Selalu mimpi ular, rasa benda bergerak bawah kulit. Setiap kali aku pergi berubat, kawan baik aku akan call minta maaf

Siti roomate aku, baik orangnya, bertudung labuh dan pelajar PhD jugak. Tunang aku pernah cakap, Siti pernah melamar dia, aku tak percaya. Aku selalu mengadu menangis dekat Siti yang aku s4kit. Tapi aku pelik setiap kali aku pergi berubat, Siti akan menangis – nangis call aku minta maaf..

#Foto sekadar hiasan. Aku Adawiyah, anak gadis kelahiran Kuala Lumpur yang kini bekerja sebagai seorang pensyarah. Alhamdulillah, aku dilahirkan dalam keluarga sebuah keluarga yang cukup, dibesarkan dalam penuh kasih sayang, sopan santun, didikan agama serta pendidikan yang cukup.

Kisah aku ini adalah sebagai pengajaran akan tipu daya manusia serta padahnya jadi m4ngsa sih1r. Sentiasalah berdoa supaya jangan jadi m4ngsa sih1r, dengki dan khi4nat manusia. Kisah aku ni, ambillah pengajaran darinya.

Aku melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di salah satu universiti awam. Perjalanan hidup aku mula berubah 3 tahun yang lalu. Oh, ya! Waktu ni aku sedang berkenalan dengan seseorang. Lelaki yang cukup baik bagi aku, dia yang banyak tolong aku labwork sebenarnya.

Aku namakan lelaki ni Amin. Sebabkan kehidupan sebagai pelajar sepenuh masa master dan PhD, ianya agak tough, kami banyak habiskan masa bersama untuk discussion, jadi memang rapat dan melangkah ke fasa serius.

Berbalik pada kisah aku dan lelaki tu, kami mimpi ular 3 hari berturut pada mulanya. Kemudian, kejadian – kejadian aneh pun mula mengh4ntui kami. Zaman aku s4kit tu, aku boleh meraung dan menangis 3 jam tanpa sebab, tanpa henti.

Aku boleh pengsan je kat mana – mana. Satu hari, tiba – tiba entah macamana, ulat gonggok jatuh dari badan aku, it really happened. Aku ingat aku ada halusinasi, tapi housemate nampak benda yang sama. Aku jumpa lipan, kala jengking, ulat bulu dalam bilik.

Aku takut sangat, aku tak tahu nak buat apa. Aku selalu rasa benda bergerak bawah badan dan dalam kulit aku. Kami selalu jumpa rambut dalam makanan kami. Masa ni aku tak bagitahu lagi dekat mak ayah aku, aku tak tahu nak mulakan dari mana.

Amin tu pulak, dia jumpa ular berdiri pandang dia dari jauh, mimpi ‘bersama’ dengan perempuan (aku kenal perempuan tu), dia jadi pelupa, kadang – kadang dia tak ingat diri dia siapa. Aku keluar masuk hospitaI selama 2 tahun berturut, dalam tempoh tu, aku tumpah d4rah sebulan tak berhenti, Doktor mintak aku buat check-up sebab takut ada cyst atau seangkatan dengannya.

Aku yang dulunya memang kurus, jadi m4kin kurus, tinggal tuIang je. Jerawat naik berlumba – lumba, kulit aku jadi terbakar. Doktor pun pening sebab hormon aku stabil, Doktor kulit cakap kondisi muka aku kulit kering, tapi jerawat banyak.

Doktor pakar pulak pelik sebab d4rah tak cukup, walhal dah masuk banyak d4rah. Bila datang check next weeknya, d4rah rendah lagi, hb low lagi. Tapi simptom badan aku seolah ada k4nser tapi apabila Doktor check semula, tiada.

Badan aku habis bercucuk – cucuk, ambil d4rah, x-ray. KIinik dan hospitaI dah macam rumah kedua aku. Aku diarahkan untuk ambil ujian minda juga sebab aku kerap halusinasi, em0si, depr3ss. Aku jarang masuk lab, writing delay, tahun ni baru nak graduate PhD aku. Orang lain dah grad awal dulu.

Masa ni, hubungan aku dan Amin dah renggang walhal kami patutnya dah nak kahwin. Jumpa depan – depan gatal satu badan, aku rasa benci pada dia. Kalau jauh, dia ada bagitahu aku dia nak teruskan niat nak peristerikan aku.

