Sepanjang 6 tahun kahwin tak pernah beraya rumah keluarga saya. Mertua pasti akan call p4ksa beraya rumah dia. Sehinggalah tahun ke-6 suami setuju beraya rumah ayah. Tiba – tiba petang tu mak mentua call kata dia jatuh bilik air. Dengan berat hati ayah lepaskan saya, saya masih ingat ayat terakhir ayah…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sekarang dah masuk bulan raya. Saya nak berkongsi kisah sedih saya pasal giliran berhari raya ni. Semoga menjadi iktibar pada kita semua, pasangan yang telah berkahwin.
Saya dah berkahwin selama 12 tahun, 6 tahun pertama, tiada langsung giliran berhari raya dengan keluarga saya. Setiap kali hari raya, akan beraya beIah suami. Jangankan hari raya puasa, hari raya haji, tahun baru cina dan asal ada cuti semua sebolehnya di sebeIah suami.
Suami saya ni anak lelaki sulung. Beberapa hari sebelum raya, mak dia akan call suruh balik kampung. Suami ni pula jenis dengar je cakap emaknya. Kalau saya membantah pun dia tetap berkeras nak beraya beIah dia juga.
Alasannya sebab rumah saya dan ibu bapa saya dekat je, hari – hari boleh jumpa. Bagi saya, hari raya dan hari biasa kan lain, berilah saya peluang beraya dengan family saya dulu sebelum balik kampung dia. Kampung dia pun bukannya jauh, sejam je dah sampai.
Saya cuma mintak nak raya rumah bapa saya dan paklong saya je. Rasanya kalau betul – betul diikutkan, setengah hari dah settle dah 2 buah rumah tu. Nak dijadikan cerita, pada tahun ke-6 perkahwinan, mula – mula suami dah setuju nak beraya di rumah keluarga saya sebelum balik ke kampung dia.
Saya pun seronok la sebab kali pertama kan boleh raya di rumah keluarga sendiri selepas 6 tahun berkahwin. Saya dan adik – adik dah pergi beli barang nak masak untuk malam raya. Tiba – tiba petang tu mak mentua saya call kata dia jatuh bilik air dan takde sesiapa kat rumah dia.
Suami saya tak tentu arah la, dia ajak juga saya balik kampung dia. Ayah saya dengan berat hati suruh saya balik la ikut suami. Saya tak akan lupa ayat terakhir arw4h ayah saya, “kakak, sebenarnya ayah harap yang dapat raya dengan awak tahun ni. Kalau awak tak raya dengan ayah tahun ni, mungkin sampai bila – bila pun awak takkan dapat raya dengan ayah. Mungkin ayah ni pun dah tak lama dah.”
Hati saya berat yang nak balik raya ke kampung suami masa tu tapi atas desakan dia, saya ikut juga la. Kalau tak ikut nanti jadi g4duh pula, tak seronok la raya g4duh – g4duhkan. Masa masa balik tu, rupanya mak dia takde jatuh bilik air pun.
Elok je sihat walafiat. Dia sengaja buat macam tu saje nak suruh kami balik je. Masa tu saya yang beng4ng. Saya tengok je muka suami saya. Lagi satu per4ngai suami saya ni, dia suka letak saya seminggu kat kampung dia. Dia ada balik ke KL untuk bekerja tapi saya dan anak – anak tinggal di kampung dia.
Kat kampung dia, saya ni dibabukan mak dia. Bila dia nak masak, saya kena sediakan bahan, disuruh itu ini. Bila adik – adik dia pergi beraya, saya dan anak – anak tinggal di rumah tunggu dan layan tetamu. Alasannya sebab mak dia dah tak larat.
Adik – adik dia kalau pergi beraya takde pun ajak anak – anak saya. Tak sampai sebulan lepas raya, ayah saya meninggaI, memang masin mulut ayah tu. Agaknya memang dia dah agak dia nak pergi. 3 bulan kemudian, paklong saya pula meninggaI.
