Aku kerja restoran dalam mall, terk3jut tengok dapur mereka kotor teruk. Bila JAKIM dtg terus bersih

Makanan mentah tak dibasuh sebab nak cepat. Makanan tu dah jatuh atas lantai tapi diorang kutip balik sebab tak nak rugi. Bahan makanan expired pun diorang guna lagi walaupun patutnya dah dilupuskan. Alasannya tak nak membazir. Aku nekad bagitahu manager, tak sangka dengar jawapan manager..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku bukan nak samakan semua restoran dalam mall pengotor, tapi aku hanya nak kongsi dari pengalaman aku. Aku pernah kerja sebagai pelayan di beberapa buah restoran dalam mall yang agak famous (termasuklah restoran fastfood).

Ramai orang kita suka makan dekat restoran dalam mall sebab kita fikir, kebersihan dijaga dan makanan tu jauh lebih ‘selamat’ dari makanan kat gerai atau warung. Yelah restoran dalam mall mesti ada SOP dari segala benda.

Secara teorinya ya, restoran dalam mall memang sangat bersih, terjaga, kualiti terjamin dan sentiasa fresh. Itu kalau ikut SOP lah. Tapi, tak juga. Meh aku bongkarkan. Mula – mula aku pernah kerja di restoran A. Favourite food aku. Fast food restaurant.

Aku excited nak kerja situ sebab aku nak tahu macam mana makanan favourite aku sebenarnya dihidang. Hari pertama kerja aku diberi penerangan tentang SOP. Wow! Just wow! Aku terpegun dan gembira melihat SOP bagaimana makanan dibuat.

Aku suka melihat kebersihan dan prosedurnya teliti dan selamat. Tiada isu pencemaran atau isu kotor. Tapi, itu hanyalah SOP. Tak semua pekerja jujur. Aku sebagai orang baru, aku banyak memerhati bagaimana senior staff bekerja termasuklah manager.

Dari cara penyediaan makanan sampailah makanan siap dimasak, semua aku perhati. Genap sebulan aku bekerja, baru aku nampak sisi gelap restoran ni. Daripada SOP yang sangat sempurna tu, hanya beberapa peratus je yang betul – betul diorang patuh.

Selebihnya diorang main bedal je sebab alasan, nak cepat, tak nak rugi dan takde sape nampak pun. Makanan yang patut dibasuh, kadang – kadang diorang tak basuh pun. Alasannya, nak cepat. Kalau basuh makan masa.

Kadang – kadang makanan tu pernah jatuh atas lantai tapi diorang kutip balik sebab tak nak rugi. Bahan makanan expired pun kadang – kadang diorang guna lagi walaupun patutnya dah dilupuskan. Alasannya tak nak membazir.

Walaupun aku sebagai staff baru, aku memang tak boleh dan alergik sikit bab kebersihan. Bayangkan, dah la tu favourite food aku. Selama ni aku suka makan makanan tu, tapi bila tengok penyediaan makanan main cincai je staff sediakan, yang jatuh atas lantai tu pun diorang boleh kutip balik.. Terus aku rasa geli tekak nak makan lagi makanan tu.

Aku pernah mengadu dekat manager, tapi manager boleh jawab, “Kalau makanan yang jatuh tu kita buang, sape nak tanggung rugi? Awak? Awak nak tolong bayar ke kerugian tu semua?”. Sebab setiap hari memang diorang nak cepat, jadi biasalah ada makanan terjatuh whatsoeva.

Dapur diorang pun masyaAllah kotor dia tak boleh bawak bincang. Kadang – kadang lipas pun boleh berjalan – jalan dekat tempat letak makanan tu. Tikus pun pernah jumpa. Wekk geli tekak aku bila mikir. Jijiknya di sebalik tabir, tapi customer sentiasa penuh siap beratur panjang setiap hari.

Kadang – kadang makanan tu tak masak sepenuhnya, masih ada d4rah merah tapi staff cakap lantaklah. Kalau ada customer perasan baru diorang masak balik. Apooo. Ya Allah kesian kat customer yang tertipu dengan imej bersih restoran ni.

Yelah dah restoran ni selalu masuk tv. One of fav makanan rakyat Malaysia jugak. Tapi bila QC dan audit nak datang, inspektor kesihatan datang check, bahagian halal jakim datang, management mall datang, pandai – pandailah diorang berlakon.

Tiba – tiba je hari tu terus semuanya bersih dan ikut SOP. Makanan jatuh terus buang. Makanan lebih jam dia terus buang. Tak de la simpan makanan dari pagi sampai ke malam. Memang auto perfect la masa tu. Dapur terus bersih, lipas tu pandai menyorok masa tu.

Sebab tu boleh dapat rating A untuk restoran. Yelah semuanya fake je masa tu, berlakon je lebih. Kau tunggu je bila semua yang datang check tu blahhh, terus keadaan kembali biasa. Aku heran jugak, kenapalah yang datang check ni tak buat ambuush je ke, barulah tahu tahap kebersihan restoran tu macam mana.

Ni nak datang check pun staff boleh tahu, lagi sejam nak datang pun sempat lagi berlakon dan sediakan mana yang patut. Dan dan je bahan dah expired manager sorok. Pastu guna balik yang dah expired tu. Dan dan jugak la staff buat cleaning masa tu.

Yelah benda boleh berlakon watpe nak jujur. Pernah la aku tegur staff lama ni, tolonglah buat kerja bersih sikit. Makanan mentah tu tolong basuh dan cuci, sebab diorang memang tak basuh. Pastu diorang boleh cakap, “bukan ada orang tau pun kitorang tak basuh melainkan kau yang bocorkan.

