Selepas beberapa bulan lelaki itu dah keluar penjara. Dia datang rumah masa ibu takde. Dia nampak kami intai dan dia ejek – ejek kami. Kami langsung tak bukak pintu sampai dia meng4muk. Dia keluar dari pagar rumah. Kami ingatkan dia dah nak pergi, rupanya dia pergi BERAAKKK DEPAN PAGAR RUMAH KAMI!
#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya dah lama nak luahkan tentang sejarah hitam yang berlaku dekat keluarga aku tapi itu lah, taktau nak luahkan dekat siapa sebabnya satu, takut mereka mengata belakang aku. Dua, sebabkan AIB orang.
Dekat sini boleh lah aku luahkan sebab orang tak kenal. Ibu aku adalah seorang ibu tunggal dan seorang cikgu di sekolah menengah. Murid – murid semua suka dia sebab dia baik hati, peramah dan pemurah. Masa itu aku darjah 5.
Abang aku pula tingkatan 2. Abang aku bersekolah di sekolah yang ibu aku mengajar. Abang aku dapat tahu yang ibu ada hubungan sulit dengan kawan rapat dia yang sebaya dengan abang aku. Bayangkan ibu seorang CIKGU yang berumur 40-an ada hubungan dengan BUDAK SEKOLAH.
Bila aku fikir balik sekarang, ibu aku boleh je masuk penjara sebab perbuatan jijik dia. Abang dan aku sangat terk3jut macam tak boleh nak percaya. Dia dapat tahu dari mesej ibu rasanya, ibu aku selalu bagi duit dekat kawan abang aku.
Kawan dia selalu mintak duit dekat ibu aku sebab dia main game online. Jadi nak topap la. Aku taktahu lah kenapa ibu buat benda jijik macam tu. Kami berasa terh1na dan sedih atas perbuatan dia. Selepas kami dapat tahu, kecut perut lah kawan dia.
Ibu pula aku rasa dia menangis sebab kawan abang aku itu mintak putuus kot. Lepas itu aku tak ingat apa yang jadi. Ada je lagi dia ada hubungan dengan pelajar dia sendiri sampai bawak masuk rumah tapi aku malas nak cerita.
Selang beberapa tahun, aku tingkatan 1. Aku perasan ibu aku ini dia seorang yang gatal. Dia asyik nakkan lelaki dengan dia. Pada masa ini dia ada hubungan dengan seorang lelaki muda dan dia seorang PEN4GIH. Tak tahulah kenal dari mana.
Kami beradik berasa marah, sedih macam – macamlah. Ibu aku ini giIa ke apa. Dia seorang cikgu, mestilah dia tahu mana betul mana salah. Kami rasa hidup kami terancam sebab lelaki itu selalu mintak duit dekat ibu. Kalau tak bagi ibu akan kene uguut dan pukuI.
Ada sekali itu aku dapat tahu dia tumbuuk ibu dalam kereta sebab ibu tak bagi dia duit. Ada masa tu juga dia ditahan masuk penjara. Lelaki itu bagiIah nombor telefon ibu aku dekat polis untuk menjamin dia keluar. Aku pernah lah ikut ibu pergi jamin dia, polis pun macam dah sepakat dah dengan lelaki itu.
Sejak hari tu aku naik benci polis dekat Malaysia ni. Banyak kali dah ibu jamin dia. Sampaikan ibu tiada duit, ibu aku sanggup pajak laptop milik keluarga untuk menjamin lelaki itu. Tapi tak jadi nak pajak taktau sebab apa.
Lepas dia tak dapat nak jamin, keluarga lelaki itu datang ke rumah kami, mintak tolong, merayu suruh bayar jaminan lelaki itu. Aku dan abang aku tengok perbualan mereka dari tangga. Selepas beberapa bulan lelaki itu dah keluar penjara.
Masa itu ibu tiada di rumah. Aku dan abang aku je. Ding dong…. aku terdengar bunyi loceng rumah. Tengok dari tingkap tingkat atas, lelaki itu datang dengan motornya. Dia menjerit “SAYANG! ABANG DAH BALIK NI!” sambil gegar – gegarkan pagar rumah.
Aku berasa jijik, geli, mual, marah dan takut. Banyak kali dia gegarkan pagar dan menekan loceng rumah. Ulang ayat yang sama. Agak – agaknya dia nak bagi jiran kami dengar lah tu. Lepas 10 minit dia berhenti. Dia dah nak beredar.
Masa dia nak pergi itu, dia menunjukkan jari tengah pada rumah kami. Selang beberapa hari dia datang lagi. Aku tak ingat kalau ibu ada ke tidak di rumah. Lelaki itu dah masuk ke dalam kawasan rumah kami sebab pagar tak kunci.
