Aku baru je kahwin lepas PKP tahun lepas. Setiap kali aku balik ke rumah, terasa aura negatif isteri. Kerja dia hanyalah tengok drama dan layan facebook, instagram je. Dia suka minta macam – macam hanya untuk bergaya dan menunjuk. Tulis dekat FB datang dari keluarga moden tapi sebenarnya perempuan kampung..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Tolong hide account ni. Aku cuma nak minta nasihat dan pandangan. Aku baru sahaja berkahwin bulan Mac 2020 yang lepas semasa PKP dengan gadis pilihan aku. Luarannya memang cantik sebab dia pandai makeup. Dia juga extrovert, seorang yang pandai bergaul.
Namun tanpa aku sangka, sebenarnya aku berkahwin dengan seorang nars1stik. Di facebook dan instagram, dia asyik tonjolkan kebahagiaan dengan aku, tetapi sikapnya dengan aku sangat berbeza. Orangnya sangat panas baran. Pantang ada salah atau tersilap sikit keluarlah segala sump4han dari bibirnya. Dia bekerja di salah sebuah syarik4t penerbangan, dan telah diberhentikan baru – baru ini (viral di media).
Sejak dia hanya tinggal di rumah, sikap panas barannya m4kin menjadi – jadi. Kerja dia hanyalah tengok drama dan layan facebook atau instagram saje. Itu tak menjadi masalah. Apa yang menjadi masalah ialah sikap dengkinya pada hidup orang lain, sikap tipikal seorang nars1stik. Setiap kali aku balik ke rumah, terasa aura negatif perempuan ni.
Sikap dia yang nak menandingi orang lain ini menjadikan dia seorang mata duitan. Kami baru sahaja kahwin. Semua aku sponsor (aku sponsor dia sejak zaman kami bercinta lagi). Kini dia asyik minta macam – macam sedangkan aku sudah jelaskan yang kami perlu berjimat cermat. Semuanya menggunakan duit aku, dan barang – barang yang dibeli hanya untuk bergaya dan menunjuk – nunjuk sahaja.
Dia hanyalah perempuan kampung, tetapi dari penulisannya di fb menyatakan dia adalah daripada “keluarga moden”, “membesar di keIilingi bangunan konkrit”, “pertama kali merasa suasana kampung” (bila balik ke kampung aku). Aku penat dan tawar hati.
Perkara yang paling buat aku rasa marah adalah bila mana dia post di media sosiaI menyuruh semua perempuan menjaga maru4h. Sambil up diri mengatakan “aku garang dengan member – member lelaki” sedangkan dia sememangnya sudah tak ada dar4 semasa aku kahwini dia.
Jadi macam mana aku nak membentuk semula isteri aku supaya kurang ri4k? Macam mana nak mengh4puskan sikap nars1stik dia? Aku teringin nak ada isteri yang menyejukkan hati. Perkahwinan kami masih baru dan belum sampai setahun. Kawan aku cakap inilah padahnya bila memilih perempuan negeri K, tapi aku tahu tak semua perempuan K perangai macam ni.
Komen Warganet :
Mimiey Shamimie : Perkahwinan tuan masih baru lagi, masih jauh lagi perjalanan tuan suami isteri. Macam – macam lagi tuan akan t3mpuhi lepas nii. Bukan suami ja perlukan doa dari seorang isteri tapi isteri pun sama, perlukan doa dari seorang suami. Selalu la berdoa agar Allah swt lembutkan hati dia. Berdoalah semoga dia berubah dan berdoa juga semoga Allah swt kuatkan hati tuan untuk bimbing isteri tuan.
Azma Coway : Bagi saya tak setuju jika melambangkan negeri, semua tu terpulang kepada sikap individu tu masing – masing. Kalu kahwin dengan orang negeri kayangan sekali pun kalau orang tu memang perangai tak elok tetap elok.. Sepatutnya dulu sebelum kahwin pilih akhlak dan agama dulu baru tengok rupa paras. Sekarang bila dah jadi macam ni nak salahkan negeri plak. Memang sangat tak setuju, kemudian netizen – netizen dalam ni terus pakat duk hentam negeri Kelantan. Asal k je negeri Kelantan, ramai je jantan luar nikah dengan orang Kelantan, elok kekal sampai ke tua. Kebanyakan orang Kelantan la yang sanggup terima pasangan seadanya, sanggup bersusah golok gadai demi suami.