Tapi sebulan lepas tu, dia m4kin pelik. Dia mer0yan teringatkan perempuan yang dia mimpi tu. Untuk pengetahuan juga, perempuan tu kawan aku. Dia baik orangnya, bertudung labuh dan pelajar PhD jugak macam kami.

Sebelum ni, Amin ada beritahu perempuan tu, aku namakan dia Siti. Siti ni ada melamar dia, tapi aku tak percaya. Entahlah sebab Siti tu pernah jadi roommate aku dan sangat baik. Dia tahu aku s4kit, aku selalu menangis kat dia hari – hari pasal aku s4kit.

Sebabkan hospitaI tak dapat trace s4kit aku, aku pi yang tradisional. Setiap kali aku pergi berubat, Siti ni akan call aku mintak maaf. Di pihak aku, aku takde rasa yang pelik sebab orang – orang baik ni memang suka minta maaf.

Akhirnya, keluarga dia dan aku pun tahu kes kami s4kit ni. Untuk keluarga Amin, depa kurang percaya. Dulunya keluarga lelaki tu sangat suka aku, mama dia belikan handbag, baju, macam – macam untuk aku. Adik – adiknya dulu rapat dengan aku. Tapi lepas tu, kami macam bermusvh.

Dipendekkan cerita, 3 tahun kemudian, Allah jawab semua kekusutan aku. Berkat doa dari seorang sahabat yang tinggal di Mekah, berkat doa mak ayah dan orang lain. Aku terjumpa seorang ustaz, Alhamdulillah aku kembali sihat.

Proses nak pulihkan balik badan aku tu ambil masa 2 minggu. Mungkin ustaz ni serasi walhal sebelum ni dah banyak berubat dari yang berbayar sampai yang percuma. Ustaz ni tak mintak bayaran. Ustaz ni beritahu, kenapa aku susah nak sihat sebab aku berd3ndam.

Aku berd3ndam dengan Siti, sahabat aku sendiri yang sih1rkan aku, d3ndamnya aku pada lelaki tu. Aku dapat tahu pulak Amin nak kahwin dengan Siti. Asalnya, kali terakhir aku datang bulan setahun lepas, lepas mandi air untuk buang sih1r, alhamdulillah haid aku normal, keluarlah segumpal rambut dari mulut, aku munt4h angin, keluar kaca, ulat, s4kitnya sih1r ni tak tertanggung.

PukuI 3 aku mula berubat, pukuI 11 malam baru selesai. Rupanya, aku dan Amin terkena sih1r pemisah dan s4ntau angin. Dan sih1r tu memang dituju supaya aku meninggaI. Selepas beberapa hari, aku mimpi Siti dan b0moh tu, aku terjaga pukuI 3.30 pagi, aku jumpa cicak m4ti.

Alhamdulillah ustaz tu bagitau, aku dah sembuh. Beberapa bulan selepas itu, Amin ada berhubung bertanya khabar, bagitahu dia kesal, dia tak pernah lupa aku, dia tahu dia banyak Iukakan aku di masa lalu, dia doakan aku jumpa lelaki yg lagi baik dari dia.

Entahlah, aku dapat rasa dia ada lagi perasaan kat aku, cuma kami sedar perjalanan kami dah tak sama. Katanya dia dah nak kahwin tahun depan, tapi dia masih nak berkawan dengan aku. Di pihak aku, aku tak pernah move on dari dia.

Kemudian, aku block nombor dia sebab aku tak nak nanti perasaan yang lama datang balik. Takdir menemukan kami, takdir memisahkan kami juga, macam tulah Amin bagitahu aku. Untuk Amin, moga bahagia, walaupun isterinya adalah Siti.

Aku mungkin takda peluang untuk jumpa dia lagi. Terima kasih sebab jadi lelaki yang baik dalam hidup aku. Amin gagal PhD dia, dia tak pi berubat pun sampai sekarang. Dia bagitahu dia tak ingat bacaan dalam solat, dia ambil ubat depr3ssion sekarang tapi keluarga dia tak tahu.

Dia sekarang  dah jadi senior engineer di utara, jauh dari keluarga dia di Pantai Timur. Mungkin keluarga dia ingat dia dah sembuh, aku tak pasti. Aku dah tak berhubung dengan keluarga dia. Untuk keluarga dia, moga satu hari nanti mereka percaya apa aku cakap semuanya benar, aku tak pernah buat – buat cerita.

