Masuk umur 20 tahun tiba-tiba je mulut aku berbau busuk, longkang. Aku jilat dekat lengan tunggu kering, lepas tu bau

Aku rajin floss gigi dan kumur dengan ubat kumur. Rasanya aku dah memang sempurna dalam menjaga kebersihan mulut. Tapi entah kenapa masa umur aku 20-an, aku perasan yang mulut aku ni berbau. Macam mana aku perasan? Sebab orang akan tutup mulut apabila bercakap dengan aku.

#Foto sekadar hiasan. Hai.. Nama aku Lily. Aku dah berumur 30an. Aku nak bercerita tentang kisah mulut aku yang berbau busuk. Aku seorang yang sangat menjaga kebersihan mulut. Sekurang – kurangnya dua kali sehari aku akan gosok gigi.

Aku juga rajin floss gigi dan kumur dengan ubat kumur. Rasanya aku dah memang sempurna dalam menjaga kebersihan mulut. Tapi entah kenapa masa umur aku 20-an, aku perasan yang mulut aku ni berbau. Macam mana aku boleh perasan?

Sememangnya kerana orang akan tutup mulut apabila bercakap dengan aku. Aku rasa awal kejadian bau mulut busuk ni, mula – mula aku rasa mulut pahit. Lepas tu mulut aku mula berbau longkang. Aku fikir – fikir memang gitula.

Sebab dari kecil, aku rasa mulut aku takde la berbau busuk kecuali apabila bangun tidur, itu normal la kan. Tapi kalau aku dah gosok gigi, kumur dengan ubat kumur, tak sampai 15 minit mulut aku dah berbau. Kan pelik tu.

Aku rasa punca mulut aku busuk ni dari lidah. Sebab aku test jilat lidah pada lengan tangan, pastu tunggu kering, aku bau memang confirm busuknya Ya Allah malu nak cakap. Confident diri pun menurun. Aku suka cakap jauh – jauh tapi takdela jauh sedepa.

Agak – agak orang boleh dengar apa aku cakap. Lagipun pekerjaan aku ni memang kena jumpa orang hari – hari. Kalau terp4ksa cakap dekat – dekat, aku kepit je mulut, asal suara keluar je la. Harap korang fahamla ye. Tapi alhamdulillah, rakan sekerja takde yang kutuk depan – depan.

Cuma aku faham la bila mereka tak selesa dengan bau mulut aku kan. Sebenarnya macam – macam aku usaha untuk hilangkan masalah bau mulut ni. Aku banyak baca di internet. Macam – macam juga la aku cuba sejak umur 20-an, minum chlorophyl, minum teh hijau, berkumur dengan bermacam jenis ubat kumur, tapi semua tak menjadi.

Pastu aku makan pula herba yang buatkan aku buang air besar sampai 4 – 5 kali sehari sebab aku baca jika kurang membuang, boleh juga buatkan mulut busuk. Memang menjadi pun. Tapi sehari dua jelah bau mulut aku hilang, lepas tu datang balik.

Aku baca juga, masalah tonsil boleh juga buatkan mulut bau busuk tapi aku tak pergi check dengan doktor pun sebab aku rasa elok je tekak ni, takde s4kit atau bengk4k. Aku pun ada beli macam – macam jenis ubat gigi yang mahal, yang aku baca boleh hilangkan bau mulut tapi hasilnya takde.

Aku pun ada juga pergi scaling gigi. Gigi yang berlubang aku tampal, gigi rosak dah cabut tapi bau mulut aku busuk juga huhu.. Alhamdulillah sejak pandemik, aku pakai mask dan aku selesa la nak bercakap dengan orang bila pakai mask, haha.

Adala hikmah di sebalik pandemik ni walaupun aku sendiri s4kit kepala dengan bau mulut aku bila pakai mask. Huhu. Dah masuk 10 tahun pun aku hadap masalah ni. Aku kadang – kadang rasa malas dah. Aku selalu berdoa agar masalah bau mulut busuk ni hilang, pastu aku teruskan je rutin pembersihan mulut.

Aku macam dah pasrah. Aku teruskan je gosok gigi, floss dan kumur dengan ubat kumur. Pastu aku ada beli sejenis penyembur mulut di sh0pee. Rasa macam bunga ros. Takdela hilangkan bau mulut, tapi kurangkan sikit.

Penyembur mulut brand AY pun aku beli, tapi tak hilang juga masalah aku ni. Pastu aku tak suka minum susu sebab aku rasa mulut bertambah busuk bila minum susu. Boleh bayangkan tak, mulut yang dah sedia busuk, jadi berganda busuk gitu kalau minum susu.. huhu.

Ok kemudian ada satu lagi musibah yang terjadi pada aku. Tahun lepas aku alami masalah gusi yang sangat teruk. Gusi aku bengk4k – bengk4k. Banyak yang bengk4k tau. Seminggu aku makan panadol sebab malas nak pergi kIinik.

