Aku dah pegang besi menyorok tepi tingkap. Tiba2 anak aku jerit “Mama, tu ada orang tengok mama!”

“Bismillahi Ladzi La yadhuru Maaz mihi Syai’un Fil Ardhi wala fissama ie wahuwassami’ul adzim. Audzubikalim4tiLLahi Tamm4ti Min Syorri Ma Kholaq.” Anak aku tiba – tiba baca kuat – kuat dan terus tunjuk kat jendela.  M4ti kau sy4itan. Dia jerit.

#Foto sekadar hiasan. Assalam pembaca. Ni bukan kali pertama aku menulis tapi hampir semua story aku simpan je jadi kan khazanah. My own collection. Kisah kali ini berkisar tentang rumah mertua aku. Aku tinggal kat kampung bersama mertua aku dah lebih 7 tahun.

Dulu aku menetap di bandar tapi sejak aku tak kerja, aku jaga anak – anak yang masih kecil. Rumah mertua aku boleh dikirakan sangat besar. Banglow tepi pantai. Walaupun tinggal kat kampung. Kawasan sini semua rumah batu dan takde satu pun kayu.

Mungkin kerana, kawasan dekat pantai maka batu lebih reliable. Kami tinggal serumah tak ramai. Aku sekeluarga 5 orang, pak mertua, mak mertua dan adik ipar bongsu. Rumah ni luas so memang sunyi. Tahun pertama aku tinggal kat sini aku dah rasa satu perasaan ‘asing’.

Asing maksud dia macam ada yang tak kena. Kalau kau tengah masak kat dapur, kau boleh rasa ada orang perhatikan kau dari dining room. Dan kalau kau kat dining room, kau akan rasa orang perhatikan kau dari dapur.

Jendela dapur ni agak besar dan takde pasang langsir. Berada depan sink dan setiap kali aku cuci piring cawan apa semua, selalu lah juga ada benda yang buat tawaf. Tak jelas tapi ada. Macam seimbas dan sangat laju. Macam flash tu.

Suatu malam tu, masih awal dalam pukuI 10. Aku tengah kusyuk cuci barang dan terk3jut aku bila nampak seseorang kat luar rumah. Seorang remaja dalam umur belasan. Dia terk3jut tengok aku. Aku pun terk3jut tengok dia.

Aku panggil pak mertua aku tolong tengok. Tapi cepat benar dia hilang. Habis satu rumah pak mertua buat round check tapi takde. Nil. Pak mertua takut lah kalau ada s4mseng ke apa ke kan tapi hati aku rasa macam bukan manusia yang tadi tu.

Mata dia. Mata dia aku ingat.. bukan macam mata kita. Pak mertua cakap tak pernah pernah lah ada manusia atau budak – budak kat situ berani nak lalu kat belakang rumah kitorang. Dahlah gelap dan pak Mertua ni terkenal garang.

Takde orang nak beraninya tapi pak mertua kata. Jangan takut. Mungkin penjaga rumah ni. ya Allah. Terk3jut aku. Tak boleh lah macam ni tapi aku protes je dalam hati. Aku sedar aku menumpang. Kali kedua,terjadi pada satu malam.

Masa tu umur anak aku yang tua dah 4 tahun. Dia selalu cakap yang ada orang tunggu kat luar bilik. Masa tu suami aku kerja malam. Aku cakaplah. Takde orang kat luar. Anak aku berkeras yang ada orang kat luar jendela bilik.

Eh jangan – jangan pervert ni. Aku suspect orang. Mentang laki aku takde. Nanti kau. Geram aku. Masa tu anak aku yang baby baru je beberapa bulan. Jadi aku tutup lampu bilik. Aku selak langsir. Dalam tangan aku genggam besi.

Kalau orang aku hempuk je ni. Aku memang penakut tapi malam tu aku berani sangat. Aku memang benci kalau ada manusia pervert intai – intai orang ni. Dulu masa kecik, kakak – kakak aku selalu kena. Nenek aku hentam pakai kayu. Tau bedesup takut.

Aku intai. Suasana kat luar gelap. Lampu luar tak buka. Aku tengok lagi mana tahu dia sembunyi kat semak. Tapi sudah kita buat macam tu of course lah takde la benda atau manusia yang muncul. “Mama… tu ada orang tengok mama!”

Berderau d4rah aku bila anak aku tunjuk kat jendela. Aku tak nampak pun apa apa kat jendela tu. Terus aku tutup langsir. Buka lampu. Buka surah kat utube dan peIuk anak – anak aku. “Bismillahi Ladzi La yadhuru Maaz mihi Syai’un Fil Ardhi wala fissama ie wahuwassami’ul adzim,” anak aku tiba – tiba baca kuat – kuat.

“Audzubikalim4tiLLahi Tamm4ti Min Syorri Ma Kholaq” Dia baca lagi dan terus tunjuk kat jendela. M4ti kau syaitan. Dia jerit. Sumpah meremang. Aku memang ajar anak aku doa – doa dan surah semasa dia kecil lagi. Dan aku selalu juga cakap, kalau nampak benda benda ganjil, baca je doa yang mama suruh.