2 orang yang paling saya sayang dah pergi tanpa sempat beraya dengan saya. Saya rasa sampai saya m4ti pun saya tak boleh maafkan mak mentua saya ni. Disebabkan drama dia la semua ni jadi. Anak dan menantu dia yang lain dia tak kacau, saya je selalu dia kacau.
Agaknya sebab suami saya berduit dan saya pula jenis tak reti nak bawak kereta sendiri. Dekat situ suami tinggal saya, kat situ la saya duduk, saya bukan jenis yang suka merayau. Lepas arw4h ayah saya meninggaI, saya ambik lesen kereta supaya senang saya nak bergerak ke sana sini.
Sejak tu juga saya dah pandai meIawan. Kadang – kadang kita ni bukan nak kurang ajar tapi kita terp4ksa untuk bela diri sendiri. Kalaulah dari dulu saya meIawan mungkin benda ni tak jadi teruk macam ni. Mungkin saya masih sempat beraya dengan ayah saya pada akhir hayatnya tu. Tapi apa nak buat kan, dah takdir.
Kepada para suami, patut bertimbang rasa la dengan pasangan masing – masing. Jangan nak lebihkan mak je. Kami isteri – isteri ni pun ada keluarga, ada mak bapak. Kami bukan anak buluh betung, kalau ikut giliran kan bagus, takde g4duh – g4duh.
Komen W4rganet :
Fazeera Fazee : Faham yang apa awak rasa. Sepatutnya dari dulu awak buat. Dia keras awak kena lagi berkeras. Perempuan ni biar hilang suami. Jangan hilang anak jangan hilang mak ayah. Suami ni boleh terputvs hubungan dengan kita.
Nak kira d0sa banyak benda d0sa lain kita buat. Derh4ka dengan suami pun d0sa. Tapi kalau saya, baik lah derh4ka pada suami macam suami awak. Dari saya hilang setengah dari hidup saya. Masa takleh di ulang kembali.
Kalau saya memang buat keras lah. Nak raya umah mak ko, ko pergi sendiri. Balik naik bas grab pun takpelah. Asal hati tak s4kit. Betul kata orang bijak pandai. Ujian seorang isteri ni bukan saat hidup dia susah semata. Ramai lagi isteri mampu hidup susah merempat sama dengan suami.
Tapi sikap suami ni mampu buat kita ni jadi manusia paling teruk atas muka bumi ni. Ujian isteri kan. Kalau dapat suami tolak ansur bersyukur lahh. Jangan pulak kita besar kepala. Hidup lah sebaik – baiknya selagi berjodoh. Sama – sama tolak ansur.
Cct Norita Haron : Semoga puan sabar dengan ujian – ujian dariNya. Saya juga punya menantu lelaki, dia anak sulung lelaki dalam keluarganya. Sebagai mertua saya memberi peluang untuknya pulang ke kampung beraya bersama keluarganya setiap tahun.
Pada saya.. biarlah dia dapat berbakti sebagai anak lelaki pada keluarganya dan menggembirakn ibu ayahnya. Tak perlulah untuk saya berebut – rebut dan memaksa mereka. Kerana bagi saya kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup berkeluarga paling utama. Syukur juga anak perempuan sulung saya punya mertua yang yang baik dan penuh kasih sayang.
Rubiah Cek Ya : Sis, saya baru je meIawan beberapa hari lepas. Turn raya tahun ni beIah saya. Rumah dekat – dekat jek. Taun lepas ditahan – tahan sampai raya ke-3. Raya ke-4 baru saya jumpa mak saya. Tahun ni p4ksa raya sama lagi.
Uishhhh memang takla kan. Saya suruh suami raya sendiri kat sana. Tahun ni giliran saya. Pehal pulak saya nak ikut telunjuk orang. Mula la drama bagai. Mujur la suami di pihak saya. Dia sendiri tak setuju cara family nya. Percayala cakap saya ni. Kita tak dengar kata dia. Nanti dia jaja citer kita sana sini. Yang takde direka – reka. Dah jadi kebiasaan. Sabarlah wahai isteri, wahai menantu ‘h4ntu’ katanya.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.