Duit pun takde sangat masa tu, kalau pergi kIinik gigi confirm paling sikit RM100 terbang, jadi aku cuba bertahan. Sampai satu tahap aku tak boleh tidur malam sebab s4kit sangat gusi ni. Hati ni pun panas je, rasa nak Iempang orang je hari – hari. Huhu, dah s4kit sangat kan.

Akhirnya aku pergi juga la ke kIinik gigi. Doktor tengok mulut aku memang terk3jut giIerr. Dia kata teruk sangat gusi bengk4k ni. Dia kata kena scaling juga baru la bengk4k surut. Takde cara lain. Aku pun setuju sebab aku tak tahan dah s4kit ni.

Lagipun dah lebih setahun aku tak scaling gigi. Lama la doktor scaling gigi aku, d4rah pun banyak la kan. S4kitnya memang azab sangat. Scaling masa gusi tengah s4kit bengk4k, korang bayangkan jela. Lepas habis je scaling doktor bagi ubat tahan s4kit dan ubat antibi0tik.

Kena habiskan antibi0tik tu. Doktor nasihatkan kena rajin floss gigi, pastu kumur dengan ubat kumur 0radex. Ubat kumur tu aku kena beli sendiri di farmasi. Aku pun balik, tapi masuk je kereta aku terus telan ubat tahan s4kit sebab s4kit giIerr huhu.

Sampai umah aku terus tidur. Alhamdulillah lepas scaling, gusi aku ok. Bengk4k surut dalam masa 3 hari. Ubat antibi0tik aku makan sampai habis. Tapi lepas tu mulut aku rasa pahit pulak. Nak makan apa – apa pun rasa tak best dah.

Rasa macam nikmat makan aku ditarik. Semua makanan rasa tak kena. Tapi alhamdulillah dalam seminggu dua je rasa camtu lepas tu mulut tak pahit dah. Aku pun boleh makan macam biasa. Kemudian aku rasa ada kelainan dengan mulut aku.

Korang dapat teka tak? Ya mulut aku tak busuk dah. Rasa macam ajaib sangat. Aku dapat rasa mulut aku ni bersih. Aku test jilat lengan sendiri, aku ciuum takde bau busuk dah. Bila bangun pagi pun, air liur basi takla sebusuk macam sebelum ni.

Rasa amazing sangat, Ya Allah alhamdulillah. Aku tak tahu nak terangkan macamana, tapi aku rasa dalam mulut ni ringan je. Mungkin korang tak paham, tapi aku pun tak reti nak cakap. Ada beza berbanding dulu. Aku selalu fikir apa yang sebabkan mulut aku dah tak berbau, aku fikir – fikir mungkin sebab antibi0tik yang doktor bagi tu, dah bvnvh sekali segala kuman bakteria yang menyebabkan bau busuk tu kan. Aku rasa la.

Sebab kalau nak kata sebab scaling, aku dah banyak kali scaling dalam 10 tahun ni. Sekarang ni Alhamdulillah masalah yang aku hadapi selama 10 tahun ni dah takde. Syukur sangat. Aku masih teruskan rutin pembersihan mulut macam biasa.

Gosok gigi, floss, kumur dengan ubat kumur. Aku masih pakai jenama 0radex yang doktor cadangkan tu. Aku harap berkekalan la nikmat yang Allah bagi ni. Tapi kalau minum susu memang rasa tak best mulut ni. Aku memang cuba elakkan.

Itula kisah aku. Aku tahu ramai yang ada masalah macam aku. Aku harap dan doakan korang jumpa jalan penyelesaian satu hari nanti. Ok itu je aku nak kongsikan. Bye – Lily (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Farina Qistina Kamal : Yang keluarkan adik dari masalah adalah Allah adik kena ingat tu setelah ujian yang panjang adik bersabar akhirnya Allah sembuhkan adik, itu nikmat dari kesabaran adik. Semua yang berlaku rentetan untuk sampai sembuh itu l asbab sahaja.

Sebab tu adik rasa macam majik ia berlaku hakik4tnya dari segi akidah adik perlu tanam dalam hati yang menyembuh hanya Allah semata – mata bukan apa – apa barang antibi0tik ka ubat kumur dan sebagainya itu makhluk Allah yang tak boleh beri munafaat atau mud4rat hanya sebagai asbab sahaja. Jadi adik terus yakin pada Allah dan doa ia tidak berlaku lagi akak pun sangat bersyukur adik dah keluaq dari masaalah ini. Akak tumpang gembira.

Ari Kael : Kalau nak buat scaling, tapi tak mampu, pi je dentist kerajaan, bayar rm2, setel. Ada masalah gigi ke gusi ke pi dentist kerajaan je. Jangan tahan – tahan s4kit sebab tak berduit nak pi swasta. Mungkin ramai taktau kerajaan ada dentist juga.

Cik Nilsa : Lidah kene bersihkan setiap kali gosok gigi. Kalau tanak pakai toungue scraper tu, gosok dengan berus gigi pun ok. Letak ubat gigi sikit. Gosok make sure hilang putih – putih kat lidah tu. Konsisten berus gigi + bersihkan lidah + ubat kumur ikut sukati brand ape + pakai mouth spray in sha allah boleh nampak kesan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.