Sebagai kakak saya lah yang bantu ibu membesarkan adik – adik kerana ibu tak mampu. Saya percaya pada suami dan ingatkan dia rapat dengan adik – adik saya kerana dia sayangkan mereka seperti adiknya sendiri. Tetapi dia telah h4ncurkan kepercayaan yang saya beri. Semuanya bermula ketika saya hamil anak kedua…
#Foto sekadar hiasan. Kami berkahwin atas dasar cinta sama cinta, walaupun mulanya ibu kurang senang dengan calon bakal suami saya tetapi ibu mengalah kerana mahukan saya bahagia dengan pilihan sendiri. Tetapi ibu saya tutup mata, apa yang diramalnya dahulu, kini benar – benar berlaku, cuma saya kurang percaya semuanya kerana cinta.
Tidak keterlaluan kalau dik4takan bahawa saya adalah antara salah seorang h4mba yang dipilih Allah untuk merasai nikmat kepahitan dan kesengs4raan hidup berumah tangga. Tetapi saya bersyukur Allah bekalkan saya kekuatan dan kesabaran, membuat saya mampu bertahan dan bangkit semula dalam seribu kesusahan. Lebih penting saya diberikan fikiran yang positif dan percaya pada diri sendiri.
Saya juga bersyukur, Allah buka mata saya untuk melihat pembohongan dan penipuan yang dilakukan ke atas saya yang selama ini saya tidak pernah lihat, kerana saya terlalu sayang, kasih dan amat percayakan suami.
Apa yang saya ceritakan di bawah ini dengan niat ingin berkongsi pengalaman hidup yang amat pahit pernah saya lalui supaya dapat dijadikan teladan dan sempadan oleh kaum wanita lain. Supaya anda lebih berhati – hati, bukan bermakna mencurigai adik – beradik kita, sebaliknya kita tidak mahu mereka melakukan d0sa kerana kepercayaan atas kealpaan kita.
Terus – terang saya akui rumahtangga saya h4ncur kerana dikhian4ti adik sendiri yang selama ini saya sayang yang saya pernah jaga ketika dia kecil. Kerana adik – beradik ramai ibu tidak mampu mengajar, dan sebagai kakak yang sudah besar saya diharapkan membantu ibu menjaga mereka. Tetapi saya tidak sangka dia tergamak melakukan semua ini kepada kakaknya sendiri.
Apa yang saya lalui adalah kerana saya sangat percayakan bekas suami dan adik sendiri. Saya ingatkan bila bekas suami rapat dengan adik – adik saya kerana dia sayangkan mereka seperti adiknya sendiri. Tetapi dia telah h4ncurkan kepercayaan yang saya beri dengan menjalin hubungan terIarang secara bersembunyi.
Semuanya bermula ketika saya hamil anak kedua dan ketika melahirkan, saya sering tidak sihat, kerana kandungan tidak kuat, dan ia juga membuatkan saya terp4ksa duduk di hospitaI beberapa hari dalam sebulan.
Kerana percayakan adik – adik, saya harap mereka bantu menjaga anak saya sementara saya dirawat hospitaI. Tapi lain yang jadi, tanpa disangka mereka menjalin hubungan terIarang. Memang saya tidak sedar awalnya, kerana keadaan saya sering tidak sihat, tetapi rakan sekerja meminta saya memerhatikan bekas suami, kata mereka, hati – hati sebelum terlewat nanti menyesal.
Memang tidak dinafikan sejak awal berkahwin lagi bekas suami memang kaki merambu, suka balik kerja lambat, ada kalanya tak pulang langsung, dan dia memang tidak suka dia diIarang atau ditanya ke mana dia pergi. Jadi saya sudah terbiasa kalau dia balik lambat, saya tak peduli lagi sebab saya tak suka berg4duh. Tetapi tak sangka pula dia berjumpa dengan adik saya di hotel.
Selepas ramai kawan mengingatkan supaya saya perhatikan memang berlainan sekali gerak geri bekas suami dengan adik. Sebagai isteri saya dapat rasakan perubahan mereka setiap kali balik hospitaI. Pertama, bekas suami tidak boleh lepas dengan telefon. Suka berbual di luar rumah, dalam kereta, hinggakan dalam bilik air pun bertelefon. Dan kalau baca mesej pun boleh senyum sendiri tentu kes teruk. Perubahannya buat saya hairan.
Nak jadikan cerita satu hari bekas suami tertinggal telefon ketika mandi, biasanya dia bawa masuk ke bilik mandi. Bila saya buka dan baca mesej nya saya terk3jut dan saya tak sangka adik saya boleh bercakap benda – benda Iucah dan hubungan intim dia dengan bekas suami. Terkedu saya kerana tak percaya.
Bila saya tanya, dia nafikan sebaliknya mem4ki hamun saya kerana baca mesej nya, itu hal peribadi saya tak boleh tahu. Kemarahannya dan mesej itu membuat saya ingin mencari lebih banyak bukti sebelum buat tuduhan. Saya terk3jut dengan bukti baru yang saya jumpa. Sejak itu kelakuan bekas suami berubah, dia bukan orang yang kenal selama ini. Bila tanya hubungannya dengan adik saya. Marahnya berapi.
Dalam pada itu ramai kawan – kawan menceritakan mereka pernah lihat bekas suami keluar ke tempat tertentu. Maklum kami tinggal di bandar kecil jadi apa yang kita buat ramai akan tahu, tak boleh lari, bukan duduk di KL, namun masih ada orang nampak.
