Sebelum ni aku bertahan selama 5 tahun dengan bekas suami yang suka pukuI dan panas baran. Mungkin member0ntak kerana dih1na oleh bekas suami aku bertindak mengubah imej dengan menguruskan badan dan ambil keputvsan buka tudung setelah 10 tahun bertudung. Hinggalah aku berjumpa dengan suami aku sekarang..
Assalammualaikum warganet yang setia membaca semua luahan confessor di sini. Aku tertarik nak kongsi tentang kisah aku juga di sini bukan sebab apa, aku lihat ramai yang bersuara tentang konfIik dengan mak mertua dan ipar.
Aku rasa nak berkongsi tentang hal rumahtangga aku sebagai Menantu kesayangan walau secara luaran aku bukanlah ciri – ciri menantu standard yang disenaraikan dalam buku teks Ekonomi Rumah Tangga SPM yang berhijab, surirumah, mempunyai anak dan sebagainya.
Perkenalkan nama aku Sheila, berumur 32 tahun dan kini sedang hamil 3 bulan anak sulung bersama suami yang dikahwini selama 2 tahun setelah keguguran dua kali. Sebelum aku pergi jauh cara aku mempunyai hubungan yang sangat baik dengan ibu bapa mertua izinkan aku berkongsi latar belakangku.
Sebelum bertemu suami aku pernah berkahwin selama 5 tahun dengan seorang lelaki tak guna yang sering bagi penamp4r, penumbvk dan m4ki hamun. Mujur tak ada zuriat maka di tahun kelima aku terus angkat kaki. Di usia 29 tahun aku memegang title Janda.
Tapi bukan sesuatu yang aku hairan kerana latar belakang akademik ijazah dan perniagaan yang laris membuatkan aku tak ada masalah nak mulakan hidup baru sebagai janda. Mungkin member0ntak kerana dih1na gem0k, janda tak laku oleh bekas suami aku bertindak mengubah imej dengan menguruskan badan dan tindakan drastik yang aku buat adalah untuk membuka tudung setelah 10 tahun bertudung.
Ala ibarat macam Emma Maembong dan Uqasha Senrose tu. Melayari hidup janda di usia 29 tahun, aku mula pasang badan, bergaya lawa, sampai orang menyangka aku baru awal 20-an termasuklah suami aku sekarang yang kami kenal ketika bekerja sekali dalam satu projek.
Ramai yang memuji paras rupa aku yang jelita setelah menjadi Janda jauh berbeza daripada menjadi isteri orang dulu sehingga banyak orang mendekati, bujang, suami orang, malah tawaran modelling dan menjadi artis pun melimpah ruah.
Namun fokus aku kepada perniagaan sendiri masih tidak terjejas sampai sekarang dan banyak cinta yang aku tolak. Akhirnya setelah berkawan dengan suami aku yang pada aku seorang bujang yang jujur dan bertanggungjawab aku setuju menerima lamarannya (walau masa itu banyak gangguan dari bekas suami yang mer0yan tengok aku dah berjaya dan berubah 360 darjah lepas bercerai).
Wah suami aku cukup bangga dapat memperisterikan aku yang padanya cukup dari segi paras rupa, pandai mengambil hatinya dan kerana aku pernah berkahwin aku pandai uruskan rumahtangga, mengemas dan memasak.
Malah, aku letakkan hantaran mas kahwin yang rendah di tahun 2018, walaupun pada orang ramai seseorang seperti aku yang berkelulusan Ijazah dan income berpuluh ribu hendak letakkan hantaran tinggi tapi aku hanya letakkan hantaran Rm5000 saja pada suami.
Beliau rasa serba salah kerana rasa terlalu rendah tapi aku katakan tidak mengapa sebab banyak lagi duit nak pakai lepas kahwin. Tanpa aku ketahui suami dan keluarganya yang exc1ted menyambut menantu mengeluarkan bajet mereka sendiri untuk buat majlis kenduri yang meriah di sebeIah suami.
Ibu bapa mertua dan adik beradik suami jelas dengan status ku ketika itu sebagai janda muda tanpa anak yang s3ksi baru berusia 30 tahun. Tetapi mereka tiada masalah tentang itu sebab imej aku yang bergaya, skirt dan memakai baju ketat hanyalah mengikut trend ketika kerja dan event.
Tetapi bila bertemu orang tua aku sedar diri dengan memakai pakaian sopan dan jika pulang ke rumah ibu mertua aku pasti akan tolong ibu mertua di dapur. Waktu ke masjid atau kenduri kesyukuran aku akan memakai sekurang – kurangnya selendang di atas kepala bagi menghorm4ti majlis.
Selepas berkahwin suami aku tak pernah mem4ksa aku untuk bertudung asalkan aku tidak s3ksi dan berpakaian sopan. Dia okay dengan imej aku setakat ini walau aku ada niat untuk bertudung semula satu hari nanti. Malah suami aku galakkan aku untuk terus jadi wanita bekerjaya dan bergaya asalkan sentiasa rendah diri dan tak lupa tanggungjawab sebagai isteri.
