Bapak dapat gaji, mak masak special nasi dan telur dadar, bila aku nak makan mak baling dekat muka

Ni aku taip sebab aku baru lepas menangis. Baru tadi video call ramai – ramai dengan adik beradik semua sebab mak baru dapat v4ksin. Mak langsung tak layan soalan aku, tapi mak ‘sibuk’ dengan adik beradik lain. Aku bukan kegemaran mak bapak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tq admin kalau sudi siarkan cerita aku yang cliche ni. Tapi ini semua kisah benar. Pengalaman suka duka hidup aku sampai sekarang berumur 20++. Sedikit tentang aku, merupakan anak ke 3 daripada 7 orang adik beradik.

Dulu keluarga aku susah. Daif. Tinggal duduk menumpang. Aku bukan anak yang disayang sepenuh hati, malah aku tidak digemari. Aku mengaku mungkin sedari kecik, aku seorang yang berfikiran matang. Kata – kata aku kebanyakan makan dalam.

Tapi aku tidak pinta dilahirkan begitu. Mungkin sebab itu, aku selalu jadi bahan str3ss mak bapak aku. Aku ringkaskan cerita setakat yang aku masih ingat saja sebab aku dah lama sangat pendam. Aku sangat takut pada bapak.

Tak pernah seingat aku, bapak pernah dukung aku. Waktu tu aku darjah 6, adik aku darjah 4. Pergi sekolah jalan kaki. Adik pakai beg roda tapi bapak dukung adik atas bahu bapak. Aku jeles. Beg roda adik, bapak arahkan aku bawak tapi aku tak boleh seret beg tu nanti roda rosak bapak kata, jadi aku kena galas.

Aku hanya pakai beg sisi, paling tepat lagi, beg macam shopping beg ‘go green’ giant tu, haa macam tu. Sampai kat sekolah, beg aku putvs, ayah ketuk kepala aku dengan siku, depan adik. S4kit. Tapi aku hanya tersengih menahan sedih.

Tak nak nampak air mata. Itu satu kes. Bapak buruh kasar. Ingat lagi, hari itu bapak baru dapat gaji. Jadi malam tu mak masak special sikit, nasi dengan telur dadar. Selalunya tak makan nasi sebab beras tak cukup. Dapat masak bubur nasi je.

Masa mak masak, aku ditugaskan basuh kain dengan kudrat tangan. Aku tak selesai basuh lagi mak bapak dan adik beradik lain dah duduk makan sama – sama. Tak tunggu aku siap pun. Kitorang bila nak makan mak akan hidang siap – siap sepinggan untuk setiap sorang.

Jadi pinggan aku mak dah asingkan siap – siap. Masa tu abang aku nak minta telur lagi, mak bagi telur yang ada kat pinggan aku pada abang. Aku pun cakaplah, “jangan ambik banyak sebab kak lang lapar sangat.” Mak serta merta baIing telur dengan nasi kat muka aku yang sedang basuh kain.

Mak siap cakap, “esok kita pegi beli barang, kita tinggal je kak lang sebab kak lang kedekut.” Aku hanya tersengih, sebab tau aku salah. Hmm. Esoknya, aku bangun je dari tidur dalam pukuI 9, aku sorang je tinggal kat rumah tumpang tu.

Aku nangis semahunya memikirkan betapa aku derh4ka pada mak dan abang sebab perbuatan aku semalam. Sampai petang aku nangis. Dalam pukuI 5 petang mak semua balik, aku punya happy Allah je yang tahu tapi mak tak pandang aku pun.

Jadi aku lari masuk tandas nangis lagi. Pastu bapak ketuk pintu tandas suh aku keluar. Buka je pintu, sekali tamp4ran aku dapat. Terhumban jauh siap terh4ntuk kat tangki. Tangisan aku tak terkawal lagi masa tu. Tapi takdak sapa yang pujuk aku pun.

Banyak lagi sebenarnya. Cuma aku dah penat nak type. Sangat banyak aku menangis. Sekarang aku dah besar. Kalau cerita ni dapat disiarkan, aku akan cerita details lagi kisah sedih aku yang menjadikan aku hari ini. Siapa aku hari ini?

Seorang anak perempuan yang menjadi kebanggaan mak, yang menjadi tuIang belakang mak, yang menyara hidup mak setelah bapak tak ada, yang mendirikan sebuah rumah indah untuk mak, yang dah berjaya buka sebuah butik pengantin untuk mak.