Kali ini aku dan abang aku mengintai tengok tingkap di tingkat bawah. Dia nampak kami mengintai dan dia ejek – ejekkan kami. Lepas itu dia ingat kami nak bukak pintu tapi tak, jadi dia pun meng4muk lah. Apa yang terjadi lepas itu perkara yang aku tak boleh lupakan langsung.
Dia keluar dari pagar rumah. Kami ingatkan dia dah nak pergi, rupanya dia pergi BERAAKKK DEPAN PAGAR RUMAH KAMI! Allah, h1nanya perasaan aku masa itu. Sanggup dia buat begitu. Selepas itu aku bagitahu ibu yang dia buat sebegitu, ibu aku tak kisah pun. Dia buat taktahu je.
Aku taktahu kenapa ibu aku ini. Ibu tak terasa h1na ke? Ada satu masa ini, aku taktau lah betul ke tidak. Memori aku macam ingat benda tu tapi tak pasti ia terjadi ke tidak. Ibu aku nak keluar berseorangan. Aku tak kasi ibu keluar sebab aku tahu dia nak keluar jumpa lelaki itu.
Aku tahan badan aku dekat pintu. Lepas itu ibu mula menjadi seakan – akan GlLA. Marah aku, tendang aku sambil menjerit “TEPILAH!”. Lepas tu mula la naik h4ntu giIa – giIa, aku pun takut. Bila aku ke tepi tiba – tiba dia tersenyum gembira dan dia pun keluar.
Aku pula menangis sebab aku sedih dengan perbuatan ibu. Lepas itu dia balik malam. Aku tengok muka dia pelik. Mukanya yang penat sambil dia tersenyum. Aku bertanya “Mama pergi mana?” dia diam dan dia terus pergi ke biliknya.
Aku kalau dia dah tidur aku selalu tengok mesej dia dari henfon dia. Banyak jugalah mesej yang buat aku geli. Tapi kali ini terdetik hati aku nak pergi tengok gallery henfon dia, aku terkedu. Aku nampak video tak senonoh ibu aku.
Bukan ibu yang rekod tetapi lelaki itu. Sampai sekarang aku taktahu benda itu terjadi atau tak. Mungkin aku terk3jut sangat sampaikan otak aku pun taknak ingat benda itu. Aku tak ingat sampai bila ibu dengan si pen4gih d4dah itu tapi akhirnya dia putuus hubungan jugak.
Kami pindah rumah jauh dari tempat itu. Kali ini aku tingkatan 4, aku dah masuk kolej. Masa ini juga aku dapat tahu ibu ada hubungan dengan orang politik. Kenal pun di group Whatsapp politik. Dah kenal berbulan. Tahu – tahu ibu dah berkawin dengan dia.
Tanpa restu dari anak – anak dan dari ibubapa ibu sendiri. Kami beradik dah tegur ibu, kesemua lelaki yang dia kenal itu jahat – jahat. Berd4rah air mata pun ibu tak nak dengar. Lepas itu aku dah tak ambil tahu pasal ibu sangat sebabnya aku dah sambung belajar.
Suami baru dia itu ada isteri pertama tak silap. Jadi ibu ini isteri kedua. Aku rasa tak selesa semasa dia masuk ke rumah kami. Masa itu aku je yang tinggal dekat rumah, kesemua adik beradik aku duduk asrama sambung belajar.
Suami dia kadang – kadang datang rumah kami jumpa dengan ibu. Aku tahu la apa mereka buat. Boleh je dengar. Aku ada jugak rasa marah tapi nak buat macamana benda dah berlaku. Lepas setahun dua macam tu tahu – tahu dah bercerai?
Taktau sebab apa. Tapi rasanya sebab isteri pertama dia. Seterusnya aku dah berumur 17 tahun. Ibu dah bersara. Kali ini ibu kenal seorang lelaki politik juga di group Whatsapp. Ini adalah lelaki paling jahat yang aku pernah jumpa.
Aku dengan orang politik ni dah naik menyampah dah. Benci sangat – sangat. Tolonglah jangan sesekali nak kenal dengan orang politik – politik ni. Ibu aku selalu ambil aku balik dari kolej. Tapi pada masa itu aku ternampak ada lelaki politik ini ada dekat seat kereta kat depan.
Aku macam, “Aduh mama jangan la buat hal lagi”. Aku masuk kereta. Ibu memperkenalkan lelaki tersebut. Cakap, “Ini kawan mama.”. Lelaki itu pun berkata, “Pakcik kawan mama kamu, Pakcik ada hal nak berbicang sikit.”
