4 tahun PJJ isteri tiba2 berubah. Aku jumpa dia depan2 tak sangka macam ni dia layan aku. Meleset sangkaan aku

Bila aku pergi rumah isteri, pakaian semua aku yang basuh, aku masak untuk dia. Setiap bulan nafkah 1k tak pernah lupa. Nak sambung belajar, aku bayarkan yuran. Tapi sekarang aku menulis sambil menitis air mata. Adakah aku suami yang gagal?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga FB. Admin tolong hide profile aku ye, terima kasih. Terdetik aku nak menulis, ikutkan hati malas nak bercerita sebab aku takut aku membuka aib rumahtangga aku sendiri sedangkan aku perIukan sokongan dan pendapat orang ramai selain berdoa pada allah yang maha esa.

Pernah juga aku merujuk dengan ustaz – ustaz yang aku kenal, seboleh – blehnya aku nak jaga rumahtangga aku baik – baik tapi apakan daya kadang – kadang aku tertekan. Aku buntu sangat sekarang ni. Aku tak nak memburukkan isteri aku sendiri sedangkan aku juga mempunyai kekurangan.

Aku seorang suami dan seorang jurutera swasta, isteri aku salah seorang warga pendidik. Jarak beza umur kami dalam 5 tahun, isteri aku lebih berusia 5 tahun dari aku. Kami dah 5 tahun kahwin, umur kami berdua dah 40an ke atas.

Hasil perkahwinan mempunyai seorang anak yang sangat comel (3 tahun). Sebelum 5 tahun kami berkahwin, aku dah lama menanti isteri aku ni selama 8 tahun. 8 tahun aku menanti kehadiran dia untuk membuka hati kepada aku, aku akui memang agak susah untuk dapatkan dia, m4kin susah nak dapat m4kin kuat aku cuba dapatkan hati dia.

Sebab dulu 1 perkara aku pegang, perempuan yang susah untuk kita dekat ni, sangat lah mahal harga dirinya. Aku yang mula dulu mengorat dia waktu dia mengajar di salah sebuah insitusi pendidikan. Boleh katakan setiap minggu aku kirim bunga pada dia.

Pada orang lain aku tak tahu, tapi pada aku tuhan anugerahkan aku dia nampak baik dan cantik di mata aku. Berkat kesungguhan aku, akhirnya dia terima aku dan kami bersetuju untuk membina mahligai yang kami impikan selama ni.

Alhamdulilah kedua beIah pihak keluarga merestui kami dan kami akui kami bahagia. Aku rasa sangat bertuah mempunyai isteri yang baik, solat tak pernah tinggal dan yang buat aku bersyukur dia selalu mengaji.

Untuk pengetahuan semua, isteri aku bukan lah orang yang bertudung labuh dari segi pakaian tapi dia memang jaga aur4t mungkin sebab dia seorang tenaga pengajar, perwatakkan dia berbaju kurung, lemah lembut tetapi agak tegas, kurang bermakeup membuatkan aku jatuh cinta pada dia.

Sehinggalah tahun ke-5 perkahwinan sekarang ni, kami adalah pasangan jarak jauh, isteri aku dipindahkan kerana campur tangan orang atasan juga, biasalah goverment apa sahaja perlu bersedia kalau bab pindah randah ni.

Bukan dia tak pernah cuba untuk mohon pindah untuk tinggal bersama aku, berkali – kali permohonannya ditolak atas alasan tak masuk akal. 4 tahun kami pjj bukan waktu yang singkat. Dia kecewa, aku apetah lagi. Tapi kami anggap ini ujian untuk kami, kalau diberi pilihan dan peluang, seboleh – bolehnya mesti lah nak tinggal bersama nama pun suami isteri.

Kalau boleh aku nak ikut sekali tinggal bersama, tapi pekerjaan aku tiada di sana. Sejak akhir – akhir ni pelbagai ujian datang dalam rumahtangga kami, berg4duh, salah faham, bukan tak pernah berlaku selama ni, cuma aku rasa sekarang ujian bertambah berat.

Entahlah aku sendiri tak faham semuanya berubah 360 darjah. Sebenarnya kami dalam perancangan utk menunaikan umrah tidak lama lagi, semua persiapan telah di buat. Setiap kelengkapan aku guna duit gaji aku sepenuhnya untuk aku dan isteri.