Maaf lah. Cerita aku tak menarik. sekurang – kurangnya aku dah share. Aku harap dengan kisah hidup aku yang disiarkan ni dapat sedarkan orang dekat luar sana yang perkataan ‘berat sebeIah’ memang wujud dalam keluarga. Yang bersyukur dan bersabar, -kak lang anak mak-

Sambungan 2 tahun kemudian.. Hi.. Aku Kak Lang.. Aku pernah buat confession dulu. Sapa ingat lagi masakan special mak aku malam tu nasi berlaukkan telur dadar.. Yaaa cerita itulah. Disebabkan my story got published aku dah janji aku akan sambung cerita tu.

Terima kasih admin yang sebab publish kisah episod dua ni. Aku terus jelah masuk stories yah. Tak nak intro panjang lebar. Ni aku taip sebab aku baru lepas menangis. Tak ada sebab pun, cuma baru tadi video call ramai – ramai dengan adik beradik semua sebab mak baru dapat v4ksin sinovac tadi.

Macam biasalah, mak tak layan pun pertanyaan – pertanyaan aku walau pun aku da habis exc1ted nak tau perasaan mak kena v4ksin, sebab mak sibuk bertanya khabar adik – adik aku yang jauh di perantauan. Aku pun jauh jugak, tapi masih dalam negeri yang sama.

Mak siap cakap rindu adik – adik aku, aku tunggu saja turn nama aku kena sebut tapi hampa.. Hehehe aku pun pandang atas sebab masa tu mata da mula bergenang. So sedang taip ni, sebab aku cuma tiba – tiba teringat kisah dulu.

Adik bawah aku perempuan jugak. Beza dua tahun dengan aku. So korang boleh bayangkan kitorang rapat macam mana kan. Masa tu rumah tumpang kitorang takde elektrik. Aku dengan adik aku tu tengah main tinju – tinju dekat luar.

Entah macam mana hidung adik aku berd4rah. Aku yang cuak terus lap hidung adik dengan baju yang aku tengah pakai, aku takut mak nampak. Tapi sebab adik aku menangis masa tu, mak pun nampak, Tanpa usul periksa mak aku ambik selipar jepun yang aku tengah pakai, mak t4mpar muka aku dengan selipar tu, berkali – kali sampai hidung aku berd4rah jugak.

Takde sapa yang comfort aku guys, aku comfort diri sendiri. Walaupun aku menangis tanpa suara masa tu, airmata aku deras jatuh. Tapi aku senyum saja masa tu. Boleh bayang tak? Senyum dengan airmata yang menitis laju? Guess what?

Masa ni aku da tingkatan 1.. Tapi still muka kena t4mpar dengan selipar. Dan sebenarnya hidung adik berd4rah sebab masa tu adik aku sedang ‘kunci’ aku dari arah belakang, adik aku nak buat style h4ntuk kepala aku dengan kepala dia, sekuat hati adik aku buat macam tu,

Aku toleh sebab nak elak adik aku buat macam tu, dan tiba – tiba hidung dia kena dekat dahi aku. Tapi nak buat macam mana, tak sempat terangkan lagi aku da kena pen4mpar. Dalam kejadian lain, dekat sekolah aku ada tolong cikgu angkat barang.

Cikgu tu bagi hadiah pensil mekanikal dekat aku. Aku punya bangga bawa balik rumah malam tu nak tayang dekat mak dan adik beradik, tapi abang aku patahkan sebab dia jeles. Dengan em0si masa tu, aku koyakkan buku teks abang aku.

Sehelai saja pun, nak k0yak banyak, tak berani pulak aku. Lepas tu, abang tumbvk d4da aku. Mak tak suka kitorang Iawan abang kitorang tu. Sekelip mata mak tarik rambut aku, menghadap muka mak, sambil mak t4mpar – t4mpar aku dengan ayat ‘berani Iawan abang kau lagi?’

Aku tak jawab sebab aku tau kalau aku jawab tak pun mesti t4mparan mak aku m4kin kuat sebab mak tak suka dengar suara aku. Sambil mak t4mpar aku tu, abang aku k0yakkan buku latihan aku. My favorite English exercise book because in that precisely book i got my favorite teacher’s advice telling me that I am a bright student and I keep it in my mind all the time.

Tapi aku hanya mampu menangis tanpa suara, and semuanya berlalu begitu saja. Malam tu aku kena tidur tanpa bantal, di ruang dapur sebagai hukvman meIawan abang aku. Nasib baik arw4h nenek aku bagi kain sarung untuk aku pakai jadikan selimut malam tu.

