Aku mengadu dekat cikgu, JKM datang nak ambil aku tapi mak aku halang. Mak angkat aku nangis tengok aku

Dari baby mak angkat yang bela aku, bila dah 5 tahun mak kandung r4mpas aku balik. Tapi aku dibiarkan macam anak terbiar. Sehinggalah satu hari mak bawak balik lelaki, rupanya mak dah kahwin baru. Suatu hari kant0i bapak tiri ‘buat’ aku. Tapi kau tahu apa mak aku cakap?

#Foto sekadar hiasan. Bismilahirahmanirahim.. Aku rasa terpanggil nak cerita tr4uma aku dari kecik. Mula – mula aku nak minta maaf andai cerita aku ni agak panjang dan tak reti nak mengarang sangat. Sorry agak terabur.

Aku perkenalkan diri sebagai Si H1na jela ehh. Sebab aku tak pandai nak meluah sebab aku pernah meluah tapi tr4uma sampai hari ni aku dapat. Dulu masa aku umur 7 tahun aku terus masuk darjah 1, aku tak pernah sekolah tadika.

Jadi agak terk3jut sebab tiba – tiba sekolah kawan – kawan dah pandai menulis, membaca, sebab semua kawan – kawan dah kenal semua tu kat tadika dan pra. Aku? Mana pernah, tiba – tiba je kena masuk darjah 1, keluarga aku dik4tegori t0xic kot, mak aku masa tu ibu tunggal.

Aku ni anak bapa kedua (bercerai hidup) aku ditinggalkan dari umur 15 hari. Ini aku dengar dari mulut jiran dan mak aku. Bapa pertama dah meninggaI. Jadi abang – abang dan kakak – kakak aku semua tu 1 mak lain bapa je.

Tapi dorang bukan sayang aku. Yela bapak lain.. Okaylah berbalik pada sekolah, masa darjah tu. Aku kena buIi dengan Hanim, Izzy, n The G3ng. Aku tak ingat sangat nama dorang. Sebab rasa macam tak penting. Tapi aku ingat jelas perbuatan dorang tu pada aku.

Aku tahu aku jenis pendiam dan tak pandai. Dorang selalu cubit, pukuI aku, sedangkan baru darjah satu dah jahat kan? Aku tak tahu apa salah aku. Dorang hari – hari prov0ke dan cubit pukuI aku, aku ingat darjah 1 je kena buIi.

Tapi benda tu berlarutan sampai aku naik sekolah menengah. Aku jadi pendiam, selalu takut nak bercakap. Tapi jadi teringin nak berkawan. Tapi dorang tak suka aku pun. Selalu cari salah aku. Mengata, ejek aku, curi duit belanja aku, dan ada juga yang melibatkan fizikaI.

Aku teringin nak beli buku, tadi aku cakap family aku t0xic kan? Aku minta mak aku duit lebih nak beli buku. Puas kena m4ki dulu baru dapat duit tu, girang lah hati aku sebab excited nak beli buku kat sekolah. Tapi duit nak beli buku tu kena curi sebab aku tahu si geng Hanim tu curi?

Sebab dorang ngaku sendiri, pastu balik sekolah mak aku tanya mana buku? Aku tak sempat nak jelaskan dah naik kaki dekat badan aku. Sejak dari tu aku takut nak minta mak aku apa – apa. Nak beli pensil pun aku takut nak minta, aku sanggup selongkar tong sampah.

Jumpa colour warna hitam buat pensil. Mak aku ni kan ibu tunggal. Lepas bercerai dengan bapa aku, bapa aku pulak hilang entah ke mana, satu sen nafkah pun takde, bab masalah aku kat sekolah mak aku tak pernah nak ambil tahu, sign penyata pun tak pernah hadir..

Barang sekolah ada takde pun dia tak pernah ambik tahu. Segalanya aku buat sendiri. Mak aku ni selalu tinggal aku, kakak – kakak dan abang – abang dorang pun selalu tinggal aku sorang – sorang dalam rumah. Segala urusan rumah aku lah kena buat.

