Kasut tampal selotep, saya curi2 minum air paip. Bila kant0i dgn kawan, saya jadi bahan ejekan. Saya nak baIas d3ndam

Aku yang sering pakai baju sama diketawakan orang lain, kini bersilih ganti baju. Aku yang dih1na kerana sering makan makanan yang sama, kini bersilih ganti juadah. Mereka yang dulu mengh1na, mengejek dan menjadikan aku bahan ketawa. Kini mereka diuji, ada menganggur, ada hidup susah. Aku nak baIas d3ndam..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku seorang Bunga yang ters4kiti. Diusia 20-an. Seorang wanita yang menyimpan segala duka. Sudah sekian lama aku pendamkan mengenai hal ini. Hari ini aku mahu bertanya pendapat pembaca di ruangan ini.

Maaf seandainya bunyi agak pelik, tetapi sungguh hati ini ingin bertanya. Mohon beri pendapat ya. Bukan mahu menyalahkan takdir. Begini cerita hidup aku. Aku dari latarbelakang keluarga porak peranda. Ibubapa berpisah sejak kecil.

Diuji dengan ayah yang berkahwin dengan wanita seberang. Kemudian ayah menjadi lelaki yang lepas tangan soal nafkah anak – anak apatah lagi soal tanggungjawab sebagai bapa. Segala bebanan diletakkan di bahu ibu.

Ibu yang berjuaang membela nasib kami enam orang adik beradik. Kemudian masa bersilih ganti. Ibu aku diuji pula dengan menghidap tekanan perasaan dan tekanan em0si. Anak – anak dijadikan tempat melempiaskan amarah.

Apa sahaja kata sump4h dan kata m4ki tidak keluar dari mulut ibu? Apa saja? Ibu leka dalam amuukan em0si dan em0si anak – anak pula tercaIar dihiiris. Bagai sebeIah sayap telah patah, sebeIah lagi hampir patah. Begitulah nasib kami enam beradik.

Kami enam beradik? Diuji pula dengan setiap seorang mula membuat tingkah laku berbeza. Kerana masing – masing member0ntak tidak boleh menerima takdir. Ada ayah tetapi seperti tiada. Ada ibu tetapi seperti mengejar bayang – bayang, mahu disentuh tetapi tidak tercapai.

Saling cemburu saling dengki saling meny4kiti saling m4ki. Itulah permainan kami. Ok itulah serba sedikit mengenai latarbelakang keluarga aku. Bukan mahu bercerita mengenai itu. Tetapi ya mengenai cerita hidup saya ini.

Oleh kerana desakan hidup dan takdir hidup begini. Saya dulunya ketika belasan tahun dan zaman belajar. Aku seorang yang sangat menampakkan miskin (dari segi pakaian lah alatan tulis lah ). Selalu tiada wang saku.

Curi – curi makan dan minum air paip. Poket kosong dan selalu mengira wang syiling demi sesuap nasi. Oleh kerana itu, aku tiada pilihan. Baju aku hanya itu sajaIah. Tidak bersilih ganti walau sudah tidak muat lagi. Kasut yang ditampal salotip kerana tercabut.

Jadi kerana itu aku disisihkan, diketawakan dan dijadikan bahan gurauan oleh kawan – kawan aku .”Kalau kau tahu mereka buat itu ini kenapa tak kawan dengan orang lain?”. Ya itu yang aku buat. Aku juga berkawan dengan ramai orang.

Tetapi tetap juga pada akhir nanti ada sahaja di diri aku untuk dijadikan bahan gelak ketawa. Mungkin bagi mereka itu hanya gurauan, tetapi aku yang ketawa h4mbar sangatlah menyimpan seribu rasa di hati. “Kau makan telur dengan nasi saja?”

“Baju kau memang itu – itu saja?”

“Eh kau ni pensel pun dah pendek, belilah bukan mahal pun”

“Kau ni hari – hari masak telur saja tak teringin ke makanan lain bukan mahal sangat pun”

“Keluarga aku ni makan pagi ada petang ada malam ada supper pun ada”

“Aku ni hari – hari makan ayam, bosan tau”

“Aku ikut mak aku pergi London cuti nanti, kau? Duduk rumah jer?”

“Kau orang susah ke? Memang kalau susah pakai baju sama ke?”

“Meh aku belanja kau makan nasi, mesti kau tak pernah makan nasi di restaurant ni kan, takpa aku faham kau susah miskin kan”

“Kau tak tahu makanan western? Tak pernah makan? Serious ar, makcik tepi jalan pun tahu”.

Ya begitulah ayat – ayat yang sering aku dengar suatu ketika dahulu. Ibarat sebuah kaset yang sering berputar. Itulah yang aku rasakan. Aku yang sering memakai baju yang sama. Makan yang sama. Bukan saja – saja. Jauh di sudut hati ini teringin juga makan sedap – sedap, pakai cantik – cantik, ada segala -g alanya seperti mereka… Tetapi ketika itu aku telan segalanya.

Aku adukan kepada tuhan. Hanya kepada dia lah aku serahkan segala keluh kesah di hati. Bukan mahu simpati dari sesiapa, tetapi sekadar meluahkan isi hati yang jauh tersimpan di dasar hati. Masa berganti masa. Tahun berlalu.

Alhamdullilah. Kehidupan aku sem4kin berubah. Selepas tamat belajar sempat juga menganggur. Kemudian alhamdullilah aku mendapat pekerjaaan. Alhamdullilah sem4kin lama nasib aku juga berubah. Aku yang sering memakai baju yang diketawakan orang lain kini bersilih ganti baju.

