Sebagai anak lelaki sulung, suami yang tanggung perbelanjaan adik – adik dan emaknya. Setiap bulan tak pernah lupa duit walaupun untuk besarkan dapur rumah. Suami diberhentikan kerja ketika umurnya dah masuk 40-an. Bila suami terus terang dengan mertua, terk3jut dengar jawapan dari mak mertua…
#Foto sekadar hiasan. Tidak dinafikan hidup ini seperti roda, ada ketika kita di atas, ada masanya kita di bawah. Bila di atas janganlah lupa kita membantu mereka yang memerlukan, khususnya adik – beradik yang susah, sebab kita tak tahu pada bila – bila masa Allah akan menguji kita, ketika itu sepatutnya kita mendapat simpati kalaupun bukan bantuan wang ringgit dari adik beradik, agar kesusahan kita terasa reda.
Tetapi tidak sedemikian dalam keluarga adik – beradik suami saya. Terus terang saya katakan ketika mereka susah, sebab emak bapak duduk kampung, kerja menoreh aja, jadi kepada si abanglah mereka men4gih bantuan. Tapi maIangnya bila semua sudah bekerja, mereka lupakan tangan yang pernah hulurkan bantuan kepada mereka dulu.
Saya tak nafikan, sekarang kehidupan kami suami isteri boleh dik4takan terdesak, terutama sejak suami saya diberhentikan kerja beberapa tahun lalu. Sejak suami berhenti kerja, sayalah yang tanggung makan minum dan menguruskan rumahtangga. Suami nak cari kerja bukan mudah sebab umur pun dah meningkat 40-an. Siapa yang nak ambil kerja orang yang dah tua sebab ramai anak – anak muda lebih mampu, berkelayakan di luar sana.
Tidak saya nafikan masa berhenti kerja dulu suami saya, Ezat dapat sedikit duit pamp4san yang diberikan majikan, disebabkan memang jadi kebiasaan Ezat bantu emaknya setiap bulan sejak mula bekerja lagi, maka dia beri sedikit duit pada emak. Kerana emaknya berhajat nak besarkan rumah dapur. Dengan ikhlas tanpa banyak kira Ezat hulur bantuan.
Bila saya tanya adakah baki simpanan, sebab saya fikirkan anak – anak yang 3 orang ini sedang remaja, nak belajar dan sudah pasti perlukan wang yang banyak. Dengan lembut hati Ezat kata, `jangan bimbang rezeki Allah beri jika kita berusaha. Saya beri emak, tak banyak, InshaAllah saya cari kerja lain untuk tampung belanja hidup.
Saya iakan, lagi pun itu duit dia, dia berhak berikan pada emaknya. Semasa bekerja pun setiap bulan Ezat tak pernah lupa beri pada emaknya. Semasa 2 orang adiknya masih belajar dulu lebih teruk lagi, kadang kala Ezat pinjam duit saya untuk beri pada adiknya. Kita suami isteri pinjam meminjam benda biasa, selalunya Ezat lupa ganti, katanya tunggulah bila ada duit dia ganti. Biasanya masa berlalu dan saya terlupa.
Sebagai anak lelaki sulung, emaknya harapkan Ezat tanggung belanja adik – adik yang masih belajar. Sebab nak harapkan kakak Ezat, dia suri rumah tak bekerja. Adik Ezat juga perempuan tak bekerja dan sudah beranak pinak. Jadi harapan Ezat, bila adik – adik lelakinya bekerja bolehlah bantu emak, atau bantu Ezat jika anak – anak kami perlukan bantuan pada masa depan. Harapan Ezat, supaya sikap saling membantu wujud dalam keluarga mereka.
Tetapi harapan tinggal harapan, bila 2 adik Ezat sudah bekerja, mereka sibuk nak simpan duit buat hantaran kahwin. Hinggakan nak bantu emak pun mereka tak ada duit. Tapi bila Ezat tanya emak adakah adik – adik beri duit pada emak setiap bulan, jawapan emak mertua saya, ‘mereka baru bekerja macam mana nak bagi duit kat aku? Nak makan pun selalu tak cukup duit. Sebab bayar sewa rumah, ansuran kereta dan nak kumpul kahwin. Mereka tak ada duit.’
Kata Ezat, kalau nak kira cukup memang tak cukup, kenalah berjimat, tak mampu beli kereta, beli motor dulu. Atau naik bas. Ini kerja baru masuk 6 bulan dah nak beli kereta. Tentu belanja besar, itu semua menyusahkan diri sendiri.
Apa yang kami dapat tahu sedikit duit muka untuk beli kereta dulu mereka minta pada emak. Agaknya mereka mengadu susah pergi kerja pagi – pagi, maka emak pun bantu mereka beli kereta. Kata Ezat sepanjang hidupnya dia tak pernah minta duit emak, dia berjimat supaya boleh bagi emak duit. Kata Ezat dia tak tahu emak ada duit boleh bantu adik – adik beli kereta.
Dipendekkan cerita ketika Ezat tak bekerja, dia mengadu pada emaknya yang dia tak dapat beri lagi emak duit setiap bulan, harapannya tugas itu oleh diambil alih oleh adik – adiknya yang sudah bekerja. Tapi kata emak mereka pun susah macam mana nak bagi emak duit? Ezat terkedu. Kemudian Ezat kata dia akan beri emak duit bila dapat kerja baru nanti. Jadi buat sementara dia tak dapat bantu emak.
Ketika itu saya ada di samping Ezat, saya pun tergamam. Lantas terfikir apakah selama ini adik – adik Ezat tak pernah beri emak duit setiap bulan?
