Bila melihat keadaan rumah adik yang dulunya cantik dengan lampu lip lap, lampu solar bunga berkembang cantik kini gelap suram, kalau siang penuh dengan daun kering. Saya nekad untuk bertanya. Bapak nangi s- nangis cuba call adik ipar tapi semua tak dilayan malah kami dah disekat.
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, salam ramadan, luahan hari ini bukan tentang saya, tapi berkenaan adik perempuan saya yang saya namakan Alis. (Bukan nama betul – betul la ya semua tu). Alis adik saya nombor 4, kami 5 beradik, saya yang sulung, 4 dah berkahwin termasuk Alis. Tinggal seorang masih belajar lagi.
Alis kahwin muda la juga, habis belajar terus kahwin dengan Zainul, mereka berkawan sejak di universiti. Adik saya ni agak pendiam orangnya tapi orangnya kreatif. Pada mulanya dua – dua bekerja ikut kelulusan, tapi pada tahun pertama kahwin Alis pregnant dan alahan yang teruk.
Zainul suaminya mintak dia berenti sebab kesiankan adik saya tu yang lembik 24 jam. Baikkan zainul, memang baik, anak yang baik suami yang baik menantu dan ipar yang baik. Zainul walaupun baru berkerja rezeki dia dapat gaji di syarik4t baru yang amat lumayan, jadi dengan Alis yang tidak berkerja tu tak jadi masalah baginya untuk tanggung bini dan anak baru lahir.
Anak pertama mereka kemudian lahir dan rezeki mereka dapat beli rumah subsales. Rumah direnovasi dengan sangat cantik dan moden dan saya sebagai kakak bahagia lihat ke bahagian dan rezeki yang Allah berikan pada mereka sekeluarga.
Alis kemudiannya pregnant anak kedua. Alhamdulillah kali ni m4buknya tidak ada langsung dan dia dapat uruskan kehidupan keluarga kecilnya. Alis juga diwaktu senggang buat business online jual marble cake. Alhamdulillah bolehla untuk dia gunakan hasil jualan perniagaan untuk simpanan beliau sendiri.
Tahun 2021 kami sekeluarga diuji apabila syurga iaitu ibu kami didiagnose dengan k4nser rahim stage 4, ibu yang jarang s4kit terus terlantar di hospitaI yang mana kami adik beradik bergilir jaga, Alis ada juga datang ziarah tapi tidak lama kerana masa tu dia dah sarat mengandung.
Dr yang merawat anggarkan umur ibu tidak lama dan diberi tempoh masa 2 bulan sahaja. Ibu pilih pulang ke rumah dibekalkan m0rfin untuk tahan s4kitnya. Tak sampai 2 bulan ibu pergi, maka kami sekeluarga melalui satu episode yang sangat pahit untuk ditelan tetapi bila ingatkan keadaan ibu semasa menanggung s4kit, kami sekeluarga redha.
Alis paling terkesan sebab dia manja sangat dengan ibu, apa – apa semua ibu, 2 minggu ibu meninggaI Alis selamatkan lahirkan anak kedua. Zainul ambil cuti seminggu dan upahkan confinement lady untuk menjaga Alis dan anak sulung yang masih juga kecil.
2 bulan kemudian Zainul dipindahkan ke negeri pantai timur jawatan yang lebih tinggi dengan gaji dan elaun 5 angka. Setelah berbincang bersama, Alis izinkan Zainul pergi dengan iringan doa setulusnya untuk suami yang amat dikasihi.
6 bulan pertama semua yang baik – baik, setiap minggu Zainul balik, namun lama kelamaan saya perasan dah mula berubah – ubah tempohnya, mula seminggu sekali kemudian 2 minggu paling lama dekat 2 bulan tak pulang ke rumah.
Saya tahu sebab nak ke rumah saya kena lalu hadapan rumah adik, jadi kalau Zainul balik memang nampakla keberadaannya. Saya cuba riki – riki tapi Alis being very private berkenaan rumah tangganya hanya beri alasan Zainul sibuk dengan project baru.
Tapi bila melihat keadaan rumah yang dulunya cantik dengan lampu lip lap lampu solar bunga – bunga berkembang cantik kini gelap bila malam, kalau siang penuh dengan daun – daun kering lamannya saya nekad untuk bertanya.
Itupun bapak kami yang minta saya tanyakan sebab saya kakak sulungkan, ditambah bila kami sekeluarga berkumpul nampak sungguh muka Alis yang cengkung, muka lepas nangis. Satu hari saya ke rumahnya dan tanya sungguh – sungguh, ada masalah ke dengan zainul, Alis agaknya setelah lama menahan remuk redam nangis semahunya kepada saya maklumkan Zainul dah ada pasangan lain dan dia tengah pilih untuk ceraikan Alis.
Alasan sebab girlfriend barunya tak mahu bermadu dan rela putvskan hubungan. Alis kecewa sungguh sebab bila ditanya tak sayang lagi ke kepada dia dan anak – anak, Zainul cuma cakap dia perlukan masa. Saya cuma hanya mampu pujuk dia doa sebanyaknya dan walaupun Zainul di negeri lain, apa – apa whatsapp atau panggiIan layan sebaik – baiknya.