Tapi aku memang takde selimut pun selama ni haha aku just share dengan nenek saja. Next memory, masa ni aku kena bantu mak buka gerai menjual makanan. Masa tu ada hari anugerah sukan dekat sekolah adik aku. Mind that masa ni aku da berusia 21 tahun. Cuti sem masa ni.

Aku tak masuk cerita macam mana aku boleh sambung belajar walaupun mak aku tak happy aku boleh dapat belajar jauh. So aku kena tolong la mak aku kan. Dari buka payung, masak, sediakan tapak gerai, cuci bekas makanan semua aku kena buat.

Mak suka duduk tunggu customer. Tapi aku tak kisah sebab aku happy dapat buat mak aku happy. Walau pun aku penat, bagi aku inilah masanya untuk aku nak rapat dengan mak. Tapi mak tak suka aku banyak cakap. Apa saja ayat yang keluar dari mulut aku, mak aku rasa menyampah.

Walaupun aku exc1ted nak cerita pengalaman aku dekat universiti. Jadi sebabkan aku tak nak mak aku meluat dekat aku, aku better stop bercerita. Dan fokus menunggu customer. Masa tu, adik aku video call la dengan mak, mak happy tak terkata fokus bercerita dengan adik – adik melalui video call tu.

Mak kata penat sebab kena menjual, blah blah blah tapi mak tak sebut pun nama aku. Yelah aku nak jugakla kena mention sebab aku sampai berpeluh ketiak kot nak bantu mak menjual ni. Aku mampu tengok dari sudut meja saja sambil bergenang air mata walau pun aku senyum.

Beberapa minit lepas tu, adik aku yang sedang bersekolah dekat situ nak kena perform, mak aku arahkan aku rakam video adik aku tu. Dalam dewan guys, adik aku soloist nasyid. Aku iyakan arahan mak, aku pegi penjuru dewan nak rakam.

Tapi mak bagi signal suruh rakam depan – depan pentas, di belakang kerusi vvip. Boleh bayang tak? Aku ni dahla bangun dari pukuI 4 pagi, kena masak macam – macam, aku siapkan payung dan tapak apa semua, dengan berpeluh dan berbau, muka berminyak dengan tudung sauk makcik – makcik tu, sebagai gadis 21 tahun, aku malu la nak ke depan.

Tapi mak buat muka dekat aku, jadi aku gagahkan jugak diri ke depan untuk rakam adik aku nyanyi. Aku toleh belakang, mak aku jeIing aku, aku sedih dan malu guys. Setelah selesai persembahan adik aku tu, aku tunggu mak dekat gerai.

Tunggu punya tunggu, mak rupanya da balik.. Tumpang dengan jiran. So aku kena cari teksi, angkut semua barang jualan, tutup payung semua tu lah. Sampai dekat rumah, mak sedang makan dengan abang dan adik. Aku sebenarnya penat masa tu, tapi mak suruh hidang lebihan lauk jualan tadi untuk mereka makan.

Aku pun semangat nak hidang sebab aku yang masak lauk tu pagi tadi dan boleh la aku join makan sekali. Aku tak makan sejak pagi tadi. Korang kalau bisnes makan macam ni korang tahu la kan memang korang tak sempat makan pun.

Setelah hidang lauk, aku plan nak duduk sekali makan, tapi mak terus angkat pinggan dia duduk dekat depan tv. Aku tak jadi makan guys sebab mata da mula bergenang. Aduhai la kenapa hati aku sensitif sangat. Guys, bulai Julan adalah birthday aku. Da lepas pun.

Mak tak pernah ingat pun aku lahir bila. Bulan March haritu birthday adik perempuan aku. Masa tu adik aku ada dekat rumah sebab dia apply cuti. So masa birthday adik tu aku masak sedap – sedap, buat surpr1se untuk dia, sebab aku nak mak happy.

Aku bawa mak pegi Secret recipe untuk booking kek adik, gi kedai emas sebab nak suruh mak pilih hadiah untuk adik, mak pun pilih gelang baru untuk dia sendiri. Aku happy sebab masa tu mak happy sangat. Malam birthday adik aku kami semua happy.

Mak la yang paling happy sebab dapat buat surpr1se untuk adik, mak siap tidur peIuk adik lagi masa tu. Adik da 28 tahun tau. So korang boleh tekalah aku umur berapa. Birthday kakak aku pula mak siap suruh aku pesan delivery surpr1se untuk kakak, bagi money bouquet.

