Suami hanya ikut je apa yang disuruh. Kalau kawan tak datang, dia akan gantikan. Kalau kawan tak bagi balik, dia tak balik. Kawan ajak main game, suruh dia beli PS4, dia beli bagi kawan main. Aku ingat suami menipu, sampailah aku baca whatsapp suami. Aku jawab semua mesej – mesej dia, tapi ini yang jadi..
#Foto sekadar hiasan. Hi, aku merupakan ibu kepada empat orang anak. Ingin bercerita mengenai lelaki. Tapi aku tak salahkan dia, aku salahkan ibu bapa dia. Lelaki ini adalah suami aku, yang serba serbi tak tahu. Bukan satu dua hal, tapi boleh dik4takan segala – galanya hingga kadangkala aku rasa dia mungkin ada masalah mental.
Terlalu tidak pandai, aku tak sampai hati nak tulis benda ni. Lepas berkahwin, dia dihantar latihan selama setahun. Jadi aku tak sempat kenal dia selepas berkahwin, terus masuk latihan dan ditempatkan di negeri lain. Aku sempat mengandung sebelum dia masuk latihan, jadinya mengandung dan bersalin seorang diri tanpa suami.
Sehingga anak aku berumur 3 tahun, aku berpindah ikut suami. Di sini segalanya bermula. Aku baru sedar, dia tidak tahu apa-apa. Dalam pekerjaan, dia hanya menurut apa yang disuruh rakan. Kalau kawan tak datang, dia akan gantikan.
Waktu sahur kalau kawan tak bagi balik, dia tak balik. Kawan ajak main game, suruh dia beli PS4, dia beli bagi kawan main. Tapi aku jenis berfikir, aku rasa dia yang menipu, bagi alasan kawan padahal sendiri yang nak.
Sehinggalah aku sendiri baca mesej group kerja dia, ya betul, dia diarahkan itu ni, senang cakap macam dibuIi. Jadi aku mula pert4hankan dia. Aku jawab mesej – mesej mereka. Penyudah dia diketawakan, jadi bahan. Jadi aku berhenti ambil tahu hal mereka, aku fokus pada anak dan aku mula berniaga kecil – kecilan untuk sibukkan diri.
Bila barang rumah rosak, tak dibetulkan. Lampu tandas rosak, tiga bulan tak dibetulkan. Aku pegang lampu suluh setiap hari untuk anak mandi ke sekolah. Bila jiran panggil wire man, dia pun tumpang sekali minta repair lampu di rumah.
Agaknya kalau jiran tak panggil, bertahun lah kami bergelap. Bab kesihatan anak, aku rasa zaman sekarang normal kita akan google. Tapi, handphone dia seolah – olah tak ada applikasi google. Aku buntu, tiada teman berbincang nak bertanyakan pendapat.
Anak demam panas, cirit, muntah, selagi aku tak cakap, jom siap bawa ke hospitaI, dia tak akan buat apa – apa. Tak akan bunyi dari mulut dia kIinik atau hospitaI. Ubat tak pernah ambil tahu, kalau aku bawa ke kIinik, aku pesan ni ubat demam, ni ubat munt4h, ni antibiotik, tapi sampai waktu bagi ubat, tetap tak akan bagi.
Aku mesti call setiap 6 jam untuk pesan. Esok, lusa, hingga seminggu mesti call setiap 6 jam setiap hari. Hal sekolah anak, dia tidak pernah bertanya atau plan. Dari tadika aku survey sorang – sorang hinggalah daftar sekolah aku sahaja uruskan.
Bila aku beritahu atau bertanya, dia angguk sahaja. Okay, tu sahaja jawapan. Jadinya aku perlu fikir segalanya. Baju sekolah, yuran, bas / van, pengasuh dan lain – lain. Lain – lain, pakaian anak – anak (pakaian aku malas nak cerita), k0yak teruk pun dia tetap pakaikan. Mata dia tak nampak atau macam mana?
Baju adik dia pakaikan pada abang, kepala tak lepas pun dia masukkan jugak. Sungguh aku tak faham. Bab roadtax kereta motor, kalau aku tak cakap dia tak akan renew. Start tahun lepas, aku dah penat nak ingatkan. Aku biar. Aku tawakal. Dah lebih setahun motor kereta tak renew roadtax.
Kalau kereta rosak, selagi aku tak cakap bawa ke bengkel, dia takkan bawa. Bukan masalah duit ye, cuma otak dia macam tak berfungsi yang bila kereta rosak, kena bawa ke bengkel. Sama juga bila lampu rosak, kena panggil orang baiki. Ini serius ya, memang dia macam ni.
Sama juga bila hujan, dia tetap hantar anak dengan motor. Aku kena cakap hantar dengan kereta, baru dia ambil kunci kereta. Aku kena cakap pakaikan jaket, baru dia ambil. Kalau aku tak letak stokin anak di kasut, dia pakaikan kasut anak tanpa stokin.
