Dari awal kahwin ayah mertua tak restu aku kahwin dengan suami dengan alasan dia dah ada menantu pilihan. Tapi oleh sebab suami tak setuju, ayah mertua letak syarat. Dia hanya akan memberi restu sekiranya aku beri dia duit bila dia minta. Tapi tak cukup dengan duit, aku dih1na sebab dapat anak istimewa..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Maimunah. Kisah aku sedikit panjang. Cuma aku mahu meluahkan segalanya yang terpendam dalam hati aku dan mahukan kata – kata semangat. Waktu aku sambung belajar aku berkenalan dengan suami aku.
Waktu tu aku ada kereta dan dia hanya ada motor. Keluarga aku bukanlah keluarga berada. Manakala keluarga bekas suami walaupun pendapatan boleh tahan tetapi memang sesak kerana ada sebab – sebab tertentu. Kisahnya bermula bila keluarga dia dapat tahu aku bercinta dengan anak mereka.
Rupanya keluarga dia dah ada pilihan untuk dia. Dan aku pun pelik kenapa dia berkeras tak mahukan perempuan tu. Ayahnya menghantar mesej panjang lebar kepada aku mengatakan dia tak akan merestui perhubungan kami kerana mahukan perempuan lain menjadi menantunya.
Lama kelamaan suami aku berterus terang yang dia penah terIanjur dengan perempuan itu dan dia tak mahu kahwin dengan ‘barang lama’. Waktu itu aku buta dengan cinta malah sanggup meminta ayah aku tanggu dia sambung belajar kerana ayahnya menghentikan terus perbelanjaan dia.
Ya, kami dapat ptptn tetapi suami berbelanja seperti dirinya orang senang. Ketika kami di semester akhir dia curang dengan kawan sekelas. Aku meng4muk namun memaafkan dia selepas dia terus menghantar keluarganya untuk meminang aku.
Keluarganya minta aku berfikir masak – masak kerana anak mereka sejenis yang nak hidup seperti orang kaya – kaya walaupun dirinya tak kaya. Betapa b0dohnya aku ketika itu padahal dah banyak ‘red flag’ yang Allah hantar kepada aku. Aku tetap mahu berkahwin.
Ayahnya pula kononnya akan memberi restu sekiranya aku beri dia duit bila dia minta. Selepas beberapa kali kant0i dengan bekas suami, dia berhenti meminta duit dari aku. Dan episod tidak merestui perhubungan kami berterusan sehinggalah kami bercerai.
Kami terus berkahwin selepas belajar walaupun suami hanya kerja kontrak. Keluarga aku terp4ksa bersetuju kerana aku yang berdegil mahu menghalalkan hubungan kami. Sekali lagi b0dohnya aku kerana cinta. Selepas berkahwin aku bunting pelamin dan dimarah teruk oleh bapa mertua.
Dan rezeki anak, suami dapat kerja tetap. Takdir Allah, anak sulung aku anak istimewa. Dan sekali lagi dih1na kerana melahirkan anak tak sempurna. Ketika aku bersalin suami di tempatkan di negeri lain dan aku mengikutnya selepas habis pantang.
Bila masuk kerja dia berusaha untuk mengambil hati orang atasan dan bekerja sehingga lewat malam. Aku dengan anak istimewa yang menangis tak henti – henti menjadi tertekan. Tiap kali dia balik rumah dia akan tidur di bilik lain kerana tidak mahu gangguan untuk bekerja.
Baru bekerja beberapa bulan dia terus membeli kereta yang tidak padan dengan gajinya. Namun kerana mahu bergaya dia tetap membeli kereta itu sedangkan aku dah ada kereta sendiri. Beberapa ketika aku mendapat kerja kerajaan tapi kerana anak kami istimewa tiada taska atau pengasuh yang mahu menjaga.
Dia tidak mengizinkan aku untuk bekerja kerana katanya dia mampu. Dengan perbelanjaan kami dan anak istimewa kami dia mula mengambil beberapa kad kredit, pinjaman peribadi dan akhirnya hutang kami mencecah maksimum.