Masak pun entah makan pun tumpang rumah jiran. Macam budak terbiar aku. Episod hitam kat sekolah tu takyah cakap lah, memang aku takde kawan bermain ke apa. Selalu kena duduk belakang. Cikgu selalu anggap aku budak b0doh, bermasalah, selalu kena duduk belakang sorang – sorang sebab tak pandai.

Bukan aku tak pandai. Aku tengok rekod penyata aku elok je, entahlah tak faham. Pastu tiba – tiba suatu hari mak aku balik, bawak lelaki. Rupanya mak aku dah kawin baru. Aku ni tak pernah dapat kasih sayang ayah. Excited lah dapat ayah, aku ingat tumpang kasih sebagai anak dan ayah.

Tapi tumpang kasih tu sampai aku kena grooming. Tu la, episod hitam aku. Bukan setakat bapak tiri je grooming aku tapi abang tiri dan jiran jantan sebeIah rumah pun selalu dorang buat tak senonoh kat aku. Yela sebab mak aku sebok sangat.

Sampai aku macam budak terbiar mana tahu apa jadi. Bukan dia sayang aku pun. Kalau sayang ambil tahu segala kebajikan aku. Suatu hari kant0i bapak tiri buat aku. Tapi kau tahu apa mak aku cakap? Aku ni skandal bapa tiri aku?

Dia tak pert4hankan maru4h aku pun. Malah citer kat jiran kata aku ni melayan? Umur aku baru 9 tahun kot masa tu. Dahlah kat sekolah aku m4ngsa buIi, kat rumah pun family buIi aku jugak. Dah lah segala urusan rumah kemas, membasuh, masak cari makan sendiri, aku ni dari kecik dah kena berdikari.

Mak aku, anak – anak jantan memang raja, satu kerja rumah tak diajar pun buat kerja. Anak perempuan kalau mak aku takde semua pergi meliar jumpa jantan. Aku kat rumah? Takde siapa nak urus. Bila naik sekolah menengah. Aku dah pandai pert4hankan diri aku.

Orang nak pegang private ke apa. Aku dah pandai meIawan. Aku benci semua jantan. Aku tak jadi kuat meIawan mak aku. Aku tahu aku anak derh4ka. Aku sanggup carutkan mak aku, siaIkan mak aku. Mak aku pulak sampai sudah tuduh aku skandal laki dia.

Ahh jantan tu banyak kali kant0i curang dengan dia, r*g0I anak sendiri kot depan mata dia pernah nampak. Tetap backup. Cerita kat orang, “suami saya tu jaga saya masa s4kit” hakik4tnya malas aku nak taip jantan pu4ka cam tu.

Sorry if ayat aku kasar. Sebab dah bertahun – tahun sangat aku tak dapat nak luah semua ni. Okaylah sampai sini je aku tulis dulu. InshaaAllah kalau ada rezeki admin siarkan confession aku, aku akan cerita lagi part 2…

Sambungan.. Bismillahirahmannirahim. Allahuakhbar. Terima kasih admin sebab siarkan. Sebenarnya tak sangka sangat admin siarkan confession aku, huhu. Terima kasih juga para komen – komen awak semua. Yang doakan. Sungguh aku terharu.

Sebab aku tak pernah dapat doa dan positif orang ramai camni. Allah. Mengalir airmata aku baca semua komen. Demi Allah sungguh! Mungkin hadiah birthday aku kot. Korang doakan aku. Aku terharu sangat. Semoga doa korang pada aku dimakbulkan dan berbalik pada korang jugak.

Maaflah kalau karangan aku bersiri – siri, sebab aku tak pasti dan tak sangka confession aku disiarkan. Ramai komen suruh lari rumah. Huhu. Sebenarnya umur aku dah injak ke 30-an dah ada anak dah pun. Dan cerita ni memang pengalaman aku dan tr4uma aku.

