Selepas bercerai, ibu dan kami tinggal dengan arw4h nenek dan 4 orang makcik. Ketika aku suarakan pendapat aku untuk berkahwin makcik – makcik tentang mereka suruh aku ambil masa untuk berkenalan. Mereka mer0sakkan majlis perkahwinan aku. Makcik – makcik aku buat scene m4ki – m4ki isteri aku cakap isteri aku tak akan kahwin aku kalau aku tiada harta..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Aku cuma nak kongsi satu cerita tentang aku, isteri dan keluarga aku. Aku seorang lelaki, menghampiri 30-an, bekerja satu pekerjaan yang disegani. Masa zaman belajar dulu, aku belajar di luar negara dan menjalani kehidupan yang sesat dan sangat s0ngsang. Solat? Aku rasa aku solat sekali dua sahaja dalam sehari. Teman wanita pula keliIing pinggang tapi tidak seorang pun antara mereka yang akhirnya menjadi isteri aku. Ada seorang tu aku bercinta sampai 9 tahun, tapi bila balik Malaysia, aku kurang berkenan dengan ibu bapa dia dan keluarga dia selepas dia m4ki – m4ki dan h1na aku, aku pun berpisah dengan dia.
Rata – rata keluarga bekas teman wanita aku memandang aku dengan h1na sebab aku dibesarkan oleh seorang ibu tunggal di mana abah aku meninggaIkan ibu aku demi perempuan berasal Indonesia. Memori terakhir aku dengan abah adalah di mana abah memukuI ibu menggunakan batang paip plastik dan ibu peIuk erat adik (masih bayi) dan aku di bawah perut dia. Masih terasa hangat lagi nafas ibu tahan s4kit kena pukuI demi seIamatkan aku dan adik.
Bertahun kemudian, abah masuk berita sebab kes polis. Sebab tu aku tak salahkan pun mana – mana keluarga bekas teman wanita aku yang memandang h1na aku. “Entah – entah besar nanti dia pun jadi macam abah dia pukuI bini guna batang paip”.
Jadi lepas ibu diceraikan abah, aku telah dibesarkan oleh ibu, nenek (arw4h) dan empat makcik aku yang belum berkahwin. Awal tahun lepas (2016), ibu meninggaI dunia dalam kemaIangan yang mengerikan. Ibu tak sempat pun ucap selamat tinggal. Aku pun tak sempat peIuk c1um arw4h ibu. Lepas arw4h ibu pergi, jujur aku katakan aku rasa hidup aku bagai terawang – awang, aku hilang arah.
Lepas arw4h ibu pergi juga, hati aku terpanggil untuk menjejakkan rumah Allah yang lama aku tinggalkan. Maka, sikit demi sikit, aku belajar tahfiz Quran bersama ustaz di pondok dan aku topup semua ilmu agama aku telah lama tinggalkan. Teman wanita semua aku tinggal jauh – jauh.
Aku bertaubat. Aku belajar dan berubah semua ini ketika aku berada di Kelantan. Dan di bumi ini juga lah, aku bertemu isteri aku. Aku jumpa isteri aku di Masjid Muhammadi tempat yang sama aku selalu solat Maghrib di situ. Setelah aku ask around pasal isteri aku, aku pun terus jumpa ibu bapa dia.
Ibu bapa dia memang baik. Risik punya risik, akhirnya ibu bapa dia bersetuju untuk pernikahan aku dan isteri… Dan inilah permulaan mimpi ngeri aku.
Balik Kuala Lumpur, aku teruja sangat untuk berkongsi berita baik ini dengan makcik – makcik dan sepupu aku. Aku teruja sangat untuk menamatkan zaman bujang aku. Aku ingatkan keterujaan aku ni disambut baik, tapi sangkaan aku meleset. Makcik – makcik, pakcik, dan sepupu aku mula tuduh aku macam – macam. “Kau dah terIanjur ke?” “Kenapa tiba – tiba nak kahwin?” “Dia p4ksa kau kahwin?” “Betina ni anak siapa yg kau nak sangat?”
Aku masih bersabar masa tu, sebab yelah mungkin cara aku approach mereka salah kot. Aku cuba bersangka baik. Kemudian makcik pakcik dan sepupu – sepupu aku nak berjumpa dengan isteri aku. Nak jumpa secara berdepan tetapi tanpa aku. Maka keluarga aku pun datang Kelantan untuk berjumpa isteri.
Isteri aku (ketika itu belum isteri lagi) sangat tenang. Aku masih ingat lagi wajah tenang dia masa masuk rumah berjumpa keluarga aku. Aku tak dengar apa perbincangan mereka. Aku tak dibenarkan. Aku cuma dapat melihat hasil perbincangan tu… Isteri aku keluar rumah dengan linangan air mata yang sangat deras. Sederas air terjun. Bila aku tanya dia kenapa, dia masih boleh tersenyum dan cakap, “Tak apa, kita berdoa, bersabar, insyaAllah”.
Setelah k0rek punya k0rek dari adik, aku dapat tahu makcik – makcik aku tuduh isteri aku mengejar harta pusaka yang ibu tinggalkan untuk aku dan adik, selain itu banyak jugak tuduhan lain yang diIemparkan kat isteri. Patut la tersedu sedan isteri aku keluar rumah masa tu.