Nornafishah Zamry Omma : Bro, nampak sangat ko pun ada masalah, boleh plak terus citer kat kawan sampai kawan ko kaitkan bab kahwin dengan perempuan negeri K pulak. Masalah rumahtangga tak sampai setahun kahwin dah fed up, tawar hati ye siap mengadu dekat kawan? Kawan tu bukan nak menyelesaikan pun. Silap -silap menambahkan rencah negatif je. Ko solat berjemaah tak dengan bini ko? Solat la berjemaah dengan bini, lepas jemaah tu buat sesi komunikasi bersama – sama.
Niena Yusof Firdaus Ahmad : Nak yang cantik kena banyak sabarlah bro. Tak semesti cantik luar dalam pun cantik. Biasalah bila dah kahwin akan keluar satu – satu benda yang ko tak nampak sebelum kahwin. Sebenarnya Allah swt hanya jentik ko sikit je nih. Sedar tak Allah nak ko lebih sabar sebagai seorang suami untuk betulkan apa yang tak betul pada isteri tu. Cuba bertegas sikit, sampai bila nak hadap gitu, ingat belum tentu kita akan dapat apa yang kita suka sepenuhnya. Sebenanrnya Allah swt bagi apa yang kita perlu sebenarnya. DIA nak sebagai suami bimbing isteri tu dengan elok.
Khairul Hamdi : Dah jod0hnya. K ke apa ke sama je ada yang baik, ada yang jahat. Nasib baik awak tak bagitahu awak negeri mana, kang tak pasal – pasal seluruh negeri tu dapat malu. JANGAN kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Apa pun awak baru kahwin, memang ada proses untuk saling kenal mengenali. Kalau ada masalah, berbalik semula kenapa awal dulu kita kahwini dia? Bagaimana kita mintak pada keluarganya? Sebagai suami memang tak mudah sebab pada kita dah buluh, yang rebung tu ketika bersama ibu bapanya, namun dalam keluarga tak semua jahat kalau kita perasan, didikan mereka sama je.
Jadi nasihat saya, tuan cubalah handle dia, bantu dia, buktikan kalau dia tak berapa elok, buktikan yang kita ni lebih baik dan dapat bimbing dia. Namun andai kata tak dapat nak ubah, maklumlah kan dah jadi buluh (tak boleh salahkan Suami 100%) andai memang teruk sangat, terp4ksalah juga daripada tanggung d0sa. Tapi kalau dia pun dah taubat dah insaf, kenapa PERLU PERKARA lama diungkit – ungkit. Ingat sedangkan nabi ampunkan ummat.
Apa pun saya doakan semua dapat cari kasih sayang yang hilang. Dalam waktu PKP, dalam pendemik covid biasalah, semua orang terkesan, sabarlah.. Walau bagaimanapun selagi dia isteri tuan, selagi itu lah dia bawah tanggungjawab tuan semampu tuan. Saya doakan yang baik – baik untuk kalian. Aminn (bukan nasihat sekadar peringatan diri dari pokcik sendiri yang baru 10 tahun kahwin dan 4 anak, baru 1 bini) wallahua’lam.
Siti Abdullah : Tak sangka masih ada orang kolot kaitkan sikap dengan negeri. Dah kahwin baru nampak buruk dia ya? Masa bercinta siap sponsor lagi. Nasib kau la bro. Lagipun kau tegur la depan – depan, bini kau kan? Kau la bentuk dia. Pasal dia nak post benda – benda baik kat media sosiaI ke apa lantak dia la. Memang ramai yang jenis macam ni. Yang jenis lupa diri dan asal usul pun ramai. Tapi bukan semua. Jangan pukuI rata.