Walaupun luaran aku nampak freehair tapi sebab aku dah biasa patuh cakap suami, ibarat nak ke kedai depan rumah pun aku minta izin suami dan suami yang hantarkan. Makan minum pakaian suami aku jaga dengan elok. Malah ibu bapa mertua aku puji rumah kami yang sentiasa kemas, rumah sentiasa wangi dan tandas rumah kami yang berkilat seperti baru.
Aku tiada masalah ketika dari berkawan dan bertunang lagi untuk ikut tolong suami jika ada kenduri di kampung. Perkara sama aku kekalkan selepas kahwin sehingga sekarang sudah berkahwin 3 tahun. Aku letak segala glamour bagai di tepi dan tak ada masalah berpeluh lencun di dapur membasuh pinggan.
Aku menyinsing lengan dan sental kuali di dapur tanpa menghiraukan penat lelah kekok sebagai orang bandar. Aku juga tidak kekok untuk bergaul dengan semua sanak saud4ra suamiku, berwhatsapp dengan adik beradik ipar, berbual dan melayani orang tua.
Jika ada kem4tian atau ada saud4ra mara suami atau ibu bapa mertua yang s4kit aku pasti akan curi masa untuk datang menziarah. Tambahan lagi kampung ibu bapa mertua juga di dalam Selangor. Ketika bertemu anak – anak saud4ra suami pula aku melayan mereka seperti anak sendiri.
Bermain dengan mereka, belikan mereka mainan sehingga nama aku menjadi sebutan semua di sebeIah saud4ra mara suami aku sehingga membuatkan suamiku bertambah – tambah sayangkan aku. Setiap kali kami pulang kembali ke rumah semua orang di kampung pasti akan whatsapp suami aku untuk bawa aku pulang lagi ke kampung sebab semua dah rindu.
Aku bukan mereka cerita tapi ini adalah kenyataan apa yang berlaku jika kita melayani orang dengan seikhlas hati. Orang boleh rasa. Pendapat aku, walaupun kita ni bukan menantu tipikal dalam buku teks ie anak dar4 sunti, muda, orang kampung dan sebagainya, kita tetap boleh mengambil hati orang tua dengan akhlak dan sikap kita.
Aku dapati ibu bapa mertua ini mereka sebenarnya nak menantu yang layan mereka seperti ibu bapa mereka sendiri. Malah mereka akan bertambah sayang kita kalau kita jaga anak mereka sebaik – baiknya. Macam kes aku, suami aku anak emak tau.
Sampai beliau umur 30 tahun tinggal di rumah ibu mertua. Beliau tak pernah tinggal rumah bujang menyebabkan dia tak pandai sapu sampah, basuh pinggan, memasak, membezakan softlan atau sabun basuh baju. Tapi aku tak putvs asa.
Awal perkahwinan aku habiskan masa dengan mengajar suami aku untuk belajar tentang semua kerja – kerja rumah ini sampai ibu mertua puji yang anaknya kini dah handaI uruskan rumahtangga. Kerana suamiku anak emak, jadi bayangkan betapa manjanya suami aku dengan mak beliau ibarat kalau suami tak balik seminggu je ibu mertua dah berair mata.
Jadi tanggungjawab aku lepas kahwin aku pastikan setiap hari suami call ibu beliau. Aku pastikan sibuk macam mana suami aku pasti pulang seminggu sekali untuk lawat ibu beliau. Setiap kali berjalan jauh atau outstation kami akan belikan hadiah.
Malah kalau kami dapat berkursus di luar negeri yang disediakan bilik hotel yang besar pasti aku meminta suami untuk mengangkut sekali ibu bapa mertua, anak saud4ra dan adiknya yang lapang. Aku menggalakkan lagi keluarga mertua untuk bercuti bersama kami.
Aku akan hubungi ibu mertua dan memujuk untuk ikut sekali malah meminta suami untuk datang ambil walau tengah malam sekalipun. Setiap kali aku buat begitu aku lihat wajah ibu bapa mertua tersangatlah bahagia dapat luangkan masa dengan anak kesayanga mereka.
Jadi, Ibu bapa mertua tak rasa seperti kehilangan anak malah rasa macam bertambah – tambah anak. Malah jika ibu bapa mertua beri pendapat, Horm4tilah pendapat mereka walaupun anda tak setuju. Nyatakan tak setuju anda bila berdua dengan suami dan bukan di hadapan mereka.
Macam aku ketika aku mengandung ada banyak pendapat ibu mertua yang pada aku sangat koIot seperti jangan pergi Zoo Negara takut terkenan per4ngai binatang pada anak. Walau tak setuju kerana aku rasa kenan itu khurafat kerana genetik anak telah ditentukan Allah swt tapi aku diamkan sahaja.
Kita kena amalkan mengalah untuk menang. Kalau menang pun bukan dapat Sejuta kan? Lagi satu ingat para isteri, suami bukan hak milik mutlak diri kita. Kita berkongsi suami dengan ibu bapa beliau, adik beradik beliau,majikan, kerja malah berkongsi dengan anak – anak nanti, maka kita tak boleh tamak.