Masa darjah 6 aku dah pernah cerita masalah ni kat kauseling. Pihak sekolah dan JKM dah pernah datang rumah, nak ambik aku. Tapi mak aku tak bagi. Cikgu dan pihak JKM dah bincang. Mak aku tak lepaskan, jadi aku kena teruskan hidup lah kat rumah tu.

Lepas JKM balik kau tahu jadi apa? Of coz kena m4ki dengan abang – abang dan kakak – kakak aku. Sebab aibkan keluarga dorang kata, cerita tentang masalah aku. Burukkan keluarga kat sekolah. Kesudahnya? Aku tr4uma nak meluah lagi.

Jadi aku diam dan diam. Masuk tingkatan 1, sekolah aku ni, bercampur dengan kampung sebeIah yang berdekatan. Baru lah aku ada kawan. Mulut aku pun dah mula becok dan peramah sikit, sebab excited ramai ajak kenal sebagai kawan.

Orang takde kawan excited cam apa kalau ada yang sudi. Pandai komunikasi lah jugak, sebab kawan – kawan dari kampung lain kan. Jadi tak tahu lah. Per4ngai aku kena palau kat sekolah rendah. Bermula sekolah sesi petang.

Pagi memang pulun kemas rumah, basuh baju bertimbun. Adik beradik atas aku 8 orang. Lelaki memang pemalas dan memang raja, perempuan atas semua dah kawin. Jadi aku lah h4mba abdi abang tiri. Seluar spender. Pinggan makan tak reti nak basuh.

Mak aku pulak mulut kerja bebel petir tak berhenti. Sampai aku tension. Bebel je. Kalau ada benda salah takpe jugak. Hari – hari cari pasal dengan aku. Dah siap kemas bersih rumah kilat pun. Ada je tak kena bebel. Str3ss.

Nak buat kerja sekolah pun aku str3ss. Sebab bebel tak berhenti, kadang – kadang tengah buat kerja pun kena kacau tolong itu ini. Naik pening kepala aku. Sampai tahap aku tak tahan aku tinggi suara kat mak aku. Sebab str3ss.

Pergi sekolah je dapat tenang. Tapi tu la penat kat rumah tak habis. Kena pergi sekolah, tengah panas hujan ke jalan kaki 2km hari – hari. Kerja sekolah rushing buat kat sekolah. Kadang – kadang letih nak siapkan. Kau tadah jela dan telinga kena r0tan dan marah cikgu.

Sebab terlalu penat. Nak fokus belajar pun aku jadi malas. Aku aman kat sekolah sebab aku tak sekelas dengan budak – budak t0xic tu. Tapi kalau masa rehat atau jalan dalam sekolah jumpa dorang. Masih ada adegan ejek – ejek tu.

Taiko ada akak dan abang angkat cari g4duh dengan aku. Tapi aku malas melayan. Dah besar kan. Selagi elak aku turn lari tempat lain. Nyampah! Tapi bertahan cuma 3 tahun je aman aku kat sekolah, sampai tingkatan 4, episod baru d3rita tu terjadi balik.

Disebabkan tekanan mak aku bebel hari – hari, makan m4ki hari – hari, aku tension sangat. Abang tiri masuk bilik air aku tengah mandi, aku lari rumah jiran – jiran Pastu lari kena marah dengan mak aku. Hah. Yela aib keluarga.

Aku tak sedar aku buat apa pada malam tu.. Aku pergi campur bahan peluntur. Aku telan. Berapi tekak aku wehh. Macam terbakar bawah mulut. Sedar tak sedar. Aku dah kat kIinik, terus refer masuk hospitaI. Kau tahu tak masa kat kIinik nurse yang urus aku tu cakap apa..

udak ni ngandung ke sampai nak bvnvh diri. Aku masuk hopistaI seminggu kot tak silap. Jadi aku kat hopistaI kena masuk kauseling kat situ. Dia tanya kenapa aku nak m4ti? Aku berat nak cerita. Akhirnya bukak jugak cerita sebab dia suruh.

Dah cerita apa semua. Dia buat pemeriksaan tak ada Iuka bawah, yela. Dorang grooming dari luar je. Takde Iuka?? Jadi dia call w4ris (mungkin takde Iuka bawah kat private tu, doctor kata aku cerita bohong, jadi takde action untuk bantu aku lari ke tempat lain).

