Setiap kali aku mengandung hingga bersalin, aku akan di hantar ke kampung sampai berbulan malah ada sampai setahun. Ketika aku bersalin anak yang keempat, aku terlihat status Whatsapp nombor tersebut, selepas aku baca aku bagai dir4suk dan cuba bunvh anak yang baru sejam keluar dari Iabour room..
#Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum. Aku seorang isteri, suri rumah dan ibu anak 5. Aku bernikah dengan lelaki yang amat aku sayang dari umur aku 15 tahun. Dia kekasih pertama aku. Kami sebaya, bernikah ketika umur 27 tahun. Pasangan yang dikenali. Sangat setia antara satu sama lain. Sebelum bernikah, aku seorang yang berkerjaya , aku suka dengan kerja aku sebagai PA. Aku disuruh berhenti kerja kerana cemburu. Kerana sayang , aku turutkan. Aku tidak bekerja sehinggalah aku bernikah dengan suami aku. Ibu ayah agak kecewa sebenarnya dengan keputusan aku.
Setelah setahun bernikah, dikurniakan aku mengandung akhirnya selepas dua kali keguguran. Suami dapat ditukarkan kerja di Kuala Lumpur. Kami berpindah. Disebabkan alahan yang sangat teruk, aku dihantar ke kampung sehinggalah hari melahirkan.
Aku percaya suami aku. Sangat percaya. Percaya yang melebihi had. Selepas 6 bulan kelahiran, aku balik ke K.L.
Aku sangat bahagia walau hidup sangat bersederhana. Semua pon sedia maklum kehidupan di Kuala Lumpur gaji RM5,000 pon belum tentu cukup. Aku isteri yang tidak pernah merungut, tidak pernah meminta apa – apa dari suami, boleh dik4takan aku sepenuhnya menurut kata suami. Aku tidak pernah meIarang suami aku keluar dengan kawan – kawan balik jam 2 – 3 pagi. Tidak pernah meIarang apa yang dia nak buat, malah tidak membant4h cakapnya. Aku tidak tahu kenapa sayangnya aku pada suamiku sampai begitu. Semua aku tinggalkan. Semuanya termasuk kawan baik aku, demi suami aku. Aku buat apa sahaja untuk suami aku. Dari tidak tahu memasak, semuanya aku tahu sekarang. Demi suami aku. Suami aku tidak pernah pula layan aku buruk malah menat4ng aku, manjakan aku, walau tiada hadiah, barangan mewah, kami sangat bahagia.
Ditakdirkan aku mengandung lagi selepas setahun sembilan bulan anak aku yang sulong. Suami aku ditawarkan kerja yang lebih baik dengan gaji yang lebih baik. Sekali lagi aku dihantar ke kampung kerana alahan yang sangat – sangat teruk. Kepercayaan aku pada suami tak pernah menurun, malah sem4kin menebaI. Tidak pernah ada syak wasangka walau sedetik pon. Setelah melahirkan, aku minta izin untuk tinggal lama sedikit di kampung kerana anak – anak kami lahir pramatang dan perlu penjagaan yang rapi.
Masa dalam pant4ng, pakcik dan makcik aku datang melawat, p4ksa aku balik ke Kuala Lumpur , jangan tinggal lama – lama di kampung. Bila ditanya kenapa, mereka hanya membisu. Sedikit pon hati aku tidak terdetik ianya berkenaan dengan suami aku.
Setelah hampir 9 bulan di kampung , aku balik ke K.L.
Hari – hari aku tidak lagi sama seperti sebelum ini. Suami aku kerja shift. Jadi, masanya adakala lebih kerja daripada aku dan anak – anak dengan alasan kerja lebih masa, O.T. Masih tiada apa – apa rasa syak wasangka kerana aku yakin, keluarnya suamiku untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Sehinggalah satu hari, pakcik aku datang ke rumah dan beritahu perihal suamiku di luar. Aku tidak percaya walau satu pon kata – katanya malah menghalau pakcik aku keluar dari rumah. Aku menangis semahunya. Dan aku ceritakan, bertanya sama ada cerita itu benar. Suami aku menafikan malah sejak haritu dia akan beri aku salinan jadual kerjanya.