Kau jangan nak bagitau sesape eh kalau nak kerja lama sini”. Sempat pulak aku kena ugvt. Kadang – kadang bila mengadu kat manager, manager pun tak membantu. Manager pun tak berani tegur staff lama tu sebab staff tu staff kesayangan dia.

Sempat la beberapa bulan kerja, aku berhenti. Tak sanggup dah nak bersubahat buat kerja tak bersih. Nak bagi makan orang tapi tak bersih. Yela aku faham staff semua penat, kerja pun main cincai je sebab customer sentiasa penuh.

Penat woo kerja tak berhenti. Tak boleh duduk, kena berdiri manjang. Kejang rasa badan. Balik kerja habis s4kit satu badan. Memang penat kerja F&B line ni, gaji pulak ciput. Memang tak ikhlas la keje dorang ni. Sekali lagi, aku highlight bukan semua staff camni dan tak semua franchise dia camni.

Aku cuma kongsi pengalaman kat tempat aku kerja je. Lepas berhenti kerja, aku pergi masuk restoran lain pulak. Dalam mall jugak. Dan perkara yang sama berlaku lagi. Restoran yang ni ada foreigner staff. Staff non muslim dia berlakon jadi muslim.

Kuota untuk staff muslim kat kitchen pun tak dipatuhi. Bila qc dan audit datang check baru dia letak staff muslim sebagai tukang masak. Kalau tak selama ni non muslim je yang masak. Muslim jadi waiter duduk depan sebab nak bagi nampak yang staff situ semua muslim.

Padahal kat dapur tu non muslim yang pengotor masak. MasyaAllah restoran ni lagi pengotor sebab diorang handle makanan pun tak basuh tangan. Kadang – kadang diorang suka sentuh – sentuh makanan dah masak sebab nak rasa atau nak tahu texture dia guna jari yang tak basuh.

Keluar toilet terus pergi sentuh makanan sana sini. Ewww. Jijik Dan ianya terus berulang, sebab bila aku berhenti kerja situ aku pergi kerja dekat restoran lain. Pun sama. Lagi pengotor. Sebab pernah jumpa lipas dalam makanan dia. Ewww.

Pernah jumpa ulat dalam makanan. Pun fast food jugak. Yelah memang la jumpa ulat sebab makanan tak basuh pastu kadang – kadang makanan tu adalah makanan semalam tak habis pastu reheat reheat sampai la abang jamil m4mpus. Sebab tak nak rugi katanya.

Sudahnya, aku buat kesimpulan yang restoran dalam mall tak sebersih yang kita sangka. Gred A yang tertayang di kedai tak seindah yang kita bayang. Di sebalik kebersihan dan kekemasan yang kita nampak, yakinlah ada staff tak jujur dan main cincai je buat kerja kat dapur tu.

Yelah, mereka semua tu pun manusia. Dah kerja berbelas tahun, rutin yang sama, mungkin dah bosan dan dah tak kisah jadi pengotor kecuali semasa ada audit dan qc check by mall management and halal jakim. Terus auto jadi bersih.

Aku rasa yang tukang check ni kena selalu main ambuush, supaya boleh tahu tahap kebersihan yang sebenar. Gaji pun tolong naikkan, staff ni banyak kerja tak ikhlas sebab rasa macam kuIi batak. Kerja takde life. Dah la penat.

Ini baru restoran fast food dalam mall. Mamak aku lagi tak yakin tahap kebersihan dia. Lagi pulak aku pernah ada sejarah hitam di beberapa kedai mamak yang buat aku turn off dengan mamak. Well itu jelah coretan aku buat mase ni. Apa pun rajin rajinlah memasak, sebab bila masak sendiri, kita tahu tahap kebersihan kita berbanding makan di kedai. Ciaoooo… – Lijah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Laila Rosley : Adik saya pernah keje partime event untuk hotel. Dorang cakap cawan dengan cutlery biase staff tak basuh pun. Lap je balik. Pastu cutlery yang semalam punye yang terendam dalam air yang dah berlendir campur dengan sisa – sisa makanan pun dorang lap je.

Air yang tak pernah bertukar ye. Bau pun macam air longkang. Nak cepat punye pasal. Tapi adik saye nak cepat macam mane pun, dorang bilas jugak dalam air panas, cume cawan je la tak sempat sebab nak kene hantar dekat tempat cuci pinggan, tempat cuci pakai mesin. Event nak start dalam mase setengah jam. Bayangkan laju mane dorang nak buat keje.. hotel tu mahal ye.

Mii-za Ahmad : Tu sikap pekerja sendiri. Tempat I kerja dulu memang tiptop. Even sehelai rambut jatuh pun dorang notice dan akan panggil untuk inform. Tak jumpa jenis yang confessor sebutkan. Beras wajib cuci 10/7 tukar air( tak berapa ingat).

Barang expired ada dalam chiller memang kena sapa yang handle. Dapur wajib cuci setiap kali close termasuk lantai, longkang – longkang dalam kitchen. Boleh cakap almost perfect la, bila audit nak datang pun kena kemas lagi sampai I pun dah ehh aku nak cuci apa lagi ni sebab semua dah bersih. Sushi King Ipoh no worries untuk makan kat situ. Terjamin kebersihan dorang.

Muhammad Arif : Yang pengotor bukan restoran, tapi staff. Aku banyak part time fast food masa study dulu, memang ada jenis malas dan pengotor. Tapi selalunya manager akan mainkan peranan. Benda jatuh, memang terus masuk tong sampah.

Kalau ada benda yang date expired dekat, cashier promote/upsale dan bagi diskaun untuk habiskan stok. Masalah dekat tempat kau, manager tak guna. Jadi staff tak ikut peraturan la.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.