Bila aku confront ahli keluarga aku, mereka cakap kenapa tak kenal – kenal dulu setahun dua baru kahwin, kenapa nk rush – rush kahwin, ramai lagi perempuan kat luar sana, kalau kahwin 2 tahun lagi baru mereka nak tolong persiapkan majlis aku. Dan kalau aku tak dengar nasihat mereka (kahwin 2 tahun lagi), mereka takkan tolong aku. Bagi aku kenal bertahun – tahun pun tak semestinya kau betul – betul kenal seseorang tu, dan kenal sekejap pun tak semestinya kau tak kenal langsung isteri kau.
Dengan nama Allah, masa tu aku tersepit. Ditambah pula tiba – tiba ex aku yang bercinta sampai 9 tahun mula datang kembali dan sebar gambar zaman s0ngsang aku pada isteri. Bukan satu, tapi banyak gambar. Namun begitu, isteri tak pernah tanya apa – apa. Tak pernah satu ayat pun dia tanya perkara ni.
Aku tahu pasal ni pun sebab aku ternampak mesej di fon isteri yang dihantar dari ex aku. Bila aku approach isteri, dia cuma cakap, “takpe, masa silam awak tak tentukan siapa awak sekarang, saya terima dan saya tak akan tanya apa – apa pun kisah silam awak” Dan ye, sehingga saat ni, isteri tidak pernah tanya apa pun. Tapi ex aku memang banyak ganggu, dan tidak pernah berhenti mengganggu. Aku ingat ex psych0 ni dalam drama je, tak sangka dalam realiti pun ada.
Aku tahu part ini memalukan, tapi, ye, aku menangis. Aku menangis semahu mahunya di sejadah. Aku bertanya pada Tuhan kenapa terlalu banyak dug4an dan halangan untuk aku dari dahulu, mengapa tiada yang mengerti aku. Aku cuma minta semua termasuk ahli keluarga, dan ex2 aku untuk meraikan aku yang dah kembali ke jalan benar. Permudahkanlah urusan perkahwinan aku.
Tapi ahli keluarga aku? Ahli keluarga tidak seorang pun datang tolong. Mereka cuma tolong pinjam duit daripada aku. Asyik pinjam duit aku, tapi tak pulang – pulang. Lepas tu mereka cakap itu duit arw4h ibu, bukan duit aku. Betul. Itu memang duit arw4h ibu, jadi mungkin mereka boleh ambil semua duit ibu kalau itu membahagiakan mereka. Tapi mereka lupa yang aku anak yatim.
Bila tiba hari pernikahan, aku ingat semua akan berjalan lancar sebab ahli keluarga aku pun hadir juga tapi.. tapi mereka hadir untuk meninggaIkan satu memori gelap pada isteri aku. Mereka mer0sakkan majlis perkahwinan aku. Makcik – makcik aku buat scene m4ki – m4ki isteri aku cakap isteri aku takkan kahwin aku kalau aku tiada harta (padahal isteri aku adalah doktor). Makcik – makcik aku pun sempat pukuI isteri guna beg tangan. Nasib isteri tidak makeup tebal, tapi warna gincu isteri pun sampai tertarik ke telinga. Makcik aku pun sempat cakap aku ni derh4ka sebab tak dengar cakap dia sebab tak sabar – sabar nak kahwin sangat.
Setelah diIeraikan, mereka pun meninggaIkan majlis aku. Mereka pun buang aku dari group – group whatsapp keluarga besar. Aku pun meneruskan kehidupan aku.
Baru – baru ni aku ternampak pos – pos FB makcik – makcik aku, sepupu – sepupu aku mendoakan bukan – bukan seperti “Perkahwinan tak ada restu keluarga tak tahan lama”, “Harap anak kau kandung tu tak cac4t”. Isteri ada melihat pos tu, tapi dia tersenyum dan cakap, “Allah takkan perkenankan doa yang zaIim pada h4mba – h4mbanya yang lain, jangan risau” Sejuk hati aku dengan isteri aku.
Sekarang, dah hampir setahun aku berkahwin dengan isteri aku. Perkahwinan aku alhamdulillah, bahagia. Pernah dengarkan ayat yang berkata ‘di belakang setiap lelaki yang hebat berdirinya seorang wanita’. Aku baru naik pangkat minggu lepas. Isteri aku? Dia masih seperti dulu, lembut, kelakar, menghorm4ti aku, dan sentiasa memberi peluang aku untuk berubah. Bulan depan aku bakal bergeIar ayah.
Jadi kisah ini aku kongsikan sebab aku masih teringat yang aku dulu saban hari merangkak dan bergeIut mahu kembali ke jalan pencipta tapi dengan mudah saud4ra – saud4ra sedar4h daging aku sep4k teraj4ng tarik aku kembali kepada kesesatan. Tapi jangan sekali pun berpaling ke jalan sesat tu. Terus pandang ke depan. Semua orang berhak untuk memilih jalan cerita mereka, tapi sebaiknya jalan yang menuju keredhaan pencipta. Sesungguhnya Allah itu maha kuasa dan Allah itu paling mengampun dan mengasihan.
Kepada makcik – makcik aku, semoga akan Allah adakan di antara kamu dan musvh-musvh kamu kasih sayang. Allah mengetahui isi hati aku. Untuk segala fitnah dan keji atas tuduhan melulu, aku dah maafkan. Sebagai penutup bicara, Doakan baik – baik untuk aku, isteri dan anak aku yang bakal dilahirkan. Terima kasih. – Akmal F.