Aku harap sangat nanti di hadapan kaabah, Allah permudahkan urusan rumahtangga aku. Cuma tunggu masa sahaja untuk pergi ke sana. Sepanjang kami pjj, tak pernah sekali aku abaikan tanggungjawab aku sebagai seorang suami, aku faham dia penat dan jauh dari aku, masa nak mengajar lagi, uruskan anak lagi.

Kadang kala setiap 2 kali sebulan aku akan pergi ke rumah isteri aku, ye la nak pergi sana perIukan belanja yang banyak, tiket flight bukannya murah, kalau 2 hala dah berapa harga, kadang – kadang dia nak balik rumah aku di sini pun segala belanja tiket makan minum semua aku yang tanggung.

Sikit pun aku tak pernah berkira dengan dia, segala kelengkapan tempat tinggal dia di sana semua aku uruskan. Tiap kali aku balik ke rumahnya di sana, pakaian semua aku basuh, masak untuk dia sebab aku tahu bukan selalu aku fly untuk jumpa dia dan anak.

Setiap kali ke rumah dia, aku lah imamnya. Sebab aku tahu itu adalah tanggungjawab aku sebagai suami, nafkah setiap 1k bulan aku kirimkan, duit belanja untuk keluarga dia di kampung juga aku kirimkan kadang – kadang.

Dia nak sambung belajar aku izinkan dia sambung sampai phd, tak pernah aku halang cita – cita dia. Sebab itu untuk masa depan dia. Setiap yuran belajar dia aku yang tanggung. Duit kereta dia, aku bayar setiap bulan, rumah setiap bulan aku bayarkan.

Walaupun aku tahu gaji dia sebagai penjawat awam amatlah besar, tapi tu bukan bermakna untuk aku abaikan nafkah aku pada dia dan anak. Duit gaji dia tak pernah aku minta atau usik selama perkahwinan kami walaupun dia pernah berkata hidup berumahtangga ni perlu berkongsi, saling membantu kalau salah seorang susah.

Urusan gaji dia, aku selalu nasihatkan dia apa – apa utama keluarga dia dahulu di kampung, sebab aku tahu dia anak harapan keluarganya, jaga adik – adik dia. Selama kami pjj, dia nak pergi mana – mana aku selalu izinkan, tak pernah aku halang tapi janji balik sebelum malam.

Sebab aku faham dia pun nak ada waktu sendiri atau dengan kawan – kawan untuk hilangkan rasa str3ss penat kerja. Tapi sejak akhir – akhir ni, isteri aku mula berubah, adakah sebab kami pjj? Kalau dulu setiap hari dia akan call atau whatsapp aku atau video call, ataupun aku yang akan cari dia dulu.

Setiap hari, pagi petang malam. Tapi sekarang dah tak sama, dia mula berubah, langsung sehari tak ada call atau whatsapp bertanya khabar. Kadang – kadang aku call dia ignore ataupun reject. Bukan sehari, kadang – kadang berhari – hari dia diamkan diri dari aku, kalau jawab call aku pun, dia akan marah – marah aku nada yang tinggi dan kasar.

Kadang – kadang dia keluar pergi mana – mana pun tak ada dah minta izin aku atau bagitahu aku dahulu. Aku tak tahu apa punca, aku cuba bertanya apa masalah, dia cuma diamkan diri. Aku rase tersiksa sangat sekarang ni, sedih, kecewa, jawapan yang aku nak tak dapat.

Aku tak nak bersangka buruk pada dia, aku cuba berfikir postif, tapi dia dah mula berubah. Aku ambil keputusan untuk fly ke sana tengok apa yang berlaku, dan aku ingin selesaikan masalah rumahtangga kami. Apa punca yang menyebabkan dia diamkan diri dari aku.

Bila aku dah jumpa isteri aku, aku fikir masalah boleh selesai bila dah berdepan, tapi sangkaan aku meleset, dia jauhkan diri dari aku. Dengan aasan penat letih. Itu je dari mulut dia. Pernah dia suruh aku pergi cari perempuan lain.

Berilah 10 orang wanita cantik pun, memang aku tak nak, tolong jangan suruh aku kahwin lain, tak pernah ada dalam kamus hidup aku untuk berkahwin lebih dari 1, cukup lah kamu seorang wahai isteri. Sebab aku tak pernah rasa penat layan setiap kerenah dia.

Kadang – kadang ada waktu kami sama – sama ada cuti, aku selalu bawa dia bercuti ke mana sahaja tempat dia nak pergi dalam malaysia ni. Dia penat, dia s4kit aku akan jaga dia selama ni. Aku buat semua tu sebab aku hargai penat lelah dia sebagai isteri aku dan ibu kepada zuriat aku.

