburun – cemburu ni. Meny4kitkan hati je nak cemburu, lama – lama suami dah tak wujud pun dalam hati. Sekarang saya dengan madu h4rungi hidup bersama, bukan suami tak balik langsung. Ada balik, tiap hari balik. Tapi tak bermalam. Seronok la ada madu, masak sama – sama, cari rezeki sama – sama, jaga anak sama – sama, semua sama – sama. Allah ambik suami, gantikan dengan madu.
Perancangan Allah tu sempurna, Dia Maha Mengetahui, mungkin Allah tau yang madu lagi akan membahagiakan saya dan anak – anak berbanding suami. Saya muallaf, saya belajar agama dan solat sendiri. Suami tak pernah ajarkan saya solat cuma bagi nasihat ceramah macam ustaz tu ada la. Sekarang madu saya ada, madu pulak yang perbetulkan ibadah saya, mana yg dulu tak betul, dia perbetulkan. Ajar saya mengaji, kadang – kadang madu jadi imam. Itu sebab saya dan madu putvskan untuk tinggal serumah tak nak asing rumah. Kalau asing rumah, takut berjauhan…nanti kami tak serapat macam ni lagi.
Ada yang kata, cerita ni rekaan semata. Cerita ni nyata dan jadi pada saya sekarang ni, banyak ujian yang saya kena t3mpuh lagi bersama madu saya. Perjalanan kami panjang lagi nak membesarkan anak – anak kami. Doakan kami berdua bahagia dan dimurahkan rezeki.
Komen Warganet :
Umairah Cempaka
Kisah ni macam bini pak cik saya, bini 1 dan 2 rapat duk pun serumah. Susah senang bersama, tidur sebantal. Macam tu jugak arw4h nenek dengan madunya, sangat rapat. Ada seorang dekat kampung saya pun sama. Seronok tengok, mereka tak pernah g4doh.
Ema Sani
Kalau bertiga memang macam tu. Berdua je yang selalu per4ng. Masing – masing nak tunjuk siapa lagi hebat. So lelaki kalau nak selamat kahwin tiga. Tapi banyak lelaki mesti tak sanggup sebab kahwin dua pun dah macam pe4ang dunia kedua inikan pula kahwin tiga. Yang isteri pertama mesti lah tak rasa apa – apa bila dapat madu yang ketiga. Yang kedua pulak dah dapat kifarah macam mana dia buat pada isteri pertama. Haa, macam tu lah.
AAs Sidek
Alhamdullillah.. Terbaik.. Dengar pun kasihan, suami yang jenis rambang mata ni, sem4kin kurang kasih sayang dan perhatian, tentu lebihkan yang termuda. Bila raya tentu ada yang sana sini, macam mana lah perasaan anak – anak pula? Tua – tua esok siapa jaga siapa terutama si suami. Moga tt dan madu diberi kekuatan dan kasih sayang hingga ke akhirnya..
Noor Izan
Cite sama macam arw4h sepupu, suami kaki pompuan dia hanya tahu ada sorang je madu yang tinggal skali niaga sama – sama. Suami goyang tel0r, tahu – tahu ada madu lain yang dah 10 tahun dan siap laki belikan stesen minyak untuk madu baru. Sedangkan sepupu dan madu dia yang bertungkus Iumus berniaga. Tengok – tengok orang lain yang dapat kesenangan.
Nur Cahya
Saya ada kawan yang merupakan isteri kedua yang mempunyai hubungan baik dengan madunya. Tapi yang bermasalah adalah suami. Sehinggalah si suami meninggaI dunia, kawan saya masih baik dengan madunya malah mengambil madunya bekerja sama – sama dengan dia kerana sepanjang hayat suami, madu tidak bekerja. Kawan saya memang mempunyai bisnes sendiri.
Ida Basir
Alhamdulillah… dapat madu yang baik. Semoga kekal ke jannah ya puan. Biar lah suami tu dengan bini baru dia. Lama – lama nanti dia cemuih bini baru tu dia cari nombor empat pulak. Mungkin masa tu bini nombor tiga dia ngam dengan puan dan madu puan.