Nak pergi beraya rumah orang tak payah konvoi 4 – 5 kereta. Cukup 2 kereta je, jangan susahkan tuan rumah

Pagi ni aku call mak aku. Mak aku kata ada sed4ra nak datang dengan 2 buah kereta. Mak aku ok ja. Tapi aku pulak yang susah hati. Kesian mak aku sorang – sorang terkial nak masak kat dapur. Syawal ni memang sebulan nak kena sambut ke macam mana?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sempena bulan Syawal ni, aku nak tanya la, salah ke pegangan, fahaman dan amalan aku selama ni berhubung amalan menziarah dalam bulan Syawal? Arw4h ayah dan mak aku orang yang suka memuliakan tetamu.

Kau orang bayangkan kalau kawan – kawan atau saud4ra mara yang jauh sikit dari rumah datang, tetamu belum duduk panas punggung, dah dikeloinya anak – anak suruh bancuh air. Kalau anak – anak tatang air dalam dulang kosong, mula la mak ayah aku datang dapur dan tanya takda apa – apa ke nak dijamu tetamu?

Biskut – biskut ke? Tepung ada tak? Kalau ada, buat cucuq. Haa.. Kalau ada kuah gulai semalam, disuruhnya anak – anak bawak ke depan. Bagi tetamu makan cucuq masin cicah kuah gulai semalam. Selalu memang licin. Haha..

Bila tetamu dah agak lama tak berganjak, mula la mak ayah aku keloi, “masak nasi oii… Masak la apa yang ada..” Kat depan ruang tamu kami anak – anak dah boleh dengar sesi tolak menolak. Tuan rumah suruh makan tengahari, tetamu tak nak.

Tapi akhirnya tetamu mengalah. Menjamu la selera kat rumah kami. Lepas makan tengahari bila tetamu dah nak beredar, mak ayah aku keloi lagi anak – anak kat dapur. “Bancuh kopi panas oii… Depa nak balik dah ni…” Maka kami pun bancuh la air kopi.

Bila tetamu balik, lurus sekejap pinggang. Seronok memang seronok layan tetamu. Kalau hari biasa ok la kan sebab bukan selalu datang menjamu selera kat rumah kami. Nak bagi tau, begini la cara mak dan arw4h ayah aku layan tetamu yang datang rumah.

Jiran sebeIah rumah yang datang sekejap sekejap pun tetap disediakan secawan air. Kalau ada cekodok sejuk, jiran jenis tak kisah, memang itu yang jadi hidangan kalau dah takda apa – apa makanan. Cuma yang aku peliknya, mak ayah aku pulak selalu pesan kat kami anak – anak, pi rumah orang jangan pi waktu nak makan tengahari.

Nanti susahkan orang nak masak – masak kat kita. Sebelum sampai rumah yang nak dituju, mak ayah pesan nanti jumpa kedai makan, singgah makan kenyang – kenyang dulu. Jangan pi rumah orang nak susahkan orang. Niat nak ziarah. Pi rumah orang tangan jangan kosong.

Dan lagi, ayah aku cukup pantang bila kami pergi rumah orang secara berkonvoi. Setakat 2 biji kereta ok la kata ayah aku. Tapi kalau dah sampai 3 ke 4 buah kereta sekali pergi, nanti menyusahkan tuan rumah. Pesanan ayah aku ni termasuk la pada hari raya.

Jadi selama berpuluh tahun kami hidup dengan pesanan ayah sampai dah jadi sebati. Sudahnya jarang kami sekeluarga dapat sama – sama rasa kemeriahan hari raya macam orang lain. Aku sendiri pun jadi malas nak pergi beraya kat rumah orang.

Sudahnya aku jugak yang kadang – kadang macam nak patah pinggang melayan tetamu datang beraya tanpa henti. Pesanan yang dah sebati dengan diri aku ni kadang – kadang buat aku terfikir wajar ke kita konvoi ramai – ramai sampai 3 – 4 biji kereta ke rumah orang.

Sebab aku takut kalau tindakan macam ni akan menyusahkan tuan rumah. Tuan rumah terkejar – kejar nak sedia juadah. Kalau tuan rumah sedia air je takut nanti ada pulak yang mengata kat belakang. Aku pernah pergi dua buah kereta dengan kereta ke rumah sed4ra.

Kelam kabut dibuatnya kat dapur. Sudahnya kami minta izin nak tolong bancuh air, potong ketupat. Biskut – biskut raya pun kami tak jamah sebab tengok bekas pun tak cukup sebab ada banyak group lain yang datang bertandang.

Dan aku nak tanya, betul ke yang datang beraya, datang bertandang bagai nak rak ni sebenarnya nak elak orang bertandang ke rumah dia orang? Bila dia orang balik rumah, ditutupnya rapat pintu tingkap sebab nanti penat nak layan tetamu datang. Ada ke yang niat macam ni?

Pagi ni aku call mak aku. Mak aku kata ada sed4ra nak datang dengan 2 buah kereta. Mak aku ok ja. Tapi aku pulak yang susah hati. Kesian mak aku sorang – sorang terkial nak masak kat dapur. Hrrrmm.. Harap – harap, ada la yang bantu mak aku kat dapur nanti…

Syawal ni memang sebulan nak kena sambut ke macam mana? Tak cukup ke kalau setakat raya pertama dan kedua ja. Kemudian tunggu je orang buat jemputan open house? Kalau korang macam mana pulak ye? – Melati (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Puteri Shamila Majid : Orang datang bawa rezeki, lagi – lagi lah hari raya setahun sekali. Saya tak kisah orang nak datang, satu trak pun tak apa, orang suka lah orang datang. Kalau orang tak datang beraya nanti kuih raya jadi berkulat tak habis makan. Saya raya pertama orang dah ser4ng rumah saya, seronok sangat sambut orang datang. Semoga bertambah rezeki saya.. Insyallah.

Naza Ruzali : Rumah mak ayah saya kalau terima tetamu confirm 4 kereta ke atas. Seronok bila tengok mak dan ayah seronok jumpa sed4ra mara. Selalu kalau diorang datang raya ke 3 or ke 4 menu simple – simple saja. Nak cepat goreng la bihun ke mee ke.

Buat mee sup ke yang mudah – mudah. Diorang ok saja. Yang penting raya sajaIah dapat jumpa sed4ra mara sepupu beIah sini, pakcik beIah sana, tok ngah tok teh tok tam bagai. Kalau bukan hari raya dapat berhubung kot telefon pun dah bertuah rasanya ahahaha..

Nairah Zakiyaa : Tak ada masalah aku rasa nak konvoi 20 biji kereta pown. Yang penting yang datang tu biar beradap. Makan apa yang ada jer. Niat nak ziarah kan. Bukan nak melantak. Anak – anak cucu yang kecik – kecik tu diajar jangan buat kecoh berlari sana sini.

Usik sana sini. Ajar duduk diam – diam. So tuan rumah takkan ada masalah kalau korang datang 20 kereta pon. Satu lagi, nama pun ziarah so datang sekejap sudah la. Jangan la dari pagi sampai makan tengah hari, makan petang, silap – silap sampai malam duk situ lagi. Memang tak kena la dan kalau boleh elak time solat masih kat umah orang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.