Aku dalam hati terus tak percaya. Aura dia pun aku dapat tahu lelaki ini jenis macamana. Aku pun cakap macam malas nak layan. Mana – mana lelaki yang ibu aku jumpa dan kenal mesti aku tak suka terus. Tak kisah lah kawan ke business partner ke.
Aku tak expect ibu ada hubungan dengan lelaki politik tu sebab taktau la. Nak cakap ada rupa takda, harta takda, nak cakap macam kene b0moh pun ada. Dia orang pantai timur. Ada masa itu ibu tak nak jumpa dengan lelaki itu.
Huish lelaki ini punya la psych0 dia datang ke rumah kami dengan adik lelaki dia sekali. Tekan loceng rumah banyak kali. Tunggu dekat depan pagar berjam – jam! Sambil itu dia call ibu banyak kali. Aku macam rasa de javu.
Aku penat dengan ada perasaan takut ini. Selang beberapa bulan tu ibu selalu balik lewat malam. Adik beradik aku cuti sem. Aku ada lah peneman. Semasa kami tengah makan abang aku ada dapat satu call ini, dia angkat lah.
Lelaki politik itu rupanya yang call! Aku hanya ingat dia cakap ini je, “Pakcik dah terIanjur dengan ibu kamu”. Abang dengan aku terkedu. Taktau nak terangkan perasaan itu macamana. Orang nampak dia sebagai orang yang baik, alim yang berkopiah. Yelah orang besar politik kan.
Lepas tu abang aku ada cakap tapi aku tak ingat apa. Tapi aku ingat dia marah giIa dekat lelaki tu. Lepas habis call abang aku menitiskan air mata dia. Jarang sangat dia nak menangis. Aku pun menangis sekali. Kami sangat kecewa dengan ibu kami.
Beberapa minggu selepas itu abang aku dah sambung belajar balik. Tinggal kakak aku dengan aku je. Tapi kakak selalu tidur rumah kawan dia. Aku nampak lelaki politik itu tunggu di depan rumah kami dalam kereta dia. Ibu keluarlah berjumpa dengan dia. Aku pula mengintai dari tingkap.
Petang itu aku tengah lepak dalam bilik. Tiba – tiba ibu masuklah dalam bilik, kemungkinan dia nak berehat juga. Aku dengan terk3jutnya nampak mata, pipi ibu Iebam teruk berwarna ungu. Mata kanan dia dah macam tak boleh nampak dah disebabkan Iebam. Aku terk3jut sangat – sangat.
Aku tanya lah siapa yang buat. Lelaki politik itu yang buat. Allah, sanggup lelaki naik tangan dekat perempuan seteruk ini. Apa yang dia buat tu tinggalkan Iuka yang kekal dekat muka ibu. Aku tangkaplah gambar untuk bahan bukti untuk buat report polis.
Yang buat aku lagi geram bila dah tengah nak buat report, polis boleh cakap, “Berbincanglah dengan suami puan dulu ya”. Aku macam, Mashallah kau tak boleh nampak ke muka ibu aku ni?!! Last – last balik camtu je tanpa report apa.
Aku memang tak puas hati betul.. Masa balik rumah itu aku ada ternampak dekat leher ibu ada “lovebite”. Masalahnya teruk sangat lovebite dia, warna ungu habis. Ada 10 kesan gigit dekat leher ibu! Rakus betul lelaki itu! Tapi aku buat b0doh je.
Aku dah macam biasa nampak benda – benda macam itu dekat ibu aku. Nak tegur pun dah malas. Lepas beberapa minggu. Ibu aku jumpa dengan dia lagi, masa dia pergi masuk kereta lelaki itu. Aku mengintai macam biasa.
Tapi kali ini aku nampak ibu aku macam dip4ksa masuk dalam kereta. Macam kene culik. Kereta dia laju betul dia pecut. Lepas tu aku tunggu lah ibu balik. Tunggu – tunggu, last – last 3 hari tak balik. Aku sorang – sorang dekat rumah.
Kakak aku lari rumah pergi ke rumah kawan dia sebab dia kecewa dengan ibu. Aku dengan 3 hari tiada makanan, duit pun tiada. Selepas 3 hari ibu balik. Dia buat macam tiada apa – apa yang berlaku. Aku dengan cuaknya tanya “MAMA PERGI MANA?!!!” dia jawab, “Mama dip4ksa pergi ke Thailand”.
Dalam hati aku kalau pergi Thailand satu benda je, untuk berkawin. Hati aku h4ncur. Dia mengaku dia sudahpun berkawin dengan lelaki b0doh itu. Atas alasan dip4ksa. Padahal dia relakan diri je. Ada gambar dia masa kawin tu. Senyum gembira je.