Alis setuju, namun itula kita hanya boleh berikan cadangan dan nasihat, sebulan kemudian Alis telefon saya dengan esak tangis sayunya maklumkan melalui telefon Zainul dah lafazkan cerai taIak satu. Malah kemudiannya dalam proses failkan cerai untuk pengesahan taIak.
Saya selepas tahu teruslah segala kata – kata tak baik saya hamburkan pada dia selepas selama ni bersabar sebab tak mahu susahkan Alis, bapak pun nangis – nangis cuba call Zainul tapi semua tak dilayan malah kami semua telah diblok.
Hari pendengaran lafaz cerai sampai saya temankan Alis ke court, sebelum mahkamah buka nampak Zainul duduk di sudut mahkamah dengan mata hanya tertumpu pada telefon ya. Manakala Alis adik saya, saya lihat walaupun dengan sedih sayunya masih bergaya dengan sebaiknya mungkin dia ingat suaminya akan tertarik pada dia balik agaknya.
Pada tarikh tersebut cukup 4 bulan mereka tidak berjumpa bersama termasuk anak – anak, Zainul tak jenguk kedua – dua mereka, hanya kiriman wang nafkah saja pada Alis. Di mahkamah apabila hakim tanya akan pendirian Zainul dia tetap dengan keputusannya manakala adik saya tanpa segan silu menangis merayu pada Zainul apa salah silap dia, dia masih sayangkan Zainul, saya rasa macam nak tarik adik saya peIuk dia kuat – kuat.
Zainul dengan muka yang sudah tiada perasaannya hanya diamkan diri. Maka selepas itu, sah lah lafaz, adik saya kini Janda muda anak 2. Beberapa bulan selepas, dapat tahu Zainul dah berkahwin dengan wanita cinta hatinya itu dengan majlis serba gemilang.
Saya dapat tahu sebab adik lelaki saya kawan kepada Zainul di fb. Adik saya, masih r3muk redam hatinya, walaupun sekarang tidak lagi memangis tapi terlalu h4ncur hatinya. Malam – malam selalu whatsapp tanya saya, kak, Alis bukan isteri yang baik ke, Alis tak cantik ke, Alis tak hormat Zainul ke.
Ke sebab Zainul nak anak lelaki tu yang diceraikan Alis kak. Saya pujuk hati Alis cakap semua itu bukan. Zainul tu jantan kabaret tak sedar diri manusia jahat yang tak patut hidup pun. Sorry kasar sebab s4kit hati sangat.
Bayangkan sampai sekarang pun Zainul tak jenguk langsung anak – anak. Hanya berikan duit nafkah mereka dan bayarkan duit rumah. Itupun atas perintah mahkamah ya tolak bank tiap bulan. Sampai sekarang hampir setahun lebih,. Alis masih terkesan asyik termenung, rumah pun ntah jadi apa tapi anak – anak dia masih dia jaga sebaiknya.
Cuma mungkin dia sedih bapa kepada anak – anaknya tak mahu jenguk anak langsung dah 2 tahun ni. Cerita saya bukannya apa hanya nak luahkan perasaan s4kit hati yang terpendam pada Zainul dan sedih pada Alis dan anak anak,
Moga pembaca dapat doakan Alis jika dipermudahkan jumpa jodoh yang lebih baik dan akhirnya dapat sinar gembira sebaiknya untuk dia. Untuk Zainul dan peny0ndol tak guna tu, hmm moga Allah swt sahaja yang beri baIasan yang selayaknya untuk korang berdua. Aamiin. – Nab (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet:
NurAz Wan : Sebab tu, jangan yakin sangat dengan cinta manusia, hati manusia mudah berubah, sedangkan iman manusia pun boleh berbolak balik, ada kala kuat, ada masa lemah, apa lagi cinta pada manusia. Jadi adik tt patut tahu, bukan kerana kekurangan diri dia, menjadi punca suami berubah hati.
Tapi kerana bekas suaminya, tak ada kesetiaan dan tak pandai mengawal diri untuk tak jatuh cinta, bila berjauhan. Sebenarnya, kalau tak berjauhan pun, ada je yang boleh berubah hati dan jatuh cinta pada yang lain. Semua itu juga berg4ntung pada jodoh.
Nor Arfa : Suami bukan hak kita, kalau Allah nak ambik, DIA akan ambik bila – bila DIA nak. Dan ujian Allah tanda DIA sayangkan h4mbaNYA. Usah bersedih pada yang dah tak nak. Bangun teruskan hidup kerana peluang untuk bahagia akan ada bila – bila hanya minta dengan Allah.
Mazra Nazra : Kesian Alis, memang jantan tak guna Zainul tu. Tapi jangan bersedih lama – lama, kalau jantan tu dah tak nak, baik move on je, lagipun Alis masih muda dan terpelajar. Mula cari kerja balik. Nafkah anak dan rumah pun dah Zainul bayar, jadi fokus untuk benda lain pula.
Kalau lama – lama bersedih pun tak guna, kesian kat anak – anak. Bagitau diri bukan salah dia suami tu lari, suami tu yang tak pandai hargai dia dan selayaknya la dia pergi ke si peny0ndol tu, itu lebih baik dari hidup tersiksa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.