Dengan kehendak Allah satu hari saya balik awal kerana kurang sihat, puas saya telefon bekas suami minta hantar saya pulang, tetapi telefonnya ditutup. Saya balik sendiri naik teksi, sebelum itu singgah jumpa doktor. Dengan kuasa Allah saya nampak bekas suami berjalan ke hotel, adik mengikutnya dari belakang. Saya nampak mereka masuk hotel.
Ketika itu saya terk3jut, takut dan marah bercampur gaul. Tak tahu apa nak buat, tapi saya yakin apa mereka lakukan. Selepas dua jam masih belum keluar dan kerana terlalu sedih dan tidak dapat menahan rasa sebak saya terus balik.
Bila bekas suami balik saya tanya apa dia buat di hotel dengan adik. Dia meng4muk marahkan saya buat tuduhan palsu. Dengan baik saya katakan saya tak boleh sabar sebab saya lihat sendiri dan saya ada banyak bukti. Saya minta dia pergi kaunseIing mungkin dia boleh berubah. Beberapa bulan menunggu dia tak pergi katanya dia tak salah. Kerana tiada jalan lain saya minta cerai, tak mahu bersekongk0ng dengan maksi4t.
Saya minta cerai dengan baik, tak mahu berg4duh. Tapi kalau dia enggan saya akan bentangkan bukti di Mahkamah Syariah. Kerana malu dan tiada pilihan dia ceraikan saya dan bersetuju memberi nafkah dengan pot0ngan gaji.
Sebenarnya bukan mudah saya minta cerai, saya sayangkan keluarga ini setelah hampir 10 tahun berkahwin, saya pun malu nak jadi janda tetapi saya tidak ada jalan lain, saya pun tak sanggup lihat dia buat d0sa dengan adik kandung saya.
Lepas cerai kerana marah dan dend4m yang menyala – nyala, dia halau saya keluar dari rumah yang kami beli atas namanya. Saya sabar dan keluar bersama anak – anak. Tapi ketika saya minta kereta yang saya beli sendiri, bukan mudah untuk dia izinkan, dia buat macam – macam hal menyusahkan saya mendapatkan kereta tersebut.
Namun saya redha apa yang telah berlaku mungkin sudah ditakdirkanNya. Cuma saya harap adik dan bekas suami kahwin segera kerana saya tak mahu dia mengganggu kedamaian dan ketenangan saya dengan anak – anak. MaIangnya sudah setahun kami bercerai, sampai kini mereka belum kahwin dan bekas suami terus mendend4mi saya.
Jika saya diminta membuat pilihan antara bekas suami dan adik, saya pilih adik, kerana kami ada ik4tan persaud4raan dunia akhir4t, saya tidak buang adik kandung saya kerana seorang lelaki. Sedihnya sejak bercerai adik jarang pulang ke kampung boleh dik4takan tidak pernah, kalau tak salah mengapa mesti takut?
Sebaliknya adik rela membuang semuanya, agama pun tolak ke tepi, hingga dia sanggup serumah tanpa ik4tan perkahwinan. Saya sedih dengan tindakannya, saya kasihankan emak dan ayah. Sepatutnya lepas bercerai mereka berkahwin, saya tidak halang malah saya yang minta diceraikan. Walau saya sukar memaafkan perbuatan mereka tetapi saya redha mereka berkahwin.
Tetapi saya tidak faham kelakuan bekas suami yang terus menekan dan mer0sakkan serta memutar beIitkan fikiran anak – anak. Jangan kerana hendak menegakkan benang basah dia sanggup membuat cerita yang bukan – bukan mengh1na saya. Kesian anak – anak mereka terlalu mentah untuk memahami masalah orang tua.
Kadang – kala saya pelik dengan kelakuan bekas suami mengapa suka memarahi, men3ngking dan mengh3rdik saya depan anak – anak dan orang ramai, seolah – olah dia tak bersalah sedangkan dirinya sudah banyak bergeIumang d0sa itu. Dia juga meng4muk bila saya berbaik dengan adik – beradiknya. Apa ni?
Sepatutnya saya yang meng4muk dan marahkan dia yang telah mer0sakkan hidup adik saya dan marah sebab halau saya keluar rumah dengan anak – anak! Sedangkan rumah itu hak saya bersama. Tapi bila hati sudah benci harta tidak bermakna lagi.
Namun saya bertuah ada rakan – rakan yang bersimpati. Saya yakin Allah akan meIindungi saya selagi saya berada di landasan yang benar. Kekuatan saya adalah anak – anak. Saya tidak akan jatuh walaupun dia berusaha musn4hkan hidup saya.
Saya sudah kikis rasa benci dalam diri ini kerana saya takut rasa benci itu bertukar jadi dend4m. Saya tidak boleh hidup tenang selagi ada rasa dend4m dalam diri ini. Saya positif dengan hidup saya. Menjadi ibu tunggal bukan impian saya. Tapi buat apa bergeIar isteri hanya untuk dis4kiti bukan dikasihani dan disayangi.
Demikian cerita Fazilah tentang kehancuran keluarganya, sambil menasihati kaum wanita supaya memberi lebih perhatian kepada suami yang terlalu rapat dengan adik – beradik perempuan, kita tak tahu kadang – kala baik suami ada udang sebalik batu.
Betul seperti kata Fazilah untuk apa menjadi isteri jika semata – mata dis4kiti jiwa dan perasaannya. Pendak kata jangan jadi bod0h. Lebih baik hidup sendiri. Jadi ibu tunggal bukan bermakna hidup wanita itu telah musn4h, malah ada yang lebih baik lagi nasibnya. Mungkin antara mereka sudah tidak sesuai lagi.