So balik kepada birthday aku, awal pagi tu adik ada wish birthday aku dekat group whatsapp kitorang. Macam biasalah aku tunggu kata – kata dan doa seorang mak untuk aku.. Takde.. Aku tunggu sampai malam, sampai esok, still takde.

Mak kan tak tau birthday aku. Takpelah. Nasib baik ada housemates aku yang bagi surpr1se kek malam tu.. Esoknya aku video call mak, mak tanya ade apa, aku cakap saja rindu nak balik jumpa mak, mak hanya respond ‘ish nak rindu – rindu jelah tak payah la nak bagitahu guna video call, lagi pun kau mana boleh balik takut nanti kau bawa covid’.

Guys hati aku h4ncur berderai masa ni tapi aku kuatkan untuk ketawa konon – konon aku anggap mak bergurau, tup – tup mak off video call. Aku call semula, tapi mak cakap mak letih nak tidur. Sampai harini mak takde call aku balik.

Takpelah nak buat macam mana. So setakat ni jelah. Maaf cerita aku tak tersusun. Sebab terlalu banyak memori dalam kepala aku ni. Aku cuma harap mak aku nampak kesungguhan aku untuk minta disayangi. Dan guys, korang doakan mak aku sentiasa panjang umur ya.

Mak jelah harta aku dunia akhir4t. Oh aku mungkin takkan menulis lagi dekat sini. Aku hari ni seorang cikgu bahasa inggeris dekat sekolah menengah di pedalaman negeri di Borneo. Aku harap cerita aku sedikit sebanyak boleh korang jadikan iktibar dan pedoman.

Jangan pilih kasih dekat anak – anak, walau macam mana pun ragam anak itu, dia tetap d4rah daging. Dan aku pesan macam ni bukan sebab konon – kononnya aku da besar aku da berjaya aku akhirnya paling dibanggakan, takkkk.

Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, apa yang jadi dekat aku dulu, walau pun aku da tua, ada ramai kawan – kawan yang buat aku happy, tapi in the end of the day, I am still crying thinking about my childhood memories.

How it tr1ggered my mind every single night before I sleep. Be happy, Mak, I love you .. – Kak Lang, Anak Mak (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Suria Arshad : Kak lang.. kalau kak lang ada depan mata.. saya akan peIuk kak lang.. peIuk kasih seorang ibu.. sayangiIah diri sendiri dan tak perlu men4gih pada yang tak sudi. Cukup la menjadi anak yang tak menderh4ka. M0ga kak lang dikurniakan suami dan mentua yang penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan.

Marini Marissa : Kak Lang.. saya tak tau cakap apa, I just want to hug you. With the warmest hug. And I wish you can imagine you have my shoulder to cry on. Saya nangis baca luahan Kak Lang. Saya pun ‘Lang’ juga di rumah.

Stay strong, ingatlah, jika tak rasa sayang tu dari rumah atau ibumu, kerana kebaikan dari dirimu. Allah, Kuasa teragung akan sayangkan mu dengan kasih sayang yang meIimpah ruah dari orang lain. Semua kebaikan akan kembali kepadamu Kak Lang. Hugs, remember in this world ada orang yang sayangkan awak.

Shardiela Al-idrus : Anakanda.. kamu tidak keseorangan dalam ujianNya.. Sebak Bonda membaca kisah anakanda, teringat kisah yang hampir sama dengan bonda. Alhamdulillah, berkat sabar Dan doa, kasih Allah Maha Luar Biasa.

Akhirnya Bonda temui kebahagiaan di hujung usia bila dapat mertua dan ipar duai yang baik. Moga awak berj0doh dengan insan yang betul – betul ya. Insya Allah moga mereka akan menyayangi, menghorm4ti dan menghargai anakanda sebaik – baiknya. Ada Pelangi Selepas Hujan.

Fatini Zulkifli : Thank you, teacher ajar saya jadi ibu yang lebih baik. Walaupun anak baru sorang tapi teacher ajar saya nak buat apa untuk anak rasa happy. Makan sama, jangan lupa birthday, raikan pencapaian, jangan compare, be a listener. One day you’ll be an amazing mother.

Asilatul Hanna : Sis, kalau masih belum bertemu j0doh.. Berdoalah.. moga Allah kurniakan mom in law yang sis boleh menumpang kasih.. In shaa Allah. .make yourself happy first.. Sis dah usaha untuk gembirakan hati mak sis.. Mohon dengan Allah. Moga – moga terbuka hati mak sis untuk sayang sis macam adik beradik sis yang lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.