Suami aku tukar kerja lagi. Kali ini masanya dengan aku dan anak – anak m4kin berkurang. Tiada lagi shift, tetapi selalu sibuk dengan pengurusan pekerja asing. Tapi tiada hari yang suami aku tidak balik ke rumah. Selewat – lewatnya dia di rumah jam 2 pagi. Untuk pengetahuan semua, aku tidak suka “sp0t check” telephone suami aku. Malah waktu itu juga aku tiada aplikasi whatsapp. Entah kenapa satu hari tangan ni gataI nak guna telephone suami aku. Aku terp3mpan kerana last memory adalah gambar seorang perempuan. Gambar tu tidak berapa jelas seolah keadaan ketika itu kelam, mungkin penggunanya teragak – agak untuk menggunakan aplikasi kamera. Tapi yg pasti, ianya jelas pada pandangan aku gambar seorang perempuan. Dan aku salin nombor telefon yang kerap keluar dalam call listing suami aku. Berlaku sedikit perteIingkahan. Suami aku menafikan sekerasnya. Dia meminta maaf berkali – kali mungkin kerana kesiIapan dia membenarkan kawan sekerjanya menggunakan telefonnya.
Kes di atas terus berlalu begitu sahaja. Kepercayaan pada suami aku tetap sama. Aku mengandung lagi. Kali ini kandungan sudah mencecah 5 bulan baru aku dihantar ke kampung kerana aIahan tidak teruk seperti kandungan sebelum ini. Dan di hantar ke kampung kerana suamiku bertukar kerja lagi.
Kali ini aku di kampung sehingga anak aku berusia setahun memandangkan anak sulungku bersekolah. Hujung bulan November, baru aku balik ke K.L dan kami sudah berpindah ke rumah yang lebih baik. Aku suka sangat dengan rumah tu. Dan dengan izin Allah SWT aku mengandung lagi ketika anak aku yang ke 4 baru berusia setahun 2 bulan. Agak mem3ranjatkan aku sebab aku tak pernah skip ubat per4ncang kehamilan. Dan sejak aku mengandung, aku sem4kin kerap berg4duh dengan suami aku.
Boleh dik4takan ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya. Aku dapat rasa ada sesuatu yang berada dalam fikirannya. Setiap hari, dia akan cari salah aku. Aku cuba positifkan diri aku. Mungkin sebab kandungan aku kali ni aku sering s4kit dan sering demam dan mungkin agak menyusahkan dirinya. BerIarutanla perteIingkahan kami sehingga kandunganku masuk 5 bulan. Dan selama 5 bulan tu jugalah aku berendam airmata.
Entah apa yang membuatkan suami aku tiba – tiba memohon maaf ketika kandunganku mencecah 6 bulan. Aku rasa sangat bahagia. Tapi bahagia tu hanya sementara. Cukup usia kandunganku 7 bulan semuanya berubah. Entah kenapa lagi sekali gataI tangan aku dan terdetik hati untuk “sp0t check” telephone suami aku sedang dia tidur. 2-3 message yang mesra dengan nombor yang tiada nama. Aku salin nombor tu tanpa pengetahuan suami aku, aku bandingkan dengan nombor yang aku salin pada tahun 2013. SAMA!
Aku k3jut suami aku, aku tanya dengan tenang siapa yang dia message. Aku nak dengar alasan dari dia. Nampak tergamam, ambil telephone dari tangan aku. DeIete mesej – mesej tu. Dia pegang tangan aku, dia cakap bukan dia, pekerja dia guna telephone message girlfriend. Aku menangis semahunya. 2013 dan 2017 pekerja dan kawan sekerja tidak sama. Aku tahu dia menipu aku. Dia bersiap dan keluar bekerja. Berkali aku call nombor yang aku salin. Tiada jawapan, seolah tahu itu adalah aku.
Aku menghantar mesej ke nombor itu setelah berkali – kali aku cuba untuk bercakap dengan pemilik nombor tu. Message tu hanya meninggalkan “blue tick” sahaja. Sejak dari haritu kepercayaan sem4kin menurun. Suami aku perasan perubahan diriku. Semahunya mengambil hatiku. Aku tetap melayan suamiku seperti biasa. Tiada kurang , cuma kepercayaan tu sem4kin hilang. Sehinggalah kandunganku cecah 8 bulan , aku minta dihantar ke kampung untuk bersalin.
Cukup usia kandungan, aku bersalin. Tidak sampai sejam aku keluar dari Iabour room aku cuba bunvh anak aku. Sebab? Aku ternampak pemilik nombor up status di whatsapp mengucapkan tahniah atas kelahiran baby seolah – olah tahu aku baru selamat melahirkan dan mesej tu macam ditujukan kepada aku. Entah macam mana aku tersedar, aku menangis semahunya. Aku peIuk anak aku. Berkali aku minta maaf pada anak aku. Sejak dari haritu , pemilik nombor tu akan up status – status di whatsapp yang seolah – olah ditujukan kepada aku. Aku menangis setiap malam. Susu aku m4kin berkurangan. Hari kedua anak aku warded kerana j4und1ce.
