Sekarang dalam bank ada RM5 je ni. Cash kat tangan RM3. Dah kena halau esok kena keluar, aku tak tahu nak pergi mana

Aku kena keluar rumah sebab tak mampu bayar sewa. Esok kena keluar tapi masih takde tempat dituju. Nafkah anak dari bekas suami pun ikut suka dia la nak bagi ke tidak. Lelaki – lelaki ni lepas bercerai susah betul nak bagi nafkah anak. Buat anak bersepah. Tinggal merata gitu. Ingat anak kucing?

#Foto sekadar hiasan. Aku ada terbaca kisah, s4kitnya surv1val seorang dewasa. Aku pun sama. Tapi dewasa yang lain. Ibu tunggal yang membesarkan anak 3 orang. Aku pernah kerja. Tapi berhenti tahun lepas atas sebab tertentu termasuklah kerana cov11d.

Waktu tu aku takde masalah kewangan. Malah masa seluruh negara kena ser4ng wabak pun aku kerja, duit KWSP bila boleh keluarkan memang aku ambil peluang. Aku bayar hutang – hutang semua. Dalam setahun aku cuba cari kerja. Tak dapat. Mungkin faktor umur. Entahlah.

Ada sekali tu aku jumpa iklan kerja part time kat negara jiran. Aku join la. Gaji boleh la dapat SG80 sehari. Aku takde duit nak ulang alik dari rumah ke negara jiran. Kena keluar seawal jam 5 pagi. Bas pun takde lagi. Kena naik grab yang high demand.

Dalam RM28 – 35 sampai imigresen. Jadi aku pun buat keputvsan untuk tumpang rumah kenalan kat sana. Aku bagitau nak bayar $10 sehari dalam tempoh seminggu. Masih berbaki $70 bersamaan RM210 (sehari gaji). Kat sana aku pun takde dollar nak makan.

Kenalan aku tu memang baik. Dia suruh je buat macam rumah sendiri tapi aku malu la. Anak dia suami semua ada. Jadi memang aku tak makan. Ada $2.50 aku buat beli biskut. Dalam ada 10 peket kecik. Dalam tiap peket ada 2 keping biskut.

Setiap hari aku bawak 2 peket untuk pergi kerja. Lepas congak, lepaslah makan 5 hari ni. Makanya itu sajaIah makanan aku. Biskut dan air masak yang aku topup dari peti ais rumah kenalan aku tu. Hari ke-4 biskut aku letak kat dapur dah takde.

Haha.. hari tu aku tak makan apa – apa jadinya. Hari ke-5 adalah kenalan sesama part time bagi aku $10. Tau tak syukurnya aku masa tu. Balik kerja terus beli nasi tapau dengan mee. Dah berapa hari makan biskut je kan.

Gitulah aku surv1ve sampai seminggu. Aku pun balik Malaysia tercinta semula. Tu la kisah aku. Sekarang aku kena keluar rumah sebab tak mampu lagi bayar sewa. Esok kena keluar tapi masih tak de tempat dituju. Konon nak masuk ppr illegally, tapi ketahuan.

Jadi untuk esok entahlah. Tak tau apa nasib aku. Buat masa sekarang kerja aku work from home je. Bestnya sebab aku tak perlu jumpa orang. Baru sehari dua kerja ni. Sekurangnya jimat la duit grab aku. Oh ya.. aku takde kereta. Takde rumah.

Mujurlah takde semua tu. Kalau ada kereta mesti dah kena tarik berbulan tak kerja kan. Yang lega, aku tak berhutang dengan mana – mana institusi. Takde koway, kuku, asterok bagai tu. Hidup aku memang basic je. Untuk aku dan anak – anak.

Tu pun selalu je sangkut. Nafkah anak dari bekas suami pun ikut suka dia la nak bagi ke tidak. Ni pun aku tak faham. Lelaki – lelaki ni lepas bercerai susah betul nak bagi nafkah anak. Buat anak bersepah. Tinggal merata gitu.

Ingat anak kucing? Ada orang suka boleh bawak balik bela, gitu?? Doakan aku please. Doakan aku mampu tanggung anak aku sampai belajar masuk universiti semua. Anak – anak aku alhamdulillah belajar okay. Cita – cita tinggi.

Kalau boleh aku tak nak anak amik pinjaman ptptn. Aku tau struggIe cari duit dalam masa sama nak bayar hutang. Doakan aku. Doakan aku bangkit jadi macam dulu. Aku yang sekarang, semangat untuk hidup pun tiada. Aku str3ss, murung.

Ada masa aku ketok kepala aku sendiri. Aku tak rasa aku giIa tapi entahlah. Jumpa orang tak kenal semua aku tak suka. Aku benci. Rasa loser. Sekarang duit dalam bank RM5 je ni. Cash kat tangan RM3. Aku nak surv1ve macamana? Tengok je la. – -Aku- (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Noor Asyikin : Untuk sementara waktu ni untuk surv1ve pergi pusat zakat. Cerita semua masalah. Selalunya ade duit em3rgency yang boleh dibagi terus tanpa perlu isi borang. Sementara nak tunggu borang permohonan lulus. Bawa semua dokumen anak – anak dan surat cerai. Cuba usaha yang ni dulu.

Rosilawati Binti Mohamed : Yang penting anak – anak mesti pergi sekolah. Di sekolah ada bantuan yang akan disalurkan kepada murid. Sekurang – kurangnya makan harian dah percuma. Puan, jumpa guru kelas anak dan ceritakan masalah ini. In sha Allah pihak sekolah akan ikhtiarkan sumbangan yang diperIukan.

Fazidah Abdul Kadir : Innalillah, semoga tt kuat dan mampu harungi kesusahan ni bersama anak – anak. Kalau admin boleh share details untuk dibantu lagi bagus. Perlu bantuan segera ni kalau tak macam – macam boleh jadi. Semoga Allah bantu tt dan kita semua dorongkan kita ke jalan yang baik dan benar.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.