Aku meminjam duit dengan ayah aku berpuluh ribu untuk membayar hutang kad kredit dan hutang ptptn kami secara lump sum. Setiap bulan aku akan uruskan kewangan sehinggalah kami bebas hutang sampailah ke hari dia menceraikan aku, akulah yang tolong menguruskan semua sehingga dia tiada walau satu sen pun hutang kad kredit.
Menjelang 5 tahun perkahwinan aku bersalinkan anak yang kedua, alhamdulillah dia naik gred dan dia mahu sambung pelajaran supaya dapat naik pangkat ke pegawai. Aku mengumpul gajinya setiap bulan untuk membayar yuran pelajarannya sehingga graduasi.
Dan mengumpul duit untuk dia membawa ibunya ke umrah. Aku berfikir, tak apalah lepas ini dia akan bawa aku dan anak – anak juga. Rupanya itu hanya angan – angan aku. Betul – betul dia graduasi aku melahirkan anak ketiga dan dia dinaikkan pangkat sebagai pegawai.
Dia merupakan badan beruniform yang selalu ada operasi. Suatu hari aku membuka beg dia selepas dia balik operasi dan terk3jutnya aku kerana terjumpa k0ndom. Kami berg4duh besar kerana buat apa pergi operasi tapi bawa k0ndom sedangkan kalau bersama dengan aku memang tak pernah menggunakan k0ndom.
Aku membawa diri dan tidak berbaik berbulan – bulan dengan dia tapi selepas itu dia merayu – merayu untuk aku maafkan dia. Dan aku tewas lagi. Aku teruskan hidup kerana memikirkan anak – anak. Ketika ini kami membeli rumah pertama dan kami betul – betul sesak sehingga aku terp4ksa menjual pelbagai benda untuk mencukupkan duit.
Oh ya, gajinya tiap bulan hanya ada balance ratus – ratus sahaja dan itulah duit untuk makan, untuk pampers dan untuk minyak kereta. Sedangkan dia bekerja katanya ada peruntukkan untuk makan, pakaian, gajet dan minyak kereta.
Isteri dan anak – anak di rumah makan nasi dan satu lauk sedangkan dia di luar makan mewah – mewah dan sedap – sedap serta berpakaian mahal – mahal branded kerana ada peruntukkan katanya untuk kerja. Aku? Baju memang tak bertukar malah yang dalam – dalam pun sama tidak bertukar.
Sepanjang kami berkahwin, dia memang amat mementingkan kerjanya sehingga anak sulung kami dihantar ke pusat kanak – kanak istimewa di mana pun dia tidak tahu. Dia hanya mengetahui setelah aku bersalin anak kedua kerana dia yang kena hantar anak ke pusat jagaan.
Rumahtangga dan anak – anak memang sepenuhnya di tangan aku. Dia hanya berbaik dan bermanja dengan aku bila dia mahu bersama sahaja. Selepas dia selesai dia akan tinggalkan aku begitu sahaja. Selain itu tak akan ada sentuhan terhadap aku. Tiada gurau senda dan peIukan atau ciiuman.
Dan rumahtangga kami dah hilang serinya kerana aku keletihan membesarkan anak – anak. Aku lah yang berjaga malam. Akulah yang menghantar ambil anak di pusat jagaan dan sekolah. Selain dari itu aku terkurung di rumah kerana ada suami tetapi lebih memilih kerja.
Setelah berbelas tahun berkahwin semasa PKP tiba – tiba suami mula berbelanja mewah. Dia ada duit yang banyak sedangkan dia baru naik ke gred pegawai dan mula tak balik ke rumah. Bila aku memeriksa telefon kant0i gambar dia bersuka ria dekat Genting atau tempat lain menggunakan tiket sebagai pegawai bertugas boleh merentas daerah dan negeri.
Dia berbelanja jam, telefon, kasut dan beg. Boleh bayar kereta baru 2 biji. Boleh beli rumah dan tanah. Dan semua ini secara cash. Dia menjadi bahan gosip di ofis kerana bekerja seorang tetapi pendapatan melebihi gaji.
