Tengah kemas barang, tiba – tiba mak dan bapak tiri serbu masuk bilik, selongkar barang aku. Mereka jumpa resit aku beli pregnancy test. Aku kena heret turun bawah, bapak tiri mengadu aku bawa lelaki balik rumah. Aku kena halau petang tu sehelai sepinggang, aku tak sempat ambil apa – apa, selipar pun tak sempat pakai…
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Kisah di bawah adalah sedikit cebisan dari pengalaman hitam dalam hidup aku. Semoga dapat dijadikan pengajaran dan tauladan untuk semua. Tahun 2010 merupakan detik paling hitam yang terjadi dalam hidup aku.
Saat yang masih berbekas dalam hati dan paling takkan aku lupa, aku din0dai oleh bapa tiri aku sendiri. Untuk pengetahuan semua, semasa usia aku sekitar 8 tahun macam itu, mak dan abah bercerai sebab tak sefahaman.
Masa mak abah bercerai, abang aku (Along) tingkatan 1, adik aku yang bongsu (Amar) umur dalam 4 tahun macam itu. Semasa perkara tu berlaku, tak silap aku, kejadian tu jadi dalam pagi macam tu, dan memang tak ada siapa dekat rumah,
Seingat aku Kak Noi (pembantu rumah kami) keluar pergi pasar, si Amar dekat rumah sewa dia, dan Along dah duduk dengan family sendiri. Tak perlulah aku cerita secara details apa yang terjadi cukuplah aku bagitahu jantan tak guna tu dah rosakkan aku.
Selepas apa yang jadi, aku terus kurungkan diri dalam bilik air dan duduk termenung tengok dinding. Aku terdengar azan Zohor waktu tu, baru aku macam tersentak dan menangis. Aku ingat lagi sebabkan aku takut nak beritahu sesiapa waktu ni sebab pakcik uguut untuk sebarkan gambar tak elok mak pada kawan – kawan mak, dan memang aku sendiri dah tengok dia ada gambar itu.
Aku terus mandi wajib waktu tu dan terus solat taubat. Aku tak tahu nak pergi mana dan akhirnya aku buat keputuusan nak cari rumah sewa yang aku boleh duduk seorang. Tapi nak cari rumah sewa tak semudah itu. Ambil masa beberapa minggu juga baru dapat.
Sampailah tak lama lepas tu rasanya, aku mula rasa tak sedap badan, morning siickness semua. Mula – mula aku ingat aku salah makan, tapi aku perasan haid aku mula tak datang, kalau datang pun dia tompok – tompok saja.
Aku tergerak hati nak beli pregnancy test dan Allahuakbar ya positif. Waktu ini aku rasa terlampau takut, tak senang duduk, takut orang tahu dan semua perasaan ada waktu ini. Tak tergambar macam mana perasaannya, s4kit menanggung akibatnya lagi s4kit aku rasa dari din0dai.
Aku takut nak beritahu sesiapa, orang yang waktu ni aku nak cari ialah Abah, tapi aku fikir Abah boleh terima aku lagi ke lepas ni. Aku ada terfikir nak gugurkan kandungan ni tapi aku takut berd0sa. Aku masih ingat Tuhan, d0sa dan pahala.
Ada satu masa tu, aku cuti, dan sewaktu aku tengah kemas – kemas barang dalam bilik waktu itu, entah macam mana tiba – tiba mak dan pakcik serbu masuk bilik aku dan terus selongkar barang – barang aku. Dan terjumpa resit aku beli pregnancy test.
Mula – mula aku cakap aku beli untuk kawan tapi mak tak percaya, waktu tu aku kena heret turun bawah. Aku ingat lagi mak cakap pakcik nampak aku bawa kawan lelaki balik rumah waktu tak ada orang dekat rumah dan dia tak mengaku ada anak macam aku.
Aku kena halau petang tu sehelai sepinggang, aku tak sempat ambil apa – apa, baik telefon, purse ke kunci kereta ke. Jangan kata barang dalam rumah, nak pakai selipar pun tak dapat. Dengan berkaki ayam aku melangkah, dengan cuma tshirt dan seluar tidur tanpa selendang atau tudung yang tutup rambut aku.
Waktu ni aku nampak jiran – jiran aku mengendap kat tingkap rumah masing – masing tapi tak ada siapa yang tolong aku langsung. Aku terus berjalan sampai azan maghrib berkumandang dan aku terserempak dengan ustazah mengaji aku dulu. Dia yang bawa pergi rumah dia.