Hari ketiga ke fisi0terapi kaki, sambung ke ward. Bayangkan dari hari pertama aku bersalin hatiku rungsing, anak aku j4und1ce, kaki anak aku bermasalah. Hari keempat keluar ward. Balik ke rumah, tidak tumpu sepenuhnya pada anak aku. Hatiku runsing. Aku menangis setiap malam. Setiap hari aku ke klinik kerana j4und1ce. Cukup seminggu masih lagi tidak turun, aku dipanggil doctor. Anak aku diambil dar4h untuk menentukan sama ada anak aku proIonged j4und1ce atau ada masalah lain. Doctor tanya jika aku ada masalah, susu aku tidak keluarkan kuantiti susu yang cukup untuk anak aku. Dan untuk pertama kali aku menangis di hadapan doctor, orang yang aku tidak kenali. Aku, doctor diagn0sis dengan bahasa kita “mer0yan” . Doctor suruh aku fikirkan anak aku. Hanya anak aku.
Setiap malam aku terus menangis. Cukup anak aku sebulan , pemilik nombor tu message aku, buat pengakuan dia adalah isteri kedua suami aku. Yang tidak diiktiraf di Malaysia dan mempunyai seorang anak. Dia seorang janda , berusia 10 tahun lebih tua dari suami aku. Gelap aku rasa. Seluruh tubuh badan aku menggeIetar. Aku tahu, kalau aku tidak kawaI diri aku waktu itu mungkin aku melakukan perkara di luar jangkaan. Aku tanya suami aku, sebulan masa yang diambil untuk mengaku perbuatannya dan dia telah pon menceraikan perempuan tua itu. Dan disebabkan itulah aku tahu semua nya. Kerana perempuan tua itu mahukan hak sebagai isteri kedua dan suami aku tidak mahu aku tahu jadi diceraikan perempuan tua itu. Dan suami aku tidak sangka yang perempuan tua itu akan menceritakan segalanya pada aku.
5 tahun aku ditipu. 5 tahun kepercayaan aku dipergunakan. Sekali lagi aku abaikan anak – anak aku. Aku abaikan baby. Setiap malam aku menangis. Siapa pon dalam family aku tidak tahu perihal rumahtangga aku. Aku tak nak family aku, parents aku pandang rendah pada suami aku. Setiap saat aku rasa aku yang banyak kurang , aku rasa aku tidak pandai jaga rumahtangga aku sehingga dicer0bohi, aku tidak pandai layan suami aku walau bertahun lamanya aku hidup dengannya sehingga suami aku ada hubungan dengan perempuan lain, tanpa aku sedari.
Baby turun berat badan. Sekali lagi aku dipanggil doktor. Ambil ujian d4ss. Aku disahkan kemurvngan. Tapi doctor tidak galakkan aku untuk on medication, yang hanya akan memusn4hkan lifetime aku dengan berg4ntung pada ubat. Doctor harap sangat aku contr0l diri aku. InshaAllah setakat hari ni, saat aku menulis ni, aku masih boleh contr0l diri aku walau kadang episod em0si aku datang. Apa yang aku buat? Solat sunat, dan ingat kembali waktu – waktu aku mula bercinta dahulu. Itu sahaja cara aku mengubat hati aku.
Malam – malam aku hanya berteman air mata. Aku rasa malu dengan diri aku sendiri. Buat masa ni, aku masih di kampong. Belum bersedia untuk hidup sebumbung dengan orang yang mengkhi4nati cinta aku. Aku berdoa ik4tan pernikahan ini masih dan akan kekal demi kebahagiaan anak – anak aku. Aku tidak mahu anak – anak aku jadi m4ngsa penceraian. Aku tenangkan hati aku, pujuk hati aku yang semuanya terjadi kerana Allah ada merancang yang lebih baik untuk aku.
Doakan aku tetap terus mendapat ketenangan. Saat aku menulis, kejadian hitam ini genap setahun dan perempuan tua itu masih mengganggu aku. Mungkin berharap aku bercerai dengan suamiku. Tapi kali ni aku nekad, aku akan laporkan semuanya.
Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasakan, berper4ng dengan em0si sendiri. Sebelum ini hanya membaca tentang perwatakan mer0yan, murung dan ianya terjadi pada diriku sendiri. Ya Allah, jika kalian tahu rasanya bagaimana…. Sungguh, aku mend3rita. Aku kecewa dengan diri dan hidupku sendiri. Tiada lagi kepercayaan dariku untuk suamiku. Yang hanya tinggal secebis kasih sayang hanya demi kebahagiaan anak-anak aku.
