Masa hari perkahwinan, tiba-tiba dia kata duit tak ada kena curi dan kami sekeluarga percaya

Pada awalnya saya mengasuh anak orang namun rezeki Allah saya berjaya buka tadika dan mempunyai pekerja. AhIong datang ugvt nak cuIik anak asuhan kalau saya tak bayar duit yang dipinjam oleh suami. Malah suami turut pinjam duit dari ibu bapa anak asuhan! Hingga akhirnya saya terp4ksa..

#Foto sekadar hiasan. ORANG lama kata, perkahwinan umpama satu perjvdian, ada kala menang, ada kala kalah. Ada pulak kata berumahtangga umpama air laut, ada kala pasang, ada kala surut. Tetapi berbeza dengan perkahwinan saya, memanjang surut, ada kala berlaku ribut hingga laut bergeIora.

Pada yang kurang faham maksud saya, biar saya ceritakan bahawa rumahtangga saya jarang aman tenteram, biasanya hidup saya tertekan, berpunca kerana tak berduit. Tapi bila suami bergaya konon ada duit, jangan banyak tanya, pergiIah periksa beg tangan atau laci simpanan anda.

Pasti duit anda hilang. Sebenarnya saya pun tak tahu macam mana saya boleh terima Ismee (bukan nama sebenar) jadi suami. Tak handsome! Tapi pandai berbual, peramah dan kalau bercakap tak akan ada orang yang tak percaya ceritanya, semua akan terlopong dan angguk percaya.

Kata kawan, Ismee peramah dan baik hati, jadi kita pun percaya dan akhirnya berkahwin. Hantaran tak banyak ketika itu dan kami berkahwin 25 tahun lalu, tapi di tempat saya kalau hantaran RM3K tu kira dah bagus sangat, itu janjinya dan keluarga terima, asalkan saya kahwin, maklumlah orang Melayu, kalau ada anak dar4 lambat kahwin akan dipanggil andartu.

Tiba hari perkahwinan, duit hantaran tak cukup. Terk3jut ahli keluarga, tetapi memikirkan makan minum sudah tersedia, tetamu dah datang takkan nak buat kecoh, keluarga terima aja, walaupun ada kekesalan. Malam itu Ismee bercerita, dia kena r0mpak maka duit hantaran jadi m4ngsa.

Duit yang dihantar itu adalah pinjaman dari keluarga. Keluarga saya percaya. Janji Ismee akan bayar bakinya. MaIangnya hingga lahir 3 orang anak baki duit hantaran tak nampak bayang pun, yang jelas pembohongan dan penipuan Ismee buat keluarga hilang kepercayaan padanya.

Masa belum kahwin katanya dia kerja jual kereta, tetapi yang jelas keretanya selalu bertukar dan kami tak tahu apa kerjanya. Sebab Ismee selalu bertukar cerita. Pend3ritaan saya bermula bila saya hamil anak sulung, kami sering tak berduit.

Sedangkan rumah nak bayar sewa, makan minum perlu ada, duit ubat dan hospitaI tak ada langsung, dan persediaan sambut anak pertama masih belum ada. Ismee suruh sabar. `Walaupun saya bekerja tetapi gaji kecik.

Kawan cadangkan saya untuk mengasuh anak orang, sebab ramai kawan tempat saya bekerja susah nak dapat orang jaga anak. Kerana cadangan baik. Saya sewa rumah kosong sebeIah rumah sewa saya untuk jaga anak – anak kawan.

Dari 3 orang bayi tambah 8 orang. Dan sambutan menggalakkan hingga saya tambah pembantu. Dalam pada itu ada pulak kawan hantar anak suruh saya buat rumah transit untuk anak – anak ke sekolah agama, atau ke sekolah petang.

Oleh kerana sambutan baik maka saya berhenti kerja untuk beri tumpulan sepenuh masa kepada bisnes yang baik ini. Memang terasa lapang dan lega, tak ada masalah makan minum. Kecuali Ismee selalu ganggu minta duit saku, duit petrol, duit rok0k selain makan minum untuk dia gebang waktu malam .

Walaupun kepala pening dengan per4ngai Ismee sering minta berduit, tapi rezeki saya tambah baik bila ada pulak yang cadangkan saya buka kelas tadika. Memang tak percaya dengan rezeki yang datang. Untuk melaksanakan hasrat tersebut saya hadir kursus buka tadika.

Dengan izin Allah saya berjaya, ramai pulak yang hantar anak ke tadika selain mengasuh bayi dan jadikan transit kanak – kanak ke sekolah agama dan sebagainya. Memang saya tak sangka rezeki datang mendad4k. Kerana itu tak hairanlah jumlah kakitangan bertambah termasuk tukang masak dan guru tadika, saya sendiri turun padang mengajar dengan sedikit ilmu yang ada.

Tetapi ketika rezeki datang bertimpa – timpa, Ismee pulak jadi pu4ka menyusahkan hidup saya. Walaupun kawan kata saya bertuah ada bisnes, tetapi mereka tak tahu kehidupan saya yang sentiasa diduga dengan per4ngai Ismee.