Itukan rutin yang dah bertahun – tahun, tapi aku tetap kena cakap setiap hari. Mungkin ada yang cakap – biasalah lelaki. Tapi aku rasa tak normal. Tiada langsung masalah duit, tapi segalanya dia tak boleh fikir. Aku cuma cakap hal rutin, belum lagi hal besar nak beli rumah atau future planning, yang ini memang langsung dia tak fikir.
Tak solat, tak tahu mengaji, tak tahu aur4t wanita hingga kaki, kena berstokin. Ya dia tak tahu. Tak tahu hari raya ada solat sunat. Tak tahu khutbah jumaat kena dengar. Tak pernah ajar disiplin anak. Tak pernah ajar adab anak waima ajar perkataan terima kasih bila orang memberi.
Sekolah anak 100% aku urus. Adab anak 100% aku ajar. Agama anak 100% aku cari guru agama, aku ajar solat, mengaji, yuran pun dia tak pernah tanya. Makan anak 100% aku cari, beli, sediakan. Pakaian 100% aku fikir, beli.
Barang dalam rumah kalau rosak aku repair, panjat, drill, panggil tukang paip semua aku buat. Kereta rosak, servis, aku bawa ke bengkel. Sekarang aku dah tak suruh apa – apa. Semua aku buat, sebab aku penat cakap ulang – ulang.
Dah 10 tahun perkahwinan. Dah 10 tahun aku ulang. Aku masih sabar. Banyak lagi kalau nak cerita. Terfikir untuk berpisah. Sebab hal ni memenatkan. Orang mungkin rasa remeh, tapi bila ulang 10 tahun, bukan lagi remeh.
Segalanya hal dia aku perlu urus lebih penat dari jaga 4 orang anak. Aku seolah – olah ada 5 orang anak nak diurus. Oh ya, isi borang di bank pun dia tak pandai, perIukan aku. Bercinta 6 tahun belum tentu kau buat semua benda sama – sama sampailah berkahwin baru alami semuanya sama – sama.
Baru tahu dia serba serbi tak pandai, macam mana mak ayah dia besarkan dia? Anak – anak aku sedang belajar, dan mereka nampaknya kurang respek ayah mereka sebab terlalu nampak keberg4ntungan dia dengan aku.
Dalam rumah ni hanya ada seorang lelaki tetapi bukan suami atau ayah. Seorang lelaki yang tak tahu apa fungsinya di rumah. Terima kasih membaca, aku akan baca setiap komen nanti. Nak juga dengar pendapat orang lain.– Mama (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Hai, aku malas nak sambung sebenarnya. Nak baca pendapat korang je tapi kena sambung jugak sebab tak nak korang salah faham. Part ni aku malas nak cerita sebab tak nak family aku detect ni confession aku.
Anak aku ada 3 je sebenarnya sorang anak aku meninggaI masa lahir cukup bulan. Tak ada masalah masa mengandung sihat walafiat. Harap korang yang kutuk aku buat anak 4 tu rasa tenang sikit dengar aku ada anak yang tunggu di syurga, Insyaallah.
Anak 1st of course yang dinanti. Anak kedua meninggaI. Anak ketiga dirancang. Anak ke 4 Allah nak bagi walaupun aku pakai perancang yang 99% berkesan. Tetap ada 1% yang tak berkesan, akulah insan terpilih tu. Aku dah usaha ya.
Sekarang aku pakai triple protection. Implan, k0ndom dan jaga waktu subur. Detail kan aku cerita. Tapi korang beringat sama, kalau Allah kata kun fayakun.. korang jangan komen sesedap rasa, kita ada Allah yang berkuasa.
Bab hubungan suami isteri, kalau orang s4kit mentaI nampak perempuan pun dia boleh londeh jugak, maaf atas kasar bahasa. Suami aku berkelulusan diploma dari kolej swasta, aku ada ijazah dari universiti terkemuka.
Aku bercinta zaman belajar, aku tak tahu korang bercinta macam mana, tapi aku takde la sampai tahu serba serbi bukan duduk sebumbung pun kan. Setakat keluar makan takkan korang sembang semua benda? Kalau korang baca balik part 1, yang aku cerita banyak hal – hal yang selepas berkahwin, which is baru boleh detect sebab sebelum kahwin mana ada lalui semua tu.
Aku tak minat sangat keluar, jadi korang boleh agak tak banyak mana je waktu aku spend dengan dia sepanjang 6 tahun kenal. Aduhhh kena detail lagi ke cerita? Takyah la kot. Cuma nak dengar pendapat je sebab aku taknak lah suami aku rasa lagi hilang self-confidence dia kalau tiba – tiba aku bawak pergi check then diagnosed normal.
Sebab tu aku tanya pendapat nak tahu kalau korang boleh jelaskan symptom ni. Alhamdulillah, ramai membantu. Sangat – sangat membantu sebenarnya penjelasan korang. Sekurang – kurangnya aku dapat satu overview apa yang aku boleh plan.
Aku ignore je komen ‘macam mana anak boleh 4’ tapi siapa yang tulis panjang – panjang pasal aut1sm semua tu aku baca semua hingga titik terakhir. Terima kasih tak terhingga. Ya, dia ada abang aut1sme dah meninggaI beberapa tahun lepas. Mak ayah memang jenis tak ambil tahu.