Jadi pihak hopistaI dapat jejak bapa kandung aku. Jadi dia datang hopistaI yang urus segalanya. Sebenarnya doctor suruh aku duduk dengan abah. Kalau tekanan sangat dengan mak. Doctor diagn0sed aku masa tu ada depr3sion.

Cuma tak teruk sebab dia kata aku normal je. Hakik4tnya aku tak normal. Aku kuat pun sebab aku tak pasti kenapa aku kuat pulak. Sebab dah sampai tahap nak bvnvh diri. Entahlahhh.. Last – last g4duh teruk mak dengan bapa aku.

Mak aku tak bagi bapak aku ambik aku. Nak jaga. G4duh mak aku ungkit tak bagi nafkah. Dah besar baru nak ambiklah. Dah tak payah urus pempers apa semuanya. Hakik4tnya. Umur 2 bulan hingga 5 tahun mak angkat aku yang bela ambik aku.

Pastu mak aku r4mpas aku dari keluarga angkat. Pastu tak reti jaga aku betul – betul. Mak angkat aku datang hopistaI. Nangis leraikan. Mak angkat aku nak bawak aku balik. Mak aku tak bagi. Dulu kau pulang balik kat aku buat apa.

Mak angkat aku tak boleh buat apa.. Ermm. Akhirnya aku kena balik duduk dengan mak aku. Aku masuk sekolah kecoh weh. 1 sekolah aku nak bvnvh diri. 2 tahun kat sekolah aku kena pulaukan. Perkataan cikgu sains aku kau tahu dia cakap apa? “Awak – awak buat apa nak kawan dengan budak nak bvnvh diri tu.”

Allah. Fitnah macam – macam keluar. Aku mengandung luar nikah lah. B0hsia itu ini lahh. Akhirnya pengetua dan kauseling sekolah panggil. Dorang p4ksa aku cerita. Bila dah cerita hari ni. Esok tersebar satu sekolah. Lagi d3rita aku hadap.

Malu sangat – sangat, maru4h aku wehh. Ustazah boleh cakap keinginan aku kadang – kadang nak s3ks tu. Bila aku luah pengetua sekolah tu luah cinta. Kauseling lagi lah. Sebar masalah keluarga aku sana sini. Kat pelajar pun.

Mak aku dan adik beradik tahu. Teruk kena m4ki – m4ki, aku tambah str3sss. Sebab aku mula takut nak pergi sekolah jadi tr4uma. Kawan – kawan ejek. Yang t0xic masa sekolah rendah. Lagi lah macam – macam pr0vok aku.

Macam – macam tanggapan dorang. Lagi dengar fitnah – fitnah. Sedih weh. Surv1ve alone. Pastu pihak pibg sekolah suruh masuk asrama. Tapi tak membantu jugak masuk asrama. Sebab asrama sekolah tu aku tetap jumpa kawan – kawan yang pulaukan aku satu sekolah.

Dah lah fitnah macam – macam, dekat meja jenuh nama aku b0hsia. No tel aku kena conteng sana sini.  Macam – macam cerita tak best keluar. Aku tr4uma!!! Aku takut nak luah. Sampai aku sump4h aku takkan luah kat sesiapa lagi. Aku tak akan percaya orang lagi.

Habis SPM, alhamdulillah keputvsan aku tak lah teruk. Tak hebat tapi okaylah semua lulus. Walau tak belajar sangat. Nak fokus macam mana cikgu kawan benci aku. Aku takde dalam kelas, menangis berejam dalam tandas pun takde sapa peduli si h1na ni.

Lepas SPM aku nak sambung belajar. Dah dapat kat UTM, kolej kat n.9. Mula – mula mak aku setuju nak hantar. Datang pulak abang ipar aku weh. Dia punya t0xic semak. Perempuan tak payah belajar tinggi – tinggi nanti ke dapur jugak, pastu datang pulak jiran – jiran aku.