Bawaklah Amin berubat. Kami yang patutnya kahwin tapi dia akhirnya dengan orang lain. Aku cuba untuk redha. Doakan aku pulak, jumpa jodoh yang soleh. Banyak orang aku susahkan di masa lalu, housemate aku, kak Dian, Nora, Biha, Zara.

Merekalah yang tak pernah tinggalkan dan bawak aku jumpa ustaz, jumpa Doktor. Allah je mampu baIas jasa depa. Merekalah kawan aku yang sebenar. Untuk mama ayah, Adawiyah minta maaf sebab banyak risaukan mama ayah.

Untuk Siti, aku maafkan kamu. Aku tak pernah sangka orang yang paling rapat dengan aku yang khi4nat aku. Lepas aku pergi berubat kali terakhir ni, Siti block aku kat semua media sosiaI. Jangan terjebak dengan sih1r.

Bacalah ayat pendinding, jangan percaya orang sepenuhnya. Musvh kita adalah orang paling baik dengan kita. Itu yang aku selalu bagitahu pelajar aku. – Adawiyah

Komen warganet :

Har Mi : Sih1r ni masih banyak diamalkan oleh maaf cakap, bangsa melayu. Kebanyakannya sebab dengki tak kira pasal sebab nak miliki seseorang atau dengki dengan seseorang. Ada kalangan saud4ra mara aku kena sih1r supaya benci apabila tengok muka isteri dan anak – anak.

Apabila tengok je jadi marah dan nak pukuI. Apabila pergi perubatan Islam, keluar sesuatu berupa seperti lintah apabila munt4h. Ustaz suruh amalkan beberapa ayat pendinding sebab kebiasaan penyih1r ni takkan puas hati dengan sekali sih1r.

Mereka akan terus hantar. Ada juga yang apabila kahwin, kena peny4kit misteri, tak boleh bersama pasangan, badan jadi letih lesu sampai tak boleh bekerja. Arw4h pakcik aku sampai meninggaI hanya sebab orang dengki pasal perniagaan, tapi tak ada la sampai nak baIas – baIas.

Berubat pun dengan niat untuk sembuh, bukan nak kenakan si penghantar sih1r tu. Serah semuanya pada Allah sebab sih1r tu berkesan pun dengan izin Allah. Sih1r itu syirik dan Allah takkan ampunkan d0sa orang yang syirik.

Apabila kita marah, kita d3ndam dengan seseorang, memang kita berasa seronok bila tengok dia m4ti tapi apabila kat akhir4t kelak, seronokkah kita apabila tengok dia ke syurga, tapi kita ke ner4ka hanya untuk kepuasan diri yang sementara?

Aku pun marah pada orang, d3ndam pada orang yang musn4hkan hidup aku tapi apa yang dapat hiburkan hati aku apabila serahkan semuanya pada Allah dan ada kawan – kawan yang selalu ada waktu diperIukan. Doa orang – orang terani4ya tak ada hijab, terus sampai kepada Allah.

Sekali terlibat dengan sih1r, dia takkan merosakkan orang yang disih1r saja malah pengamalnya akan terkena tempias sekali, tak kira cepat atau lambat. Moga kita semua dilindungi Allah dan dijauhi dari orang – orang bersifat dengki dia perempuan rendahnya maru4h dia, hati hitam.

Suzana Khan : Saya dulu selalu mimpi kena Iawan dengan h4ntu. Sampai dah terjaga dari tido mulut masih terkumat kamit baca ayat kursi. Sih1r pemisah. Tapi akhirnya takdir Allah ianya tetap berlaku. Mungkin yang suruh menyih1r, yang bawak gambar saya untuk menyih1r, yang melakukan aktiviti menyih1r gembira sekarang sebab mission dah tercapai. Ya Allah berd0sa besar sih1rkan org ni, apatah lagi niat nak r0bohkan rumahtangga orang.

Iris Nur Firman : Tengah alami.. Tapi bukan saya yang kena. Suami yang kena. Siksa tengok orang yang kena sih1r. Cuma ustaz yang kami berubat cakap. Solat jangan sesekali tinggal. Selalu berzikir. Rajin amalkan baca bismillah 5. Baca al quran jangan tinggal. InshaAllah sih1r akan hapus secara perlahan – perlahan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.