Paling meny4kitkan hati bila saya tak bagi dia duit saku, dia pujuk nak pinjam duit nak buat bisnes. Bila tak dapat dia pau duit ibu bapa. Bayangkan bila awal bulan sepatutnya ibu bapa bayar yuran tadika, pengasuh dan sebagainya, tapi mereka tak bayar, bila saya minta, mereka kata, duit yuran sudah beri pada Ismee. Aduh malunya!!

Mereka kata Ismee minta duit bagi pihak saya. Masa bila pulak saya suruh dia kutip duit yuran? Saya tak cakap banyak kecuali senyum. Dalam hati mendidih marahkan Ismi. setiap bulan bertambah ramai ibu bapa beritahu mereka sudah bayar yuran pada Ismee.

Sedangkan saya dah tegah Ismee jangan buat hal lagi. Kalau setakat 2 atau 3 orang bolehlah saya gagah teruskan bisnes tapi kalau dah lebih 10 ibu bapa yang Ismee pau macam mana? Hingga saya tak ada duit untuk bayar gaji pengasuh, guru, tukang masak dan sewa rumah.

Setiap hari saya menangis pujuk Ismee jangan ambil duit, kerana saya perlu bayar gaji pekerja. Bila saya tegur perbuatan Ismee 4 atau 5 hari dia tak balik rumah. Dekat cukup bulan dia buat hal lagi. Per4ngai Ismee memang makan hati saya.

Sem4kin saya tegah jangan ambil duit dari ibu bapa dia kutip lagi banyak. Bila ibu bapa hendak bayar pada saya, dia pujuk pulak si ayah nak pinjam duit. Perbuatan Ismee amat memaIukan bila awal bulan ibu bapa beritahu dia tak bayar duit yuran sebab tolak duit yang Ismee pinjam dari mereka.

Allah!! Malunya! S4kitnya hati hanya Allah yang tahu. Pernah saya pergi ke bank nak ambil duit, bank kata duit saya dah habis diambil oleh Ismee, Bila saya tanya kenapa beri pada dia saya tak suruh. Bank pun tunjukkan bukti lengkap surat yang bertandatangan saya dan surat doktor konon saya s4kit terlantar dan perIukan duit untuk bayar bil hospitaI.

Memang terk3jut berok saya bila pegawai bank tunjukkan bukti. Perbuatan Ismee amat memaIukan dan meny4kitkan hati. Walaupun keadaan hidup saya nampak senang, ada tadika, dan sebagainya, tetapi itu semua luaran sahaja, sebenarnya hidup saya dikeIilingi hutang.

Paling meny4kitkan hati bila saya mengadu pada emak Ismee supaya nasihatkan Ismee ambil dan pinjam duit orang, emaknya pulak kata sebaliknya saya yang susahkan Ismee. Konon buat macam – macam bisnes, tapi tak ada duit suruh Ismee pinjam pada emaknya.

Lagi terk3jut beruk saya bila emaknya beritahu bisnes yang saya jalankan itu adalah hasil usaha Ismee yang berhutang berbaris pinjam pada emaknya. Saya bukan saja terlopong dengar cerita mertua saya, saya terkedu bila mereka tuduh saya suka meminjam.

Saya cuba ceritakan apa sebenarnya berlaku, tapi mereka tak percaya hinggalah satu hari bila Ismee curi gelang dan kerongsang emas pusaka nenek Ismee dan gadaikan. Mereka sekeluarga datang rumah saya minta saya ganti konon Ismee gadai barang kemas tersebut sebab nak tolong bisnes saya yang bermasalah.

Kebetulan hari itu dah seminggu Ismee tak balik rumah. Mereka nak suruh ganti duit mereka, tetapi saya pulak minta mereka ganti duit saya yang selama 2 bulan sebelum itu saya terp4ksa bayar duit AhIong yang Ismee pinjam.

Kalau saya tak bayar, bukan saja bisnes saya dimusn4hkan, malah akan melibatkan anak – anak jagaan saya akan dicuIik. Jadi demi keseIamatan kami sekeluarga dan anak – anak jagaan saya, saya terp4ksa buat perjanjian dengan AhIong bayar hutang yang Ismee pinjam.

Sekarang giliran emak dan adik beradik Ismee terk3jut apa yang Ismee lakukan kepada saya selama ini. Tetapi emak dan adik beradik tetap sayangkan Ismee dar4h daging mereka. Mereka tetap tuduh saya yang rosakkan hidup Ismee kerana mereka kenal Ismee tidak buat per4ngai buruk seperti itu sebelum berkahwin dengan saya.

Konon Ismee baik. Tetapi saya dengar dari sepupu Ismee sendiri itulah per4ngai Ismee sejak remaja, cuma keluarga tak mahu mengaku, sebab maIukan keluarga. Kerana takut dikejar AhIong yang membahay4kan, akhirnya saya buat keputvsan lebih baik bercerai.