Kemudian tiba – tiba dia dipindahkan jauh dari kediaman kami. Rupanya dia ada buat onar dan hukuuman itu untuk mengaburi mata yang membuat laporan. Dan dengan pjj rumahtangga kami menjadi sem4kin tidak bahagia.
Rupanya kant0i dalam diam sebab dah hidup senang ada perempuan lain yang muda dan s3ksi. Berdating dekat tempat – tempat eksklusif yang memang orang dikenali takkan jumpa. Dan sejarah berulang. Kerana mahukan yang baru yang lama dibuang.
Aku dipukuI, dih1na kerana rupa dah tak cantik dan badan tidak mengiurkan lagi. Alasannya aku tak menjaga rupa, badan dan keperluan nafsunya. Dan akhirnya aku diceraikan kerana perempuan itu menangis – menangis bertanya buat apa nak pilih aku sedangkan suami aku sudah lama tersiksa kerana tidak bahagia bersama aku.
Perempuan itu sendiri bercakap dengan aku dan menyatakan kalau dia berkahwin dengan orang bujang pun akan bercerai juga. Dah ada suami orang yang tergiIa – giIakan dia, dia terima saja. Kalau jodoh tak panjang apa dia boleh buat.
Dan bagi dia, perbuatan suami yang ada duit banyak tu kalau kant0i pun tak ada kena mengena dengan dia dan kalau jadi apa – apa suami la yang akan menanggungnya sendiri. Dan sekarang mereka sedang berbahagia berkahwin.
Sejujurnya sepanjang aku mengetahui suami curang, aku kemurungan. Dan aku masih tidak kuat untuk bangkit. Aku tak mahu keluar rumah. Aku tak mahu melakukan aktiviti bersama anak. Dan aku asyik mempersoalkan aku ni rugi ke diceraikan oleh suami? Kenapa aku? Setelah aku korbankan segalanya. Sudahlah sudah berusia, tidak bekerja, tidak cantik dan tidak menarik.
Kalian boleh bantu jawab rugikah aku? Nak bagi kata – kata yang kasar sikit pun tak apa asalkan aku dapat celik mata. Entah berapa lama aku tidak bangun – bangun lagi. Terima kasih kerana sudi membaca. – Maimunah (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
NurAz Wan : Awak telah buta dulu.. campur b0doh dan degil lagi. Kalau tambah dengan tak cantik, tak menarik. Lengkaplah awak jadi manusia yang memang berbaloi diceraikan. Sekarang awak ada peluang baru, nak terus jadi b0doh dengan meratapi nasib diri lagi ke?
Kesianlah pada anak – anak awak. Balik rumah parents dan mulakn hidup baru. Buktikn pada ex. Yang awak bukan macam yang dia sangka. Rupa boleh diperbaiki dengan teknik solekan. Duit boleh dicari dengan usaha. Cinta buta dan b0doh kerana cinta tu, patut awak syukuri sebab dah terlepas dari per4ngkap tu.
Thye Tam Plom : Dalam masa ko tengah bersedih ni, ketahuilag orang yang paling lega sekali adalah ibubapa ko. Akhirnya anak degil diorang dilepaskan jugak. Masa ni memang la sedih, lama – lama nanti ko akan rasional. Dari duduk mengenang nasib diri, elok la ko duduk berbincang dengan ibubapa / kawan camne nak tuntut nafkah anak 0ku+ anak lain dll.
Cahaya Takwa : Puan tidak rugi. Puan ada anak. Itulah harta paling berharga. Anak kandung lagi tu. Ramai orang bernikah berpuluh – puluh tahun tak ada anak. Jaga anak baik – baik. Diiet, kuruskan badan tu. Belajar teknik solekan, belajar ilmu – ilmu baru, cari kerja.
Masuk persatuan wanita…. Jangan murung. Allah sayangkan puan, sebab itu puan diceraikan dari suami tak berguna tu. Saya doakan semoga Puan tabah harungi hidup lepas ni. Move on!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.