Aku jemput saud4ra mara datang beraya, jamu makanan aku masak. Tiba2 pakcik saud4ra cakap aku masak tak sedap

Kalau orang dah hidangkan tu, jamahlah sedikit. Kadang – kadang, tuan rumah habiskan duit untuk beli juadah bagi meraikan para tetamu, tapi, tetamu tak nak jamah. Aku tuangkan air pun tak diminum juga. Datang main HP je..

#Foto sekadar hiasan. Aku merupakan anak keempat dalam keluarga. Mak aku dah meninggaI beberapa tahun yang lalu. Jadi, aku lah bertanggungjawab menjaga daddy dan adik beradik yang lain memandangkan abang – abang aku semuanya dah berumahtangga.

Aku ni jenis ceria dan boleh masuk dengan semua saud4ra mara, sepupu sepapat semua lah. Nak dipendekkan cerita, waktu raya baru – baru ni, aku pergi ke rumah pak cik aku. Waktu tu memang aku dah penat dan kenyang sangat. Maklumlah, musim raya.

Sampai je rumah pak cik aku tu, aku kuatkan diri untuk berborak, menjamah makanan yang ada dengan sungguh – sungguh sebab orang dah masak penat – penat. Aku sangat hargai juadah yang dah disediakan.. Penat mereka masak. Memang orang siap tegur aku,

“kau ni tak reti kenyang ke,” dan aku pun akan jawab, “jamahlah walaupun sikit, kesian tuan rumah.” Selang seminggu lepas tu, sampai giliran saud4ra mara datang rumah aku. Aku pun hidangkan makanan yang aku masak.

Jenuh aku menjemput mereka (saud4ra mara) aku makan, mereka cakap dah kenyang. Ok, tak mengapalah. Tak lama lepas tu, pakcik aku yang seorang ni bangun untuk makan. Aku punyalah seronok sebab ada juga yang nak makan masakan aku.

Sedang asyik makan, tiba – tiba pak cik aku cakap, “hmmm, tak sedaplah Ayong masak.” Ok, aku pun jawablah, “yeke. Rasanya sedap je tadi,” sebab aku ingat dia bergurau. Lepas tu pakcik aku sambung lagi, “nasib baik ambil sikit.”

Aku memang dah terdiam waktu tu. Rasa nak menangis pun ada. Aku tahu memang aku tak pandai masak, tapi tak perlulah nak mengata masakan aku depan orang ramai macam tu. Malu rasanya.. Aku tak pernah mengata masakan orang macam tu.

Aku hargai juadah orang lain. Tapi, orang tak hargai juadah aku. Aku jaga perasaan orang yang dah penat masak, tapi orang tak pernah jaga perasaan aku yang dah bersusah payah masak. Ada pulak tu, yang aku tuangkan air pun tak diminum juga.

Datang semata tengok je makanan dan minuman, lepas tu main handphone. Please lah jangan buat tuan rumah macam tu. Sebenarnya bukan sekali, tapi dah banyak kali aku kena macam ni. Kalau bergurau pun, berpadalah.

Lagi satu, kalau orang dah hidangkan tu, jamahlah sedikit. Kadang – kadang, tuan rumah habiskan duit untuk beli juadah bagi meraikan para tetamu, tapi, tetamu tak nak jamah. Sedih kot.. tolonglah hargai. Ok, itu sahaja story aku. Kesimpulannya, jamahlah walaupun sikit.. – Sis sedih (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Azura Rosli : Suami aku selalu cakap. Sedap atau tak. Tolak tepi. Sebab kena hargai orang tu masak dan hidang untuk kita.. sebab lelah, masa dia nak masak untuk kita. Dia fikirkan nak bagi apa tetamu makan. So just hargai dan tak perlu nak sound – sound macam tu.. sebab bila makan, masuk mulit nikmat rasa tu sekejap je. Masuk ke tekak tak rasa apa dah.. untuk awak yang buat confession ni. Abaikan saja apa pakcik awak cakap..

Jannah Mohamad : Ala, pakcik tu kan selalu datang raya kan. Kalau dah memang pattern dia taknak makan sebab dah kenyang, atau dia memang suka bagi komen negatif macam tu, lain kali tt tak payah la masak. Tt bagi je makan kuih raya, tak pun hidang air kopi / teh paling formal menyambut org tua.

Kalau dia tanya takda masak ke, cakap je la memang masak sikit untuk keluarga je. Banyak – banyak masak tak habis. Takpun cakap je lauk takda. Memang ada makcik / pakcik mulut macam tu. Macam kita siap tanya “lauk semalam ke?”.

Lepas tu kita tak pernah masak kalau mereka datang melawa makan pun tak, makan je la kuih / kerepek yang kat depan. Ala, orang macam tuu dia takkan singgah lama, memang singgah sekejap sekadar nak tengok orang yang masih hidup. Macam kita ayah dah takda.

Dina Ryoko : Begitulah adab ke rumah orang, jamahlah sedikit walau kita sudah kenyang. Jangan complain juadah yang disediakan depan tuan rumah. Ini kisah saya, melawat rumah seseorang yang rapat dengan saya semasa raya.

Salah satu jamuan yang disediakan sudah basi, tetapi ada saud4ra saya yang telah mengambil juadah itu. Nak tak nak, dia makan juga tanpa berkata apa – apa. Mujur ambil satu ketul saja sebab kami sebenarnya telah kekenyangan kerana telah ke rumah lain sebelum itu. Tahniah confessor atas perkongsian yang menarik ini.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.