Sedih aku hanya tuhan je yang tahu. Lepas kahwin ape lagi lelaki b0doh itu boleh la masuk dekat rumah kami. Pergi dekat rumah kami hanya nak melepaskan nafsu kuda dia dekat ibu. Dia juga ada isteri pertama, dan isteri kedua tapi dah bercerai.
Jadi ibu aku isteri ketiga lah. Dia juga lelaki paling rakus yang aku pernah jumpa. Leher ibu aku penuh dengan lovebite dia buat. Lebih teruk daripada sebelum ini. Ibu aku pulak “suka” dengan apa yang dia buat. Aku lupa, ibu pun sama gatal juga dengan dia. Dua – dua psych0.
Selepas beberapa bulan ada la lelaki b0doh itu buat hal. Taktahu sebab apa tapi dia buruk – burukkan nama ibu dengan kami semua melalui Facebook. Gambar keluarga semua dia letak. Semua sejarah hitam ibu aku dia post di Facebook.
Suami jenis apa yang buruk – burukkan dan mengh1na isteri dia sendiri? Oh, suami yang dayus. Sampai sekarang aku tak akan maafkan dia. Taktau lah ibu masih sah ada ik4tan ke tidak dengan lelaki itu. Sejak dia kahwin langsung satu sen tak bagi duit dekat ibu.
Kalau nak cerai kena pergi ke Thailand dulu. Sudah 3 tahun lebih rasanya kami lari dari si tua tu. Kepada lelaki sengal tu, kalau kau lelaki yang aku ceritakan ni, aku harap kau dihumbankan ke ner4ka jahanam. Kami dapat tahu ibu aku sebenarnya ada masalah mentaI iaitu Bip0lar, 0KU.
Ibu juga dah tak buat dah perkara jijik lagi. Sekarang ni Alhamdullilah dia dah dekat dengan Allah. Side effect dia aku pun ada masalah mentaI anx1ety, depr3ssion melampau dari kecil. Ada je cerita lagi tapi aku bagitahu yang memori paling pahit sekali. Sekian.. – Maya (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Nazira Mylisa : Alhamdulillah awak dan adik beradik okay. Tak turns jadi budak – budak tak tentu arah. Ini cuma sedikit yang awak cerita. Tapi inilah tr4uma yang awak lalui. Nasib kita hidup dekat Malaysia, masih banyak norma – norma hidup yang baik, masih ada budaya dan adat yang kita pert4hankan, masih ada agama yang kita sanjung.
Kalau kes macam ni berlaku dekat Amerika, banyak dah kes anak – anak jadi pend3ndam, sampai turns jadi pembvnuh. Nauzubillahi min zalik. Cuma yang saya boleh faham kenapa mak awak macam tu, mungkin dia juga mengharungi banyak tekanan dalam hidup dia yang kita tak tahu.
Ibu tunggal, membesarkan 3 atau 4 orang anak, tanpa sistem sokongan yang utuh, mungkin dia juga provider kepada mak ayah dia juga. Kuat tu tekanan dia. Hubungan s3ks tu mungkin cara dia released segala burn out, untuk dapat pleasure yang sementara.
Tapi sedihlah, caranya tak betul, dengan berz1na. Namun dari segi psik0logi, kenapa dia buat macam tu, sebab mentaI dia pun mungkin dah tak stabil, tak boleh nak beza baik Dan buruk. Yang dia fikir hanya untuk kepuasan dia, walaupun akhirnya rosakkan diri dia.
Awak juga kena bersyukur, sebab mak awak tak lepaskan kemarahan, dan kekecewaan dia pada awak dan adik beradik lain sebagai puunching bag. Semoga awak dimudahkan segala urusan. Dan Semoga ibu awak juga mendapat ketenangan, keredhaan dan keampunan Allah.
Tatiana Ali : Move on dik. Kau nak geram – geram dengan jantan – jantan tu semua pun tak guna, sebab mak kau pun sama naik. Jantan – jantan ni akan ambil kesempatan ke atas betina yang benarkan diri dia dilayan sebegitu. Pilihan sentiasa ada dalam tangan. Semoga yang terbaik untuk kau dan mak kau.
Sis Cuba : Allahu, ujian yang sangat berat buat kamu adik. Tetaplah kuat dan semangat menghadapi semua ujian Allah. Betulkan kembali semua yang tidak betul. in sha Allah pengakhiran kamu akan jadi terlalu indah dan anggaplah ianya hadiah dari Allah untuk h4mbanya yang disayangi. Akak doakan adik dipermudahkan segala urusan ye. Aaaminnn..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.