Jadi bila dia baca macam tu, aku jadi sem4kin seram. Mata budak ni tembus kan. Dia nampak apa yang kita tak nampak. Aku angkat anak aku. PeIuk dia dan suruh dia tidur. Aku cakap kat anak aku baca pelan – pelan dalam hati je dan lepas tu tidur.

Alhamdulillah, anak – anak aku semua tidur dengan nyenyak tapi aku masih rasa meremang. Telinga aku sangat peka masa tu dan apa je bunyi kat luar membuat aku triigger. Tiba – tiba aku terdengar bunyi kuku ketuk – ketuk kat tingkap.

Betul bunyi kuku. Aku tau kerana aku selalu buat masa aku kecik dulu. Jelas dan nyata. Dalam beberapa kali bunyi tu dan lepas tu diam. Dalam seram – seram tu aku tertidur juga akhirnya. Esoknya aku pindah katil aku tak nak dekat dengan jendela.

Anak aku yang tua tu walaupun dia baru 4 tahun, dia ingat. Dia kata. Kat luar tu h4ntu  bukan orang. Nak pengsan aku bila dia cakap macam tu. Memang anak aku selalu nampak benda sedari kecil tapi tak pernah dia takut macam benda tu dia biasa tengok.

Pernah masa kami tinggal kat apartment kita orang dulu. Dia selalu nampak perempuan rambut panjang macam langsir. Kau rasa? Kejadian berikut pula bila kami ada majlis makan makan nak celebrate birthday anak aku.

Masa tu aku kat dapur tengah nak hidang kuih dan aku nampak adik ipar aku tersengih sengih baru balik dari kerja dan terus masuk bilik dia. Lepas selesai tugas kat dapur aku terus angkat juadah nak hidang kat ruang tamu.

Cuma kami kami je yg ada masa tu. Yang lain belum datang lagi. Majlis lepas isya. Masa tu nak masuk waktu maghrib. Aku tolong lah suami aku tiup belon dan tiba – tiba adik ipar aku muncul dari pintu besar luar tamu.

‘”Assalamualaikum” Aku tergamam. Eh tadi kat bilik kan. “Kau dari mana?” aku tanya spontan. “Dari kerja la ni.. aku baru balik” Aku tengok dia atas bawah. Betul juga. Tapi sumpah aku tengok dia masuk bilik macam selalu dia buat.

Aku tanya dia 2 – 3 kali nak kepastian. Dia cakap betul dia baru balik. Entahlah. Aku pun tak nak menyeramkn keadaan. Party sp0iler sungguh. Patut pun aku macam terkunci mulut nak tegur masa aku kat dapur. Tapi aku ingat dia sengih.

Baru aku perasaan. Adik ipar aku tak pernah sengih ngeri macam tu. Kejadian baru – baru ni lagi lah aku rasa seriau. Masa tu aku tertidur lepas isya tapi masih lagi mamai – mamai. Aku sedar bila anak – anak minta izin nak main kat ruang tamu dengan sepupu diorang.

Masa tu ada sed4ra mak mertua yang datang tapi memang dia biasa datang. Aku malas nak keluar kerana badan kurang sihat dan selsema. Dalam 5 minit anak – anak aku kat luar, aku dengar dengan jelas suara mereka jerit – jerit main – main.

Tiba – tiba aku rasa ‘sesuatu’. Bila aku buka mata, aku nampak anak perempuan aku yang paling kecik, tercegat depan aku kat kaki katil. Aku tengok dia. Memang anak aku tapi dia hanya senyum je pandang aku. Tak bercakap atau panggil.

Selalu anak aku dia akan panggil. Tak pernah dia nak senyum – senyum macam tu cuma – cuma. Selalu kalau dia panggil memang ada saja yang dia nak. Aku pejam lagi mata aku. Suasana dalam bilik bukan gelap sangat. Aku buka 2 lampu tidur.

Memudahkan anak aku nak ambil barang ke apa ke. Mereka memang suka keluar masuk bilik. Eh kenapa dia kat bilik? tapi suara dia jelas kedengaran kat luar. Aku kenal betul suara anak aku yang hi-pitch tu tengah ketawa ketawa main dengan abang dan sepupu dia.

Tiba – tiba mata aku macam mengantuk dalam 3 saat macam tu. Aku tutup dan buka semula. Anak aku dah takde. Yang ada kucing aku. Kucing aku tiba – tiba panjat katil dan duduk depan muka aku. Pandangan dia macam curious. Macam aku bukan tuan dia.

Tapi dia tak pandang aku pun. Dia sebenarnya pandang belakang aku. Entah kenapa boleh pulak aku tidur semula. Masa tu aku tak rasa seram cuma rasa hairan. Aku tanya anak aku lepas tu kalau dia ada masuk bilik nak apa ke. Dia cakap takde.

Tulah secebis pengalaman aku tapi mungkin tak seseram mana. Nanti kalau ada rezeki, aku cerita lagi kalau cerita ni tersiar. Aku nak ucap terima kasih kat admin dan pembaca. sorry kalau ayat skema sikit kerana bukan bahasa utama. -Sulaman

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.