Masa berlalu begitu pantas, Ezat memang susah dapat kerja tetap. Kalau pun ada cuma sementara dan pulangannya memang tak memuaskan. Kata Ezat kalau ikutkan hati dia memang malu nak buat kerja yang tak setimpal dengan pengalamannya, tapi kalau tak buat tak ada duit pula. Nak buat bisnes saya tak galakkan, sebab Ezat tak minat, dia memang tak ada kemahiran, dia cuma tahu bekerja sahaja.
Tambahan pulak nak berniaga perlukan modal banyak, sedangkan duit dalam simpanan sem4kin susut, itulah sahaja simpanan yang ada, untuk buat belanja s4kit pening anak – anak dan untuk tampung bila mereka dapat tawaran belajar ke peringkat lebih tinggi nanti.
Saya puji Ezat dia memang beringat, setiap tindakan dan keputvsan yang akan dibuat dia fikir masak – masak dan bincang buruk baiknya sebelum dilakukan. Padanya simpanan amat penting. Dan dia harap saya juga tidak membazir ketika berbelanja.
Ezat pernah jadi pemandu teksi, tetapi berhenti bila teksi banyak buat hal, hasil yang dapat tak seberapa, sebaliknya dia terp4ksa pulak keluar modal untuk baiki teksi.
Nak jadikan cerita ketika Ezat tak bekerja, hubungan Ezat dengan adik – adiknya memang renggang. Mereka banyak menjauhkan diri daripada Ezat. Kalau dulu mereka suka bergurau mesra, tetapi sejak tak bekerja. Hubungan mereka jadi hambar, mereka jarang berbual. Pada Hari Raya. Ketika Ezat di rumah emak, adik – adiknya pergi rumah mertua mereka yang tinggal kami anak beranak dan kakak sulung Ezat yang tinggal berhampiran.
Kerenggangan hubungan mereka adik beradik memang dapat saya rasakan. Saya perhatikan Ezat banyak berdiam. Nak berbual dengan emak pun tak seramah dulu. Emak lebih suka berbual dengan kak daripada Ezat apatah lagi dengan saya.
Saya dapat rasakan banyak perubahan emak, kalau dulu sebelum Ezat berhenti kerja, setiap tahun dialah yang keluar belanja beli daging buat rendang, rebus ketupat palas, buat sup tulang daging dan macam – macam semuanya atas belanja Ezat. Tetapi sejak Ezat tak keluar belanja untuk jamuan raya di kampung tak semeriah dulu.
Pertama cuma kami anak beranak sahaja yang ada dan kakak serta keluarganya. Adik beradik lain semua tak balik, mereka beraya di rumah mertua dulu. Bila kami sudah balik ke rumah barulah mereka balik beraya dengan emak. Memang nampak perbezaan hubungan Ezat dengan adik – adiknya. Mereka seolah – olah takut dekatkan diri dengan Ezat, takut Ezat nak pinjam duit ataupun meminta bantuan yang menyusahkan hidup mereka.
Saya lihat emak pun dah banyak berbeza, anak yang bekerja emak layan dengan baik, kalau dengan Ezat nak bercakap pun susah, kecuali kalau suruh buat kerja, seperti merebus ketupat ataupun pergi ikut kumpulan takbir pada malam raya. Sejak dulu emak tak pernah suruh 2 anak lelakinya ikut sama, alasan mereka penat. Ezat penat pun dia tapi tetap pergi bersama anak lelaki kami, larut malam baru balik rumah. Esok pagi – pagi dah bangun pergi solat raya. Tapi adik – adik yang lain emak tak pernah suruh pun. Agaknya mereka tak pernah solat!
Pertolongan Ezat kepada emak dan adik – adik cukup banyak, masa mereka kahwin, Ezat banyak keluar belanja buat kenduri. Alasan mereka tak cukup duit. Jadi emak banyak minta bantuan Ezat, kata emak sebagai anak sulung dialah tulang belakang emak.
Kini orang kuat emak dah tak kuat macam dulu, sepatutnya sebagai emak, tolonglah nasihatkan anak – anak yang lain supaya turun tangan membantu emak atau bertanya khabar kepada abang yang banyak berjasa pada mereka dulu, tetapi tidak, emak banyak diamkan diri tak nasihatkan 2 orang anak lelakinya yang sudah bekerja itu bantu jika emak susah
Sebaliknya emak masih menunggu bantuan Ezat, bila tak dapat duit emak masam muka. Agaknya emak tak percaya kata – kata Ezat yang dia sudah tidak bekerja lagi? Apa emak fikir Ezat berbohong, tak bantu emak lagi?
Sebagai emak sepatutnya di sinilah letaknya peranan seorang ibu menasihati, anak – anak bukan semasa senang sahaja, semasa susah lebih utama. Kerana bila susah emak boleh eratkan lagi hubungan baik antara adik – beradik dan keluarga lain.
Tanamkan perasaan kasih sayang, tolong menolong, ingat mengingatkan supaya perasaan kekeluargaan sentiasa tersemai dalam diri anak – anak. Contoh, kalau anak yang berduit bantu yang kurang upaya, bila ada yang susah, bertanya khabar apa boleh dibantu, bukan wang ringgit menjadi ukuran, sebaliknya budi bahasa paling utama supaya masalah dapat di selesaikan, bukan menyingkirkan. Inilah masalah yang kami hadapi.
Saya faham perasaan Ezat walaupun dia banyak mendiamkan diri dan telan setiap rasa sedih dan tidak puas hati sendiri. Saya ingin menasihati mak mertua saya, tetapi siapalah saya, saya cuma menantu. Kepada ibu – ibu fahamilah masalah anak – anak anda, bukan sayang semasa berada, dan menyingkirkan ketika tiada apa – apa.