Kerana Ismee bukan suami tempat saya berg4ntung. Dia bukan menyenangkan hidup saya sebaliknya mengani4ya saya. Saya tak tahu apa dia buat dengan duit yang dia tipu selama ini. Sebab tak ada satu bisnes pun yang dibuat kecuali enjoy.

Awalnya memang Ismee tak mahu ceraikan saya, sebab dia tahu sayalah tempat dia dapat duit, tetapi saya ugvt dia supaya bayar duit AhIong. Memang dia mengaku nak bayar, tetapi AhIong tetap cari saya. Akhirnya saya ugvt dia kalau tak mahu ceraikan saya kes pinjam duit AhIong akan saya report kepada polis.

Barulah dia setuju ceraikan saya. Tapi per4ngai buruknya ambil duit dari ibu bapa tetap berterusan, akhirnya saya tutup semua bisnes. Cukuplah dia menipu saya. Tapi saya terp4ksa cari kerja untuk sara hidup 3 orang anak ini.

Kejadian ini berlaku kira kira 8 tahun lalu. Hingga kini Ismee masih tak bayar nafkah yang saya tuntut. Paling menyedihkan orang tetap datang rumah dan dan telefon saya tuntut saya bayar hutang Ismee. Tapi mereka kecewa bila saya tunjukkan surat cerai.

Bila orang AhIong datang ke rumah, saya beritahu alamat rumah emaknya, dan suruh minta pada mereka, biarlah emak dan adik beradik Ismee merasa peritnya per4ngai Ismee. Bukan niat saya mengani4ya mereka, tetapi biarlah mereka percaya per4ngai Ismee mengani4ya saya selama ini.

Pada saya walaupun kejadian ini sudah lama berlaku, tetapi sesekali saya masih dik3jutkan dengan panggiIan dan ugvtan, yang buat hidup saya tak tenteram, walaupun Ismee sudah berkahwin lagi. Di sini saya suka nak nasihatkan ibu ibu dan gadis gadis di luar sana kalau anda dapat per4ngai suami seperti ini, janganlah berdiam diri, bertindaklah.

Sabar bukan jalan penyelesaian sebaliknya akan menyiksa hidup anda lagi. Ini adalah cerita Che Su yang bangga dapat membesarkan anak – anak dengan titik peluh sendiri. Katanya, per4ngai suami zaman ini bukan macam zaman dulu, walaupun bukan semua. Jadi hati – hati supaya tak tertipu.

Komen warganet :

Rose Yatie Radzi : Kesihan tt tapi silap tt membiarkan daripada awal sampai dah teruk baru ambik tindakkan. Kalau dapat laki macam tu report lah polis buat aduan yang laki u seleweng duit menipu dan sebagainya ni u diam dan diam kan je u yang mengajar laki u jadi penyamun duit u.

Mula – mula sikit dia ambik lepastu m4kin berani m4kin banyak dan pandai pulak menipu pihak bank. U tak ambik tindakan itu salah u sepatutnya dari awal lagi u report polis sebab laki u pecah amanah ambik duit bisnes sesuka hati.

Orkid Abdullah : Kadang – kadang kita tak mintak untuk bertemu j0doh dengan orang macam ni. Pada awal perkenalan semua orang tunjuk baik. Tak kira lelaki atau perempuan. Bila dah nikah baru tunjuk tembelang.

Sudah pasti orang dalam kisah ni pun tak mintak untuk jadi macam ni dan bila dah nikah kita sebagai isteri berharap agar suami berubah dan tak pernah putvs doa untuk dia berubah. Saya bukan bercerita tentang org lain tapi diri saya sendiri.

Saya tunggu sehinga 18 tahun tapi penantian saya hanya sia – sia dan saya mula berputvs asa bila dia sem4kin kerap ugvt untuk menceraikan saya dan saya rasa seperti saya tiada maru4h dan tak ada nilai baginya.

Saya menuntut cerai dan demi Allah sepanjang perkahwinan kami tak pernah sekali pun perkataan “cerai kan saya” keluar dari mulut saya sehingga lah saya pergi ke mahkamah syariah menuntut cerai.

Mohd Yunus : Mertua pun macam ahli ner4ka. Menipu, sama macam anak lelaki dia. Lelaki kalau dia sayang perempuan tu jadi isteri dia tak ani4ya hidup anak orang. So, berhati – hati bila sayang pasangan ,baik bercinta mahupun dah kahwin

Zaiton Mohd Akhir : Tahniah.. ambik tindakan yang bijak. Terus berju4ng untuk anak – anak. Per4ngai ex – suami biar dia mereput. Semoga berjaya dan beriman

Mohd Hariz Bin Resdi : Kebanyakan perempuan suka memilih lelaki macam ni. Tak tahu mengapa, kalau pompuan duduk diam kejap berfikir dan menilai lelaki tu boleh je menilai mana kaca mana intan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.