Aku ada secreensh0t result game badminton tapi aku lupa nak hantar dekat suami. Bila dia cek HP aku, dia curiga, dia kata aku hantar gambar tu dekat jantan lain. Aku terus menggigil dapat bisikan dan bayangan. Suami keluar je tandas aku halau dia keluar dari rumah aku..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku bukan la penulis yang baik. Tapi aku perIukan jawapan. Tolong aku. Aku seorang isteri dan ibu kepada 2 anak. Alhamdulillah. Rezeki aku. Aku juga bekerjaya, ada rumah dan kereta sendiri.
Aku perIukan jawapan untuk masalah aku dan suami. Suami aku ada trust issue dengan aku. Bermula dengan aku tipu dia pasal yuran tuition anak. Aku cakap yuran tuition anak aku hanya RM300, sedangkn jumlah yuran sebenar RM500.
Jadi, setiap bulan Suami akan bagi RM300, dan aku tambah RM200. Niat aku cuma tak nak bebankan dia. Bila dia tahu, dia meng4muk. Lagi satu, aku pernah buat pinjaman wang berlesen tanpa pengetahuan Suami. Ya, dia dapat tahu dan meng4muk lagi.
Aku akui aku seorang yang b0ros. Aku hidup susah dari kecil, tingkatan 3 aku dah buat part-time niaga di pasar malam semata – mata untuk duit belanja sekolah. Jadi, bila dah bekerja, aku tak nak hidup susah lagi. Aku tak nak anak – anak aku rasa susah macam yang aku rasa.
Tapi, gaji aku cukup – cukup untuk bayar rumah beli dan bil – bil utiliti. Suami aku pun bergaji cukup – cukup makan. Tapi semua masalah itu dah settle. Yang menjadi masalah sekarang, setiap kali ada benda yang suami aku curiga, dia akan terus tuduh aku bukan – bukan.
Dia selalu tuduh aku ada lelaki lain di luar. Aku dah rasa menyampah sangat. Hari tu kami hampir berpisah kerana sikap dia yang curiga dan tuduh fitnah aku yang aku ada lelaki lain. Bila aku menafikan, dia tak percaya dan tuduh lagi.
Sedangkan, selama tempoh perkahwinan, dia je yang pernah kant0i dengan aku berhubung dengan perempuan lain. Video call perempuan lain tengah malam, mesej Iucah dengan kawan sekerja, mesej dengan perempuan 3 – 4 pagi. Dan semua kegiatan dia ni kant0i berbukti.
Aku tidurkan anak dalam bilik, dia konon nak tengok tv. 3 – 4pagi aku tersedar dia masih di ruang tamu. Diam – diam aku keluar bilik tengok tengah senyum sendiri. Rupanya, mesej dengan perempuan lain. Aku bersusah sorang – sorang tidurkan anak.
Tapi setiap kali kant0i, setiap kali juga aku maafkan dan layan dia seolah – olah tiada apa yang jadi. Tapi, bila aku yang salah, dia layan aku macam aku seorang saja yang bersalah. Dia tak pernah buat salah. Dia bagi tekanan dekat aku sampai aku depr3ssion.
Baru – baru ni, dia curiga kenapa aku screensh0t keputvsan game badminton. Aku screensh0t untuk hantar pada dia sebab dia minat badminton tapi tak dapat tengok game hari tu. Salah aku sebab aku tak hantar. Bila dia check hp aku, dia curiga kenapa aku screensh0t result game tu.
Bila aku jelaskan, dia tak percaya. Sebab aku bukan la penggemar badminton. Aku cuma support minat dia. Dia curiga dan asyik cakap aku screensh0t untuk hantar pada lelaki lain. Aku terus jerit suruh dia diam dan lari masuk bilik anak.
Dalam tempoh aku bertenang, aku dengar bisikan suruh aku buat sesutau yang buruk pada suami aku. Aku siap dapat bayangan aku ambil pis4u dekat dapur. Bila suami aku selesai mandi, dia tengok aku tutup telinga sebab aku dengar bisikan tu.
Dia kata aku giIa. Dia kata aku buat – buat. Sebab nak meraih simpati. Sebelum dia keluar rumah, aku explain lagi. Dan dia masih tak percaya. Autom4tik, aku terus cakap dekat dia “Kau blah”. Suami aku terus kemas barang, dan salam anak – anak.
Ye, rumah yang kami duduk adalah rumah atas nama aku. Aku halau dia. Sebab aku terlalu tertekan. Tangan aku sejuk, menggigil. Anak – anak datang peIuk aku. Seharian aku berfikir samaada aku patut mohon berpisah atau kekal dalam hubungan dan ambil rawatan psiki4tri.
Aku tak boleh terima setiap kali dia curiga dengan aku. Aku separuh m4ti percayakan dia, tapi dia asyik curiga dengan aku. B0dohkan aku. Aku harap korang semua dapat bantu aku buat keputvsan. Berpisah atau kekal bersama dan ambil rawatan mentaI?
Aku tahu kesihatan mentaI itu penting. Tolong aku. By the way, anak – anak semua dengan aku. Aku yang uruskan anak – anak. Dia dah beberapa hari tak balik rumah. Bantu aku. Maaf kalau cerita tunggang langgang. – Isteri (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Shee Drz Dida : Allahuakbar.. keluar dari rumahantgga t0ksik ni. Saya dah lalui. Even dia yang curang tapi tetap saya yang salah. Yang giIa dia. Explain la ape pun, dia tetap kata dia yang betul. Pusing cita sampai b4bi pun boleh terbang. Orang keliling takkan percaya dengan raut muka dan per4ngai lemah lembut dan sikap baik dia. Topeng semuanya!
Kai Sha : Dia suka curiga tu sebabnya dia sendiri yang buat salah curang terhadap isterinya. Dia nak tutup rasa bersalah dia jadi dia buat reka cerita yang puan pon curang terhadap dia. So puan tak payah pikirkan dia dah. Solat istikharah, mintak Allah tunjuk apa yang terbaik terhadap masa depan dan perkahwinan puan. Sama ada teruskan perkahwinan dengan dia atau berpisah.
Jue Abdullah : Berpisah jelah.. hidup bukan untuk jadi h4mba manusia. Setiap sikap curiga dia kepada awak tu, hanya buat – buat demi menutup kecurangan dia. Dia sekadar nak menyedapkan hati sendiri dengan mencipta kesalahan pada orang lain.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.