Aku tak cerita apa – apa pada dia atau sesiapa, aku tak jawab apa – apa pun sampai suami dia balik dari masjid dan dia yang tolong bantu telefon Abah. Abah datang terus peIuk aku dan dia tak tanya apa – apa, benda pertama dia tanya, aku dah makan ke belum? Ada s4kit dekat mana – mana?
Abah bawa aku balik jumpa umi (mak tiri aku) dan jaga aku sampai aku pulih. Aku rasa dalam setahun juga aku tak boleh uruskan diri sendiri sejak kena halau, tambah bila aku gugur, aku tak bercakap, nak sembahyang pun umi dan abah yang ajak.
Abah yang ambilkan air wuduk dan duduk sebeIah aku untuk ingatkan aku setiap perbuatan dan bacaan dalam solat. Umi yang mandikan, suap makan, pakaikan baju. Aku tak ingat macam mana tapi Along dan Amar datang rumah Abah untuk tengok keadaan aku.
Waktu ini aku tak ingat dah pasal kerja, pasal apa – apa pun. Ya itulah fasa aku tak ubah macam m4yat hidup. Abah dan umi yang banyak jasa pada aku. Bantu aku dari titik terlemah hidup aku sampai aku boleh bangkit semula.
Banyak sangat benda kalau aku nak cerita semua. Yang cukup terngiang – ngiang dekat halwa telinga aku ialah waktu abah bawa aku untuk ambil semua barang – barang aku. Abah cakap dekat mak, yang abah sangat bersyukur sebab jodoh dia dengan mak pendek dan mak isteri nusyuz.
Dia boleh terima yang mak buang dia tapi tak boleh terima kalau mak halau dan buang anak. Aku tak ingat pula waktu tu mak cakap apa dan ada pakcik sekali. Mak macam itulah dah tak mengaku aku anaknya. Aku hanya tahu mengenai mak melalui Along dan Amar itupun, kami curi – curi jumpa dan berhubung sebab mak tak bagi along dan amar jumpa aku.
Sekarang aku dah berkahwin dengan seorang lelaki yang penuh hikmah, beriman dan soleh sama macam abah. Kami berjumpa asbab Abah selalu bekerjasama dengan company suami untuk buat program kebajikan di rumah anak – anak yatim.
Buat suamiku, terima kasih tidak terhingga abang sebab sudi terima Sara seadanya dan jadi ayah yang terbaik untuk anak – anak kita. Moga Allah berkati setiap langkah abang dan sediakan syurga untuk kita berdua dan anak – anak.
Alhamdulillah bulan Mac 2023 ini genap perkahwinan kami yang ke-10. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat abah dan umi yang telah meninggaIkan aku pada 2020 yang lalu akibat wabak yang melanda seluruh dunia. Semoga Allah terima segala amal ibadah abah dan umi, yang tak pernah lelah untuk memberi manfaat pada orang lain, yang sanggup bersengkang mata jaga Sara, sama macam waktu Abah jaga Sara waktu kecil dulu..
Tak termampu untuk Sara baIas dan ucapkan terima kasih untuk semua kenangan indah dan jasa abah umi. Buat mak dan “pakcik”, moga Allah buka pintu hati kalian untuk bertaubat dan untuk “pakcik”, hanya Allah yang mampu membaIas perbuatan terkutuk itu.
Semoga Allah ikhlaskan hati aku untuk memaafkan walau aku tahu sangat sukar untuk dilakukan. Aku yakin hikmah di sebalik kisah ini lebih besar dan indah. Syurga tertinggi buat abah dan umi, kita jumpa nanti ya. Salam sayang, – Sara (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zuhaliza Halid : Allahu.. syukurnya.. Nikmat hidup ini bila kita sempat merasa kasih sayang seorang ayah. Apa lagi disaat kita dalam kes4kitan. Aku.. ye aku.. nasib aku.. tak merasa nikmatnya kasih sayang orang yang kita harap sangat.. keluarga.. suami.. Allahu.. ini bah aku. S4kit aku tanggung sendiri. Moga Allah swt ada buat aku.
Faranisyah Hakim : Alhamdulillah sedihnya makcik baca. Syukur tt jumpa jodoh yang baik – baik. AlFatihah buat abah dan Umi Sara.Dan semoga bahagia hidup Sara dan keluarga hingga ke akhiraat.. Aminnnn.
Cik Noma : Allah. Tak sedar mengalir – ngalir air mata ni baca. Terbukti mak tiri tak semua jahat. Hidup ini ujian dik. Setiap manusia pasti Allah uji. Allah uji atas kemampuan kita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.