“Kau tengok anak aku, semua anak perempuan belajar tinggi bazir. Akhirnya semua nak kahwin cepat.” Apa lagi mak aku. Terus tak benarkan aku belajar. Jadi keputvsannya aku merantau kat bandar besar kerja. Housemate sepupu.

Tapi gara – gara mulut celopar sepupu aku. Cerita apa kat family aku. Aku kena berhenti kerja dan duduk rumah t0xic tu balik. Baru aku nak aman.. Memang dasar keturunan t0xic kot. Tu sepupu aku pun t0xic. Entahlah.

Kadang – kadang aku sampai mengeluh kat Allah. Ujian apa kat aku. Tak pernah hidup bahagia. Balik kampung hadap lah mak aku punya bebel. Jadi h4mba abdi 24 jam. Kemas rumah sepah tak berhenti. Bosan aku jalan rumah jiran. Lepak! Tu bising je mak aku.

Sampai sudah perli aku pernah skandal dengan bapak tiri aku. Sedangkan sejak umur 12 tahun aku tak bercakap dan salam dengan bapa tiri aku tu. Masa malam raya, aku g4duh besar dengan mak aku. Aku str3ss sangat bebel je mak aku.

Aku je salah tak sudah. Bapa tiri aku hentak kepala aku dengan magkuk plastik keras. Aku geram sangat tak perasan apa aku tarik nak baIas muka jantan yang dah lama aku geram. Rupanya pis4u aku ambik. Mujur akak tiri aku r4mpas tangan dia yang terkena sikit.

Mak aku backup jugak jantan tu. Akak aku lain – lain sama je. Tuding salah pada aku. Termasuk abang – abang tiri jugak. Naik semak aku. Last aku nangis – nangis keluar dari rumah malam tu. Malam raya aku ketuk rumah kawan aku.

Yang ni je baik kot. Sebab dia tak pernah buat apa – apa kat aku. Dia peIuk aku terus. “Sabar, dari dulu smpai sekarang tak sudah masalah kau.” Dia pujuk aku suruh balik rumah. Cari pasangan. Nak kerja tak boleh kan. Jadi kahwin jelah jalan penyelesainya.

Aku masuk fb, kelab cari jodoh. Aku layan je mana jantan. Sebab aku niat nak kawin cabut dari rumah. Alhamdulilah. Datang rumah. Tak sangka terus dia ajak jumpa mak dia. Mak dia tua sangat. Merayu suruh terima anak dia.

Sebab laki aku gagal perkahwinan pertama. Tr4uma nak kawin lagi sebab pasangan dulu katanya. Jadi aku tak fikir panjang terima je. Terus tunang dan kahwin. Aku kahwin. Aku cari bapa kandung aku. Dia yang uruskan aku kahwin.

Mak aku dan adik beradik aku. Aku tak jemput pun. Kawan – kawan sekolah pun aku tak jemput. Bila aku upload pic kawin aku kat fb. Masing – masing marah kenapa aku kahwin tak jemput dorang. Aku melangkah keluar dari kampung. Sorang pun aku tak ambil tahu.

Alhamdulillah suami aku baik. Dia terima aku seadanya. Dia juga bagi semangat buat semua nya. Ambik lesen kereta. Dulu aku nak bawak kereta selalu kena downkan dengan 1 family. Sekarang nak buat apa – apa, Suami aku selalu ada bagi semangat.

Selepas 2 tahun kahwin baru aku balik jumpa mak aku. Minta maaf kat mak, akak – akak dan abang – abang aku, macam slow sikit dorang tu. Tapi adalah t0xic t0xic dia lagi. Macam aku gugur. Akak tiri aku tu perli. Akibat derh4ka dengan mak.

Yela aku derh4ka. Meluat! Derh4ka mak pada anak takde pulak nak debat. Sekarang dah 7 tahun aku kahwin. Aku bahagia bersama anak – anak dan suami. Aku balik lawat mak aku pun sekali sekala. Atas tanggungjawab sebagai anak.