Aku yang dih1na kerana sering makan makanan yang sama kini bersilih ganti juadah. Alhamdullilah. Syukur kepada Allah. Apa sahaja makanan aku tidak makan? Katakan. Di sini aku bukan hendak riak. Tetapi ingin menceritakan betapa nikmatnya dapat merasai menjamah beraneka makanan. Hasil dari wang gaji aku.

Alhamdullilah. Segalanya telah berubah. Keluarga aku juga sem4kin berubah. Ayah sudah mula mencari ibu. Ibu sudah mula kembali ke sikap penyayang. Alhamdullilah. Alhamdullilah. Cuma ada sesuatu yang tidak aku rasa adil.

Mereka yang dahulu mengh1na, mengejek dan menjadikan aku bahan ketawa. Kini mereka pula seolah – olah diuji. Ada yang masih menganggur. Ada yang dihimpit kesusahan. Ada yang keluarga mula porak peranda. Ada yang pelbagai lah keadaan.

Tidak ingin aku tulis kan kerana bagi aku sangat menyedihkan. (apa – apa pun mereka tetap dalam” circle” aku ). Mereka sedang mengalami apa yang aku alami dan lalui dahulu. Tetapi nasib mereka sangat baik. Mereka tidak dih1na, dijadikan bahan gurauan atau disisihkan oleh kawan – kawan yang lain.

Aku kadang tertanya – tanya. Mengapa? Dahulu aku miskin. Disisihkan. Kenapa mereka tidak? Sekarang mereka pakai baju yang sama dan makan hidangan yang sama. Tetapi sedikit pun tidak aku ajukan apa – apa soalan menyentuh jiwa.

Cuma jauh di dasar hati. Ingin aku jeritkan segala kata – kata ini. Agar mereka tahu bagaimana rasaanya. “Alah kau sembang saja, bagaimana kau tahu mereka makan yang sama? Pakai yang sama?”. Aku bukan meneka sebarangan.

Mereka itulah yang rajin update segala kehidupan mereka dari zaman mereka “kaya” lagi. Bukan cemburu tapi entah dengan rasa hati ini. Cuma ingin aku ajukan soalan. Salahkan jika miskin? Memakai baju yang sama? Makan hidangan yang sama?

Tidak kenal alatan canggih dan terkini? Tidak tahu makanan western? Salahkah? Kini.. hanya segelintir sahaja tahu kehidupan aku. saja aku rahsiakan hal ini. Tetapi jauh di sudut hati. Ingin” update” phone terbaru aku, beg terbaru aku, kereta terbaru aku, makan – makan yang aku makan setiap hati.

Tetapi aku nyahkan jauh – jauh niat itu. Walau kadang – kadang muncul juga mem4ksa tangan ini untuk update segala – segala perkara dalam hidup aku. “Alah apa susah kau update saja, bagitau saja semua perkara dalam hidup kau, baIas balik apa yang mereka katakan dahulu”..

Ya. Aku pernah update. Tetapi sekali itulah. Cuma semenjak itu, banyak kawan – kawan aku mula menghantar permohonan maaf dan berbaik – baik dengan aku. Tetapi aku tidak selesa dengan keadaan itu. Aku kekok dan janggal.

Ingin aku beritahu mereka aku yang susah, makan h1naan dahulu, gelak ketawa mereka kini jauh lagi stabil dari mereka. Mahukah mereka ketawakan aku lagi? Adil kah ini? – Bunga yang terIuka. (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Ann Diana Nordin : Jangan kerana dulu pernah susah dan sekarang kehidupan bertambah baik menjadikan hati yang dulu kuat, sabar dan redha bertukar menjadi pend3ndam, ujub, riak dan bangga diri. Setiapa orang ada ‘timeline’ di mana kita akan diuji dalam life kita.

Kalau dulu susah tu satu ujian, begitu juga dengan kesenangan sekarang, juga 1 ujian. Selalu berpegang pada kata – kata ni. Jika sudah terbang tinggi, sekali sekala pandang juga di bawah, supaya kita tidak lupa bagaimana kehidupan kita ketika di bawah sana dulu. Good luck confessor!

Fazidah Abdul Kadir : Dunia memang tak adil, tapi ujian kita masing – masing, akak pun pernah pakai kasut koyak berlubang, baju 2nd, 3rd, 4th hand yang orang bagi dan minum air paip zaman – zaman sekolah dulu. Tu semua perkara biasa.

Sekarang memang Allah dah tambah nikmat, tak perlu lah fikir pasal orang yang h1na kita. Ibarat hidup menyimpan sampah sarap yang orang dah humban pada kita, buat apa? Buang je supaya lebih tenang. Hakik4tnya, kesenangan dunia ni tak penting pun, hati yang penting. Make your heart beautiful and your world will look beautiful too.

Faranisyah Hakim : Tak payah berd3ndam dengan diorang, kat akhir4t nanti, tuntut lah kalau nak tuntut. Elok – elok awak dapat pahala sebab bersabar, sy4itan pulak bisik kat awak suruh berdoa yang bukan – bukan, tak pasal dapat d0sa pulak.

Taknak maafkan, itu hak awak. Tapi move on. Keluar dari circle diorang, cari circle baru. Bina hidup baru. Selagi awak stay dalam circle yang sama, awak akan rasa d3ndam dan s4kit hati, which is tak baik pun sifat tu. Dunia pun berputar. Kalau awak jatuh balik camna? Fikirkan. Move on yer, tinggalkan diorang dan terus maju ke hadapan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.