Sekarang dia tak nak bercakap langsung dengan aku. Ajak tidur bersama tak nak, peIuk ape tah lagi, sepanjang perkahwinan kami, tak pernah aku angkat tangan pada dia sebab aku dah berjanji, aku tak akan sesekali berkasar pada dia.

Aku betul – betul buntu, komunikasi kami sebagai suami isteri seolah terputus tiba – tiba. Diri dia depan mata aku, tapi hati jiwa dia tak ada bersama aku. Ibarat patung hidup di depan aku. Rutin harian dia nampak normal macam biasa.

Memang sebelum ini aku tahu, ada suami orang sukakan isteri aku, yang bujang pun ade. Tapi aku tak nak besarkan hal tu yang boleh memecahbeIahkan rumah tangga kami, sebab aku letak kepercayaan aku 100% pada dia walaupun kami jauh.

Saat ni aku dapat rasa aku dah hilang kasih sayang dari seorang isteri, aku rindu gelak tawa dia yang dulu, aku rindu gurauan dia yang dulu, aku rindu segala – galanya pasal dia. Kalau betul – betul dia penat dengan kerja, sekurangnya bagitahu aku, bukan diam macam tu.

Aku nak selesai masalah, tapi dia cuba lari dari aku untuk selesai masalah. Sampai bila – bila pun tak akan selesai macam ni. Demi Allah hati aku betul – betul tersiksa. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Adakah betul – betul sebab dia penat kerana kerja atau ade orang lain yang cuba mendekatinya.

Aku keliru sangat. Aku tak dapat jawapan dari dia. Padahal hubungan aku dengan keluarga dia baik, hubungan dia dengan keluarga aku pun baik, tak ada masalah dalam bab mertua atau adik beradik ipar. Sekurangnya hargailah peng0rbanan aku macam aku hargai peng0rbanan dia.

Kalau boleh aku tak nak pun hidup pjj macam ni. Aku harap sangat tak kira lah kerajaan ke apa ke, tolong lah kami yang pjj ni, satukan pasangan macam kami ni untuk hidup bersama. Tak kisah lah kami atau pasangan lain.

Aku harap sangat ada pengakhiran yang baik untuk rumahtangga aku sekarang ni yang masih terg4ntung. Tolong jangan suruh aku bercerai, sebab aku tak sanggup dan tak kuat hadapinya. Aku nak isteri aku tahu yang aku tak pernah curang walau sekalipun di belakang dia, tak pernah.

Tak akan ada wanita lain selain dia. Aku sayang rumahtanga aku, aku sayang isteri dan anak aku. Jangan kecam isteri aku, aku juga banyak kekurangan. Cuma nak minta pandangan dan nasihat yang baik sahaja dari orang ramai. Aku menulis dalam menitis air mata. Hanya Allah tempat aku mengadu sekarang ni. Adakah aku suami yang gagal?

Komen Warganet :

Siti Rahayu Abd Rahman : Bila berjauhan inilah salah satu ujiannya, ia melibatkan hati dan kesepian, kekosongan itu mungkin telah diisi oleh orang lain, saya doakan rumahtangga saud4ra kembali harmoni dan isteri saud4ra berfikir dengan matang bukan mengikut perasaan.

Lynn Minami : Encik bukan suami yang gagal. Encik dah berusaha menjaga keharmonian rumahtangga even pjj tapi dalam perkahwinan tak lari dari ujian Allah. Waima duduk serumah pun, takleh kata hubungan tak dingin.

Cuma bila pjj, di antara suami isteri tu. Di tengah – tengahnya terisi KESUNYIAN. Kalau salah sorang membiarkan rasa tu menguasai diri. Mudahkan parasit dari luar nak isi rasa sunyi tu. Minta dijauhkanlah. Semoga Allah beri petunjuk dan permudahkan urusan encik suami isteri

Rose Lara : Amik cuti 3 – 4 hari dan Fly sana diam – diam. Ikut segala pergerakan dia terutama sekali weekend dan kamu akan dapat jawapan dan pada mase itu simpan dulu bukti dan bersemukalah depan – depan untuk selesaikn secara gentle. Kene ingat.. hati orang tak boleh dip4ksa. Setiap perkara yang berlaku ade hikmah dan pas hujan pasti ade pelangi semoga dipermudahkan urusan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.