Yang cakap mentaI buIIy, mungkin ya, dia selalu jadi m4ngsa pukuI ayah dia, mak pula sejenis ignorance. Tapi semua ni lepas kahwin la baru aku tahu. Sebab tu kalau korang tengok balik ayat pertama aku dalam confession sebelum ni, aku salahkan mak ayah dia.
Dia jadi takut nak buat semua benda agaknya, takut silap lepas tu kena marah atau kena pukuI. Aku agak ni la sebenarnya sebab tu sampaikan semua benda kena tunggu arahan baru buat. Yang tak tahan tu kena ulang ulang ulang walaupun benda tu rutin.
No words I would ask his mother. Maybe I’ll go to doctor. Mungkin juga affected kes buIi dalam training dulu, dia anggota beruniform. Memang ada juga yang kemurungan masa recruit dulu, tapi dia nampak okay, atau mungkin tak cerita sebab taknak aku risau.
Lepas tu kerja dia memang dia bahagian yang tak perlu banyak berfikir. Mungkin rezeki dia sebab keadaan dia macam tu kot. Sedangkan gaji sama je orang lain yang sama pangkat. Dan aku memang tak dapat detect ya masalah dia ni, dulu kan cinta jarak jauh.
Lepas beberapa tahun duduk sekali baru aku dapat kesan, anak pun dah ramai, anak – anak aku jarak dekat semuanya sebab aku tak payah fikir masalah kewangan. Aku ada maid dulu, jadi aku fikir tak ada masalah la anak jarak dekat pun. Dulu la, dah takde maid sekarang.
Yang minta aku sabar, yang doakan aku syurga, aku menitis air mata baca. Aku dah nak patah semangat sebab aku penat tapi aku tahu dia cuma ada aku untuk berg4ntung sebab mak ayah dia memang teruk per4ngai. Cuma aku tak nak hidup dengan dia atas dasar kesian sahaja tanpa cinta dan sayang. Aku takut tambah d0sa.
Tapi macam aku cakap, mungkin aku insan terpilih oleh Allah untuk jaga dia. Terima kasih yang doakan aku redha. Aku sayang korang yang positif, aku dapat rasakan pegangan agama yang kuat dalam diri korang. Anak – anak aku Alhamdulillah setakat ni nampak semuanya okay.
Anak sulung aku antara top 3 dalam kelas. Yang dua lagi nampak good progress. Hmm. Aku penat la korang. Aku ni betul – betul insan terpilih. Dipilih mengandung walaupun dah pakai protection, kena kecam lagi tu sebab beranak ramai.
Dipilih anak meninggaI, kes aku terpencil, doktor cakap one in 10 thousand in the world. Dipilih menjaga suami macam anak sendiri. Masyaallah, mohon doakan aku syurga. Syurga jugak untuk korang. Amiin.. – Mama (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Donna Karen : Huwaaa, bila baca confession ni rasa nak nangis ingatkan anak lelaki sulung saya. Sebiji macam suami awak. Dah la takde ayahh. Dia tak tahu man figure macam mana yang patut dia tiru. Sampai cara berjalan dia pun kena ketawa dengn kawan – kawan sebab kepit macam perempuan.
Nak buat macam mana dah mak dia je contoh yang dia ada. Dia selalu kena buIi, diperb0doh – b0dohkan kawan – kawan padahal dia tak b0doh. Belajar pun cemerlang. Saya selalu nangis pikir masa depan dia. Dah lah tak faham melayu. Saya menyesal sebab tak kesan peny4kit dia dan hantar therapy awal – awal. Harap suami awak boleh pergi jumpa pakar dan semoga tabah ye TT
Izzie Hardy : Betul dah cara TT baca komen yang positif dan membina je ye. Memang obviously macam ada mental health problem (bukan giIa ye), tapi lain – lain kesan tr4uma dan sebagainya. Saya pernah baca buku confession prebet adam yang terkesan semasa rekrut dan teringat maybe husband TT pun alami perkara yang sama.
Moga TT boleh pujuk husband jumpa pakar dan TT pun boleh dapatkan ilmu untuk handle situation nih. MentaI health tt pun kena jaga juga ye. Semoga tt terus sabar dan dapat penyelesaiannya.
Kak Yong Lipat Baju : Kalau taknak jumpe psiki4tri bantula dia berubah. Start small. Bagi jadual suruh dia buat. Lepas tu expand dari situ. Start buat benda baru secara rutin. Contoh set alarm bila nak servis keta atau alarm untuk cek lesen dan roadtax bayar.
Jangan asyik nak suap bagitaw setiap kali cuba buat time table. Pasal anak tak respek ayah tu. Mungkin boleh suruh dia mula membaca buku parenting. Orang macam dia ni kurang membaca sebab tu stuck takleh keluar dari dunia dia. Suruh dia baca satu buku sebulan. Orang yang banyak membaca berbeza tahap pemikiran dia. Cubalah.. tapi jangan seketul bagi semua. Start satu dulu untuk berubah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.