Walau aku bahagia bersama pasangan. Tapi aku tengok anak perempuan dan anak lelaki aku. Aku tr4uma, bila aku hantar dia sekolah ke apa. Selalu aku doa. Jangan lah Allah uji dia macam mana aku dulu. Aku selalu bersangka buruk kalau ada lelaki mana – mana, cakap anak perempuan aku comel.

Cubit pipi nak dukung. Cepat aku tarik. Aku takut. Inilah je kisah aku. Alhamdulillah aku lega! Dapat luah habis segalanya. Lega sangat. Terima kasih sangat korang. Aku rasa kosong selama beban ni, yang aku tak boleh nak luah dulu.

Berkenaan tajuk confession aku. Kepada pembuIi – pembuIi aku. Aku dah maafkan korang. Tapi aku masih berharap korang datang minta maaf pada aku. Sikit aku tak d3ndam kat korang. Cikgu, kawan, semua. Bahkan anak korang aku tak terdetik sekalipun nak doakan kifarah bagai tu.

Sebab aku taknak anak – anak korang dan anak aku dapat tr4uma cam aku hadap. Tr4uma sampai tua wehh. Kita jadi paran0id pada anak – anak sendiri, overthinking sampai kau str3ss sendiri. Walau takde pape sebenarnya.

Semoga Allah gerakkan hati korang nak datang minta maaf kat aku. Sebab aku masih harapkanya. Walau orang kata lupakan je. Aku tak boleh lupa. D3ndam memang takde. Tapi legakan hati aku dengan permintaan maaf korang.

Sekurangnya. Hati aku lega. Kita boleh berkawan. Macam aku harapkan masa sekolah rendah dulu. Ni doa aku masa sekolah rendah. – Si H1na (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Nurul Aman : Saya pun m4ngsa buIi di sekolah dan saya pernah terfikir nak kacau laki dorang biar dorang kena cerai tapi tak buat pon.  Apa yang saya buat i show them “successful how success i am now” aku boleh dapatkan lady dior dengan duit kerja aku sedang kau pembuIi – pembuIi hanya mampu melihat lady dior. Mulut memang boleh memaafkan tapi ingatan takkan boleh dilupakan.

Zue Raihan : Pernah terdengar satu ceramah ustaz apa tak ingat. Tak berapa ingat cerita ustaz tapi ingat soalan orang tanya dia melihat ade satu h4mba soleh kuat beriman tapi m4ti dalam keadaan yang dasat iaitu dibaham harimau sehingga tubuh badan dia k0yak rabak camtu la lalu orang tu tanya kenapa orang baik soleh beriman selalu kena ujian tapi orang jahat tak baik tak soleh jarang dapat ujian.

Lepas tu jawapan dia lebih kurang kerana h4mbaKu memohon syutga tapi amalnya tak melayakkan dia masuk syurga maka diberi ujian sebegitu teruk supaya diangkat darjatnya dan dapat masuk syurga. Saya percaya tt orang yang baik maka Allah uji sebab nak naikkan darjat tt.

Orang takkan ingat apa dia buat kat kita tt tapi dia ingat apa kita buat kat dorang. Nasihat saya terus berbuat baik. Jangan dilayan hasutan sy4itan tapi jangan baik sangat. Cukup sekadar buat tanggungjawab tt sebagai anak dan saud4ra seislam.

Syafiqah Razali : Puan Confessor, ingatlah pembuIi takkan ingat apa yang dia buIi dekat orang lain. Orang jahat takkan ingat apa dia buat jahat dekat orang. Yang ni memang lumrah. Saya pun kadang – kadang still ingat apa orang buat kat saya zaman sekolah, zaman kolej tapi camtu jela move on fikir nak maafkan pun tak, fikir taknak maafkan pun tak juga.

Harap puan diluaskan rezeki dan dilapangkan d4da tak fikir sangat tentang masa silam puan. Isi masa lapang dengan selalu bersama suami dan anak – anak dan buat benda yang puan suka, baca novel, tengok movie, masak InshaAllah harap puan tenang ya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.