Pada wanita – wanita di luar sana baik yang masih single atau janda aku merayu dan memohon janganlah mengganggu rumahtangga dan janganlah jadikan “JOD0H” sebagai alasan untuk memiliki. Jika benar rasakan suami orang itu adalah jod0h kalian, datanglah berjumpa, bersemuka dengan isteri pertama lelaki tersebut. Tidakkah kalian juga wanita, punyai rasa hati yang lembut? Kenapa mahu mengh4ncurkan hati yang lembut itu? Mungkin kalian bangga?
Masihkah ada cinta untuk suamiku? – TIADA – ianya pergi dengan setiap titisan airmataku.
– N.H. Narlia
Komen Warganet :
Ruhaiza Samsudin
Tapi kan part jgn tinggal suami lama – lama tu betul.. mmm seeloknya berpant4ng jangan lama sangat dekat kampung. Part masa preggy tu saya faham sebab yang alahan ni kadang – kadang ada orang memang teruk sangat sampai tak boleh buat apa. Tapi part pant4ng tu seeloknya lepas habis pant4ng terus balik ke rumah sendiri semula. Nanti lepas tu kan boleh balik kampung lagi. Yang penting jangan buat suami rasa dia tu tak ada anak bini..
Nuranis Izzaty
Hm saya bersimpati dengan puan. Tabahnyaaa puan. Tapi melalui pembacaan dan pemahaman saya ada silapnya dari kedua dua beIah pihak. Ya silap si suami menduakan puan dan menipu puan bertahun tahun. S4kittttt sangat rasanya ditipu. Hal kepercayaan jangan dibuat main. Tapi suami puan juga manusia biasa dan seorang lelaki. Teringat ustazah saya bagitahu, suami ni jangan ditinggal dibiar lama lama.
Kerana sy4itan lagi mudah memes0ngkan hatinya, kerana memang dari saat menikah pun memang misi sy4itan nak memusn4hkan rumah tangga umat manusia. Adalah silap bila puan TERLALU berlama berjauhan dan mengambil masa untuk berasingan dgn suami walau sebab kerana berpant4ng atau menenangkan hati. Cukuplah seminggu dua paling lama. Jangan dibiar suami terbiasa tanpa puan di sisi.
Apapun masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Cubalah menangi dan taw4n hati suami balik sebagaimana usaha puan dari usia 15 tahun tu.. bila dah jadi isteri, lagi lah kena usaha jaga hubungan yang halal dah ni kan. Kadang ujian Allah bagi untuk kafarah kita di masa lalu atau tanda kasih Allah. Moga puan diberikan kekuatan dan jalan penyelesaian terbaik dan moga suami puan tu insaf seinsafnyaaa , bertaubat kerana mempersendakan kepercayaan seorang wanita bergelar isteri dan ibu kepada anak – anaknya
Nur Quiyah Qui
Semoga puan sentiasa tabah untuk menghadapi ujian ni. Kalau support system puan kuat, ada dokongan daripada keluarga, lebih baik puan fikirkan kepentingan diri sendiri. Daripada hidup mer4na, hilang kepercayaan, menangis setiap malam, sekurang – kurangnya jika puan punya hidup sendiri, ada kerjaya, punya kehidupan yang bukan berkisar tentang anak – anak sahaja, boleh kurangkan perasaan mer0yan tu. Berubat, berpant4ng kembali untuk kesihatan diri. Saya doakan yang baik – baik sahaja untuk puan dan anak – anak.
Nursarah Puteri
Tempat isteri yang paling baik adalah berada di sisi suaminya. Lelaki yang dah berkahwin dan normal kalau boleh rela tinggal bini berbulan bertahun kat kampung tu harapan tinggi la pi kawen siam. Isteri – isteri janganlah mudah percaya suami 100% walaupun berjauhan berbulan – bulan. Cek la henpon suami. Cek akaun bank dia sekali. Ye suami anda setia dan baik. Tapi perempuan di luar sana tak peduli pun jika nak ramp4s laki orang dorang ramp4s juga.
Syuhada Norizan Kahar
Maaf pada pendapat saya, move on je. S4kit rasanya ditipu, hidup kita sekali je. .Tak layak sis habiskan hidup untuk lelaki macam tu sis. Penipu buat jadi kuli je untuk lelaki yang tak menghargai sis. Dah salah sekali cukup, 2 kali buat salah, sampai jadi bini. Tak pasal sis jadi mesin buat anak dengan maid je. Move on please, sampai kemurvngan boleh bawak m4ut. Ambil masa lama, lepas tu beranak pinak dah tak boleh nak lari, lari je la. Nak tunggu sampai anak 5 – 6 terbongk0k-bongk0k baru nak pergi, silap besar. Jangan masa tua berendam air mata. Cerai tu maybe tipu je, dah nama pun penipu. Nak pujuk punya pasal. Silap – silap rujuk balik, buat modal nak ambil hati sis je.