Kita sebagai orang baru dalam hidup suami kena tahu untuk adaptasi. Kena tahu juga trick untuk ambil hati suami kita daripada mereka yang lebih lama mengenali beliau. Macam Ibu Bapa mertua kita. Sebab itu dari awal kahwin aku sendiri duduk sebeIah ibu mertua masa memasak untuk belajar cara – cara memasak lauk kegemaran suami.
Aku ikut dan kemudian aku masak resipi sama untuk suami. Kemudian aku selalu layan mereka berborak. Aku bertanyakan tips – tips tentang anak beliau sebab tidak kita nafikan ibu bapa suami yang paling kenal anak beliau. Jadi untuk kita sebagai orang baru untuk tahu hati suami maka kita kena kaji dari orang yang paling kenal mereka.
Selepas itu jangan sesekali sombong walau tinggi mana pangkat kita di tempat kerja atau kaya mana income kita. Jadilah orang yang peramah dan mudah bergaul. Walaupun berat mulut bercerita je apa saja tentang aktiviti harian anda dan tanyalah juga tentang aktiviti mereka.
Pujilah juga mereka hargai jika mereka lakukan sesuatu. Misalnya ibu bapa mertua saya suka bercucuk tanam seperti pokok pisang, serai, halia, cili api dan sebagainya di kebun. Aku pasti ambil berat dan berikan pujian apabila melihat tanaman mereka segar mekar.
Aku bersyukur kerana mengamalkan semua sikap ini hari ini aku hidup sangat bahagia dengan suami tercinta, ibu bapa mertua, ipar duai dan bakal anak kami yang bakal tiba 2021. Hidup suami juga m4kin maju, m4kin senang malah murah rezeki kerana pandai menjaga hati semua pihak yang menyayanginya iaitu isteri,ibu bapa mertua, dan adik beradik.
Aku dapati tak ada siapa judge aku melalui luaran sebab aku lebih tonjoIkan sikap dalaman aku pada mereka. Biasalah.. orang mana kenal kita. Kita yang kena tunjukkan sikap kita ni macam mana. Orang boleh lihat dari cara kita jaga suami.
Kalau setiap hari muka suami str3ss, hidup pun tunggang langgang, duit asyik habis, mesti orang suspect ini semua kesan si isteri. Jadi tanggungjawab isteri itu besar. Janganlah dok berebut kasih sayang suami dan ibu bapa mertua.
Berkongsilah. Sharing is caring. The more, the merrier. Aku harap apa yang aku kongsi boleh digunapakai oleh semua moga rumahtangga korang pun bahagia aman damai sampai bila – bila. Doakan kami juga terus harmoni sampai jannah. Aamiin… – Menantu Favourite (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Farah Asikin A Wahab : Alhamdulillah.. Harmoninya hidup kalau di keIiIingi insan – insan positif, ye setuju, aura positif tu perlu bermula dari diri kita sendiri. Tahniah confessor! Moga dapat dikekalkan aura positif tu sampai bila – bila. Pasal berhijab tu, confessor pun ada niat akan berhijab semula 1 hari nanti, alhamdulillah.. moga dipermudahkan Allah.. aamiinn..
Norlaila Mohd Din : Baik dengan manusia tapi bangga dengan meIawan perintah Nya? Siap bangga bagitahu s3ksi tak bertudung.. Kita ni kena jaga dua dua, manusia dan Tuhan.. Maka lepas ni tambah la lagi apa yang kurang iaitu, jaga aur4t dan ibadat pulak. Itu baru benar – benar menantu kesayangan dunia akhir4t. Jom kita sama sama patuh syariat
Reez : Baguslah dapat mertua yang memahami. Anak menantu tak ajak pergi jalan – jalan dorang tak sibuk nak ikot. Teringat satu confession tu, menantu perempuan beng4ng dengan mak mertua sebab dah la penat bekerja frontliner kesihatan pastu dapat cuti rehatkan diri dengan suami dan anak, baik hati la ajak mak mertua.
Sekali mak mertua hangkut semua ahli keluarga join cuti – cuti tu siap kongsi bilik yang sama semua org. Dah la str3ss bekerja lama tak dapat cuti. Bila bercuti pulak tambah str3ss kena kongsi bilik dengan ntah siapa – siapa.
Awang Selamat : Berbangga dalam keadaan diri membuat d0sa mohon confessor muhasabah diri boleh jadi ini istidraj. Allah tak tengok rupa paras kekayaan tapi ketaatan dan hati yang bersih. Memangla patut berusaha untuk dunia tapi kalau dah sampai urusan akhir4t terabai tu tanda hati yang rosak.
Wan Mazaziman : Cerita dia secara ringkasnya nak bagitau, walaupun dia freehair daripada bertudung dia baik. Seolah – olah nak menormalisasikan yang tidak bertudung tu adalah perkara biasa dan tak salah, asalkan tingkah laku baik dan tanggungjawab tak tinggal. Sedangkan menutup aur4t tu arahan Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.