Bukan org kaya tapi mertua nak beli thermomix, benda mahal2 guna kad kredit tapi suami aku yang kena bayar

Mertua sanggup beli kereta mahal, jam branded, handbag branded, thermomix pun ada. Mertua bukan golongan T20, semua dibeli menggunakan kad kredit atau ansuran bank. Masalahnya suami aku yang kena bayar. Alasannya satu, “semua anak kena baIas balik jasa mak ayah yang membesarkan dari kecik”..

#Foto sekadar hiasan. Hai, nama aku Naura (bukan nama sebenar), merupakan seorang penjawat awam dari selatan tanah air.. Aku sudah pun berkahwin dengan Afif (bukan nama sebenar) dari sebuah negeri di pantai timur, dan dikurniakan seorang anak.

Semasa bercinta semua nampak indah kan? Hehe.. tapi jangan lupe, bila dah kahwin je, kita bukan sahaja kena terima baik buruk suami, tapi kena terima juga keluarga dia seadanya. Mama dan abah (keluarga mertua), dah berpencen dan suami aku merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik..

Dan dari beIah aku, aku juga anak sulung, walid dan umi aku jugak sudah berpencen. Keluarga kami agak senang alhamdulillah, cuma daripada kecil memang walid aku tidak mendedahkan kami kepada segala jenis kemewahan.

Bukan tidak mampu, tapi beringat apa adanya.. kasut, handbag, yang branded – branded tu, aku tak pernah didedahkan dengan jenis – jenis macam tu, tahu pun daripada kawan – kawan di zaman universiti. Baju kurung hadiah daripada ibu aku waktu tu harga RM105, aku pakai dah 5 tahun tu pun aku rasa mahal dah.

Berlainan dengan keluarga mertua aku, boleh dik4takan high taste? Mereka sanggup beli kereta mahal, jam branded, handbag branded, thermomix pun ada. Baju pun daripada jenama – jenama yang aku tak pernah dengar.

Tapi yang menjadi masalah, mereka bukanlah dari golongan T20, semua dibeli menggunakan kad kredit ataupun ansuran bank. Dan masalah paling besar, apabila suami aku yang dipertanggungjawabkan untuk membayar kesemua hutang – hutang bulanan family dia.

Itulah masalah aku, suami aku dipergunakan dan aku jadi m4ngsa dalam tak sedar. Dan suami aku tak pernah mengaku kepada family dia yang kami ni pun hidup cukup – cukup makan sebab family dia macam, “semua anak – anak kena baIas balik jasa mak ayah yang membesarkan dari kecik”.

Aku bukan nak memburukkan suami, tapi dah beberapa bulan ni aku yang ambil alih bayar rumah sewa, bil api, bil air, taska anak, sebab duit gaji dia berhabis untuk keluarga dia. Kadang – kadang aku sedih, aku simpan duit untuk reward diri sendiri penat bekerja, tapi suami pinjam tak pulang – pulangkan pun duit.

Abah dia pulak ada beli mesin penapis ud4ra baru, (kami pun takde yang tu kat rumah). Apabila mintak nak staycation kat hotel – hotel, mesti suami akan buat muka. Aku sedih sebab aku pun penat bekerja cari duit untuk keluarga, jaga anak.

Aku nak rehat sekali sekala tapi suami berhabis – habisan untuk family dia je. Kadang – kadang tu aku pernah je tak cukup duit, terp4ksa tebalkan muka pinjam duit dengan umi aku plak. Nak tunggu hujung bulan pun sesak, zaman sekarang barang – barang dapur pun mahal.

Aku sedih sebab suami selalu cakap takde duit tapi tak pernah mengaku dia takde duit kat family dia. Kalau dia berterus terang mungkin ke keluarga akan faham. Mungkin. Bulan – bulan pun hantar duit utk mak ayah dia, tapi aku?

Barang – barang dapur pun selalunya aku bayar duit sendiri. Aku diam je sebab tahu how devoted he is to his family tapi tu la, macam terlebih – lebih. Saya tak faham mentaliti orang sekarang, kalau tak mampu tak payahlah beli kan?

Contoh macam handbag or kasut branded ke.. penapis air coway contohnye, boleh je nak pilih yang murah and functioning well untuk seisi keluarga, tapi family dia mesti nak yang paling mahal (so bulan – bulan mestilah bayar tinggi)

Adik beradik dia emas di tangan tak yah cerita.. saya on the other hand, ade satu je, itu pun cincin kawin.. (jam mama siap bersalut emas) kalau mampu beli emas, kenapa tak bayar sendiri hutang – hutang bulanan?

Kenapa suami saya susah nak mengaku yang family commitment dah banyak, tak mampu untuk bayarkan untuk keluarga? Kenapa anak je yang kena faham mak bapak? Mak bapak tak boleh ke faham kesusahan anak? Kenapa kena beli barang – barang mahal branded sedangkan tak mampu?

Kenapa sanggup berhutang? Nak tunjuk dekat siapa sebenarnya? Saya dah penat.. tolonglah berikan jawapan kepada semua persoalan saya.. Terima kasih semua. – Naura (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azizul Azli Ahmad : Tidak ada jawapan puan, sebab suami puan salah faham konsep keutamaan tanggungjawab dalam keluarga. Maklumkan suami keutamaan nafkah ikut susunan diri sendiri, isteri, anak – anak, bapa, ibu.

Selagi suami melayan sikap boros keluarga. Puan tetap tak boleh buat apa – apa. Yang puan boleh buat adalah kawal belanja puan, duit puan hadkan untuk beri suami pinjam, bagi pinjam lepas dia bayar hutang lama, mintak duit belanja dapur tiap kali nak beli barang. Belajar jadi tegas bukan garang. Moga dia faham tanggujawab sebagai suami penyayang.

NH Abdul Aziz : Sebab tu lecturer uitm pencen yang viral haritu bagi statement macam tu. Sebab beliau pun dah jumpa keluarga2 jenis macam ni. Yang terasa dan yang tak nak faham bukan main kutuk dia. Tapi memang hakik4t wujud keluarga begini.

Saya harap confessor pandai – pandai simpan duit sendiri senyap – senyap dan bukan serah je semua termasuk untuk belanja ‘self reward’ atas sebab kesian kat suami yang tak berapa bijak dan kurang bertanggungjawab kepada isteri dan anak – anak sendiri.

Mohon jangan set dalam diri yang puan ni m4ngsa keadaan. Kalau suami puan dah tak bijak dan kurang bertanggungjawab, puanlah kena senyap – senyap bijak menyimpan. Sayang dan jaga diri puan sendiri dan anak – anak.

Cik Kak Bunga : Kalau saya, saya dah lari dari rumah. Tapi puan jangan buat macam tu. Sebab saya bukan puan. Jawapan dah ada di tangan puan. Setakat tegas suruh suami bayarkan sewa rumah dan bil elektrik, saya rasa puan boleh p4ksa suami bayar.

Guna psikologi untuk suami bayaran 2 perkara tu dulu. Bagitau suami, kalau suami tak bayar, marilah kita sama – sama kena halau dari rumah sewa dan bergelap tanpa elektrik. Hati kena kental ooo. Puan kena sedarkan suami supaya settlekan bayaran rumah sendiri dahulu barulah rumah orang lain termasuk rumah ibu bapa.

Hari pertama gaji lak, masukkan terus ke TH guna jompay. Lama – lama jadi habit.. Sebenarnya perempuan ni cerdik tapi kadangkala rela diperb0dohkan atas nama kasih sayang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.