Dari kecik aku didik anak dengan agama, bila nak kahwin dia bawa calon isteri pakai baju singkat nampak perut

Kisah bermula bila anak lelaki beritahu yang dia nak bawa kawan perempuan dia datang berjumpa kami. Dia bawa calon yang buat harapan aku berkecai. Aku nak menantu solehah tapi perempuan tu hanya berseluar slack paras atas buku lali dan tak memakai tudung. Bila angkat tangan baju terangkat nampak perut..

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum semua. Terima kasih admin kalau siarkan luahan hati aku. Nama aku Zalia dan aku baru saja kahwinkan anak lelaki sulung aku. Jadi aku ni boleh dik4tegorikan makcik – makcik dah la.

Aku ada tiga orang anak perempuan dan seorang je anak lelaki. Semuanya dididik oleh aku dan suami dengan didikan agama yang kuat. Aku dapat nampak anak – anak aku membesar macam mana. Mereka sangat cerdik, pandai – pandai semua.

Aku boleh cakap mereka ada didikan dunia dan akhir4t yang seimbang. Dan tak hairanlah kalau aku sebagai orang tua yang didik dia orang nak yang terbaik untuk dia orang kan? Rasanya tak salah bagi seorang ibu nak yang terbaik, sempurna sebab dari kecik lagi aku dan suami jaga dan tatang mereka seeloknya.

Kisah bermula bila anak lelaki aku beritahu aku dan suami yang dia nak bawa kawan perempuan dia datang berjumpa kami. Aku tak bohong yang aku sangat – sangat happy bila anak sulung aku ada calon yang nak diperkenalkan.

Tapi bila dibawa ke rumah, aku punya angan – angan nak dapat menantu solehah berkecai dengan tiba – tiba. Ina (aku panggil dia) datang dengan berpakaian yang tak ketat sangat, tapi semestinya singkat sampai paras pinggang saja.

Bila angkat tangan boleh terdedah bahagian perut. Ina berseluar slack cuma paras atas buku lali dan tak memakai tudung. Aku tak boleh tunjuk yang aku kecewa sangat dengan pilihan anak lelaki aku, sebab aku boleh nampak dia tersenyum bahagia setiap kali bila Ina buka mulut nak menjawab soalan aku.

Aku tak nak cakap banyak bila anak lelaki aku kata nak kahwin dengan Ina. Sebab dia orang dah suka sama suka aku dan suami turutkan saja. Lagipun nak tak hendak aku kenalah juga percaya yang mesti anak aku dah fikir masak – masak dan buat solat istikharah sampai dia boleh buat keputvsan begini.

Aku ada juga kenalan yang punya anak perempuan yang pada aku lebih layak jadi isteri anak aku. Tapi aku senyap sebab suami aku tak bagi aku masuk campur urusan diorang. Ina ni belajar jadi engineer, tapi anak lelaki aku cuma belajar jadi kaunselor.

Dan bila dia orang graduate, Ina dapat sebiji kereta hadiah daripada mak dan bapa dia. Masa tu anak aku dan Ina dah bertunang. Jadi ada lah anak lelaki aku terkesan walau sedikit. Sebab dia datang daripada keluarga yang bukan berada.

Anak kepada pegawai polis dan bekas guru saja. Tak ada kend3raan sendiri. Ada pun motor buruk atuk yang dia guna untuk pergi kelas. Mujur selepas graduate saja anak aku dapat kerja di satu syarik4t swasta buat research walaupun tak ada kena mengena dengan apa yang dia belajar di universiti dulu.

Dapatlah dia beli kereta second-hand walaupun murah. Ina pula sejak mula bekerja dia jarang datang ke rumah. Kalau ada pun sekejap cuma untuk berjumpa dengan tunang dia. Dan kalau datang, setiap kali kami anak beranak nak solat berjemaah, tiap kali tu jugalah dia bagi macam – macam alasan.

Bukan sekali tapi banyak kali. Dia akan duduk di bilik anak perempuan aku dan main handphone. Aku selalu p4ksa diri aku untuk berbaik sangka dengan Ina, tapi.. Sampailah nak dekat dua tahun bertunang, dan majlis dah nak dekat, adalah dalam beberapa kali anak lelaki aku tak setuju dengan keputvsan dia.

Anak aku selalu harus mengalah sebab mungkin Ina rasakan yang Ina bayar lebih banyak sebab itu Ina boleh pilih? Hari – hari juga lah aku nampak anak aku termenung mengenangkan pertelingkahan dia orang. Aku cakap pada anak aku yang kalau Ina tak reti nak hormat pendapat orang sekarang, bagaimana nanti selepas kahwin.

Segala keputvsan suami tidak selalu akan diambil kira. Macam cakap kita tak berguna. Aku tak suka per4ngai Ina yang macam queen control tu. Kata dia semua anak lelaki aku kena ikut. Aku rasa masih boleh batalkan saja majlis pada waktu tu.

Aku tak boleh nak kahwinkan anak aku dengan Ina, yang tak boleh kalah bila berbicara sebab sudah semestinya aku nak yang terbaik untuknya. Namun sebab anak aku hanya tenangkan aku supaya jangan bimbang, aku anggap majlis tetap jadilah walaupun mereka berg4duh.

Majlis jadi juga akhirnya. Aku sebagai ibu terp4ksa redha dengan pilihan anak aku, supaya hidup mereka dengan pasangan senang dan tak huru – hara. Aku harus pujuk hati aku ni supaya menerima yang Ina ialah jodoh yang ditetapkan oleh Allah untuk anak aku.

Aku ni mak, aku kena doa yang baik – baik je. Dan di sini aku sekarang, dalam kereta pulang ke rumah daripada majlis kahwin anak aku. Aku doakan bahagia dia orang berpanjangan. Aku yakin yang anak aku dapat menjadi suami yang baik dapat membimbing keluarganya ke syurga. Mungkin anak – anak perempuan aku, aku akan lebih tegas dengan pilihan mereka. – Zalia

Komen Warganet :

Nurazwa Rahman : Saya rasa saya faham perasaan makcik. Korang janganlah kecam, TT dah besarkan anak dia sebaik mungkin mestilah dia nak yang terbaik. TT bukan nampak satu je redflags, tak salah pun mak nak nasihatkan anak. Tapi kalau sekarang dorang dah kahwin, TT boleh berdoa je la supaya dorang bahagia. Semoga TT redha dan menantu nanti pandai ambik hati TT.

Bunga : Makcik tak boleh tengok luaran je, pakaian tu insyaAllah boleh diubah. Nanti dia dah masuk dalam keluarga makcik, boleh la sama – sama ‘ubah’ menantu dalam diam. Ubah dalam diam, biar dia nampak kebaikan, contoh yang baik dari keluarga makcik. Nanti insyaAllah slow – slow dia akan berubah.

Hadina Addin : TT ni mesti seorang ibu yang lemah lembut dan penyayangkan. Takpelah aunty, anak aunty pun dah kahwin. Itu pilihan dia, baik atau buruk pilihan dia tu biar dia yang belajar dari pengalaman. Aunty boleh nasihatkan je, tak perlu masuk campur, macam yang suami aunty cakap tu. Doa yang baik – baik, orang yang berpakaian elok tertutup pun ramai je yang munafik dekat luar sana.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.